‘Harga Tinggi Cecah RM291 Segram’ Ramai Jual EMAS Tampung Perbelanjaan Raya. Memang tak rugi apabila membeli atau membuat simpanan emas. Apabila waktu terdesak dan memerlukan wang tunai tambahan, ia boleh dijual atau dicairkan untuk membantu sumber kewangan keluarga.
Tampung Perbelanjaan Keluarga
Trend mencairkan atau menjual emas untuk mendapatkan wang tunai bagi menampung perbelanjaan keluarga turut berlaku di daerah ini.
Ia berikutan harga komoditi emas berkenaan di sini mencecah RM291 segram sekali gus mendorong kebanyakan pemilik aset itu berbuat demikian terutamanya untuk digunakan semasa sambutan Hari Raya Aildilfitri nanti.
Tak Menang Tangan Layan Pelanggan
Perkara itu diakui oleh Pengurus Kedai Emas Nur Jannah Kuala Pilah, Noorhasliza Abd Rahman yang memaklumkan disebabkan situasi itu kakitangan kedai berkenaan tidak menang tangan melayani pelanggan sejak kedai dibuka jam 10 pagi pada Khamis.
“Harga emas kira dalam tahun ini memang antara yang tertinggilah setakat ini, kalau tengok dekat kedai sekarang pun orang ramai, banyak yang menjual emas dan tukar emas lama kepada yang baru.
“Kadang kita ingat emas tinggi orang (pelanggan) tidak akan datang tetapi di sini berlaku sebaliknya, tetapi kalau harga emas turun orang tak ada kat kedai,” katanya.
Ads
Harga Emas Naik
Malah pendapat itu senada dengan Pengurus Kedai Emas Pilah, Muhammad Ismail Rusli yang menjelaskan harga emas mencatatkan kenaikan sejak awal bulan Mac lepas.
“Harga emas ini berubah-berubah, kita tidak boleh jangka dan sekarang harganya naik ramai pelanggan saya yang datang ke kedai ini untuk menjual emas.
“Bagaimanapun ada juga yang datang untuk menukar emas lama dengan reka bentuk baharu untuk dijadikan simpanan dan ‘backup’ kepada simpanan tunai,” katanya.
Ads
Beli ‘Stok’ Emas
Seorang pelanggan yang dikenali sebagai Dina, 27, dari Senaling berkata, kedatangannya ke kedai emas bertujuan untuk membeli ‘stok’ emas.
“Biasanya kalau wang tunai tu cepat habis kalau dalam tangan, jadi saya pilih untuk menyimpan emas untuk digunakan semasa saya menyambung pengajian nanti,” katanya yang bekerja sebagai pengurus syarikat.
Dia juga tidak menolak ada dalam kalangan masyarakat hari ini memilih untuk menggadaikannya di kedai pajak gadai walaupun menjualnya lebih untung, namun berpendapat ia pilihan masing-masing.
Sementara itu, tinjauan Sinar Harian di beberapa lokasi kedai emas mendapati kebanyakannya mempunyai pelanggan, cuma satu dua kedai sahaja lengang.
Ads
Bagaimanapun mereka memaklumkan, harga emas diyakini akan terus meningkat dan masing-masing sudah bersedia menawarkan reka bentuk emas terbaharu selain bekalan emas dijangka lebih ‘meriah’ menjelang hari raya ini.
Mingguan Wanita: Memang tak rugi bila ada duit beli emas untuk dijadikan simpanan mahupun pelaburan. Malah boleh dijual atau dicairkan bila dalam keadaan terdesak apabila memerlukan wang untuk perbelanjaan.
Kerana wang, manusia sanggup lakukan apa sahaja hingga tidak mampu membezakan mana yang salah, mana yang betul. Bila kemewahan yang dikejar, manusia sudah hilang rasa malu untuk menggadai maruah diri demi kepentingan diri.
Taktik wanita yang menyamar sebagai pengemis akhirnya terbongkar, gunakan kerusi roda untuk kaburi mata orang ramai padahal dia berharta dan memiliki banyak aset. Sepandai-pandai tupai melompat Akhirnya jatuh ke tanah juga.
Sanggup Menipu Untuk Kaburi Mata Orang
Kaherah: Sanggup menipu dirinya kudung kaki dan berkerusi roda untuk menagih simpati dan mengaburi mata orang ramai.
Itu taktik licik seorang wanita di Mesir yang aktif melakukan aktiviti mengemis meminta sedekah di beberapa wilayah di negara itu
Namun, sandiwara wanita berusia 57 tahun itu terbongkar apabila dia ditahan pihak berkuasa negara itu.
Apa yang mengejutkan, siasatan mendapati ‘pengemis’ itu sebenarnya memiliki lima bangunan kediaman di Gharbia dan Qaliubia.
Selain itu, dia didapati memiliki wang berjumlah tiga juta pound Mesir (RM793,700) dalam dua akaun banknya.
Akhbar tempatan, Al Masry Al Youm melaporkan selama ini, wanita itu berpura-pura kudung kaki apabila mengemis.
Gunakan Kerusi Roda Untuk Kaburi Mata Orang
Selain itu, dia menggunakan kerusi roda untuk meminta sedekah di beberapa wilayah di negara itu.
Pada awalnya, polis menyangka wanita itu benar-benar orang kurang upaya (OKU) apabila duduk mengemis di atas kerusi roda.
Bagaimanapun, ada saksi memberitahu bahawa wanita itu dapat berjalan dengan normal apabila selesai mengemis.
MW: Mengemis bukanlah satu pekerjaan, sebaliknya menggunakan simpati orang lain untuk kepentingan diri. Kisah ini harus menjadi iktibar buat mak,ayah di luar sana. Cubalah mencari rezeki yang halal untuk keluarga walaupun perit.
Sebenarnya siapa yang pesan barang ini? Seorang penghantar barang panik kerana terpaksa cari pemilik bungkusan di kubur.
Demi tugas, penghantar barang ini tetap menjalankan tugas yang diamanahkan iaitu menghantar barang kepada penerima.
Namun bila sampai di lokasi penghantaran, suasana sunyi sepi kerana alamatnya adalah di kawasan perkuburan.
Siapa Yang Pesan? Penghantar Barang Panik
Seorang penghantar barang mendapat perhatian netizen kerana perlu menghantar bungkusan yang beralamat di sebuah kubur sehingga menyebabkan dia sukar mencari pemilik barang tersebut, lapor lapor laman berita Suara.com.
Kejadian itu dirakam dan dimuat naik ke akaun Instagram bernama @dagelan.
Menerusi video tersebut, penghantar barang itu menunjukkan bungkusan yang perlu dihantar namun, keliru mencari alamat penerima.
Cari Pemilik Bungkusan Di Kubur
‘’Alamat kubur, kubur Gelam Jaya belakang MI Nurul Falah. Ini, saya di tanah perkuburan,’’ kata penghantar barang itu..
‘’Yang pesan bungkusan ini mana?’’ jeritnya.
Kejadian itu berlaku di kawasan Pasar Kemis, Tangerang, Banten.
Jangan Sampai Ada Yang Menyahut
Netizen mula membanjiri ruangan komen.
‘’Ya, tak perlu jerit-jerit hantar bungkusan itu, nanti kalau ada yang sahut, lari,” kata seorang netizen.
‘’Tunggu sampai petang nanti dik, saya keluar sendiri,” kata netizen lain. – Agensi
Mingguan Wanita : Kalau waktu siang ok lagi, tak dapat bayangkan kalau bungkusan itu dihantar waktu malam. Kemudian penerima itu muncul menuntut barang dalam kegelapan, mesti seram. Hihihi…
Jika mempunyai rezeki lebih, bersedekah pada ahli keluarga, sahabat handai mahupun golongan yang memerlukan merupakan satu amalan yang mulia. Apatah lagi, amalan ini diberikan ganjaran yang berlipat kali ganda.
Dalam diam-diam rupanya sudah lebih sebulan komposer, penulis lirik, pelakon dan bekas penyanyi genre Hip Hop, Altimet serta kawan-kawannya aktif memberi bantuan serta sumbangan makanan dan keperluan harian buat golongan yang terkesan di kawasan kejiranannya akibat pandemik Covid-19 ini.
Altimet Catu Makanan Keluarga Sendiri
Terbaru, pemilik nama Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad, 42 sanggup mencatu 30 peratus daripada perbelanjaan makanan keluarga sendiri demi membantu jiran-jirannya yang terjejas.
“Sempena tahun baru Hijrah dan Hari Kebangsaan yang bakal menjelang, disini saya ingin mencatu makanan keluarga saya secara sukarela, dengan niat untuk berkongsi rezeki dengan jiran-jiran yang lebih memerlukan.”
“Kami sekeluarga akan memberi 30% dari perbelanjaan makanan kami ke usaha-usaha menolong jiran-jiran kami dan memasak sekali sehari sahaja.”
Bantu Semampunya
Disamping itu, Altimet yang cukup popular dengan lagu “Amboi” ini turut menggalakkan sesiapa sahaja untuk melakukan perkara yang sama, membantu semampunya tanpa mengira perbezaan bangsa, agama, warna kulit atau pendapat.
“Sesiapa yang nak buat perkara yang sama, salurkan bantuan anda kepada mana mana NGO atau kenalan yang memerlukan. Supaya hajat dan niat kita membantu tercapai. Tiada manusia di Malaysia yang terpaksa berlapar dan dahaga. Selagi kita mampu, menolong jiran-jiran kita tidak harus mengambil kira perbezaan bangsa, agama, warna kulit atau pendapat.”
Mingguan Wanita : Alhamdulillah, tahniah Altimet atas usaha kecil ini namun besar maknanya bagi golongan yang memerlukan. Semoga ramai antara kita yang dapat mencontohi usaha seperti ini. Malah, tindakan Altimet catu makanan harus berikan pujian.
Shu Shukri "sekolahkan" Hafidz Roshdi, "dah kalah tu kalahlah, nafkah anak sesen pun tak bagi. Hari ini, di instagram storiesnya, pempengaruh Nurul Shuhada Mat...