
Minta Suami Guna Saluran Betul

MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Anak Gaduh Sebab Cemburu, Jangan Sampai Terbawa-bawa Hingga Dewasa

Isi Kandungan
ToggleNormal kalau sesekali cemburu sesama mereka, tetapi jangan sampai sikap itu makan diri dalam diam dan terbawa-bwa hingga mereka dewasa. Itu sangat bahaya!
Mak ayah kena pantau perkembangan anak-anak dan didik dari kecil untuk mereka faham keadaan sebenar. Apa yang patut dibaiki, cuba selami pandangan Ustazah Sharifah Zahidah kali ini.
Bila Anak Cemburu
“Anak-anak saya kuat bergaduhlah Puan, macam mana ya saya nak buat?”
Ini antara soalan femes yang masuk ke inbox dan whatsapp saya.
Apa yang saya nak beritahu di sini,
Sebenarnya, itu bukan masalah Puan-puan saja. Tapi itu adalah masalah global sebenarnya.
Anak-anak memang akan bergaduh sesama sendiri. Itu normal.
Dan kita tak perlu terlalu risau jika anak bergaduh sebenarnya.
SATU DUNIA, kanak-kanak memang akan bergaduh.
Cuma,
Yang perlu kita risau adalah,
Apakah pergaduhan tersebut bertitik hasil daripada perasaan cemburu, dengki atau hasad?
Jika YA, maka kita perlu risau.
NYALAAN LAMPU MERAH TELAH MENYALA!
Pergaduhan sebab berebut mainan atau tidak mahu berkongsi peralatan, TANPA MOTIF DENGKI, CEMBURU DAN HASAD – adalah sesuatu yang normal.
Mungkin kerana kurang sabar, tidak pandai lagi bertolak ansur atau simply kerana terlalu sayangkan barang yang dimiliki dan tidak percaya/takut apabila ianya diberi pinjam kepada adik beradik mereka.
Dengki dan Cemburu Itu Penyakit Hati
Ini adalah pergaduhan biasa yang boleh diselesaikan mengikut tahap perkembangan emosi dan usia anak-anak. Semakin mereka besar, semakin mereka boleh berfikir dan kemahiran interaksi dan sosial mereka akan menjadi semakin baik, jika ada didikan yang betul.
Tetapi, jika sesebuah pergaduhan itu terjadi dalam keadaan wujudnya motif cemburu dan dengki, maka di sini bahaya. Kerana dengki, cemburu, iri hati BUKAN penyakit yang boleh diubati dengan masa dan usia. Walau dengan didikan yang baik, jika ada unsur dengki dan iri, ianya tetap signal merbahaya.
Kenapa?
Ini apa yang kita WAJIB pelajari dari sejarah.
Sejarah mencatatkan, persengketaan dan pertumpahan darah yang pertama yang berlaku di atas dunia ini adalah berlaku KERANA CEMBURU DAN IRI HATI.
Dan pembunuhan pertama ini juga berlaku antara 2 ADIK BERADIK yang SUDAH DEWASA.
Bukan anak-anak kecil!
Manakala PERSENGKETAAN PERTAMA YANG BERLAKU di alam SEBELUM DUNIA pula, ialah persengketaan yang berlaku antara Iblis dan Nabi Adam A.S.
Puncanya? Juga kerana CEMBURU DAN IRI HATI Iblis terhadap Nabi Adam yang diberikan kedudukan lebih mulia darinya.
Persengketaan ini juga berlaku antara sosok yang hebat dan asalnya dimuliakan. Bukan kanak-kanak yang helpless atau kurang akal!
Bahkan persengketaan ini juga yang menyebabkan Iblis RELA DILAKNAT ALLAH untuk selamanya. Walhal bukan Iblis tak tahu, MAHA KUASANYA ALLAH DAN MAHA BERAT AZAB MURKANYA.
Tapi, ada Iblis kesah?
Tak kisah…!
Sebab? Sebab dengki, cemburu dan iri hati memang penyakit yang amat sukar diubati dan boleh membuatkan seseorang bertindak gila dan hilang waras fikirnya!
Begitu juga dengan kisah Nabi Yusuf yang turut hampir dibunuh adik beradik sendiri, gara-gara dengki dan cemburu. Walhal bukankah bapanya yang juga seorang Nabi yang penuh dengan hikmah dan ilmu, tentu saja mendidik anak-anak dengan didikan yang betul dan cemerlang.
Tetapi kenapa ini tetap terjadi di kalangan anak-anak seorang Nabi?
Ini kita kena fikir dan tadabbur dengan panjang dalam membesarkan anak-anak kita.
Kerana itu saya katakan sebelum ini,
“Walau dididik dengan betul, kalau api cemburu dan iri tetap ada, itu tetap menunjukkan signal berbahaya.”
Tak Habis Di Sini, Tetap Bersambung…
Kisah-kisah iri dan dengki ini ALLAH tak cerita saja-saja. Apatah lagi ia disebut dengan jelas di dalam Al Quran bahawa ia berlaku antara adik beradik dengan motif cemburu dan dengki. Ia bukan motif yang datang dari ijtihad ulamak. Tetapi secara jelas diceritakan kepada kita dalam Al Quran.

Sebab?
ALLAH nak kita ambil pengajaran dengan serious dalam bab ni.
Kerana betapa buruk akibatnya apabila adik beradik hidup dalam nyalaan cemburu dan iri sesama sendiri. Sayangnya, itulah yang banyak terjadi hari ini.
Cemburu dan dengki sesama adik beradik ini kesannya adalah lebih teruk apabila mereka meningkat lebih dewasa, dan kesannya adalah KESAN JANGKA PANJANG YANG MEMBAWA KEKERUHAN HUBUNGAN SEHINGGA HARI TUA MEREKA.
Belum cerita, kesahnya pada mental mereka yang boleh membawa kepada pelbagai jenis character disorder.
Banyak bahayanya, apabila pergaduhan anak-anak adalah disebabkan cemburu dan hasad yang menyala antara mereka.
Api cemburu dan hasad ni, masih kecil ketika anak-anak kita kecil. Dan turut membesar seiring anak-anak yang semakin membesar.
Jadi sementara tengah kecil ni, lebih mudah untuk dipadam. Dah besar nanti, takat boleh tengok sajalah drama tak bertegur sapa, sindir menyindir, berebut harta, bermasam muka dan sebagainya.
Anak-anak saya juga kerap bergaduh. Kadangkala, saya biarkan saja.
Kadangkala, saya leraikan. Tapi yang paling takkan saya biarkan, apabila pergaduhan itu saya dapati puncanya adalah iri hati, dengki dan cemburu.
Pentingnya Didikan Dari Kecil
Ianya amat toksik untuk anak-anak kita SEPANJANG HAYAT MEREKA. Studies menunjukkan, ianya samai tahap boleh membawa depression untuk tempoh jangka panjang. Tak mustahil, mangsa depresi hari ini, terdiri dari mereka yang puncanya adalah apa yang dia lalui sejak dari usia 5 tahun kerana pergaduhan dengan adik beradik.
Kita ni ibubapa, sangat perlukan ilmu parenting supaya kita senang detect dan membezakan, di mana masalah besar yang melanda anak-anak kita, apa cara nak atasi, dan apa masalah kecil yang tidak perlu dikhuatirkan sangat.
Kalau tak ada ilmu. Yang kecil kita anggap besar. Yang besar kita anggap kecil. Tiba tiba anak-anak tak berapa menjadi, kita tanya “Di mana salah kita?”
Dengan ilmu, InshaALLAH parenting will become so effortless or at least, less struggle.
ALLAHUALAM.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cantiklah Untuk Suami Supaya Tak Ada Ruang Lelaki Lain Nak Goda

Isi Kandungan
ToggleSebelum kahwin, masa dating cantik bukan main lagi. Maklumlah akan berjumpa dengan buah hati. Tup-tup, selepas kahwin, segalanya berubah. Tidak sempat untuk berhias, kononnya sibuk uruskan anak dan hanya sempat berhias untuk pergi ke tempat kerja sahaja.
Jangan pandang sebelah mata, cantik atau tidak bukan persoalan kerana semuanya datang dari hati. Jika cantik semata-mata untuk pikat orang lain atau untuk orang lain menilai kecantikan, semua itu sudah salah.
Malah, lebih teruk lagi bila isteri mula main kayu tiga. Biasa kita hanya dengar suami yang ada skandal lain. Tapi, lain pula jadinya bila isteri sanggup menduakan suami. Bukan untuk niat bercerai berai tetapi untuk keseronokan sahaja.
Prof Madya Ts Dr Hj Mohd Nor Mamat, Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi Mara Malaysia (UiTM) turut memberi pencerahan tentang perkara ini.
Beza Dan Tujuan
Fitrah manusia, tidak pernah cukup dengan apa yang ada dan selalu impikan sesuatu yang baru. Tapi, antara suami dan isteri, sebab dan tujuan ‘main kayu tiga’ ada perbezaan.
Biasanya, suami mudah curang atau bermain kayu tiga apabila isteri mulai tidak hormat, suka mengungkit dan memberontak dengan pelbagai cara, tidak mengendahkan kecantikan di rumah, tidak lagi bergantung kepadanya. Sebaliknya, lebih banyak bercerita tentang kekagumannya kepada bos contohnya, pudar ‘keseksian’ dan sebagainya.
Bagi isteri pula berbeza, biasanya timbul untuk mencari orang ketiga apabila suami tidak lagi romantik, ambil berat, tiada masa untuk bersama bercakap atau bergurau senda tentang kasih sayang, tidak lagi memujinya atau sebagainya yang menepati fitrah kewanitaan seorang isteri.
Apabila terjumpa seseorang yang sudi bersama mendengar, ambil berat dan bercakap bahasa yang manis, barangkali mudah hati seorang isteri terbuka dan berbunga menagih perhatian dan menghilangkan kesunyiannya.
Hanya Suka-suka
Semuanya tentu sekali untuk memecah kesunyian, mengisi kekosongan tuntutan naluri atau sekadar untuk berseronok. Bila hubungan yang dimulai hanya untuk berseronok dan menghilangkan kesunyian, kita akan terperangkap Jangan kita lupa, pasangan ‘curang’ kita mungkin serius dan bukannya menghadapi masalah yang sama dengan kita.

Suami Ketahuan
Hubungan dengan pasangan anda adalah bergantung pada anda. Tidak dinafikan, ia perlu bersama saling membahagiakan, tetapi mulakan dengan diri anda.
Sebagai suami,
- Elakkan komunikasi menggunakan logik, sebaliknya ketepikan ego anda dan bercakap dengan emosi kasih sayang yang menyentuh hati isteri. Agak sukar, tetapi kesannya lebih efektif.
- Memujuk, sweet talk, memuji atau mengingati nostalgia indah bersamanya lebih mudah untuk membantu isteri kita ketepikan stres dan kembali menghormati kita.
- Kita perlu bersaing memenuhi kehendak fitrah isteri kita agar orang ketiga yang hadir dalam hidupnya tidak lagi diperlukan.
- Romantik, banyakkan masa untuknya, bercakap tentang kasih sayang dan tumpukan masa khas untuknya akan menjadikannya rasa istimewa dan dihargai.
Cara ini, keperluan kepada ‘kayu tiga’ dengan sendirinya hilang disinari oleh kebahagiaan hidup bersama.
Buat Isteri…
- Cuba muhasabah beberapa perkara dalam perhubungan anda. Fitrah suami anda yang perlukan penghormatan, sukakan anda cantik, lebih dominan kepada tarikan seksual dan kebiasaannya suami anda agak rasional dan logik.
- Mana-mana lelaki sekalipun, jika bertemu dengan wanita yang menghormatinya apalagi mengaguminya, cantik, seksi dan mudah memahami maksud kata-katanya, pasti akan cair dan mudah jatuh cinta.
- Sebagai isteri, elakkan bercakap dengan emosi dan mengharapkan suami faham, sebaliknya dengar betul-betul apa yang suami perkatakan dan ikut. Walaupun kadang kala agak remeh dan kurang sesuai, tetapi ia lebih menunjukkan anda hormat pada suami.
- Cantiklah di rumah bersama suami, seksilah untuk suami kerana itu fitrah ciptaaNya. Cara ini membuatkan suami akan lebih tenang dan bahagia dengan anda, tidak ada ruang untuk diganti dengan yang kedua mahupun ketiga.
Kukuhkan Hubungan Suami Isteri
- Kita tidak boleh mengharapkan pasangan kita berubah untuk kita. Sebaliknya, kita yang perlu berubah dengan memahami fitrah dan penuhi keperluannya, selagi tidak bercanggah dengan hukum agama.
- Ketepikan ego, elakkan sikap untuk menangkan diri sendiri tetapi utamakan untuk memenangi hubungan.
- Cuba sedaya upaya memenuhi keperluannya agar tidak terbuka ruang untuk menggantikan kekosongan dalam hidupnya.
- Kita tidak akan sempurna, tetapi dengan kesungguhan yang kita tunjukkan untuk mengetepikan ego dan meraikan kehendaknya juga mampu membahagiakan.
- Pasangan kita juga akan mudah berkorban membahagiakan kita pula.
- Usah salahkan orang ketiga andainya kita yang tidak bijak mengurus serta membahagiakan pasangan kita.
- Baik suami atau isteri, maafkanlah kesilapan pasangan yang lalu dan sentiasa perbaiki diri untuk membahagiakan pasangan kita.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Calon Suami Panas Baran, Wanita Tinggalkan Terus, Jangan Jadi Mangsa Keganasan Rumah Tangga

Calon suami panas baran, wanita tinggalkan terus, jangan jadi mangsa keganasan rumah tangga. Apabila seorang wanita mula menyedari bahawa calon suaminya mempunyai sifat panas baran, ia adalah satu petanda amaran yang tidak boleh diabaikan.
Calon Suami Panas Baran, Wanita Tinggalkan Terus, Jangan Biar Diri Jadi Mangsa Keganasan Rumah Tangga
Sifat panas baran bukanlah perkara remeh, ia boleh membawa kepada situasi yang lebih serius seperti keganasan rumah tangga. Oleh itu, adalah penting bagi wanita untuk mengambil tindakan bijak dengan segera meninggalkan hubungan tersebut sebelum menjadi mangsa keganasan rumah tangga.
Berikut perkongsian Fahmi Ramli Peguam Syarie yang beramal di Negeri Kedah, Pulau Pinang, Perlis, Perak & Selangor.
Pangkah terus kalau ada calon suami yang panas baran
Ini adalah salah satu kes rumahtangga yang Allah selamatkan nyawa seorang wanita bergelar isteri. Ini perbuatan kejam. Perbuatan ini adalah salah satu sebab kemudharatan terhadap perkahwinan.
Kalau ada dikalangan wanita diluar sana yang sekarang dalam berkira-kira nak berkahwin, pastikan calon suami anda itu bukan seorang panas baran.
Macam mana nak tahu? Berkenal terlebih dahulu. Jangan kalut dengan tempoh perkenalan. Sebaiknya tempoh bertunang itu dah boleh lihat.
Kalau calon ini pernah berkahwin dan telah bercerai, semak dan siasat punca bercerai dengan bekas isteri. Jangan percaya 100% kalau dia bercerita punca tu disebabkan bekas isteri 100%. Kiranya macam dia tak ada masalah apa-apa.
Salah satu cara, boleh semak dengan Mahkamah tempat dia bercerai. Kes cerai tu cerai biasa atau fasakh. Kalau fasakh, besar kemungkinan itu adalah salah suami. Ada kes fasakh disebabkan pukul isteri. Jadi boleh semak.
Kalau tidak, paling baik adalah siasat dengan bekas isterinya atau keluarga bekas isteri. Mesti ada cerita yang boleh diberitahu. Tak salah untuk siasat.
Ada sesetengah orang, siasat sehingga ke Balai Polis untuk tengok, pernah tak ada rekod Laporan Polis dilaporkan terhadap seseorang lelaki tersebut. Ini biasanya orang-orang tertentu sahaja yang boleh dapat.
Kesimpulan, pastikan anda pangkah siap-siap kalau dah tahu bakal suami ini seorang yang baran. Tahniah kepada seorang lelaki yang punya kesabaran yang tinggi. Jika tak mahu sangat pun pada isteri, lepaskan dengan cara baik. Bukan cabut nyawa dia.
Sumber: Fahmi Ramli
Baca artikel lain juga: Suami Panas Baran, Isteri Jangan Berdiam Diri, Peguam Syarie Beri Saranan Apa Nak Buat
Suami Panas Baran, Ini Tip Power Dikongsikan Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE

“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI