Bagi peminat makanan Korea boleh cuba buat sendiri Gejang (게장) makanan Mukbang Viral yang cukup popular di sana. Memang unik apabila makanan laut seperti ketam bertelur juga boleh dijerukkan dimakan mentah, namun rasanya tetap sedap dan tak hanyir.

Ikut resipi mudah yang dikongsikan oleh Fienaz Shafie ini sebagai panduan;

Gejang (게장) makanan mukbang viral korea. Jeruk Ketam bertelur Mentah. Sedap tak hanyir. Perap 2 hari dalam peti sejuk bahagian biasa baru makan .

*RESEPI ni saya olah sedikit dari resepi asal Korea supaya kena dengan tekak Melayu kita. Saya tuang kuah soy sauce tu masa panas-panas so ketam ni akan jadi 1/2 cook. Bakteria dah mati ye sebab dalam perapan tu ada acidity itu yang punca ‘masak’ ketam tu secara perapan plus akak tuang sos tu panas-panas dekat situ pon dah masakkan ketam tue. SELAMAT MENCUBA.

Bahan Sos:

200ml Soy Sauce
Air
4sb Cuka
1sb Garam
1/2 cawan Gula
Minyak bijan
Bawang holland
Halia
Bawang putih
Cili kering
Daun bawang
1/2 biji epal

Cara Membuat:

1. Bersihkan ketam, buang cengkerang dan kakinya. Rendam dalam air soda dan sedikit garam.

Gejang (게장) Makanan Mukbang Viral Korea, JERUK Ketam Bertelur Mentah, Sedap Tak Hanyir!

Gejang (게장) Makanan Mukbang Viral Korea, JERUK Ketam Bertelur Mentah, Sedap Tak Hanyir!
2. Kemudian potong bawang holland, sedikit halia dan daun bawang (ambil bahagian batang putih).

Gejang (게장) Makanan Mukbang Viral Korea, JERUK Ketam Bertelur Mentah, Sedap Tak Hanyir!
3.Selepas itu, masukkan air ke dalam periuk dan masukkan sos soya.

Gejang (게장) Makanan Mukbang Viral Korea, JERUK Ketam Bertelur Mentah, Sedap Tak Hanyir!
4.Masukkan garam, gula, minyak bijan dan cuka.
5.Masukkan pula bahan-bahan lain iaitu cili kering, daun bawang, halia, epal merah dan bawang putih.Masak sehingga pekat.

IKLAN

Gejang (게장) Makanan Mukbang Viral Korea, JERUK Ketam Bertelur Mentah, Sedap Tak Hanyir!

Gejang (게장) Makanan Mukbang Viral Korea, JERUK Ketam Bertelur Mentah, Sedap Tak Hanyir!
6.Susun ketam dalam bekas, masukkan kuah tadi panas-panas.

Gejang (게장) Makanan Mukbang Viral Korea, JERUK Ketam Bertelur Mentah, Sedap Tak Hanyir!

Gejang (게장) Makanan Mukbang Viral Korea, JERUK Ketam Bertelur Mentah, Sedap Tak Hanyir!7. Taburkan dengan hirisan cili padi dan bawang putih,serta bijan.

Gejang (게장) Makanan Mukbang Viral Korea, JERUK Ketam Bertelur Mentah, Sedap Tak Hanyir!

IKLAN

8. Simpan dalam peti sejuk, biarkan selama 2 hari dah boleh makan.

Gejang (게장) Makanan Mukbang Viral Korea, JERUK Ketam Bertelur Mentah, Sedap Tak Hanyir!

Siap! Selamat Mencuba.

IKLAN

Mesti Baca:RESIPI ‘Ketam Sweet & Sour Chinese Style’, Air Tangan Terakhir Siti Sarah

Baca Lagi Di Sini:Anak Nelayan Ini Kongsi Tip Pilih Ketam Isi Padu, Banyak Telur

Artikel Menarik:Sebelum Nak Beli, Ini 8 Tip Nak Pilih Ketam Yang Segar, ‘Manis’ & Banyak Isi!

Mingguan Wanita:Jadi buat yang nak rasa makanan Mukbang Viral Korea, jeruk ketam bertelur mentah, yang sedap dan tak hanyir ni boleh cuba buat sendiri resipi Gejang (게장) yang dikongsikan. Memang mudah!

Sumber:Fienaz Shafie

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI