Tanyalah sesiapa sahaja pastinya mahu memiliki kulit yang bersih, sihat dan cantik berseri. Namun kena ambil tahu yang kulit kita belum benar-benar bersih selepas dicuci melainkan hanya menggunakan tuala yang bersih!

Malah kulit wajah lebih bersih, sihat dan berseri apabila tuala muka yang digunakan ditukar setiap hari. Perlu tahu rutin penjagaan kulit harian bukan sekadar mencuci muka dengan bersih namun ia juga bergantung kepada kebersihan tuala muka yang dipakai.

Seringkali kita terlepas pandang pada penggunaan tuala muka yang tak bersih, yang boleh menjadi tempat ‘sarang’ bakteria dan kuman membiak sekaligus mampu menjadi punca kepada masalah kulit wajah seperti jerawat, ruam, kegatalan dan sebagainya.

Untuk pengetahuan, sebenarnya tuala yang telah digunakan berulang kali adalah jauh lebih menjijikkan dan kotor daripada yang pernah kita bayangkan! Tuala yang diletakkan di bilik mandi sama ada tuala badan, tuala tangan atau tuala muka adalah penuh dengan bakteria dan virus. Disebabkan persekitaran di bilik mandi yang lembab, tuala merupakan tempat sempurna untuk bakteria dan mikroorganisma lain membiak.

Dalam penyelidikan yang dijalankan oleh Charles Gerba di Universiti Arizona, mendapati bahawa 90 peratus daripada tuala dalam kajian itu membawa bakteria ‘coliform’ dan 14 peratus mempunyai e-coli. Malah dalam tempoh tiga hari, bakteria mampu membiak sehingga 10 kali ganda!

Guna Produk ‘Skincare’ Bagus Namun Kulit Tetap Bermasalah, Mungkin Ini Puncanya!

“Bayangkan pula situasi anda mencuci tangan dan mengeringkannya menggunakan tuala. Kemudian mungkin terdapat beberapa ecoli atau bakteria salmonella yang masuk ke dalam tuala. Keadaan basah dan lembab, bakteria ini membiak dengan jayanya!

Kami mendapati, mungkin ia bermula dengan hanya sedikit, tetapi dalam beberapa hari ia menjadi berjuta-juta. Selepas kira-kira dua hari, jika anda mengeringkan muka dengan tuala tangan, anda mungkin mendapat lebih banyak E. coli pada muka berbanding jika terus membuangnya dalam mangkuk tandas dan menyiramnya,” kata Gerba dalam kajiannya.

Jadi cuba fikirkan macam mana kotornya tuala tersebut, jika kita menggunakan tuala yang sama setiap hari?. Bakteria dan kulat boleh dipindahkan dari tuala ke muka kita. Malah lebih membimbangkan ia boleh menjejaskan kesihatan kulit. Lebih-lebih lagi jika mempunyai kulit yang sensitif dan berjerawat. Itulah sebabnya muka yang dicuci bersih tidak akan bersih sepenuhnya, jika tetap mengelap muka dengan tuala yang sama yang dipenuhi bakteria.

Ini 5 SEBAB kenapa perlu menggantikan tuala harian biasa kepada tuala sekali guna, yang mesra alam untuk wajah anda!:

  1. Mencalarkan & Rosakkan Kulit

Apabila mencuci tuala menggunakan pelembut pakaian untuk mewangikannya ia akan menghalang tuala daripada menyerap air dan meninggalkan lilin yang menyebabkan tekstur tuala akan jadi keras dan kasar selepas dicuci. Sekaligus boleh mencalarkan dan merosakan kulit apabila tuala tersebut digunakan.

IKLAN
  1. Menyebabkan Bakteria Membiak

Mengeringkan tuala yang telah digunakan dengan menggantungnya di bilik mandi boleh menyebabkan bakteria membiak dengan cepat. Seperti bakteria ‘coliform’ dan e-coli. Lebih-lebih lagi dalam keadaan bilik mandi yang lembap dan basah.

  1. Tuala Tetap Berbau

Meskipun tuala telah dicuci, namun ada kalanya ia tetap berbau yang tidak menyenangkan. Punca utama masalah bau ini adalah disebabkan mesin basuh tidak bersih, bakteria termendap dari mesin basuh dan menyerap pada diserap fabrik tuala tersebut.

  1. Pencemaran Silang

Meskipun tuala adalah kegunaan peribadi namun ada juga yang gemar berkongsi. Berkongsi tuala baik dengan pasangan mahupun anak-anak boleh menyebabkan pencemaran silang pada kulit boleh berlaku. Sekaligus boleh menjadi punca mencetuskan masalah kulit seperti kegatalan, ruam dan jerawat.

  1. Punca Kulit Wajah Bermasalah

Bagi mereka yang mempunyai keadaan kulit sangat kering atau sensitif, mudah mengalami jerawat serta mempunyai penyakit kulit seperti ekzema adalah yang paling berisiko apabila menggunakan tuala kotor yang dipenuhi bakteria. Ini kerana lapisan kulit mereka tidak berfungsi dengan baik, boleh menyebarkan bakteria dan kulat ke muka sekaligus menyekat liang wajah dan menjadikan keadaan lebih teruk.

REFINED Eco-Towel

Setiap hari kita sering menggunakan tuala untuk mengelap muka, tangan dan badan, namun untuk mencuci tuala setiap kali selepas guna untuk menjamin kebersihannya adalah hampir mustahil dan ia cukup merenyahkan.

Sebagai alternatif dan penyelesaian kepada situasi ini sebaiknya gunakan tuala muka yang mesra alam jenis ‘pakai buang’ iaitu hanya sekali guna seperti REFINED Eco-Towel ini.

IKLAN

Guna Produk ‘Skincare’ Bagus Namun Kulit Tetap Bermasalah, Mungkin Ini Puncanya!

Eco-Towel mampu mengoptimumkan rutin penjagaan kulit dan memastikan kulit kekal bersih dan lebih sihat.

Diperbuat daripada viscose premium yang diperoleh daripada gentian selulosa kayu putih. Ia merupakan tuala muka 100 peratus terbiodegradasi dan kompos yang mesra alam, sangat lembut dan tahan lama yang pertama di Malaysia. Malah menggunakan bahan OEKO-TEX yang telah disahkan, tiada bahan berbahaya dan tiada toksik. Mempunyai daya serapan yang tinggi serta mampu membantu mengurangkan kulit wajah bermasalah, ‘breakout’, jeragat, jerawat, ekzema dan kegatalan. Lebih-lebih lagi bagi kulit yang kering dan sensitif.

Guna Produk ‘Skincare’ Bagus Namun Kulit Tetap Bermasalah, Mungkin Ini Puncanya!

Bukan itu sahaja, Eco-Towels ini juga pelbagai guna dan boleh digunakan dalam keadaan kering mahupun basah. Namun ia seringkali digunakan untuk mengeringkan kulit wajah, setiap kali selepas membersihkannya bagi menjamin bebas bakteria. Bahkan ia juga boleh digunakan sebagai kain pembersih untuk menanggalkan solekan, serta topeng muka (mask) untuk pengelupasan tambahan.

IKLAN

REFINED

REFINED merupakan jenama yang menyediakan produk penjagaan haid dan kebersihan wanita yang semulajadi dalam menjaga kesejahteraan wanita. Menawarkan produk berkualiti tinggi dan bebas toksik untuk semua wanita. Demi kesihatan wanita dan badan, dan juga untuk planet ini.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari;

Website:
www.refined.my

Facebook:
https://www.facebook.com/refined.inc

Instagram:
https://www.instagram.com/refined_inc/

TikTok:
https://www.tiktok.com/@refinedinc

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI