Mesti ada wanita atau mak-mak yang suka dengan bau buah-buahan sehinggakan sanggup beli barang keperluan diri dengan perasa tersebut. Malah, ada yang sanggup menyimpan pelbagai koleksi dek terlalu minat dan suka kan.

Tidak ada salahnya dengan bau-bauan daripada makanan atau buah-buahan. Kalau anda wanita yang belum berkahwin, bolehlah tersusun rapi di atas meja. Tetapi bagi mak-mak yang ada anak, ia tentu membahayakan anak itu sendiri.

Perasa buah-buahan, coklat atau bau makanan lain memang boleh tarik perhatian anak-anak. Bagi anak yang masih kecil atau tidak tahu baca, mesti mereka menganggap makanan. Bila bau seperti makanan, mulakan nak masukkan ke dalam mulut.

Mak-mak kena hati-hati ye sebab ia boleh beri kesan buruk pada anak.

Ini antara perkongsian daripada Dr. Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan tentang kesannya pda anak.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Jangan Sampai Termakan Telur Luput Tarikh, Ketahui Cara Simpan, Masih Segarkah & Selamat Dimasak!

Buat Sendiri Playdoh Untuk Anak, Lebih Jimat Dan Selamat, Kalau Termakan Pun Anak Luah Balik

IKLAN

Info Lebih Menarik DI SINI

Anak Termakan

Mohon berhati-hati bila beli sabun atau losyen yang berbau seperti makanan, contohnya: coklat, mentega, buah-buahan dan sebagainya. Dalam minggu ni sahaja saya dah lihat 2 kes termakan bahan-bahan ni.

Kes 1: seorang warga emas yang termakan sabun yang mempunyai bentuk seperti jeli kering dan berbau seperti buah-buahan. Selepas termakan (telan) baru dia perasan itu bukan makanan.

Selepas beberapa minit, dia mengadu lidahnya terasa panas, disusuli dengan ke tidak selesa pada perut. Kemudian minta ahli keluarga untuk ke klinik untuk dapatkan rawatan.

IKLAN

Jika pek sabun ada gambar buah, bentuk dan bau pun seperti makanan, mudah memang tersalah. Lagi-lagi kalau labelnya dalam Bahasa Inggeris, tulisan kecil, dan disimpan di tempat tidak sesuai.

Kes 2: seorang ibu masuk ke bilik dan lihat anaknya yang berusia 3 tahun sedang memegang losyen pelembap tubuh, dan isinya ada dalam mulut anaknya serta lantai. Tak pasti berapa banyak diminum.

Beberapa minit kemudian kanak-kanak itu mengalami muntah-muntah, dan disusuli dengan cirit-birit selepas satu jam. Kanak-kanak itu di bawa ke klinik kerana kelihatan sangat lemah.

Kanak-kanak tak pandai baca, maka mereka bergantung kepada bau dan warna untuk mengenal pasti sesuatu. Losyen itu berwarna koko pucat dan berbau seperti susu berperisa coklat.

IKLAN

Kesan Pada Diri

Kebanyakan sabun dan losyen mempunyai ketoksikan yang rendah, tetapi boleh mengakibatkan simptom ketidak-selesaan pada lidah serta perut, muntah-muntah, dan cirit-birit.

Peluntur pula lazimnya mempunyai ketoksikan yang tinggi dan boleh menyebabkan muntah dan najis berdarah, sakit, sawan, tekanan darah rendah, pengsan, dan kematian.

Jika tertelan bahan-bahan ni, tak usah paksa muntahkan kerana ia boleh akibatkan komplikasi lain. Bawa terus jumpa doktor. Lebih elok bawa sekali pek atau botol bahan tersebut.

Jika beli sabun/losyen berperisa dan berciri seperti seperti makanan, pastikan disimpan di tempat sesuai dan tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak, atau tempat bertutup yang boleh dikunci.
Semoga bermanfaat!

MW: Mak-mak kena hati-hati sebab bukan bahayakan pada anak tapi pada orang tua juga ye!

Sumber: Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI