Hargailah isteri selagi ada hayatnya, sedihnya. Sememangnya sedih bila dikenangkan orang yang telah tiada.

Namun sebagai seorang insan yang bergelar suami dan anak-anak hargailah isteri tatkala masih ada hayatnya.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Hargailah Isteri Selagi Ada Hayatnya, Sedihnya “Bila Pagi Dah Tak Ada Suara, Sentuhan Lembut Mengejutkan Kita”

Hargailah Isteri Selagi Ada Hayatnya, Sedihnya

Menerusi perkongsian saudara Shamsul Faizal menerusi akaun Facebook Shamsul Faizal ternyata mengundang sebak bila terfikirkan tentang golongan isteri jika sudah tidak ada di dunia ini lagi.

“Bila pagi, dah tak ada suara dan sentuhan lembut untuk mengejutkan kita. Tak terdengar lagi suaranya yang nyaring memarahi anak yang masih tak bangun-bangun tidur.

“Tidak ada lagi bunyi periuk belanga, pinggan dan cawan berlaga di dapur menyiapkan makanan. Masakan dari air tangannya tidak lagi akan dijumpai sampai bila-bila.

“Dialah seorang jururawat tidak bertauliah yang akan membasahkan kepala ketika kita demam. Menuangkan ubat untuk kita minum. Memasakkan bubur dan sup untuk kita penuhkan perut kita yg lapar sewaktu sakit.

“Dialah juga akauntan tidak bertauliah yg akan menasihati dan mengira perbelanjaan rumah dan keluarga malah dialah yang menjadi bank untuk memberi tambahan dana apabila diperlukan tanpa meminta bayaran balik.

Baca Disini : Salamiah Hassan Kembali Bergelar Isteri Usia 71 Tahun, Selepas 35 Tahun Hidup Sendiri

IKLAN

Isteri Kena Pandai Belajar Skill ‘PEJAM MATA’, Jangan Cepat Sangat Ambil Tanggungjawab Suami!

Ustazah Ingatkan Kita Pada Allah

“Ketika kita beremosi, dia akan menjadi kaunselor untuk menenangkan kita. Adakala dia juga menjadi ustazah mengingatkan kita kpd Allah.

“Dia jugalah yg akan menjadi peneman dikala sunyi. Dialah yg memeluk erat dikala tidur dan sekali sekala membangunkan kita tatkala kita bermimpi ngeri di waktu malam.

“Tidak pernah meminta sesuatu diluar kemampuan kita. Tidak pernah merungut berpanas dan berhujan bersama. Bahkan, dia rela berlapar asalkan kita kenyang. Besar sungguh kasih sayangnya pada kita.

“Bebelannya memarahi kita juga hilang ditelan waktu. Dulu mungkin kita bosan tetapi kini kita rindu untuk mendengarnya semula. Sayangnya itu semua tidak mungkin akan kembali.

“Adakala rajukan dan air matanya mengalir kerana perbuatan kita yg melukai hatinya. Walaupun sedih namun dia tetap bersabar dan bertahan dgn kita sehingga ke akhir hayatnya.

IKLAN

“Itulah dia seorang isteri yang taat dan rela berkorban apa saja demi kita. Hanya kita yg tidak mampu untuk melihat dan menghargai segala-galanya.

“Sayangilah dan cintailah sepenuh jiwa kita ketika dia masih ada.” luah Shamsul Faizal.

Mingguan Wanita : Hargailah isteri ya suami. Mak-mak ni jika diorang marah tandanya mereka sayang. 

Sumber : Facebook Shamsul Faizal 

Tip Cantik Isteri, Ibu & Selebriti Datin Elvina

IKLAN

Jom daftar sekarang!!! KELAS JAHITAN KREATIF

Hargailah Isteri Selagi Ada Hayatnya, Sedihnya “Bila Pagi Dah Tak Ada Suara, Sentuhan Lembut Mengejutkan Kita”

Klik link untuk daftar: https://toko.ideaktiv.com/product/kelas-jahitan-kreatif/

Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.

Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.

Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.

Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.

#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery

ROAD TO SILVER BUTTON YOUTUBE MINGGUAN WANITA
Tak kenal maka tak cinta. Nak kenal Mingguan Wanita terus setia bersama kami di YouTube Mingguan Wanita. Hampir 700 video menarik untuk anda tonton. Segalanya tentang dunia wanita dan keluarga. Klik https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial
dan Subscribe kami di YOUTUBE MINGGUAN WANITA.

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI