Sumber Foto: Instagram Scha Al-Yahya

Biarpun kini sedang hamil kedua namun selebriti terkenal Scha Al-Yahya tidak betah duduk diam. Isteri kepada Awal Ashaari ini juga akui dia begitu aktif dan sejenis yang tidak boleh duduk diam.

Hamil Kedua Scha Tetap Ligat Berkemas & Tak Boleh Duduk Diam

Akui dirinya seorang yang aktif dan tidak boleh duduk diam, Scha akan mengisi masa terluangnya dengan pelbagai aktiviti walaupun hamil kedua kali.

“Saya memang jenis tak reti duduk diam. Kalau ada masa terluang memang macam-macam aktiviti akan saya buat.

Baca Juga Ini:

Patutlah Scha Alyahya Sentiasa Kelihatan Cantik, Ini Rupanya Rahsia Kekal Jelita

‘I’ve Had Enough’ Ini Sebab Scha Alyahya Tutup Akaun Instagram

IKLAN

Lebih Mencabar Dari Mengandungkan Lara

Difahamkan juga hamil kedua kali ini juga buat Scha lebih mencabar kerana dia mengalami alahan lebih lama daripada mengadungkan Lara Alana, 6.

“Kali ini lebih mencabar sebab alahan sangat lama dan sekarang pun masih ada alahan sikit sikit. Mengidam pelik-pelik tiada cuma baru-baru ini saya teringin makan makanan Penang, tetapi sekarang dah hilang keinginan itu.

“Cuma yang sama hanya tabiat saya yang terlalu suka mengemas dan tidak tahu duduk diam walau di rumah,” jelasnya.

IKLAN

Tak Kisah Bayi Lelaki Atau Perempuan

Mengusik tentang persiapannya untuk menerima kehadiran orang baru, Scha akui dia masih
belum membuat persiapan dan tidak kisah soal jantina anaknya.

“Saya tak kisah lelaki atau perempuan, apa yang saya harapkan lebih sihat dan baik.

“Persiapan pun belum buat, saya ingat tunggu dah masuk lapan bulan baru buat persiapan. Insya-ALLAH saya akan mengekalkan huruf L dan A seperti Lara Alana untuk anak kedua nanti,” kata Scha yang baru saja menjadi duta Meeracle untuk tempoh sembilan bulan.

IKLAN

Berhasrat Mahu Tunai Umrah Tahun 2021

Scha juga menyatakan dia amat rindu untuk pergi melancong dan berhasrat mahu tunaikan umrah.

“Sejujurnya rindu untuk pergi melancong dan menunaikan umrah. Selain itu, kadang-kadang rindu juga nak tonton wayang.

“Harapan saya untuk tahun 2021 nanti, akan menjadi tahun yang lebih baik untuk tahun-tahun sebelumnya bagi semua orang.

“Saya juga berharap impian saya untuk menjadi usahawan berjaya dan hasrat untuk menunaikan umrah tercapai tahun depan,” ujarnya seperti dipetik menerusi Sinar Plus.

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Sumber: Sinar Plus
Sumber Foto: Instagram Scha Al-Yahya