Wanita yang berhijab sudah pasti memiliki koleksi tudung pelbagai warna, corak dan rekaan. Ada yang jenis selendang, ada yang jenis tudung bawal dan ada juga meminati konsep sedia instant. Bab cuci tudung inilah yang perlu dititikberatkan.

Tidak ada gunanya  jika anda membeli pelbagai koleksi tudung yang mahal namun gagal untuk menjaga dan memelihara kualiti tudung dengan baik.

Silap Cuci, Tudung Boleh Koyak  

Sedangkan jika anda bijak koleksi tudung dijamin kekal lama. Sebenarnya tidak susah untuk memastikan kualiti koleksi tudung anda kekal cantik seperti baru dimiliki. Sekiranya para hijabi bijak mengendalikan khususnya ketika proses mencuci. Jika tersilap langkah, bimbang selendang kesayangan terkoyak, tercarik ataupun luntur warna.

Walhal, tak susah pun untuk memastikan tudung sentiasa dalam keadaan baik.

BELI DI SINI : https://www.goshop.com.my/products/women-apparel/najjah-tudung-isabella-set-20105643

Artikel Berkaitan: Free Hair, Bertudung Fesyen Akhirnya Berniqab, Penghijrahan Neelofa Bukan Berlaku Satu Malam

Zara Zya Kini Berhijab, “Tak Mahu Hati Berbolak-Balik Dalam Melakukan Tuntutan Wajib Ini”

Tip Mudah Cuci Tudung

Apa kata anda ikuti beberapa langkah mudah penjagaan tudung agar kualitinya sentiasa dalam keadaan baik.

1. Elak guna mesin basuh

Ingat ya, tudung bersifat ringan dan lembut. Justeru ia mudah rosak apabila dibasuh menggunakan mesin basuh. Apatah lagi, korang mencuci bersama pakaian yang berat seperti baju-T, jubah fabrik likra dan seluar jean.

IKLAN

2.Beg jaring

Kualiti benang hijab didapati akan rapuh tatkala ia ‘berbelit’ dengan pakaian lain di dalam mesin basuh. Namun begitu, bagi wanita yang ingin mencuci menggunakan mesin terbabit, cara terbaik adalah meletakkan tudung di dalam beg kain jaring. Beg berkenaan boleh dibeli di kedai perkakasan rumah atau pasar raya besar.

3.Jangan sental

Tudung sebaik-baiknya dibasuh menggunakan tangan, tetapi jangan disental dengan kuat. Memadai ia direndam di dalam baldi yang dicampurkan bahan pencuci dan pelembut fabrik antara 10 hingga 15 minit. Kemudian, bilas tudung dengan lembut menggunakan air bersih. Ketika menyidai pula elak memerah selendang atau tudung bawal terlalu kuat.

4.Elak cahaya matahari

Lazimnya, wanita akan mencari port pancaran matahari dengan harapan tudung cepat kering. Pun demikian, tahukah korang cara berkenaan tidak wajar dipraktikkan kerana ia akan menyebabkan warna tudung pudar, sekali gus tampak kusam.

5.Suhu rendah ketika menggosok

Seterusnya, apabila menggosok hijab pilihan jangan sesekali menetapkan suhu tinggi terutamanya pada tudung berasaskan fabrik lembut seperti sifon dan sutera. Haba panas melampau akan menyebabkan tudung terkoyak dan berlubang kerana terbakar.

APA RAHSIA KEJAYAAN KAMI JADI JUTAWAN MILENNIAL?

Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.

IKLAN

Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?

Teringin ikut jejak mereka?

Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!

Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.

Daftar sekarang di
https://toko.ideaktiv.com/…/webinar-eksklusif-ceo…/

atau scan QR Code pada poster

IKLAN

Atau sertai grup telegram WEBINAR EKSKLUSIF CEO BISNES : https://t.me/bangkitwanitaMW

Bangkit Wanita Mingguan Wanita

Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan

https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita