Rupa-rupanya boleh servis aircond sendiri hanya guna remote dan cuma perlu tahu caranya, sangat senang, mudah dan berkesan. Cara ini untuk menggalakkan anda servis aircond sendiri setiap kali guna, barulah lambat rosak.
Tetapi jika membabitkan masalah teknikal atau lebih berat, panggillah orang yang lebih pakai dalam membaiki aircond. Sebenarnya mudah saja, mak,ayah boleh lakukan sendiri di rumah.
Ikuti perkongsian syamzone ini dan ketahui caranya yang betul:
Cara-caranya selepas anda guna aircond waktu malam, jangan matikan terus aircond anda sebaliknya anda buat langkah berikut.
Teknik-teknik bersihkan aircond:
1. Tetapkan mode daripada “Cool” ke mode “Fan”, tetapkan kelajuan kipas (fan) ke tahap paling tinggi.
Mengapa tetapkan ke mode “fan”?
Tujuan kita tetapkan ke mode “fan” kerana ia tidak akan mengaktifkan pemampat, dengan itu hanya blower kipas fancoil sahaja berjalan dengan normal (tidak sejuk) dan udara bertiup.
Ads
Secara tidak langsung, ia juga akan mengeringk n kelembapan dalaman unit aircond anda dan membantu mengurangkan pengumpulan kotoran dan kulat (yang disebabkan oleh debu, kotoran + kelembapan)
PESANAN…
Jangan lupa untuk menetapkan semula ke mode “Cool” apabila anda menggunakannya lagi pada masa yang akan datang.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat, apa salahnya mencuba sebab mudah saja caranya. Paling penting seisi keluarga selesa apabila aircond di rumah sejuk dan berada di dalam keadaan yang baik. Betul tak?
Kehidupan hari ini begitu mencabar apatah lagi dengan gelombang pandemik Covid-19 yang tidak tahu bila akan berakhir. Ada yang kehilangan kerja dan masalah ekonomi bukan saja mengancam negara kita sebaliknya seluruh dunia.
Menerusi perkongsian di Facebook Puan Dzuriasikim Dzulkefli berkongsi 10 tip berguna yang dapat membantu anda bebas hutang tanpa modal.
Ikuti perkongsian wanita ini yang InsyaAllah berguna buat kita yang sedang bergelut untuk menyelesaikan hutang;
10 CARA BEBAS HUTANG TANPA MODAL
Doa Selalu Di Waktu Mustajab Doa
Setiap hari jangan lupa berdoa supaya Allah berikan rezeki dari sumber yang tidak disangka-sangka. Doa ini jangan tinggal ye. Doa selalu termasuk di waktu mustajab doa. InsyaAllah dengan izin Allah anda akan diberikan rezeki yang banyak walaupun anda rasa tidak logik. Itulah, akal kita manusia memang terbatas.
. Rezeki Berganda
Rezeki yang banyak itu banyak mana? Usahlah berkira-kira “untung” setelah berdoa. Sebaliknya banyakkan bersyukur kerana ketika kita bersyukur Allah akan tambah nikmat. Nikmat itu termasuk juga rezeki yang melimpah ruah. Dan nikmat itu juga adalah termasuk kesihatan, kebahagiaan, peluang pekerjaan yang baik dan lain-lain. Asal kita sentiasa bersyukur akan ada rezeki berganda dan jalan untuk membayar hutang nanti. . Ikhtiar
Ikhtiar perlu ada. Ikhtiar termasuklah juga berjimat cermat. Dan ikhtiar dalam mencari rezeki juga. Jika mahu berniaga, usah banyak fikir…. Siapa nak beli, jika tak habis macamana, berapa agen ada di kawasan saya. Sebaliknya fikir begini, rezeki Allah itu luas, jika Allah izinkan semua barang jualan akan habis dengan sangat cepat, berapa kena jual untuk habiskan bayar hutang dengan cepat.
Nampak tak betapa pentingnya berfikiran positif untuk maju dalam mencari rezeki?
Solat Tiang Agama
Solat jangan tinggal ye. Tak kira siapa kita, tak kira bagaimana orang judge kita dari segi rupa paras dan perlakuan. It doesn’t really matter at all. But solat jangan tinggal. Itu kunci utama untuk majukan diri dalam banyak perkara. Nak bebas hutang, solat jangan tinggal. . Tahajjud Tahajjud jangan tinggal jika mahu bebas hutang. Doa dalam Tahajjud itu kan bagaikan anak panah yang tidak akan tersasar dari sasarannya. Hutang berpuluh ribu pun anda boleh bayar nanti. Walaupun sekarang anda sedang berniaga tepi jalan dan hanya dapat RM200 sehari. Rasa macam tak logik bukan? Tapi yakinlah dengan kuasa Allah yang Maha Memberi. Dan Allah membantu dengan cara yang super tidak logik. Jika ada hutang berpuluh ribu tetapi masih susah bangun Tahajjud, itu maknanya kita belum cukup mahu berusaha.
Sedekah Setiap Hari
Sedekah setiap hari ya. Sedekahlah kepada sesiapa sahaja yang memerlukan. Sedekah kepada burung pun boleh. Namun sedekah Subuh adalah sangat “mujarab” untuk menjemput rezeki. Usah lupa untuk berdoa ketika bersedekah. Dan kadang kita juga boleh minta orang yang kita sedekah itu doakan yang baik-baik buat kita.
Lagi banyak kita merungut, mengeluh, mengadu dengan orang yang kita banyak hutang… Lagilah susah untuk kita menjemput rezeki nanti. Kurangkanlah mengeluh. Sebaliknya kiralah betapa banyaknya kebaikan yang sedang kita nikmati dari Allah setiap hari. Lagi satu, actions speak louder than words. Segala keluh kesah tidak membantu melangsaikan hutang.
Senyum Selalu Nak murah rezeki, kena senyum selalu. Senyum ini adalah sedekah yang paling murah dan mudah. Senyum juga adalah penjemput rezeki. Lagi satu, buang segala rasa benci dan dendam dalam hati. Segala rasa negatif dalam diri boleh menjadi blockage atau penghalang kepada rezeki.
Usahlah Bersedih Jika Difitnah
Jika anda difitnah, dituduh yang bukan-bukan, disangka tidak baik hanya kerana status anda janda contohnya atau apa sahaja. Usahlah bersedih. Sebaliknya berdoalah yang baik-baik untuk diri sendiri. Doa orang yang teraniaya ini tiada hijab. Doalah supaya diberikan rezeki yang melimpah ruah dan doakan juga agar Allah permudahkan untuk anda melangsaikan segala hutang yang ada dengan sangat mudah.
Percayalah bahawa pertolongan dari Allah itu sangat dekat. Sepuluh, dua puluh ribu, malah ratus ribu itu sangat kecil dan mudah bagi Allah. He will help you miraclesly.
Ikhlaskan Diri
Ikhtiar cari wang dengan berniaga perlukan modal wang. Namun ikhtiar yang saya tuliskan ini hanya perlukan kesungguhan. Bersungguhlah berdoa, bertahajjud, bersedekah, ikhlaskan diri, bersihkan hati… Semua ini tidak perlu modal wang. Nak bebas hutang, buatlah semua ini.
Yakinlah bahawa segalanya mudah bagi Allah. Trust Allah.
Siapa sangka dengan bajet bawah RM1000, dekorasi dalaman rumah flat 2 bilik yang terletak di Seksyen 1, Wangsa Maju, Kuala Lumpur ini mampu ‘setanding’ dekorasi kediaman lebih ‘mahal’ lain.
Lelaki yang menggunakan akaun Facebook Muhd Faddie ini berharap dekorasi bajetnya dapat memberi inspirasi kepada mereka yang mempunyai impian untuk tinggal di dalam kediaman yang menepati citarasa sendiri.
“Saya berharap dapat memberi lebih banyak inspirasi kepada orang di luar sana bahawa lelaki bujang juga boleh ada rumah sendiri yang selesa. Saya juga mahu supaya orang luar lebih bekerja keras untuk mencapai apa yang diimpikan meski bukanlah dari keluarga yang serba berada dan mewah.Tapi usaha yang gigih, pasti akan dapat mencapai keinginan itu.”
Muhd Faddie atau nama sebenarnya Sufriadi Sarifi berkata tempoh ubah suai kediamannya mengambil masa lebih kurang 3 bulan.
“Untuk cat, tidak sampai seminggu. Manakala untuk beli barang, beli sikit-sikit sahaja tiap bulan. Saya kena kumpul duit dulu dan cari mana yang sesuai dengan tema rumah.
Lagi pun saya bujang. Semua kena keluar duit poket sendiri. Nak beli sekali gus tu susah sikit. So setiap bulan saya akan spend 2-3 cabinet atau hiasan untuk cantikkan rumah. Dalam masa 3 bulan complete yang basic punya.
“Barang semua beli banyak yang terpakai. Beli dari carousel, Ikea, Kaison, Shopee. Ada juga diy sendiri je.”
Murah Tapi Berbaloi
Lelaki berusia 29 tahun ini berkata biar murah barang yang digunakan asalkan sesuai dengan tema rumahnya.
“Dengan bajet 1k, beli barang keperluan dengan harga yang paling minimum mungkin tapi berbaloi, biar murah, tapi tampak elegannya.
“Saya pun bukan kerja berjawatan tinggi. Kerja sebagai promoter biasa, dengan gaji bulanan 2000 ke bawah.
“Bukan semua saya boleh spend duit gaji untuk cantikkan rumah. Saya kena hulur kat parents, utilities and so on.”
Jangan Membazir
Jika ada yang ingin cuba menghias dan menyusun atur dekorasi dalaman rumah, ini tip yang dikongsi Sufriadi.
“Pada saya, apa yang perlu adalah jangan membazir, beli ikut bajet dan keperluan. Yang penting kena beli barang ikut kesesuaian rumah. Tak kisah kalau kita beli barang terpakai, asalkan kita tahu camne nak bagi kehidupan baru pada sesebuah perabot.
“Mungkin kita boleh diy, tukar warna, supaya ia kelihatan baru semula. Tip saya adalah kita kena tahu tema apa yang kita mahukan. Dari segi warna perabot, cat dinding, dan aksesori. Pastikan semua tampak selari.
Penggunaan ruang sangat penting, kita mesti nakkan rumah yang nampak luas walaupun hakikatnya kecil. Tapi kselesaan itu amat penting. Konsep rumah yang kita nak juga haruslah sepadan dengan kehendak.”
Daun kesum memang selalu digunakan sebagai penambah aroma dan rasa pada masakan. Seperti Laksa, Asam Pedas, Kengsom dan sebagainya. Jika ada tanam di rumah memang untung, jimat belanja dapur dan segar terus petik dari pokok.
Namun, bukan mudah sebenarnya nak tanam pokok kesum. Walaupun orang kata cucuk, siram ikut aturan dan tinggal. Tetap juga kering layu dan mudah mati sebelum naik pucuk mudanya.Cuma tip asas, daun kesum ni perlukan kawasan yang lembap dan berair serta redup.
Ada macam-macam cara nak tanam pokok kesum. Perkongsian tip tanam pokok kesum daripada Puan Rosnah Ramli ini antara yang paling mudah. Daunnya jadi segar dan subur tak perlu risau, pokoknya mati kering.
“Saya nak share petua tanam kesum jadi segar”
Bekas Bertutup
Air Secukupnya
Baja AB
Batang Kesum
Pisau
1. Tebuk penutup bekas sebesar batang kesum.
2. Cucuk-cucuk jer batang kayu kesum tu kat penutup tu.
3. Air dicampur sedikit dengan Baja AB.
4. Tutup bekas, letakkan kat tempat redup. Tak yah tengok-tengok. Nak guna baru gi tengok.
Untuk permulaan tanam: Petik daun-daun kesum tinggalkan batang je. dan daun-daun kecil pi bawa ke dapur masak Asam pedas.
Untuk tebuk lubang: Tip tebuk lubang bakar hujung pisau tajam dekat api dapur dan cucuk kat penutup bekas…siap! Tebuk lubang agak-agak boleh masuk batang kesum je.
MW: Mak-mak yang selalu tak berjaya tanam daun kesum tu, cuba tanam kesum cara begini, ia lebih mudah. Tak gunakan tanah pun, dan tak perlu risau jika tak sempat nak siram pokoknya. Yang penting kena selalu pastikan bekas berisi air. Selamat Mencuba!
Sebelum ini tular kisah Adik Adam atau nama penuhnya Muhammad Adam Mikhael yang berumur 3 tahun demam rindu, pengasuh sanggup naik motosikal datang ziarah walau jarak jauh dari rumahnya.