
Buat wanita yang ada masalah lebam bawah mata, kulit muka kusam, liang pori besar boleh cuba petua semula jadi yang dikongsikan oleh Faarihah Kadir ni. Tak susah pun, semuanya menggunakan bahan-bahan yang ada di dapur je. Nak buat pun senang, yang pastinya dijamin selamat sebab tiada bahan kimia.Lakukan dengan konsisten dan rasai perbezaannya.
Berikut perkongsian tersebut;
Kulit sihat cantik dan glowing dengan menggunakan bahan dari dapur.
“Saya nak kongsi satu tips untuk dapatkan kulit glowing hanya menggunakan bahan dari dapur sahaja”.
Bahan-Bahannya:
Sebatang Timun
Sedikit Madu
Secawan Air bersih
Cara-Cara Membuat:
1.Masukkan potongan timun, madu dan air bersih ke dalam mesin pengisar.
2.Kisar sehingga hancur dan lumat.
3.Masukkan ke dalam bekas kiub ais, simpan dalam peti sejuk dan bekukan.
4.Setelah beku, gosokkan selama 10 minit sekitar wajah dan bilas dengan menggunakan air bersih. Amalkan setiap malam.
Tips ini penting untuk menghilangkan lebam bawah mata dan kulit muka yang bersih glowing dan sihat.Muka pun terasa amat segar dan liang-liang pori pun makin mengecil.
Jangan lupa #share untuk dapatkan kulit yang sihat, dan cantik. Jooom kita cantik dengan bahan semulajadi hanya dari dapur.
Jadi buat wanita yang nak bercantik-cantik tu, tak perlu guna produk mahal-mahal. Guna petua semulajadi ni pun dah boleh buatkan kulit wajah berseri, hilangkan lebam bawah mata tu.Jimat kos tapi kesannya tip top! Tapi yang paling penting kena rajin dan konsisten iya, baru lah berkesan.
Semoga bermanfaat, selamat mencuba!
Sumber: Faarihah Kadir
Dari Anak 1 Sampai 4, Amal Petua Nenek ‘Air Halba Jintan Manis’, Cuma Panaskan 3 Minit Dalam ‘Microwave’

Lepas raya ini nak-nak badan macam dipam-pam semula. Yang maintain berat masa bulan puasa pun ada, syukur mak-mak yang berjaya tu. Tapi jangan susah hati sebab petua nenek Cik Puan Ammy iaitu air halba jintan manis ini, mudah sangat nak diamalkan dan dicuba.
Kalau tak berapa nak rajin rebus atas api, boleh saja panaskan dalam ‘microwave’. Menjadi dan mujarab juga. Buktinya walau anak dah masuk 4 ini, wanita ini maintain saja berat badannya. Tak naik tak turun.
“Kawan-kawan ramai tanya, anak dah 4 tapi badan ok je. Ammy pun tak ada ambil suplemen pelik-pelik. Takut efek dekat baby. So, Ammy buat ini je la. Dari lepas bersalin sampai lah sekarang. Adalah skip sikit-sikit, time malas itu.”
Petua Nenek Air Halba Jintan Manis
1 sudu besar jintan manis
1 sudu kecil halba
3 cawan teh air kosong
Caranya
1. Rebus semua bahan di atas itu dalam 5 minit dan minum suam-suam. “Macam Ammy masuk dalam microwave je. Dalam dua ke tiga minit sebab takut air kering.
2. Nanti masa nak minum suam-suam perahkan dengan sedikit lemon. “Tapi Ammy tak perah lemon sebab tak hilang rasa rempah ratus itu. Ammy guna limau kasturi.
Nak Lebih Mujarab, Ikut Cara Ini
√ Yang Ammy kongsi ini cukup untuk minum pagi dengan malam. Belah pagi ambil sebelum makan dan belah malam, minum sebelum tidur. Nanti badan jadi ringan je.
√ Satu lagi.. masa nak minum baru perahkan limau tu tau. Jangan perah masa proses.
√ Dan jangan simpan air halba jintan manis ini. Benda ini tak boleh simpan, nanti rasa dia tak sedap. Jadi membazir.
Sumber/Foto : Cik Puan Ammy
Penting Pilih Jenama Kosmetik HALAL, Boleh Dibawa Solat Tanpa Perlu Was-Was!

Kalau dah namanya perempuan, pastinya sukakan kecantikan. Biarpun tak ada koleksi lengkap macam jurusolek artis, barangan mekap asas seperti gincu, celak, bedak kompak biasanya mesti ada dalam simpanan. Walaupun hanya calitan ringkas dan tipis tak seperti solekan seorang model, namun mampu menaikkan seri wajah daripada pucat lesi, lesu tak bermaya.
Namun demikian, sebagai seorang wanita muslimah, selain nak solekan nampak cantik, sangat penting dan menjadi tanggungjawab dalam memilih jenama kosmetik yang diyakini status halalnya, boleh dibawa solat malah tak perlu rasa was-was dengan kandungan bahan yang digunakan.
Salah satu, jenama kosmetik yang memenuhi kriteria tersebut dan boleh menjadi pilihan adalah Farmasi Colour Cosmetics (FCC).
Menyebut jenama Farmasi Colour Cosmetics (FCC), pasti ramai yang sudah mengetahui akan kewujudan jenama ini. Malah pada satu ketika, jenama kosmetik yang diimport khas dari Turki ini menjadi bualan ramai dan diletakkan setaraf dengan kosmetik antarabangsa lain.
Kelebihan Produk
Dihasilkan dengan standard antarabangsa, FCC yang mendapat pengiktirafan HALAL dari Turki dan boleh dibawa solat kerana produk ini dihasilkan daripada minyak dan ekstrak buah-buahan serta sayuran.
FCC pilihan terbaik buat muslimah moden yang mementingkan penampilan. Mereka juga tidak perlu lagi risau kerana ia memudahkan mereka bersolat kerana tidak perlu rasa was-was semasa memakainya.
Produk FCC juga memenuhi tiga kriteria yang dicari pengguna dalam membeli produk kosmetik iaitu berkualiti, harga berpatutan dan memenuhi kehendak mereka.
Untuk 2019, FCC telah memperkenalkan kit MUA iaitu koleksi yang biasa digunakan oleh jurusolek profesional (MUA) dan dengan memiliki kit itu, wanita mampu menyolek sendiri wajah mereka bak sentuhan profesional.
Pengedar Tunggal
Orang yang bertanggungjawab membawa FCC ke Malaysia ialah Ili Zawani Ismail, Pengarah Urusan Naturalife Solution Sdn Bhd, yang juga merupakan pengedar tunggal FCC Malaysia, Singapura & Brunei.
Ili Zawani juga mengaku yang dia merupakan pengguna setia produk yang dijualnya terutama CC cream.
“Untuk wanita yang sibuk seperti saya, sekurang-kurangnya perlu ada CC Cream FCC di dalam beg tangan kerana ia membantu saya kelihatan bermaya dan berseri bila memakainya, tanpa perlu foundation atau bedak.
“Malah produk FCC ini sangat mudah digunakan, rasa ringan dan dalam masa yang sama dapat membantu menangani masalah kulit pengguna,” ujar Ili Zawani yang bercita-cita membuka ‘Lifestyle Concept Store’ kelak.

Kongsi Ili Zawani lagi, dia bersyukur kerana pada tahun ini, dia telah berjaya merealisasikan beberapa perancangan yang telah dibuat. April lalu, FCC telah membuka flagship store di SOGO Central I-City selain menjadi jenama halal eksklusif di 53 outlet Aeon Wellness di seluruh negara. Menjelang hujung tahun, disasarkan FCC akan berada di lebih 60 outlet Aeon Wellness. Satu kejayaan yang membanggakan buat wanita cekal ini.
Seleksi Pilihan Kosmetik FCC MESTI Cuba!
- FCC Vfx Primer
Merupakan salah satu primer terbaik kerana tekstur primer seakan-akan gel yang mampu menutupi liang roma dan lines.
2. FCC Magic Pearl Powder
Uniknya produk ini impaknya seperi gabungan pemerah pipi dan shimmer. Impak glowing tampak natural, jadi aplikasi pemerah pipi ini tidak nampak keterlaluan biar pun disapu agak tebal.
3. FCC Face Sculpting Palette
Produk ini merupakan produk FCC yang masih baru di pasaran, kelebihannya apabila dalam satu pallete sahaja anda mampu menghasilkan shading dan highlight yang sempurna.
Hasil Solekan Menggunakan Produk FCC
Seleksi kosmetik eksklusif FCC ini boleh didapati dengan harga mampu milik di cawangan farmasi AEON Wellness, SOGO dan Parkson.
FCC juga merupakan penaja utama bagi #FabulousMUA NONA X FCC yang merupakan program realiti digital pertama pencarian Makeup Artist. Jangan lupa saksikan siaran Episod 4, secara LIVE jam 8.00 malam nanti (8 Nov) di Facebook NONA.
Tidur Boleh Kurangkan Berat Badan, Punyalah Senang Nak Kurus!

Tidur cukup boleh kurangkan berat badan? Haaa… macam tak percayakan, tapi betul! Kalau anda tidak cukup tidur, ini akan memberi kesan pada berat badan. Masa itulah badan akan letih. Sesetengah orang juga akan bergantung pada kopi untuk membuka mata. Sebab terlalu letih juga, anda tidak akan bersenam.
Kebanyakan pakar bersetuju bahawa mendapatkan tidur yang cukup adalah penting untuk kesihatan tubuh dan juga berat badan sebagai mana pentingnya diet dan senaman.
Mengurangkan tidur akan menyebabkan otak membuat keputusan yang tidak baik. Ini menumpulkan aktiviti dalam lobus frontal otak, bahagian kawalan pembuat keputusan. Umpama anda berada dalam keadaan sedikit mabuk. Minda tidak dapat membuat keputusan yang baik.
Tambah pula, jika anda terlampau letih, pusat ganjaran di otak akan mencari sesuatu yang akan rasa lebih seronok. Jadi, semasa anda cukup tidur, anda mampu menolak rasa teringin makan makanan yang memuaskan atau ‘comfort food’. Sebaliknya bagi otak yang tidak cukup tidur, anda mungkin bermasalah untuk berkata tidak pada makanan yang berada di hadapan mata pada ketika itu.
Kajian yang telah diterbitkan dalam American Journal of Clinical Nutrition mendapati bahawa mereka yang tidak tidur pada waktu malam, selera makan pada waktu itu akan meningkat. Berkemungkinan besar mereka akan memilih makanan tinggi karbohidrat.
Hormon lapar
Tidur umpama nutrisi untuk otak. Kebanyakan orang memerlukan antara 7 hingga 9 jam waktu tidur setiap malam. Jika tubuh mendapat waktu tidur kurang dari itu, berkemungkinan tubuh akan memaksa anda mencari makan untuk mengisi perut yang lapar.
Kenapa pula keadaan ini berlaku? Semuanya kerana kurang tidur akan memberi kesan pada hormon lapar dan hormon rasa kenyang yang dikenali sebagai ghrelin dan leptin.
Ghrelin akan beri isyarat pada otak masa untuk makan. Apabila kita kurang tidur, tubuh akan menghasilkan lebih banyak ghrelin.
Leptin pula, akan memberi isyarat pada otak untuk berhenti makan. Apabila anda tidak mendapat tidur secukupnya, tahap leptin akan jatuh menjunam. Ia akan memberi isyarat pada otak untuk makan lebih banyak.
Lemak terkumpul dalam tubuh
Kurang tidur membuatkan anda rasa mamai. Ini yang telah dijelaskan oleh penyelidik di University of Chicago. Dalam masa empat hari tidur yang tidak cukup, kebolehan tubuh untuk memproses insulin – hormon yang diperlukan untuk mengubah gula, kanji dan makanan lain kepada tenaga – menjadi tidak keruan.
Sensitiviti terhadap insulin juga telah menunjukkan kejatuhan sehingga 30 peratus. Mengapa keadaan ini tidak baik?
Apabila tubuh tidak memberi tindak balas yang sempurna terhadap insulin, tubuh mempunyai masalah memproses lemak-lemak daripada aliran darah. Akhirnya lemak itu akan tersimpan dalam tubuh,
Perlu diberi perhatian juga. Tidak bermakna jika anda tidur, berat akan kurang. Tetapi tidur yang sedikit akan menghalang metabolisme dan menyumbang kepada penambahan berat badan.
Tip Tidur Sempurna
Zaman sekarang, hendak mendapatkan tidur yang sempurna agak susah. Ditambah pula apabila semua skrin gajet yang ada menggoda kita untuk berjaga lebih lama.
Asas untuk mendapatkan tidur yang cukup dan sempurna amat mudah.
Lakukan tip berikut:
1. Tutup komputer, telefon bimbit, dan televisyen sekurang-kurangnya sejam sebelum anda tidur.
2. Jadikan bilik tidur hanya untuk tidur dan bukan perkara lain. Fikirkan tentang rehat dan bukannya tentang hiburan dan kerja sewaktu berada dalam bilik tidur.
3. Cipta ritual waktu tidur. Sebagai contoh, mandi air panas sebelum tidur.
4. Berpegang pada jadual waktu tidur dan waktu bangun yang sama setiap hari. Ikut juga jadual ini pada hari minggu.
5. Jaga makan. Elakkan makan hidangan berat sebelum tidur yang akan menyebabkan pedih ulu hati dan menyukarkan anda tidur. Elakkan minum soda, teh, kopi dan coklat selepas pukul 2 petang. Kafein boleh berada dalam sistem tubuh selama 5 hingga 6 jam.
6. Tutup lampu. Kegelapan boleh memberi isyarat pada tubuh untuk melepaskan hormon tidur asli iaitu melatonin. Jika lampu terbuka, cahaya terang akan menahan hormon ini daripada keluar.