Perkongsian superdaddy kepada tiga cahaya mata ini mengenai habitnya memastikan sinki dapurnya kosong sebelum tidur, sebenarnya besar impaknya. Ada sebab tertentu sebenarnya,kenapa sebelum tidur kita mesti pastikan dapur kita dalam keadaan bersih.
Jangan tak tahu, memastikan tiada pinggan mangkuk dan cawan kotor disinki sebenarnya merupakan satu amalan murah rezeki. Tanpa kita sedar sebenarnya, amalan ini adalah asbab mudah menarik rezeki datang ke dalam rumah.
Selain memastikan sinki kosong sebelum tidur, pastikan juga sisa-sisa makanan dan sampah mesti dibuang ke tempat khasnya. Tahukah anda sisa makanan tersebut akan jadi makanan syaitan.
Bahkan ia juga bertepatan dengan ajaran Islam :
“Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak dibasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan. Pastikan semua pingan mangkuk, periuk belanga, cawan dan bekas makanan dicuci sebaik sahaja selesai digunakan. Sisa-sisa makanan yang dibiarkan di dalam bekas makanan semalaman tanpa dibersihkan adalah menjadi habuan syaitan, kerana syaitan suka kepada makanan yang kotor dan busuk.”
Pada satu sudut lain, Jin juga tidak turun masuk rumah kita sebab tiada makanan dia. Tempat jin hendak bermain tiada sebab rumah kita bersih.
Satu lagi, memang kedengaran remeh…tetapi sinki kotor juga boleh menjadi punca perbalahan suami isteri keesokan harinya. Jangan kerana sinki penuh dengan pinggan mangkuk kotor, mood anda rosak kerana dimulakan dengan energi negatif dan perasaan marah.
Pagi-pagi selepas membersihkan diri dan solat Subuh, dapur dan sinki lah lokasi pertama anda berperang menyiapkan sarapan. Mesti hilang mood positif, bila tengok workplace pertama kita hari itu, dicacatkan dengan lambakan pinggan mangkuk yang tak dibersihkan malam tadi. Jadi, untuk mengelakkan pergaduhan berlaku pagi-pagi hari, apa kata amalkan habit bersihkan pinggan mangkuk kotor di sinki ini walaupun anda berat dan malas nak buat.

Hal Sinki Dapur Berkecah Pun Boleh Jadi Punca Masam Muka Suami Isteri
Boleh terganggu mood seharian, kalau bangun pagi-pagi sinki penuh dengan pinggan mangkuk kotor.

Antara benda yang aku paling malas, namun aku paksa diri buat setiap malam adalah kemas dapur.

Kenapa aku paksa diri?

Sebab, dapur ni menentukan mood aku esok pagi. Kalau bangun pagi pergi dapur dan tengok segala mangkuk pinggan dalam sink dan segala mak nenek benda ada atas table top tu maka aku terus hilang mood.

Bukan setakat hilang mood, stress pun ada, malas pun ada dan meluat pun ikut serta.

Mood pagi biasanya akan menentukan mood kita seharian. Jadi sebolehnya aku nak mood pagi aku best-best sahaja. bangun pagi ke dapur nampak semua kemas elok maka semangat sikit nak buat breakfast, semangan nak plan masak apa, semangat sikit nak mulakan hari.

Ads

Anak-anak bangun dan terus sepahkan living room tu pun aku cool jer sebab mood aku baik. Tapi kalau dapur berselerak dan budak-budak tu tambah lagi sepah maka beranginlah aku hari tu.

Dapur ni bagi aku adalah nadi sebuah rumah atau ibarat “engine room” bagi sebuah kapal. Kalau yang ni semua ok, Insha-Allah yang lain ikut ok.

Ads

Sebab tu walaupun malas tahap tak boleh bincang dah atau aku tertidur awal, aku akan bangun malam dan gagahkan diri turun ke bawah dan kemaskan jugak.

Sesungguhnya dapur itu pemberi bahagia.

Ads

Majulah dapur untuk keluarga.

P/s. Para suami yang asyik geledah dapur lewat malam tu mohon kemas balik dan basuh pinggan lepas makan supaya isteri korang tak bad mood esok pagi.

Sekian.

KHAIRUL ABDULLAH
#SuperDaddy

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI