Buat anda yang dah puas fikir cara macam mana nak hapuskan lipas dalam kereta, kali ini mungkin akan berjaya kalau guna tip yang dikongsikan oleh Puan Maslinda Mansor.
Apa yang penting, cari dulu barang yang wanita ini dapat di kedai tanpa sengaja. In shaa Allah, segala jenis pangkat lipas akan terjerat cara mudah. Jom godek macam mana dia buat…
Selama ini kemain rungsing tengok lipas banyak ya amat dalam kereta. Kadang-kadang masa tengah bawa kereta, slamber je diorang berterbangan acah acah rama rama buat family gathering.
Biasalah, family car… kadang-kadang anak anak makan dalam kereta (gituwwww) jadi ini adalah faktor utama mengundang lipas-lipas kecik ni.
Bermacam-macam petua dan cara akak buat nak bagi lipas ni hilang, dari cara semburan air rebusan serai, rebusan pandan, beli semburan serangga, letak kopi tapi semua tak jalan. Makin bermaharajalela lagi ada la.
So one day, jalan-jalan dekat giant supermarket (kat pasaraya lain pun ada jual ) jumpa racun pelekat ni.
Harga RM7.50 sahaja (ada 5 pelekat), letak dalam kereta selama 6-7 jam dan hasilnya… puas hati!
Haa… lepas ini anda pun boleh cuba! Nampak gaya bukan lipas saja, cicak pun boleh jadi mangsa.
Selamat mencuba!
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Wanita Ditoreh Bekas Teman Lelaki, Luka Hampir 5 Sentimeter Di Muka!
Sungguh kasihan tengok keadaan seorang wanita yang parah selepas ditoreh di muka oleh lelaki warga Bangladesh dekat pusat beli-belah di Jalan SS 20/27, Damansara Jaya, Petaling Jaya.
Rasa betapa kejamnya orang yang sanggup melakukan perbuatan ini pada golongan wanita dan alau tengok keadaanya, lukanya hampir lima sentimeter bermula dari bibir hingga ke bahagian pipi kanan selepas lelaki warga Bangladesh terbabit bertindak menoreh bahagian muka dengan objek tajam.
Wanita Ditoreh Dikejarkan Ke Hospital
Susulan kejadian mangsa dikejarkan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bagi mendapatkan rawatan sebelum kejadian dilaporkan kepada pihak polis.
Mangsa yang berumur 24 tahun dilaporkan stabil selepas mendapat rawatan di PPUM dan dia dibenarkan keluar sehari selepas kejadian.
Berdasarkan maklumat, pihak polis berjaya menahan suspek berusia lingkungan 20-an terbabit, Jumaat lalu.
Siasatan awal mendapati suspek terbabit adalah bekas teman lelaki mangsa dan siasatan lanjut sedang dilakukan bagi mengenal pasti punca lelaki berkenaan bertindak menoreh muka wanita itu.
Suspek Direman 7 Hari
Apa pun suspek kini direman selama tujuh hari sehingga Jumaat ini untuk tindakan lanjut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah menggunakan senjata.
Buat golongan wanita, berhati-hati ya dan dindinglah diri dengan ayat-ayat suci Al-Quran setiap kali mahu keluar dari rumah. Minta padaNya untuk perlindungan dari segala kejadian buruk dan gangguan.
Surah Yasin Ayat Ke 9
Untuk amalan, wanita boleh baca ayat ini setiap kali selepas solat. Ditiup di telapak tangan dan diusap ke seluruh badan dengan niat untuk pendinding benteng pertahanan diri dari segala gangguan.
Malah, anda boleh juga dibacakan pada garam kasar atau air dan ditabur atau direnjis ke sekeliling rumah dengan niat sebagai benteng pertahanan diri dan harta benda dari segala gangguan jin mahupun manusia.
Terjemahan ayat:“Dan Kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding (pula), dan Kami tutup (mata) mereka sehingga mereka tidak dapat melihat”.(9)
Sumber berita: Harian Metro
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Dia tak pernah nak susahkan saya, susahkan sesiapa pun, termasuk mak dia”-Pengasuh Zayn Rayyan
Perasaan sayu menyelubungi ramai, apatah lagi ibu dan bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin yang saban hari memori mereka diulit kenangan bersama anak istimewa itu. Pemergian kanak-kanak itu telah meruntun jiwa jutaan rakyat Malaysia. Antara individu yang merasa kehilangan termasuklah pengasuh kepada Zayn Rayyan, Auni Afiqah Abas
Bagi Auni, kehilangan tersebut sukar digambarkan apatah lagi kanak-kanak tersebut telah menjadi anak asuhannya sejak setahun yang lalu. Kejadian yang menimpa kanak-kanak tersebut menjadi kisah duka dalam hidupnya dan kini hanya kenangan bersama arwah menjadi peneman hari-harinya.
“Dia seorang yang lembut-selembutnya, macam bayi baru lahir. Dia tak pernah nak susahkan saya, susahkan sesiapa pun, termasuk mak dia.
“Dia datang rumah saya, masuk dalam, duduk, seperti budak normal. Sampai anak saya tarik tangan ajak main.
“Memang terasa kehilangan itu sangat perit sebab tak boleh terima kenyataan jadi macam ini,” katanya memetik Sinar Harian.
Tambah Auni lagi, selepas ini dia pasti akan terbayang Zayn Rayyan duduk di kerusi dan meja kegemarannya. Selain itu, kanak-kanak berusia 6 tahun itu amat menggemari menu-menu seperti spaghetti goreng, bihun goreng dan ayam masak cili padi yang menjadi memori Auni buat si kecil.
Selain Auni, Zayn Rayyan juga turut rapat dengan ibu mentua Auni Afiqah, Che Zaiton Abd Aziz di mana dia membahasakan dirinya dengan panggilan Umi dengan anak kecil itu.
Kini, tiada lagi anak asuhan yang selalu merebahkan kepala di ribanya seperti kebiasaannya.
“Dia akan duduk sebelah saya, baring atas riba saya. Itu memang tak pernah dibuat oleh anak asuhan lain tapi dia satu-satunya anak asuhan yang tinggalkan kesan kepada saya.
“Dia suka duduk macam itu, baring di paha saya. Dia diam saja, macam dalam dunia dia. Saya akan belai-belai kepala dia, tanya dia macam-macam,” ujarnya.
Memandangkan siasatan masih lagi dijalankan, Zaiton sempat menitipkan pesanan kepada semua pihak mengenai sensitiviti keluarga yang perlu diberi perhatian.
“Kita jaga perasaan ibu dan bapa Zayn juga. Tidak keluarkan apa-apa kenyataan. Serahkan kepada pihak berkuasa untuk jalankan apa saja siasatan dan maklumat.
“Kita bukan di kalangan ahli keluarga, jangan buat apa-apa andaian dan buat sesuatu yang tidak sahih,” katanya yang mendoakan semoga Zayn Rayyan Abdul Matiin bahagia bersama PenciptaNya.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mimpi Suami Curang & Allah Tunjuk Kebenaran Usai Solat Subuh, Isteri Dedah Penyanyi Main Kayu Tiga
Mimpi suami curang & Allah tunjuk kebenaran usai solat subuh, isteri dedah penyanyi main kayu tiga. Kecurangan pasangan adalah hal paling pahit untuk diterima. Ia sesuatu yang amat menyakitkan hati bagi yang dicurangi.
Pendedahan seorang isteri tentang kecurangan suaminya, Virgoun Teguh Putra yang popular dengan lagu Surat Cinta Untuk Starla sangat mengejutkan. Lebih menggemparkan dirinya mendedahkan suaminya melanggan pelacur sedangkan dirinya disuruh menutup aurat atas alasan wajahnya terlalu cantik.
Mimpi Suami Curang & Allah Tunjuk Kebenaran Usai Solat Subuh
Jelas Ina Idola Rusli, dia sudah lama mengesyaki kecurangan suaminya dan memohon petunjuk dari Allah agar ditunjukkan.
“Allah mendengar doa saya. Selepas solat Subuh Allah mendatangkan ilham kepada saya. Subuh 16 Ogos 2022, Allah beri aku petanda suami aku selingkuh, siangnya ada akaun private mesej memberitahu tentang kewujudan seorang wanita ini,” tulisnya di Instagram Stories seperti dilaporkan Insertlive dedah Ina.
Masa yang sama, Ina berkata, wanita yang berselingkuh dengan suaminya dikenali sebagai Austina Tenri Ajeng Anisa dan pernah diperkenalkan kepadanya pada lebaran tahun lalu.
Tapi apa yang paling mengejutkan, bukan hanya skandal suaminya tetapi Ina turut memaklumkan yang suaminya sering melanggan pelacur sejak dua tahun lalu dan menghabiskan puluhan ribu untuk kepuasan nafsunya.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :– 12 Tahun Diseksa Suami Kaki Judi, Isteri Bertahan Kenang Mentua Terlalu Baik
Mak Durjana, Paksa Anak Umur 15 Tahun Lacurkan Diri Lebih 1,000 Kali
Perkahwinan 24 Tahun Hancur, Suami Curang, Khianat Pada Isteri Setia, INSTINCT ISTERI Hebat
‘Panjat Bonet Kereta, Tangkap Suami Curang.’ Tindakan Nekad, Bila Hati Wanita DiSakiti
“Suami juga memaksa saya mengambil ubat kurus selepas kelahiran anak kami. Bahkan lebih teruk, suami juga pernah mengajak melakukan hubungan intim di siang hari Ramadan,” dedahnya sekaligus sangat mengejutkan orang ramai mengenai hal ini.
Dalam pada itu, kata Ina suaminya pernah berjanji tidak akan mengulangi perbuatan zinanya tapi janji hanya tinggal janji hingga hal ini didedahkan kepada umum.
Jelas Ina, ia sesuatu yang sangat menyakitkan hati bagi seorang isteri.
Isteri Dedah Penyanyi Main Kayu Tiga
Dalam pada itu, selepas hal ini terbongkar di media sosial, Virgoun menulis surat pengakuan atas perbuatannya.
Pengakuan Virgoun tersebut terungkap melalui surat ditulisnya dan dikongsi di akaun Instagram Inara pada Isnin lalu.
“Dengan surat ini menyatakan saya Virgoun Teguh Putra mengakui selama masih dalam status menikah dengan saudari Inara Rusli bahwa benar telah melakukan hubungan asusila selayaknya suami isteri yang dilarang oleh agama dan pemerintah,” tulis Virgoun, dikonsi di instagram @mommy_starla, Senin (24/4).
Apabila di kemudian hari saya terbukti mengulangi perbuatan asusila yang melukai harkat dan martabat istri dan keluarga, saya siap untuk diproses secara hukum Islam dan juga diproses sesuai hukum Indonesia sesuai pasal 28a tentang perzinahan dan menceraikan istri saya,” jelas Virgoun.
Jelas Virgoun juga, dia akan memberikan nafkah sebanyak Rp40 juta buat tiga anaknya dan hal-hal lain,” katanya selepas hal ini terbongkar.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Penjara 1 tahun atau denda RM50000 jika bersalah dalam menyebarkan berita palsu dan tengok benda tidak senonoh. Jangan terlampau bebas di internet ya!
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI