
Buat anda yang dah puas fikir cara macam mana nak hapuskan lipas dalam kereta, kali ini mungkin akan berjaya kalau guna tip yang dikongsikan oleh Puan Maslinda Mansor.
Apa yang penting, cari dulu barang yang wanita ini dapat di kedai tanpa sengaja. In shaa Allah, segala jenis pangkat lipas akan terjerat cara mudah. Jom godek macam mana dia buat…
Selama ini kemain rungsing tengok lipas banyak ya amat dalam kereta. Kadang-kadang masa tengah bawa kereta, slamber je diorang berterbangan acah acah rama rama buat family gathering.
Biasalah, family car… kadang-kadang anak anak makan dalam kereta (gituwwww) jadi ini adalah faktor utama mengundang lipas-lipas kecik ni.
Bermacam-macam petua dan cara akak buat nak bagi lipas ni hilang, dari cara semburan air rebusan serai, rebusan pandan, beli semburan serangga, letak kopi tapi semua tak jalan. Makin bermaharajalela lagi ada la.
So one day, jalan-jalan dekat giant supermarket (kat pasaraya lain pun ada jual ) jumpa racun pelekat ni.
Harga RM7.50 sahaja (ada 5 pelekat), letak dalam kereta selama 6-7 jam dan hasilnya… puas hati!

Haa… lepas ini anda pun boleh cuba! Nampak gaya bukan lipas saja, cicak pun boleh jadi mangsa.
Selamat mencuba!
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tawan Gunung Kinabalu, Usia 41 Tahun Bukan Halangan Sherry Ibrahim Cipta Kenangan Manis

Tawan gunung Kinabalu, usia 41 tahun bukan halangan Sherry Ibrahim cipta kenangan manis. Ternyata umur bukanlah halangan buat pelakon, Sherry Ibrahim mengukir kenangan manis selepas berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu pada 7 Julai lalu.
Tawan Gunung Kinabalu, Usia 41 Tahun Bukan Halangan Sherry Ibrahim Cipta Kenangan Manis
Menerusi satu perkongsian di laman Instagram, Sherry atau nama sebenarnya Syarizad Ibrahim memuat naik beberapa keping gambar kenangan perjalanan sepanjang pendakian.
“7 Julai 2024, syukur alhamdulillah Sherry okay, Sherry berjaya.
“Sampai (puncak) sebelum matahari terbit dan berpeluang melihat pelangi yang indah selepas hujan,” tulisnya.
Sherry sempat merakam keindahan pelangi. Panorama tersebut turut dipaparkan dalam salah satu gambar yang dimuat naik.
Menurut Sherry, pendakian gunung tersebut bukan hanya sekadar menguji ketahanan fizikal namun ia juga menguji mentalnya.
“Perjalanan ke puncak lebih dari sekadar pendakian fizikal, ia juga adalah ujian ketahanan, keazaman dan daya tahan yang mendorong saya mengatasi had fizikal dan mental,” luah Sherry berkenaan pengalamannya mendaki gunung tertinggi antara Himalaya dan New Guinea itu.
Selain menguji ketahanan mentalnya, Sherry juga berkongsi perjalanan selama dua hari satu malam itu memberikan peluang untuknya mengenali kenalan baharu.
“(Saya) bertemu rakan baharu dan mereka semua kuat dan juga menakjubkan.
“Ini pertama dan terakhir ya Mr. Akinabalu. Saya tak dapat rasa kaki sepanjang perjalanan turun dari gunung. Jalan macam ketam,” kata Sherry.
Dalam salah satu gambar yang dimuat naik, Sherry bergambar bersama satu not wang RM100 yang menjadikan puncak Gunung Kinabalu sebagai hiasan.
Hantaran Sherry dilaman Instagram tentang kejayaannya itu dibanjiri ucapan tahniah dan pujian daripada warga maya.
Berikut antara komen-komen warga maya dan juga rakan selebriti:
Kredit: Instagram Sherry Ibrahim

Baca artikel lain juga: Bukan Tidak Mahu Berkahwin, Mungkin Jodoh Itu Belum Sampai Lagi” Sherry Ibrahim
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Norman Hakim Berdepan Pelbagai Ujian “Bersyukur Dengan Setiap Aturan Allah Pada Saya & Keluarga”

Isi Kandungan
ToggleNorman Hakim berdepan pelbagai ujian kehidupan daripada Allah SWT. Bergelar seorang bapa bukanlah perkara mudah apatah lagi dikurniakan ramai anak.
Pelakon dan pengacara Norman Hakim akur dengan segala ujian yang telah ditentukan. Malah dirinya bersyukur dengan dugaan tersebut. Ini kerana setiap aturan itu hadir dalam kehidupan adalah di luar kawalan seseorang.
Norman Hakim Berdepan Pelbagai Ujian
Bersyukur dengan setiap aturan yang ditentukan Yang Maha Esa.
“Alhamdulillah, saya bersyukur sangat-sangat dengan aturan Allah bagi pada saya dan keluarga,” ungkap Norman seperti mana petik menerusi Astro Gempak.
Sambung Norman lagi, “Whatever coming in to your life is out of your control tetapi bagaimana kita berhadapan dan mengawal keadaan itu adalah kawalan anda sebenarnya.”
Suami kepada Memey Suhaiza ini juga menyatakan hidup ini bagaikan pusingan roda.
“Sekiranya kita anggap ia musibah dan ia akan terjadi musibah.
“Pada saya ia ibarat pusingan kehidupan yang perlu kita lalui,” kata Norman yang juga merupakan bekas suami kepada Abby Abadi.
Kekal Positif
Terang Norman lagi walau lalui pelbagai rintangan dalam kehidupan namun dirinya perlu kekal positif.
“Ada kata-kata mengatakan kalau kita diuji adalah sebab Allah sayang.
“Saya selalu kata begitu pada diri saya.
“Pada saya, kita yakin setiap apa yang kita lalui dalam kehidupan adalah dalam kawalan kita.
“Apapun persepsi di luar sana, bagi saya itu adalah perkara yang berlaku di alam maya dan apa yang berlaku di depan mata itu kita kena bagi keutamaan,” luah Norman.
Seperti yang diketahui umum sebelum ini anak perempuan Norman bersama Abby iaitu Marissa Dania dan suami, Ahmad Aslam menjadi perhatian apabila kehilangan anak sulung selepas dikatakan lahir secara pramatang.
Bulan lalu, Marissa menjadi buah mulut netizen apabila didakwa sedang berbadan dua apabila baby bump kelihatan di sebuah majlis.
Baca Disini : Norman Doakan Kebahagiaan Marissa “Papa Sayang Adik, Aslam & Umisya. Ujian Hidup Kita Berbeza”
Sumber : Astro Gempak

Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Wanita Ini Kongsi HARAPAN Dari Lubuk Hati Nurani Seorang Rakyat Malaysia

Isi Kandungan
ToggleSetelah Pakatan Harapan berjaya memenangi Pilihanraya Umum ke-14 semalam, pelbagai harapan dikongsi oleh rakyat agar Malaysia ditadbir urus dengan lebih baik.Nukilan harapan yang dikongsikan oleh wanita ini, sebenarnya mewakili harapan setiap rakyat Malaysia agar kerajaan baru yang dipiih dapat melaksanakan tugas dengan lebih telus dan bertanggungjawab serta dapat mengotakan perkara-perkara yang telah dijanjikan.
Berikut antara perkongsian harapan yang dikongsikan oleh Pnut Syafinaz;
Dari lubuk hati nurani seorang rakyat Malaysia
Sebagai penjawat awam, saya bekerja dengan kerajaan, kalau selama ini kami bekerja dengan kerajaan Barisan Nasional, hari ini kami sudah bertukar majikan. Kerajaan Pakatan Harapan ialah kerajaan baru pilihan rakyat Malaysia. Ya, Malaysia sudah membuat keputusan, dan kami penjawat awam akan terus bekerja dengan kerajaan yang baharu.
PAKATAN HARAPAN
Ia satu kejayaan, kejayaan menjatuhkan BARISAN NASIONAL yang sudah bertapak berpuluh tahun di negara kita. Satu perkara kita kena terima hakikatnya, apa yang kita nikmati hari ini, adalah hasil usaha keras pemimpin kita terdahulu, pilihan atok, nenek, emak ayah kita sekian lama. Tidak semua yang buruk diberi, ada juga banyak kebaikan dan manfaat kita dapat, tetapi dunia berputar, zaman teknologi ini, semua maklumat di hujung jari sahaja, segala yang ‘tidak kena’ mudah diketahui, Gelombang anak muda negara yang rata-rata celik teknologi dan mereka ni menguasai majoriti pengundi negara, dan semalam mereka ini telah bersuara. Kalau kita lihat, hampir semua bandar besar di negara kita PH menang. bukan menang kecil, tetapi menang besar, malah ada yang sangat besar majoritinya.
PH membawa harapan. Harapan golongan anak muda ini, harapan seluruh rakyat Malaysia, ramai pulang mengundi di kawasan masing-masing. Ramai yang boleh sahaja menukar tempat mengundi, tetapi ramai masih mahu kekal pulang ke negeri masing-masing untuk ‘bersuara’. Ada orang kata, susah payah balik kampung, kos minyak tol, kenapa tak tukar tempat mengundi? Ada yang menjawab “tempat kami kerja sekarang memang kuat PH, dan tiada masalah untuk memang, negeri kami ni masih samar-samar, kami mesti balik, kalau bukan kita balik ubah, siapa lagi,” Ye ke tahap itu semangat mengundi kali ini.
Buktikan Tadbir Lebih Baik
PH kena sedar, dan pemimpin PH kena sentiasa beringat, mereka sudah berikrar, berjanji dan nampaknya ikrar dan janji mereka disambut rakyat Malaysia. Jadi ini masa untuk kalian bekerja, buktikan seperti mana kalian buktikan di Selangor dan Pulau Pinang, negeri ini ditadbir lebih baik, lebih telus dan lebih disenangi. Ini masanya kalian membuktikan pada semua rakyat Malaysia yang telah memberi kalian majoriti yang besar untuk menang. Rakyat Malaysia memberi kejutan besar, dengan melenyapkan BN di negeri-negeri yang dahulunya kubu kuat BN, ini sangat mengejutkan bukan hanya kepada BN, malah pimpinan tertinggi PH sendiri.
Saya harap PH meletakkan calon menteri pilihan rakyat dalam barisan kabinet, bukan menteri atau menteri besar pilihan parti. Belajar dari kesilapan Kedah. Rakyat memilih Mukhriz sebagai MB Kedah, tetapi beliau ditolak oleh parti. MB pilihan parti diletakkan dengan alasan rakyat menolak Mukhriz. Akhirnya rakyat beritahu, kami mahu Mukhriz. PH letaklah calon yang benar layak, untuk barisan Menteri dan Menteri Besar yang layak dan disukai rakyat. Kalian membawa harapan rakyat, bukan harapan pimpinan tertinggi semata-mata.
‘Tempoh Percubaan’ 5 Tahun
Sebenarnya PH ini pun dalam ‘tempoh percubaan’ 5 tahun rakyat beri masa untuk kalian buktikan rakyat tidak salah memilih. 5 tahun ini untuk kalian menambah baik sistem pentadbiran, 5 tahun untuk kalian ubah sistem pendidikan, 5 tahun untuk kalian ubah eknonomi negara, 5 tahun untuk kalian untuk kalian rombak bidang kesihatan dan peruabatan, 5 tahun kalian KENA buat orang percaya, 5 tahun bukan 5 bulan. Bukan satu tempoh yang panjang sebenarnya, tidak banyak yang mampu dibuat dalam tempoh 5 tahun, tetapi ada banyak perkara juga yang boleh dilakukan dalam tempoh ini.
Apa pun kerajaan BN dahulu juga kita kena akui jasa kepimpinan mereka juga, apa yang kita nikmati hari ini (yang baik dan yang buruk) juga hasil pemerintahan mereka juga. Terima kasih pemimpin dahulu, semoga pemimpin BN yang benar ikhlas berjuang untuk rakyat, akan terus bersama-sama kerajaan PH bekerjasama demi rakyat. Dan pada PH, ampa semua dah lama jadi pembangkang, bila dah jadi pemerintah jangan belakangkan juga pilihan rakyat yang memilih BN dalam PRU 14.
Kepada wakil rakyat BN, jadilah pembangkang yang hebat. Kita perlukan ‘check and balance’ dalam sistem pemerintahan negara. Jadilah pembangkang yang mendengar suara rakyat, jadilah pembangkang yang rajin mengkaji, memberi idea yang bagus, memberi hujah yang bernas, menjadi ‘pembangkang’ yang membangkang apa perkara yang dirasakan kerajaan buat tidak kena dan tidak sesuai. Tidak semua yang kerajaan buat itu sesuai untuk dilaksanakan, maka tugas pembangkang, membangkang dan menolak.
Magis Tun Mahathir
Disebalik semua yang berlaku ini, ada suatu magis yang kita kena akui. iaitu TUN MAHATHIR. Bertahun PH cuba jatuhkan BN, mereka tidak mampu, tetapi dengan adanya ‘atok’ umur 93 tahun ini, seluruh rakyat Malaysia bersatu hati, turun mengundi. Aura Tun masih kuat, terlalu kuat.

Kita pulang bersama-sama meredah lebuhraya yang beliau usahakan pada zamannya, kita pulang memandu kereta buatan Malaysia, juga hasil usahanya. Kita naik kapal terbang, yang beroperasi di KLIA, juga hasil usaha beliau, kita belajar dulu dapat biasiswa JPA, pinjaman JPA, juga pada zaman beliau, kita nikmati kemudahan internet yang bagus, hasil usaha beliau bangunkan MSC dan Cyberjaya dan hari ini beliau sekali lagi mencipta sejarah bersama-sama kita. itulah dia TUN MAHATHIR. Semoga dia kembalikan apa kita nikmati dahulu kepada anak dan cucu kita, itu hak mereka di bumi Malaysia.
Selamat Maju Jaya kepada kerajaan Malaysia, Selamat Maju Jaya kepada barisan pembangkang baharu negara. Kalian semua dipilih rakyat, dan tidak mustahil rakyat juga akan menolak semula kalian 5 tahun akan datang!
Jadi buktikan kepada kami semua, kalian mampu dan boleh!
Don’t talk, just act!
Don’t say, just show!
Don’t promise, just prove!
Sumber: Pnut Syafinaz
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI