bunga-lavender

Roti jala yang berbentuk bunga lavender sememang cantik dijadikan hantaran atau hadiah untuk orang tersayang. Cuma nak dapatkan hasil secantik seperti gambar itu memerlukan ketekunan dan kesungguhan juga.

Wanita ini, Nur Sharian Nasruddin berkongsi tip menghasilkan roti jalan dengan hiasan bunga lavender menggunakan adunan roti jala. Anda yang mahu mencuba, bolehlah hadamkan tipnya.

Bila dah ada panduan sebegini, lebih mudah nak buat untuk isi dalam bekas plastik lebar itu kan.

Alhamdulillah.. tempahan hari ni. Sekarang tak boleh nak ambil tempahan roti jala banyak-banyak sebab dah busy jaga husband baru lepas operation. Dapat tempahan sikit-sikit bolehlah buat.” Kongsinya.

Gambar last sekali saya ada bagitau cara saya buat bunga levender tu.”

Gulung Menyerong Bagi Memanjang, Begini Buat Bunga Lavender Roti Jala

IKLAN

Bahan-bahan Roti Jala

  • Roti jala ini 1kg tepung.
  • 4 baris
  • 1 baris ada 11 pcs
  • So.. total belah bawah 88 pcs roti jala.
  • Ukuran roti jala 2.5 inci (box 10 inci)

Nota : Untuk buat bunga lavender tu, saya asing siap-siap 1 botol bancuhan. Gunakan botol roti jala (sukatan yang saya guna untuk buat bunga lavender sebanyak itu)

Gulung Menyerong Bagi Memanjang, Begini Buat Bunga Lavender Roti Jala

Cara Buat Bunga Lavender Roti Jala

Begini cara nak buat bunga lavender itu.
Sama macam buat bunga warna putih dalam gambar atas ini.

  • Saya biasa tengok orang lain buat bunga macam tu. Cuma cara gulung saya, gulung menyerong supaya bunganya tu jadi memanjang macam bunga lavender.
  • Nak buat dia guna botol muncung 3 tu je.
  • Warna dia : Saya guna warna purple dan warna merah. Ejas la sampai dapat warna yang kita nak.
  • Buat banyak-banyak. Susun cantik-cantik macam design yang kita nak buat.
  • Daun saya guna daun pandan je. Potong halus memanjang.
  • Lepas itu, selit-selit je celah-celah bunga lavender itu.

Mana yang mahu mencuba untuk dibuat jualan atau masak sempena hari istimewa keluarga, bolehlah mencuba tip yang diberikan ini.

IKLAN

Nak tahu resepi roti jala pula, boleh baca di sini :

Sumber/Foto : Nur Sharian Nasruddin

Gulung Menyerong Bagi Memanjang, Begini Buat Bunga Lavender Roti Jala

Jom daftar sekarang!!! KELAS JAHITAN KREATIF

Klik link untuk daftar: https://toko.ideaktiv.com/product/kelas-jahitan-kreatif/

IKLAN

Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.

Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.

Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.

Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 9.30 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.

#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI