Bagi peminat makanan Korea boleh cuba buat sendiri Gejang (게장) makanan Mukbang Viral yang cukup popular di sana. Memang unik apabila makanan laut seperti ketam bertelur juga boleh dijerukkan dimakan mentah, namun rasanya tetap sedap dan tak hanyir.
Ikut resipi mudah yang dikongsikan oleh Fienaz Shafieini sebagai panduan;
Gejang (게장) makanan mukbang viral korea. Jeruk Ketam bertelur Mentah. Sedap tak hanyir. Perap 2 hari dalam peti sejuk bahagian biasa baru makan .
*RESEPI ni saya olah sedikit dari resepi asal Korea supaya kena dengan tekak Melayu kita. Saya tuang kuah soy sauce tu masa panas-panas so ketam ni akan jadi 1/2 cook. Bakteria dah mati ye sebab dalam perapan tu ada acidity itu yang punca ‘masak’ ketam tu secara perapan plus akak tuang sos tu panas-panas dekat situ pon dah masakkan ketam tue. SELAMAT MENCUBA.
Bahan Sos:
200ml Soy Sauce
Air
4sb Cuka
1sb Garam
1/2 cawan Gula
Minyak bijan
Bawang holland
Halia
Bawang putih
Cili kering
Daun bawang
1/2 biji epal
Cara Membuat:
1. Bersihkan ketam, buang cengkerang dan kakinya. Rendam dalam air soda dan sedikit garam.
2. Kemudian potong bawang holland, sedikit halia dan daun bawang (ambil bahagian batang putih).
3.Selepas itu, masukkan air ke dalam periuk dan masukkan sos soya.
4.Masukkan garam, gula, minyak bijan dan cuka.
5.Masukkan pula bahan-bahan lain iaitu cili kering, daun bawang, halia, epal merah dan bawang putih.Masak sehingga pekat.
Ads
6.Susun ketam dalam bekas, masukkan kuah tadi panas-panas.
7. Taburkan dengan hirisan cili padi dan bawang putih,serta bijan.
Ads
8. Simpan dalam peti sejuk, biarkan selama 2 hari dah boleh makan.
Mingguan Wanita:Jadi buat yang nak rasa makanan Mukbang Viral Korea, jeruk ketam bertelur mentah, yang sedap dan tak hanyir ni boleh cuba buat sendiri resipi Gejang (게장) yang dikongsikan. Memang mudah!
Ada cara paling senang nak rebus telur rupanya, hanya menggunakan periuk elektrik dan tisu dapur je.Sebab biasanya mak-mak rebus telur atas dapur dalam periuk yang dipenuhi air. Cara ini agak leceh, jika terlalu lama rebus, kulit telur mudah pecah, air panas menggelegak dan mudah tumpah, atau jika terlupa dan tutup api periuk pun boleh hitam bila air kering. Kini tak perlu susah-susah lagi, boleh cuba tip yang dikongsikan oleh Puan Su Ha ini. Ia menjadikan kerja merebus telur jadi lebih mudah.
Berikut perkongsian beliau;
“Sejak pertama kali tengok orang post tentang masak telur guna periuk elektrik terus ummi su try.First time buat menjadi n untuk hari-hari seterusnya memang tak pernah rebus telur guna air dah.Guna cara ni lebih mudah, periuk tak jadi hitam dan hasilnya dapat kuning telur yang wowww..kuning yang cantik dan memang febret ummi su telur camni & ade sedikit cair yang putih..tapi bukan masak separuh ok.
Bahan-Bahan Rebus Telur:
1 atau 2 helai Tisu Dapur
Periuk Elektrik
Telur
Meh tengok step-stepnya bagi sesiapa yang masih belum tahu:
1.Ambik 1 helai tisu dapur untuk dapatkan telur seperti di atas or 2 tisu untuk telur rebus biasa.
2.Basahkan tisu tadi dengan air dan letak didalam periuk.
3.Basuh telur sebersih-bersihnya dan letak di atas tisu basah tadi.
4.Tekan suis dan tunggu sehingga masak.
5.Tadaaa dah siap dan sedia untuk dimakan.Ohsem ke sangat ohsem.
Ps~ Telur ni ummi su nak buat sandwich round ke2.. Anak-anak suka sangat makan sandwich telur.
Jika selalu mak-mak beli je sate, apa kata buat sendiri je di rumah. Rupanya tak susah manapun nak buat sate ni kena tahu bahan-bahan asas untuk perapan daging sate dan pastikan lidi untuk cucuk sate direndam terlebih dahulu untuk elakkannya terbakar nanti.
Boleh ikut resipi buat sate dan tip yang dikongsikan oleh Puan Eiza Ax ini sebagai rujukan.
“Bile anak suka sate mama nye, Mama rajin buat kan. Ni kali kedua buat…sedap sangat. Tq pade yang share resepi.Ramai yang mintak resepi kite kongsi bersama”
Bahan-Bahan (Sate Ayam):
Dada ayam potong dadu
Bahan (kisar)
Serai
Lengkuas
Kunyit hidup (takde boleh pakai serbuk kunyit)
Halia
Jintan putih (sangai dulu sampai wangi)
Jintan Manis (Disangai)
Ketumbar (Disangai)
Bawang putih
Bawang merah
Cara Membuat:
1. Perap dada ayam dengan bahan kisar.
2. Masukkan gula dan garam.
3. Biarkan perapan minimum 3 jam dalam peti, lagi lama perap lagi sedap.
4. Lepas dah perap boleh la cucuk.
5. Pastikan lidi cucuk tu direndam dalam air 4 jam atau lebih untuk mengelakkan lidi terbakar masa panggang/bakar.
5. Mase panggang boleh buat minyak renjis.
Minyak Renjis:
Ketuk hujung serai
Minyak
Air perapan ayam
Gula 1 sudu (letak gule untuk nampak ayam tu berjus, cepat masak dan kilat.
MW: Sedapnya bakar sate sendiri di rumah. Boleh buat sendiri je nanti untuk anak-anak makan. Tak susah mana pun ikut resipi dan tip yang dikongsikan ini.
Penyakit kronik seperti kanser sukar dirawati namun ia tidak mustahil untuk disembuhkan.Selain menjaga kesihatan dengan melakukan senaman, amalan minuman dan pemakananan yang sesuai sewaktu dalam proses rawatan juga mampu membantu merawati penyakit ini.
Menerusi perkongsian seorang ibu Puan Nor Hashimah Sulaiman yang juga Pengerusi Persatuan Sokongan Kanser Kanak Kanak PPUKM (CAKNE), beliau berkongsi resipi minuman kesihatan yang dilakukan untuk anaknya, yang kini merupakan bekas penghidap penyakit kanser otak.
“Semasa saya menjaga anak dalam rawatan kanser otak (pembedahan, radioterapi dan kemoterapi) saya selalu rasa buntu hendak memberi minuman apa yang sesuai untuk dia minum. Maklumlah kanak kanak memang begitu ditambah pula dengan rawatan yang berat ini. Alhamdulillah, kita memohon pada Allah… Diilhamkan pada saya yang sedang termenung di waktu petang 2007 minuman ini. Dia pula suka sangat dengan minuman ini. Air teh hijau, serai dan kurma merah.Alhamdulillah anak saya dah sembuh, namun dia masih suka dengan minuman ini.”
Bahan-Bahan:
2 batang serai yang diketuk
1 sachet Teh hijau
3 biji kurma merah
sedikit gula tebu/ jus lemon
1 liter air
Cara Membuat:
1.Rebuskan kesemua bahan-bahan tersebut sehingga mendidih.
2.Kemudian, selepas mendidih, ditambahkan dengan gula tebu dan jus lemon mengikut citarasa.
Semoga perkongsian ini bermanfaat dan tidak salah mencuba.
Datuk Aaron Aziz terkejut & kecewa! Sebelum ini heboh tentang konflik antara keluarga Aaron dan pempengaruh media sosial, Sharina Richiei ianya bermula selepas tular...