Hanya mampu berdating selepas anak tidur.” Jangan down, bahagialah dengan cara sendiri. Tak salah jika mak, ayah merasa tidak wujudkan masa bersama pasangan tetapi berusahalah mencari waktu yang sesuai.
Walaupun di rumah, jika masa digunakan sebaiknya tetap hati pasangan berbunga. Terserah pada mak, ayah apa cara sekali pun, sesekali luangkan masa berdua dan jangan mencipta alasan.
Bahagialah Dengan Cara Sendiri
Kongsi Puan Wawa Shauqi ini, orang kata, sekali sekala suami isteri kena berdating.
Saya tarik nafas panjang. Lepaskan seberat-berat beban keluhan yang tersimpan.
Sepanjang 10 tahun kahwin ni, belum pernah lagi kami dating berdua. Plan pun tak ada.
Dating kami hanya di rumah. Waktu anak sudah tidur. Atau waktu anak pergi sekolah. Itupun, dating seminit dua beli kuih bersama. Sebab lepas tu husband sudah perlu bergegas ke ofis.
Waktu ambil vaksin berdua hari tu baru merasa jenjalan berdua. Itu pun rasa canggung. Macam ada sesuatu yang tercicir. Rasa ada organ dalaman yang tertinggal. Habis saja vaksin, menggelupur ambil anak.
Jangan Down!
Nak kata kami sentiasa lekat dengan anak, tidak juga.
Sebab ada hari yang saya perlukan me time, suami akan take over. Kalau suami perlukan me time, saya pulak take over.
Awal tu, down juga bila orang kata laki bini wajib cari masa dating. Down sebab kesempatan itu susah kami nak jumpa.
Tapi bila kami berdua bincang, kami pilih untuk ‘dating’ ikut cara yang kami selesa. Dating ikut piawaian sendiri.
Jangan fokus apa yang kita tak ada. Tapi fokus pada apa yang kita ada..
Hanya Mampu Berdating Selepas Anak Tidur
Lepas hantar anak, kami sesama pergi cari makan berdua. Tak pun bersembang sambil cicah biskut kering lepas tidurkan anak.
Ads
Ada hari yang kami on movie di tengah malam sambil lumba lipat kain bersama.
Kadang-kadang, saja saya mengadu sesuatu nak dengar dia bercakap acah-acah pakar motivasi.
Mungkin tak seromantik mana. Tapi cukup bagi kami untuk tautkan semula hati dengan rasa cinta.
Kalau ada yang sekapal dengan kami, cubalah. Usahakan.
Usaha adakan masa bersama.
Malah, usaha buat pillow talk.
Usaha makan bersama.
Kemudian usaha sebantal bersama.
Usaha sambut hari penting sehabis baik.
Kami pegang nasihat seorang sahabat.
“Perkara yang kita usahakan secara ‘istimewa’, akan bertambah istimewa. Kalau kita ambil sambil lewa, spark pun susah dah nak menyala.”
Tapi, kalau rasa mustahil nak adakan masa berdua, jangan down-down.
Ikut Cara Tersendiri
Boleh jadi, masa bermesra bersama dengan anak-anak tu lebih bermakna. Sebab boleh jadi itu adalah rezeki kita yang tak ramai orang mampu nak ada.
Yang penting, jangan fokus pada benda yang kita tak dapat buat. Tapi fokus macam mana nak perindahkan perkara yang kita mampu buat.
Jangan fokus apa yang kita tak ada. Tapi fokus pada apa yang kita ada.
Ads
Mingguan Wanita : Berdating itu bukan penentu bahagia, tetapi usahakanlah untuk wujudkan “waktu berdua”. Sebaiknya curi waktu untuk dihabiskan bersama pasangan walaupun hanya berbual-bual di rumah. Kadang-kadang di kala inilah waktu terbaik untuk meluahkan sesuatu yang terbuku di hati.
Meskipun selepas mati, kanak-kanak lelaki berusia dua tahun masih berjasa kepada dua individu apabila mak dan ayahnya memutuskan mendermakan kornea anak mereka yang maut akibat kemalangan jalan raya itu.Nilai murni dan pengorbanan yang pasangan ini lakukan sanggup mendermakan mata anak kesayangan pada yang lebih memerlukan wajar dipuji.Ia bukan perkara yang mudah.
Meninggal Akibat Kemalangan
Menurut laporan Chengdu Economic Daily, kejadian yang berlaku di Beijing ini, kanak-kanak itu, Liu Ying, meninggal dunia Selasa lalu di Suining, wilayah Sichuan, 20 bulan selepas menderita kerosakan otak dan kecederaan serius lain akibat kemalangan motosikal.
Liu membonceng motosikal bersama ibu dan bapanya apabila mereka dilanggar sebuah lori. Doktor juga terpaksa memotong kaki kirinya.
Selepas pembedahan terbaru yang mengambil masa sehari pada 1 Februari lalu, pakar bedah memaklumkan ibu bapa Liu bahawa anak mereka mungkin tidak dapat bertahan.
“Sekurang-kurangnya penerima kornea itu boleh menikmati hidup dengan melihat dunia menerusi mata anak kami,” kata ibu Liu.
Pakar bedah dan jururawat bertugas sebak dengan pengorbanan ibu bapa kanak-kanak itu serta memberi penghormatan kepada Liu sebelum memulakan pembedahan mengeluarkan korneanya untuk dipindahkan kepada dua pesakit.
Pakar mata di hospital tempat Liu dirawat, Li Heng berkata:
“Pembedahan memindahkan kornea itu berjaya. Penerima kini semakin pulih daripada pembedahan.”
Derita Separuh Lumpuh
Ibu bapa Liu yang identitinya tidak dikenali menderita separuh lumpuh akibat kemalangan itu, memaksa mereka berhenti kerja dan meminjam 1,000 yuan (RM629) daripada rakan untuk membayar kos hospital.
Kakitangan hospital yang bersimpati dengan nasib pasangan itu mengumpul dana lebih 30,000 yuan (RM19,000) untuk didermakan kepada mereka.
“Belas kasihan dan kejujuran yang ditunjukkan pasangan itu membuatkan kami terharu,” kata pengarah pusat pediatrik hospital berkenaan.
Penat balik dari tempat kerja, isteri terus terjah ke dapur untuk menyiapkan makan keluarga pula. Baginya keutamaan adalah untuk suami dan keluarga. Itulah rutin yang biasa isteri lakukan.
Kadang-kadang dia tak sempat untuk berbual atau bercerita dengan suami, mungkin baru separuh jalan cerita, terus isteri di ulit mimpi. Penat. Itu kalau suami sanggup mendengar, kalau suami yang buat hal sendiri. Macam mana. Boleh timbul sakit hati dan geram. Langsung seperti tidak dihargai.
Inilah yang ada masanya suami tidak faham tentnag emosi isteri. Isteri senyap dan buat hal sendiri dikatakan isteri merajuk. Sedangkan dia tak pernah tanya apa yang bermain di hati isteri.
Perkongsian daripada Dr Redza Zainol ini boleh membuka mata para suami di luar sana tentang apa yang sebenarnya isteri mahu.
Cari Duit Untuk Keluarga
Pernah kawan saya kongsikan cerita dia.
Dia dan isteri sama-sama bekerja. Dia kerja doktor, isteri kerja pejabat.
Dari dulu, dia ni jenis yang rajin bekerja. Isnin sampai Jumaat dia kerja di klinik. Hujung minggu dia pulun lokum pula dari pagi sampai ke malam.
Maknanya setiap hari dia bekerja.
Masa tu, dia fikir memang wajib untuk dia tambah pendapatan keluarga. Kalau lagi banyak duit dia bawa balik ke rumah, dia fikir mesti bertambah sayang si isteri dan anak-anak pada dia.
Walaupun kerjanya seronok, makin lama dia terasa dia makin jauh dari isteri. Kalau dulu dia balik kerja, ada aje yang nak diborak dengan isteri.
Tapi sekarang, dia rasakan yang isterinya banyak melayan anak dan buat hal sendiri je. Makin dia perhati, barulah dia perasan wajah isterinya yang lesu tu.
Terus dia tanya pada isteri. “Ada apa-apa nak cerita kat saya? Awak boleh luahkan kat saya.”
Entah dari mana datangnya, tiba-tiba isterinya terus menangis. Berjurai-jurai air mata keluar. Seolah-olah dia lepaskan segala perasaannya melalui tangisan itu.
“Saya penat je.”
Mulalah fikiran kawan saya fikir itu dan ini. Nak ambil orang gajilah, nak isteri berhenti kerjalah.
“Saya tak nak semua tu. Awak tanya pasal saya pun dah cukup. Awak dengar pun saya dah lega. Terima kasih sangat.”
Wajah lesu tadi tu perlahan-lahan diganti dengan senyum di bibir. Air mata tadi semuanya hilang diganti dengan wajah yang berseri-seri.
Ya Allah, kawan saya betul-betul rasa tertampar.
Semua Urusan Rumah Isteri Buat
Dia mengaku bila dia keluar rumah, dia fikir automatik semua urusan di rumah isterinya akan uruskan. Macam robot yang boleh ditekan butang untuk ikut apa saja arahan tuannya.
Rupa-rupanya, selama ni isterinya cuma harapkan suami dia bertanya tentang diri dia. Memang dari luaran nampak macam tenang, tapi bila ditanya, isteri sebenarnya penat dan perlukan bantuan suami.
Inilah isteri kita semua. Selain perlukan tidur, makan dan rehat yang cukup, isteri nakkan suami yang sensitif dengan emosinya.
Cukup dengan hanya bertanya dan mendengar cerita isteri dah boleh buat dunia isteri jadi lebih ceria dan bahagia.
MW: Kena ingat para suami, isteri tak minta lebih, Cuma harapkan suami jadi pendengar yang baik untuk dirinya.
Ambil tahu dulu aturan nafkah, kelak andai berlaku selisih faham bab duit yang tak mengalir pada mak ayah anda ada jawapan yang kukuh.
Ini bukan nak ajar jadi anak derhaka, tetapi tak nak suami lupa tanggung jawabnya pada mak isteri dan anak-anak. Sebab ada kes suami yang culas bab nafkah bila kaum isteri hari ini sudah pandai cari duit tepi.
Untuk betulkan masalah duit nafkah, jemput renungkan perkongsian saudara Firdaus Shakirin ini. Sila kaut mana yang baik.
Aturan Nafkah Dalam Keluarga
Isteri bukan tak bagi kita bantu ibu bapa kita. Tapi kita sendiri kena sedarlah aturan-aturan tanggungjawab kita, aturan nafkahnya. Siapa yang kita perlu dahulukan, siapa yang kita perlu utamakan. Kalau ikut turutan, siapa digiliran no 1, no 2, no 3 dan seterusnya.
Isteri mana yang tak nak suaminya jadi anak yang soleh?
Nak bagi duit kepada ibu bapa itu adalah tindakan yang dipuji, yang baik, yang digalakkan tapi kita hendaklah tahu aturan tanggungjawab kita, aturan nafkah kita. Step by step yang menjadi keutamaan seorang suami.
Cara “Bersedekah” Mengikut Cara Islam
Isteri bukan nak mempersoalkan kebaikan atau jumlah berapa yang kita bagi kepada ibu bapa kita tu, tapi apa yang ingin isteri nyatakan, suarakan dan nak kita faham adalah, bahagian dia, bahagian anak-anak tu, dah cukup ke belum sebelum kita nak bagi kepada ibu bapa kita?
Kalau tak cukup, kita kena cukupkan dulu sebab kalau ikut aturan dalam kita memberi nafkah, isteri dan anak-anak lebih dahulu daripada ibubapa.
Diri sendiri, isteri, anak-anak, ibu bapa, adik beradik.
Ini aturan untuk kita memberi nafkah, bermula dengan diri kita sendiri, isteri, anak-anak, kemudian baru ibu bapa dan adik beradik. Jika benar ibu-bapa memerlukan nafkah dari kita, maka kita hendaklah menafkahi mereka tanpa mengabaikan isteri dan anak-anak. Dan untuk adik beradik yang lain, tengok keperluan mereka sama ada mereka dah boleh bekerja untuk ada pendapatan sendiri ataupun masih bersekolah.
Isteri susah nak tegur atau sentuh bab ni.
Sebab kita akan anggap dia menghalang kita untuk menjadi anak yang baik, isteri tak menghalang, isteri cuma nak memperbetulkan, bagi kita faham turutan dan aturan tanggungjawab kita.
Soal duit kepada ibu bapa tu, kita ada adik beradik yang lain tak? Yang dah bekerja? Then duduklah berbincang untuk bersepakat akan nilai yang sepatutnya masing-masing bagi pada ibu bapa. Jangan ambil semua, tanggung semua (unless kita ni memang mampu), sebab kalau kita yang melebihkan duit kita sorang saja tu, secara tak langsung, nanti adik beradik yang lain akan lepas tangan atas alasan kita yang kena tanggung ibu bapa kita. Lama-lama kita akan terbeban bila dah biasa “mengajar” adik beradik yang lain untuk “mengambil kesempatan” di atas kebaikan kita.
Kena Bincang Adik Beradik
Ibu bapa boleh bela, jaga dan besarkan 10 anak, tapi belum tentu 10 anak boleh bela, jaga dan bagi bantuan kepada ibu bapa. Ini yang sering kita dengar kan, maka tolong berbincang sesama adik beradik untuk sama-sama ambil tanggungjawab tu, pikul beban bersama-sama. Bahagi sama rata, jangan hadap sorang-sorang, tanggung sorang-sorang then anak isteri sendiri tertekan disebabkan “hak-hak” mereka diabaikan dek kerana kebaikan kita yang “terlebih” tu.
Dan ibubapa juga perlu faham akan kemampuan setiap anak dalam memenuhi dan menjalankan tanggjwb mereka sebagai seorang anak kerana mereka juga ada pasangan dan tanggungjawab lain yang perlu dipenuhi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ibu kepada mangsa tragedi pembunuhan pelajar Bandar Utama mendedahkan anaknya ditikam lebih 200 kali. Beliau menafikan dakwaan palsu dan menyeru agar kejadian tragis ini tidak berulang di sekolah lain.