Hanya kerana salah faham, warga emas dibelasah hingga hilang nyawa dek kerana difitnah.
Bayangkan tindakan tergesa gesa sekumpulan anak muda akhirnya meragut nyawa warga emas tak berdosa ini.
Hanya Kerana Salah Faham
Seorang warga emas berusia 89 tahun dipukul hingga mati oleh penunggang motosikal yang menuduh mangsa mencuri kenderaan yang dinaikinya, lapor laman berita Coconut News semalam.
Kejadian yang berlaku di Jakarta Timur pada hujung minggu lalu itu tular di media sosial selepas dimuat naik di laman Instagram.
Berdasarkan satu paparan video, sekumpulan belia yang menunggang motosikal sedang mengejar mangsa yang memandu Toyota Rush sambil menjerit ‘pencuri’.
Kumpulan belia itu berjaya membuatkan mangsa memberhentikan kenderaan sebelum menariknya keluar, membelasah warga emas itu hingga mati dan melarikan diri dari tempat kejadian.
Ads
Dua anggota polis yang mengikuti kejadian itu tidak berdaya menyelamatkan mangsa daripada terus dibelasah.
Hingga Hilang Nyawa
Menerusi laporan polis, pihak berkuasa mengesahkan mangsa ialah pemilik sebenar kereta itu dan bukanlah seorang pencuri seperti yang didakwa.
“Kereta mangsa mungkin bergesel sedikit dengan motosikal salah seorang anggota kumpulan bermotosikal itu dan membuatkan mereka menjerit perkataan pencuri sebagai alasan untuk mengejar dan membelasah mangsa,” kata Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Jakarta Timur, Ahsanul Muqaffi.
Ads
Kini, pihak polis sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti siapakah yang mencetuskan jeritan pencuri sehingga menyebabkan berlakunya insiden malang itu. – Agensi
Mingguan Wanita : Semoga kematian warga emas ini mendapat pengadilan sebaiknya. Sudahlah dituduh mencuri, dia dipukul sehingga meninggal dunia sebelum sempat jelaskan perkara sebenar.
Georgetown: Jumlah mangsa banjir di lima daerah di Pulau Pinang hingga awal pagi ini terus meningkat kepada 5,845 berbanding 3,779 mangsa malam tadi yang di tempatkan di 62 pusat pemindahan.
Seberang Perai Utara Paling Ramai
Daerah Seberang Perai Utara mencatat jumlah mangsa paling ramai dengan 3,371 orang di 30 pusat pemindahan diikuti daerah Seberang Perai Tengah dengan 2,119 mangsa di 27 pusat pemindahan.
Jurucakap bilik gerakan banjir polis berkata bilangan mangsa banjir yang dipindahkan meningkat malam tadi berikutan hujan dan air pasang besar sehingga beberapa kawasan lagi turut dinaiki air.
Kawasan yang terlibat di Seberang Perai Utara ialah Sungai Dua, Nyior Sebatang, Lahar Yooi dan Desa Murni manakala di Seberang Perai Tengah ialah Kampung Tanjung Putus dan Permatang Tinggi.
Sejumlah 33 mangsa pula ditempatkan di sebuah pusat pemindahan di Seberang Perai Selatan manakala di Barat Daya 130 mangsa di dua pusat pemindahan dan 192 mangsa di dua pusat di daerahTimur Laut.
Ragut 7 Nyawa
Hingga kini, kejadian banjir yang dikatakan terburuk di negeri ini telah meragut tujuh nyawa. – Bernama
Suntikan Depo atau suntikan perancang merupakan salah satu kaedah yang ramai wanita ambil untuk menjarakkan kehamilan. Tidak sangka rupanya jika tersalah teknik suntikan ia boleh beri kesan buruk pada diri.
Menurut perkongsian oleh Puan Nurul Nur’Ain, beliau mengalami jangkitan punggung bernanah yang dikatakan berpunca akibat kecuaian teknik suntikan perancang yang tidak sempurna.Beliau mangalami kesakitan, apabila bahagian punggung yang disuntik mengalami jangkitan bernanah sehingga terpaksa melakukan pembedahan. Mungkin kes ini jarang berlaku, tapi ia tidak mustahil terjadi.
Berikut merupakan kronologi kisah yang beliau kongsikan;
Pada 28/11/2017 saya telah mengambil suntikan depo/perancang di klinik gov..selepas 2 hari punggung saya semakin sakit..
Selepas 3 hari saya mula demam bentan dan terlampau sakit.Klinik gov tutup kerana public holiday..punggung saya membengkak dan panas.Saya sukar untuk berjalan dan melakukan rutin harian .
Hari ke 4 sabtu saya pengsan..dan ke klinik swasta.Doktor menyatakan bahawa nurse telah salah/cuai melakukan suntikan ke atas saya.Suntikan hanya sampai di bahagian lemak dan bukan di bahagian otot.Doctor beri saya antibiotik dan ubat tahan sakit.
4/12/2017
Kesakitan saya bertambah teruk.Punggung saya semakin bengkak dan keras serta berwarna merah.Saya telah rujuk smula ke klinik gov.dan mereka mengarahkan saya ke klinik kesihatan di Salak pada 7/12/2017.Tapi disebabkan saya tidak mampu menanggung sakit,saya ke ke Klnik Kesihatan Salak pada 5/12/2017.
5/12/2017
Saya ke Klinik Salak dan dimaklumkan bahawa memang berlaku kesalahan pada tempat suntikan saya.Jarak yang salah serta suntikan hanya di bahagian lemak,tidak sampai ke otot.Saya kini di refer ke hospital.Kemungkinan ade infection/nanah di dalam punggung saya akibat kecuaian suntikan tersebut.
5/12/2017
Saya telah ke Hospital Seremban untuk meneruskan rawatan.Saya di tahan diwad selama 5 hari.Pada 8/12/2017 doktor mencadangkan melakukan prosedur sedut nanah pada bahagian punggung saya.Doktor spray ubat tahan sakit di bahagian punggung yang hanya merasa kebas di permukaan kulit dan tidak memberi apa-apa bius lain.Doktor telah memasukkan jarum/besi utk sedut lemak.Saya tidak mampu untuk menahan sakit yang teramat dan meminta doktor menghentikan prosedur tersebut.
9/12/2017
Saya telah dibawa ke dewan bedah untuk membuang nanah di bahagian punggung saya.9.20am operation selesai.Saya kemudian dischrge dari hospital pada petang hari yang sama.
10/12/2017
Saya ke NCI untuk cuci luka saya dan mendapatkan rawatan daripada doktor pakar.Doktor tersebut menyatakan saya perlu mencuci luka setiap hari sehingga 3minggu untuk luka tersebut betul-betul baik dan bersih dari kuman.
12/12/2017
Saya ke klinik Kesihatan Salak untuk berjumpa dengan nurse yang melakukan suntikan terhadap saya.Malangnya nurse tersebut tiada.Saya kemudia berjumpa dan berbincang dengan pihak pengurusan klinik.Mereka membantu saya dengan cara melakukan cucian luka/dressing terhadap saya hanya melalui sister dan morton klinik tersebut.
13/12/2017
Saya kembali berbincang dengan doktor pakar dari Klinik Kesihatan Salak untuk memohon ganti rugi.Malangnya pihak klinik menyatakan tidak terdapat bahagian khusus atas permintaan saya.Mereka akan melakukan siasatan terhadap kes saya.
Persoalan saya,jika berlaku infection ia mestilah salah dari orang yang melakukan suntikan terhadap saya.
1.Tidak hygiene
2.Tidak memastikan utensil yang digunakan betul-betul bersih dan sterile
3.Jika ubat tersebut rosak,nurse sepatutnya dari awal boleh mengesan dengan cara pemerhatian.
Teknik dan Suntikan Tidak Sempurna
1.Suntikan bukan ditempat sepatutnya
2.Suntikan tidak sampai di bahagian otot dan hanya di bahagian lemak.
Ini adalah antara punca-punca kesalahan yang mungkin berlaku ketika suntikan ke atas saya di lakukan. Daripada punca-punca tersebut tidak dapat sebarang kesalahan dari pihak saya dan saya terpaksa menanggung kesakitan sehingga hampir 40hari untuk betul-betul sembuh.
Wajarkah saya tidak memperoleh ganti rugi atas segala yang telah saya lalui?
Mohon jasa baik dari pihak jabatan membantu saya.Terima kasih
Update Terkini:
Saya mendapat panggilan dari Pihak Kementerian Kesihatan Selangor untuk pengesahan maklumat dari pihak saya.masih belum ada apa-apa perkembangan dari kes saya..saya tidak saman kerana tidak mampu tanggung kos hire lawyer..masih menunggu dari pihak jabatan.
Jika pihak Kementerian Kesihatan Selangor dan Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia juga tidak membntu saya..Maka saya hanya mampu menanggung dan terima sahja semua yang telah saya lalui ..saya telah membuat aduan secara email kepada Jabatan dan Biro Aduan Awam..terima kasih kepada yang share post saya..disebabkan post ini lah kementerian menghubungi saya.
Hanya ALLAH yang mampu membalas doa-doa dari anda semua..terima kasih banyak..dalam keadaan saya sekarang..saya telah pun patah semangat,banyak kos duit yang kami tanggung,kos kesakitan yang saya tanggung.
Terima kasih klinik kesihatan salak.Ini hasil kesan operate saya pada hari nie..Selepas 11 hari..Alhamdulillah semakin baik dan saya dah cukup kuat untuk melakukan kerja-kerja rumah dan rutin harian.
Terima kasih banyak buat nurse NORHASLIZA selama ini telah mncuci luka saya dengan sangat baik..nurse nie cakap dia guna kan teknik modern wound dressing kat saya,yang dia study dan buat research tahun 2014 dulu..nurse ni buat balik kat saya sekarang..Impressive !
Luka akan pulih tapi kesan tetap ada bekas..
Yang slime tu ubat dia dan sekali lagi terima kasih nurse NORHASLIZA dan klinik Kesihatan Salak membantu saya memulih kan luka saya.
**Perkongsian ini dikongsikan atas kebenaran penulis asal.
Sebaknya, ketika berdepan ujian Covid-19, pelakon Serina Datuk Redzuawan diuji kehilangan ibu, Norhayate Ayub yang meninggal Rabu lalu kerana komplikasi buah pinggang dan jantung di Hospital Ampang, Kuala Lumpur.
Cerita Serina, ketika dalam sakit tenat pun, ibunya masih mengingatkan penjaga agar memberi sedekah pada anak-anak tahfiz.
Kebaikannya yang selalu memberi kucing makan, juga menjadi asbab banyaknya kucing menunggu jenazah ibunya sebelum dikebumikan.
Malah, bekas suami arwah yang merupakan tukang masak terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan tidak pernah mengabaikan bekas isterinya ini.
Selama 34 tahun, Chef Wan tetap menyediakan nafkah dan menjaga bekas isterinya itu sehinggalah ke akhir hayatnya hingga selamat dikebumikan.
Kebaikan Ibu Serina Kongsikan
Kongsinya, “Rindu yang tiada berpenghujung, darah dagingku mengalir darahmu Ibu. Tenanglah di alam abadi, sudah lama mama menderita sakit. Mama rehatlah dengan tenang, Rina redha pemergian mama.”
“Moga segala amalan yang mama lakukan menjadi bekalan di akhirat, Mama. Kak Natrah penjaga mama ada bagi tau di saat mama sakit tenat pun mama masih ingat minta dia hantarkan sedekah pada anak anak tahfiz.
“Allahuakhbar! Rina bangga jadi anak mama.”
“Mama sayang pada kucing kucing, selalu kasi makan kucing sampaikan di masjid kucing penuh tunggu mama jaga jenazah mama sebelum di kebumikan. I Love u so much!!! Marilah kita sama sama sedekahkan Al Fatihah kepada Ibu Serina (HAJAH NORHAYATE BINTI FATIMAH)”
Urusan Pengebumian Bekas Arwah Isteri Dipermudahkan
Akui Chef Wan, biar pun pada mulanya dia berasa risau dengan urusan pengebumian jenazah arwah isterinya itu. Namun, urusan itu dipermudahkanNya.
“Waktu tu saya panik, tak tahu nak buat apa. Jadi, saya ke Masjid Ampang, yang mana dah bertahun-tahun saya menyumbangkan derma di sana.”
“Nasib ada ahli jawatan kuasa masjid ketika itu dan imam yang kata.. “CW jangan susah kan ini..”
“Memandangkan dia tinggal di sini (Ampang) dan CW selalu bantu kami, biar kami bantu uruskan semua ini.”
Lega hati Chef Wan dan sebaik dapat surat forensik dari hospital, kenderaan jenazah membawa jenazah bekas isterinya pada malam (Rabu) itu. Urusan seterusnya dikendalikan oleh pihak masjid. Keesokan hari, barulah urusan pengebumian dijalankan.
Catatan 34 Tahun Tanpa Culas Menjaga Bekas Isteri
Tulis Chef Wan, pernah dulu arwah ibu berkongsi cerita dengan Serina. Katanya, Chef Wan adalah bekas suami terbaik, mana-mana wanita harapkan. Sentiasa pemurah, menyayangi dan baik budi dengannya.
Demi memastikan bekas isteri dan ahli keluarga terjaga dengan baik, Chef Wan sentiasa bekerja keras. Tidak mudah, namun Chef Wan sentiasa memastikan segalanya berjalandengan baik.
Allahyarham Norhayate mendirikan rumah tangga dengan Chef Wan pada tahun 1982, namun perkahwinan mereka hanya bertahan selama tiga tahun.
Hasil perkahwinan, keduanya dikurniakan dua orang anak, Mohd Nadzri dan Serina.
MW : Al Fatihah.. salam takziah buat Serina dan Chef Wan sekeluarga. Semoga roh Allahyarham Norhayate Binti Fatimah ditempatkan di taman-taman syurga bersama-sama orang yang soleh.
Zizi Kirana Tak Tersinggung. Penyanyi kecil molek yang juga aktivis kemanusiaan Zizi Kirana akui dirinya tidak berasa tersinggung apabila ada yang mengkritik penyertaannya dalam...