
‘Harga Barang Naik Julai, Tak Tahu Nak Berjimat Macam Mana Dah’ begitulah luahan netizen.
Mak-mak pastinya paling pening kepala bila tiga barang utama yang wajib ada di rumah ditarik semula subsidi.
Baru-baru ini Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkuat kuasa 1 Julai 2022 kerajaan tidak lagi akan memberikan subsidi RM1.40 kepada penternak ayam seterusnya menamatkan penentuan harga siling ayam RM8.90 seperti yang diperkenalkan Februari lalu dibawah Skim Kawalan Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM).
Manakala Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ronald Kiandee menjangkakan harga ayam mentah di pasaran akan mencecah sehingga RM11 sekilogram menjelang 1 Julai.
Belum reda kisah ayam dan telur, tiba pula isu minyak masak. Harga siling minyak masak tulen bagi pek kemasan botol dua, tiga dan lima kilogram (kg) akan mula dimansuhkan bermula 1 Julai.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata bagaimanapun harga siling minyak masak tulen bagi pek polibeg 1kg kekal pada harga RM2.50.
‘Harga Barang Naik Julai, Tak Tahu Nak Berjimat Macam Mana Dah’
Mak-mak sebagai Menteri Kewangan di dapur rumah sendiri perlu bijak menyedikan menu buat keluarga.
Diakui kebanyakan masakan masyarakat kita berkisar tentang penggunaan ayam, minyak dan telur.
Malah ayam goreng dan telur goreng adalah sumber protein yang paling mudah dan murah untuk disediakan.
Masakan bergoreng sudah menjadi kebiasaan, justeru penggunaan minyak untuk menggoreng dan menumis menjadi keperluan sehari-hari.
“Teringat Susah Selalu Makan Telur Saja, Sekarang Nak Makan Telur Pun Berfikir, Inikan Pula Ayam”
Menerusi tinjauan status di Facebook yang dimuat naik Mingguan Wanita ternyata warganet terutamanya golongan mak-mak memberikan pelbagai pendapat berhubung isu ini.
“Teringat Susah Selalu makan telur saja, sekarang nak makan telur pun befikir..inikan pula ayamnya.” tulis salah seorang warga maya bernama Miey A. Mimie
Baca Disini : Harga Mahal, Tak Berbaloi, Lebih JIMAT Masak Sendiri Di Rumah, Tak Perlu Malu!
Peniaga BOLEH Letak Harga MAHAL, MURAH, Syaratnya Tiada Penipuan, Barangan Halal, Usah Pertikai!
Mingguan Wanita : Aduhai mak-mak kena bijak jadi menteri kewangan di dapur sendiri nampaknya ya… Pandai-pandailah berjimat.
Sumber : SinarPlus & Bernama
Sumber Foto : Canva
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
Hidup satu kaki, ibu anak 4 ini tidak sesekali mengalah.
Mizz Nina & Diana Amir Korbankan Glamor Demi Kerja Amal

Personaliti yang menghiasi kulit muka depan kali ini, kedua-duanya mempunyai kredibiliti dalam bidang seni. Jika di awal kemunculan, Mizz Nina, 39, terkenal sebagai penyanyi lagu R&B dan ‘dance pop versatile’ manakala Diana Amir pula merupakan heroin filem dan drama yang punya identiti tersendiri. Namun, hidayah itu milik Allah, hamba yang terpilih akan memilikinya.
Kini, kedua-dua wanita ini melalui penghijrahan dan perubahan dalam kehidupan. Bukan sekadar berubah dengan penampilan berhijab dan berpakaian longgar menutup aurat, malah, dua selebriti cantik manis ini kini lebih dikenali dengan kerja-kerja amal yang mereka lakukan.
Mizz Nina Fokus Misi Kemanusiaan
Isteri kepada Noh Salleh ini, sememangnya dikagumi ramai wanita. Selepas sahaja melakukan perubahan besar dalam hidup pada tahun 2013, dia tidak berhasrat untuk kembali kepada bidang muzik. Malah wanita penuh elegen ini lebih cenderung berkongsi luahan perasaan menerusi penulisan di laman sosial, merancang untuk menerbitkan buku dan aktif dengan kerja amal.
“Saya sangat bersyukur kerana menerima hidayah Allah pada usia 33 tahun. Pada saya keputusan yang paling sukar dilakukan dalam hidup adalah mengenakan hijab. Selepas menunaikan fardu haji saya terus istiqamah untuk mengenakan tudung. Jika sebelum itu saya memang susah nak pakai tudung.
“Permulaan nak berhijrah saya tak peduli apa cakap orang. Saya buat semuanya dengan ikhlas. Malah untuk terus teguh dengan keputusan ini saya kena kuat semangat. Bantuan suami juga sangat penting. Saya bertuah kerana memiliki suami yang sangat menyokong perubahan saya ini,” luah Mizz Nina yang turut menyatakan walaupun sudah berhijab tiada halangan untuk dia terus berfesyen stailo ala Muslimah.
Rezeki Bergelar Hajah
Mizz Nina juga akui dia berasa sangat bersyukur dalam usia yang muda dia sudah bergelar hajah dan kemudian diberi petunjuk Allah untuk dia terus berubah;
“Alhamdulillah rezeki saya dapat mengerjakan haji pada 2013 bersama suami banyak membantu untuk saya berubah ke arah kebaikan.
“Jika anda berpeluang mengerjakan umrah dan haji pada usia muda pergilah. Ini kerana bukan semua orang terpilih dan mendapat peluang ini. Saya sendiri sentiasa merindui untuk dijemput ke Mekah setiap masa bagi mengerjakan umrah. Selain itu saya mengharapkan agar diberi peluang dan kesempatan melakukan haji buat kali kedua, jika ada rezeki,” ungkap Miss Nina yang sememangnya seorang yang cukup peramah.
Suami Beri Semangat
Diaju soalan tentang misi-misi amal yang sering dilakukan, Mizz Nina akui berasa sangat seronok apabila dapat menghulurkan bantuan kepada saudara Islam yang memerlukan. Malah peminat juga begitu memuji sikapnya yang prihatin pada misi kemanusiaan dengan kesanggupan menyertai penghantaran bantuan ke Jordan, Turki, Syria, Lubnan dan Palestin.
“Sebelum saya sertai misi tersebut sebenarnya Noh terlebih dahulu telah pergi ke negara-negara bergolak. Suami juga merupakan pemangkin untuk saya lebih bersemangat, berani dan cekal.
“Hati saya cukup tersentuh bila melihat penderitaan kanak-kanak serta remaja. Saya perlukan semangat yang kuat ketika itu. Malah pernah melawat hospital untuk misi penghantaran ubat-ubatan,” kata Mizz Nina yang ikhlas melakukan misi sebegini. Bukan itu saja malah Mizz Nina juga aktif melakukan misi amal di Malaysia dengan memberi bantuan kepada gelandangan.
Reda Dengan Ketentuan Allah
Berkongsi tentang kisah kehidupannya bersama suami Noh Salleh, Mizz Nina bersyukur kerana memiliki suami yang cukup memahami. Memandangkan dia dan suami mempunyai kerjaya tersendiri, sebagai isteri, Mizz Nina akan pastikan dia dan suami akan punya masa untuk solat bersama.
“Sesibuk manapun kami, paling penting saya akan pastikan solat berjemaah dan suami akan jadi imam. Selain itu dalam beberapa bulan sekali, kami akan pastikan ada masa luang untuk kami bercuti bersama,” kata Mizz Nina.
Menyentuh tentang zuriat Mizz Nina kini tidak lagi berkecil hati. Malah dia menerima dengan reda apa yang ditentukan oleh Yang Maha Esa.
“Saya dan suami reda dengan apa yang Allah tentukan untuk kami. Namun begitu kami tidak pernah putus asa dalam menimang cahaya mata.
“Sebelum ini saya pernah berkongsi di Instagram kisah saya pernah menjalani proses kaedah in-vitro (IVF). Saya faham pada masa ini ramai yang susah dapat zuriat dan perkongsian saya ini agar mereka yang mengalami masalah yang sama agar tidak mudah putus asa. Jangan putus doa dan teruslah berdoa yang terbaik kepada Allah.
“Saya pernah menjalani rawatan IVF namun belum ada rezeki kami. Pada saya kalau kita tidak punya anak, tidak berkahwin dan sebagainya tidak bermakna kita tidak bahagia. Kita harus bersyukur dengan apa yang kita ada dan boleh mencari bahagia dengan cara lain yang memfokus kepada akhirat. Apabila masih tidak ada anak, saya dapat memberi fokus kepada misi-misi amal dan majlis ilmu,” sambung Mizz Nina.
“Pengorbanan Terbesar Adalah Melawan Nafsu.” – Diana Amir
Sesungguhnya kita hanyalah manusia biasa dan sering kali melakukan kesilapan. Tetapi ia bukanlah alasan untuk kita terus-menerus melakukan dosa, sebaliknya sebagai hamba-Nya yang bertakwa, kita mencari solusi terbaik untuk kembali ke jalan yang diredainya.
Sesungguhnya bagi figura jelita ini, biar pun kini berpenampilan sopan, berpakaian longgar dan bertudung labuh, jujur Nurdiyana Amir Hashim atau Diana Amir katakan, hatinya kadang kala masih berbolak balik. Sememangnya bukan mudah untuk berada di tahap ini tanpa sokongan orang sekeliling terutamanya suami, keluarga dan teman rapat.
Baginya jika bertanya erti pengorbanan, ia adalah berkait dengan dirinya untuk melawan nafsu dan keseronokan. Bukan mudah, tetapi dia berusaha keras untuk melakukan perubahan yang lebih baik dan pasti ada hikmahnya kenapa dia memilih untuk berhijab.
“Setiap kali hati rasa tak tenteram atau berbolak-balik, saya akan kembali kepada Allah. Malahan di peringkat awal saya berhijab, ketika itu saya baru berusia 25 tahun. Jujur saya katakan ianya bukan sesuatu yang mudah seperti disangka. Tetapi setiap kali itu juga saya fikir inilah jalan terbaik iaitu mencari keredaan Allah, dari situlah saya terus kekal istiqamah hingga ke saat ini.
“Itulah pengorbanan terbesar yang telah saya lakukan. Pengorbanan sebagai seorang isteri dan ibu itu terlalu biasa dan orang lain juga laluinya. Tetapi melawan nafsu adalah perkara yang berat untuk setiap dari kita hadapinya,” ungkap Diana Amir memulakan bicara.
Tambah ibu kepada Khaulah Al Azwar, 4 tahun, Khadija Azzehra, 2 tahun dan Muhammad Khalid Al Habib, 8 bulan, sebenarnya mengenakan hijab bukanlah disebabkan dek hasutan atau pengaruh teman-teman, sebaliknya dia lakukan penghijrahan ini adalah kerana Allah SWT.
Jejak Kaki ke Tanah Suci
Wanita kelahiran Birmingham, England ini turut berkongsi keterujaannya ketika menunaikan umrah buat julung kalinya pada tahun 2012. Bayangkan hampir tujuh tahun berlalu, tetapi perasaan rindu untuk ke sana tetap sama dan makin bercambah setiap tahun.
Kala itu Diana masih baru berhijab dan secara tiba-tiba mendapat pelawaan daripada rakan artis, walaupun ketika itu tiada wang yang cukup kerana tiada tawaran berlakon tetapi Alhamdulillah, Allah memudahkan urusan Diana ke sana. Segalanya berlaku dengan bantuan dan izin Allah SWT.
Tambah Diana, setiap tahun dia berniat untuk ke sana lagi, namun ada sahaja aral yang menghalang dan akhirnya suaminya, Mohd Habibbullah A Rahman yang mendahuluinya ke sana. Setiap kali itu juga suaminya memujuk agar dia terus reda.
“Saya tunaikan umrah buat pertama kalinya pada tahun 2012. Kawan-kawan yang ajak untuk ke tanah suci. Tidak dinafikan pada awalnya saya memang gentar untuk ke sana apabila fikirkan siapalah saya suatu ketika dan hingga ke saat ini masih belum sempurna, tetapi hati melonjak sangat mahu ke tanah suci.
“Saya beranikan diri walaupun tiada wang yang mencukupi. Akhirnya setelah berikhtiar, saya selamat ke sana. Perasaan saya ketika itu sukar untuk diungkapkan kerana perasaan itu sangat luar biasa. Saya nampak banyak kebaikan di depan mata kerana semua orang ke sana untuk beribadah.
“Perasaan rasa bersalah dan berat hati jika Allah tidak maafkan dosa-dosa saya juga semakin pudar apabila saya menjejakkan kaki ke tanah suci. Saya berasa tenang dan semakin tekad untuk berubah serta berbuat kebaikan. Momen yang sudah tentu yang tidak akan saya lupakan adalah ketika saya dapat mencium Hajarul Aswad.
“Walaupun ketika melakukan tawaf saya tidak terdetik untuk menciumnya tetapi tiba masanya Allah gerakkan hati saya mencium Hajarul Aswad dan Allah mudahkan urusan saya. Ketika mencium Hajarul Aswad saya rasakan seolah-olah segala bebanan dosa di bahu saya telah dilepaskan. Terasa Allah telah ampunkan segala dosa-dosa yang saya lakukan selama ini,” ungkap Diana sebak mengenangkan detik pertama kali menunaikan umrah.
Biar pun niatnya untuk ke tanah suci lagi masih belum kesampaian, tetapi Diana tetap reda. Ibu beranak tiga ini percaya bahawa aturan Allah adalah yang terbaik, mungkin buat masa sekarang anak-anaknya yang masih kecil memerlukan perhatian yang lebih darinya. Barangkali jika ada rezeki, mungkin dia dapat menunaikan umrah bersama anak-anak, insya-Allah.
Penglibatan Dalam NGO
Biar pun agak sepi dari dunia lakonan, namun menurut selebriti ini dia masih rindukan bidang lakonan. Biar pun masa ini kehidupannya lebih terarah kepada membesarkan tiga permata hatinya namun dia masih berharap agar ada tawaran yang sesuai dengan penampilan dan statusnya sebagai seorang isteri dan ibu.
Dalam masa yang sama, tidak ketinggalan Diana turut aktif dalam aktiviti NGO dan dirinya turut dilantik sebagai ikon bagi beberapa pertubuhan antaranya Islamic Relief, Muslim Volunteer Malasyia dan Yayasan Islamiah Malaysia. Menerusi program di bawah anjuran Islamic Relief, Diana pernah mengikut misi ke Bosnia dan selebihnya program di dalam negara.
Ternyata pengalaman ke Bosnia banyak mengajar Diana erti bersyukur dan berkongsi suka-duka masyarakat di sana. Selain itu Diana turut berkongsi pengalaman apabila menyambut hari raya Aidiladha di tempat orang.
“Pengalaman ke Acheh ketika mengandungkan anak sulung adalah memori yang tidak pernah saya lupakan. Kami suami, isteri menyambut Aidiladha di perkampungan Rohingya di sana pada tahun tersebut.
“Rasa lega apabila dapat berkongsi kegembiraan dan melakukan ibadat korban di sana. Sambutan mereka juga tidak jauh bezanya, lebih kurang seperti di negara kita. Bezanya kita menyambutnya di negara orang,” ujarnya lagi.
***************************************************************
Banyak lagi cerita menarik yang dikongsikan oleh Abby Abadi dan anaknya Marissa Dania, baca sambungannya didalam edisi terbaru Majalah Mingguan Wanita isu Ogos, volume 1 yang kini telah berada di pasaran.
Penyelaras & Teks: Norhayati Suboh & Nur Syazwani Mehat
Foto: Tm Azman
Jurusolek: Kelrina (Mizz Nina) & Bee Ramza (Diana Amir)
Penata Rias Imej: Zura Ahmad (Mizz Nina) & Amir A. MrStailista Ent (Diana Amir)
Pakaian Mizz Nina: Jaket Oren & Vest Geometri(Syomirizwa), Hijab (Ameerazaini), Seluar & Kasut (Koleksi Peribadi Mizz Nina), Inner Cap Hitam (Blancheur), Jaket Flora Hitam & Kimono (Thread)
Pakaian Diana Amir: Hijab (Ameerazaini Official (@Ameerazainiofficial) & Ariani Luxe (@Arianiluxe), Kemeja Bercorak (Rohs Malaysia (@Rohsmalaysia) & Set Suit – Sfera Malaysia (@Sferamalaysia), Kemeja & Baju & Cardigan Dan Seluar (Blancheur (@Blancheur_Co) Dan Rohs Malaysia (@Rohsmalaysia)
Apa Sebabnya Wanita Lebih Kuat SENTAP Dan Emosional Berbanding Lelaki?

Apa sebab agaknya wanita dikatakan kuat benar sentap dan emosional? Sebagai seorang wanita, pernahkah anda merasa geram dengan karenah rakan setugas yang juga wanita kerana dia begitu emosional? Atau anda sendiri pernah ditegur kerana anda susah dibawa berbincang kerana cepat emosi?
Suka Ikut Hati
Jika anda sudah berkeluarga, pernahkah suami berkata ‘susah nak bincang dengan awak sebab suka ikut kata hati’ pada anda? Anak-anak mungkin cukup bersopan tetapi bayangkan derita mereka mempunyai ibu yang mudah sangat hilang daya fikir kerana mengikut perasaan?
Saya tidak kata yang lelaki tidak ada yang bersikap begini. Sudah tentu ada dan jumlahnya ramai. Tetapi oleh kerana saya menulis untuk ruangan Nota Untuk Isteri, maka saya akan berkongsi sebab kenapa ramai wanita menjadi begitu.
Apa Sebab Mudah Beremosi Dan Luar Kawalan
Terlalu banyak sebab kenapa seseorang itu mudah beremosi. Kebanyakan sebab itu pula berlaku di luar kawalan kita. Antara yang paling biasa ialah sebab kitaran hormon. Hormon estrogen ini membuatkan emosi wanita turun naik sepanjang tempoh cuti sembahyang itu. Saya tahu kesan ini tetapi tidak pernah merasainya. Maka saya tidak boleh cerita banyak. Maaf!
Kebanyakan wanita mempunyai sifat mahukan kesempurnaan dan menjadi yang terbaik. Mereka sudah belajar menjadi isteri pada ketika suami mereka dahulu mungkin masih bermain guli. Mereka belajar bersolek ketika rakan-rakan lelaki yang lain boleh keluar ke bandar dengan baju tidak bergosok.
Masalah timbul apabila mereka sendiri yang sentiasa merasa tidak menjadi yang terbaik dan tercantik. Apabila suami menegur “Eh..naik badan nampak?” maka hati pun sentap padahal itu sekadar untuk bergurau. Sudahnya menjadi perang besar. Cuba anda duduk dengan tenang dan berfikir semula. Berbaloikah rasa begitu?
Apa Kesan Pada Emosi
Pengalaman atau kejadian yang pernah dilalui memang memberi kesan kepada emosi kita semua. Sesetengah wanita mudah beremosi apabila tersentuh perkara-perkara yang menjadi titik hitam dalam hidup mereka. Sebagai contoh perceraian, penderaan, kecurangan, anak cacat dan sebagainya. Kadangkala emosi ini sangat keterlaluan sehingga mempengaruhi cara berfikir sentiasa bersangka buruk kepada orang lain.
Ada beberapa pekerjaan yang memang memerlukan sentuhan perasaan. Jururawat, kaunselor, guru dan sebagainya dikatakan bagus untuk wanita. Ya, memang bagus pada perspektif orang yang menerima khidmat.
Bagaimana kepada jururawat, kaunselor atau guru itu sendiri? Emosi kaunselor profesional contohnya perlu cukup untuk mengelakkan daripada terperangkap dalam simpati yang tidak tamat. Seorang guru yang terlalu bersimpati dengan cabaran hidup muridnya mungkin terbawa-bawa rasa sedih sehingga ke rumah dan bilik tidur.
Baca artikel menarik lain di sini:
Orang Perempuan Ini Semuanya Ikut Mood, Lelaki Pun Ada TAPI Taklah Seteruk Wanita
Lelaki Kalau Tak Ada Ciri-Ciri Ini, Wanita Lebih Rela SINGLE!
Ikuti Mingguan Wanita di instagram
Deria Keenam Wanita
Kata orang wanita mempunyai deria keenam terutama kepada ahli keluarga masing-masing. Memang betul seorang ibu atau isteri mempunyai deria itu. Namun pernahkah anda membuat komen tanpa fakta tetapi sebenarnya bergantung kepada deria itu? Sebagai contoh, satu kejadian buruk berlaku dan anda pun berkata, “Kan ibu sudah cakap dulu, tak percaya !!” dan leteran anda pun bermula.
Anda pernah lihat wajah anak anda apabila anda berkata begitu? Boleh anda lihat yang wajah mereka memberi isyarat ‘Mulalah tu…cakap ikut sedap hati sahaja !’ .
Takrifan Berbeza
Lelaki juga beremosi bahkan lebih lagi sebenarnya berbanding wanita tetapi persekitaran memberikan takrifan yang berbeza. Memang tidak adil tetapi begitulah layanan dunia ini. Apabila perempuan maka dikatakan cerewet tetapi jika lelaki itu tandanya teliti.
Bila lelaki dikatakan tegas, bila perempuan dikatakan tidak boleh dibawa berunding. Bila wanita dikatakan mudah menangis tetapi bila lelaki dikatakan prihatin. Persekitaran dan masyarakat melabelkan wanita lebih beremosi namun kajian dalam Sains neuro sebenarnya menunjukkan keadaan sebaliknya. Lelaki lebih beremosi tetapi mereka lebih bijak menyembunyikan emosi mereka daripada memancut keluar.
Saya tahu nota kali ini membuatkan ramai pembaca khususnya wanita terasa hati. Mohon ampun dan maaf tetapi tolong jangan kecam saya. Apa yang saya kongsi , adalah daripada perspektif neutral seorang lelaki. Oleh itu saya mohon jangan beremosi pada saya ya! Terima kasih.
Sumber: Dr. Syed Yusainee Yahya, Promind Training And Consultation
KL Bandar Ketiga ‘Kuat Bekerja’ Di Dunia, Berkorban Masa, Tenaga Demi Sesuap Nasi

KL bandar ketiga ‘kuat bekerja’ di dunia, berkorban masa, tenaga demi sesuap nasi. Kehidupan di ibu kota semakin hari semakin mencabar. Apatah lagi hari ini bahan mentah terutama makanan harganya naik mendadak.
Warga Kuala Lumpur sememangnya terkesan dengan pelbagai kenaikan harga. Pastinya keadaan ini menyebabkan ramai pekerja berada dalam tekanan.
KL Bandar Ketiga ‘Kuat Bekerja’ Di Dunia
Terbaru mengikut laporan kajian yang diterbitkan oleh Bloomberg, menunjukkan Kuala Lumpur berada di tangga ketiga sebagai bandar paling ‘overworked’ atau terlebih berkerja di dunia selepai Dubai dan Hong Kong.
Kuala Lumpur, bandar lebih 1 juta penduduk telah disenaraikan sebagai bandar ketiga daripada 100 bandar paling kuat bekerja selepas Dubai dan Hong Kong.
Kemungkinan Pekerja Dari Malaysia Akan Berpindah
Menurut kajian yang dilakukan oleh syarikat teknologi akses mudah alih Kisi ini menilai bandar-bandar di seluruh dunia untuk melihat keseimbangan hidup dalam bekerja.
Ia mengkaji 51 kawasan bandar di AS dan 49 bandar utama di seluruh dunia merentasi lebih daripada 130 faktor — seperti kadar kerja berlebihan, akses kepada penjagaan kesihatan dan metrik keselamatan untuk mengukur intensiti kerja, hak dan kesejahteraan penduduk.
Pekerja dari, Kuala Lumpur, Hong Kong atau Dubai mungkin mahu mempertimbangkan untuk berpindah ke Amsterdam, Buenos Aires, atau Sydney, di mana kurang daripada 10% penduduk di sana bekerja sehingga terlebih masa, menurut kajian itu.
Sememangnya warga KL dan juga rakyat Malaysia sentiasa bekerja keras untuk menambah pendapatan demi sesuap nasi.
Baca Sini : ‘Bekerja Seorang Tanggung Isteri, Empat Anak.’ Bila Utamakan Keluarga, Insyallah Cukup Semua
‘Bukan Semua Kerja Rumah, Perempuan Kena Buat.’ Bila Semua Bekerjasama, Semua Jadi Mudah
Mingguan Wanita : Semoga semuanya dipermudahkan untuk mereka yang keluar bekerja dan mencari rezeki halal.
Sumber: Bloomberg
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
Myra dibesarkan oleh ibu tunggal yang begitu kuat.