Drama Nur

Drama bersiri Nur cetus fenomena baru apabila ia menjadi trending dan ramai yang geram serta sakit hati dengan watak Aishah yang dilakonkan oleh Noorkhiriah Ahmad Shafie,39 atau lebih dikenali khiriah.Malah drama bersiri yang disiarkan sepanjang bulan Ramadan ini dikatakan telah mendapat 9 juta penonton di kaca tv, trending no 1 di twitter dan 1.9 juta tontonan digital.

Disebalik lakonan berkesan Noorkhiriah yang membawakan watak antagonis sebagai Aishah dalam Drama Nur, ada peminat yang menghantar mesej secara peribadi dan komen rasa geram serta sakit hati pada Noorkhiriah dengan watak tersebut didalam instagram.Tidak kurang juga yang meminta maaf kerana ‘mengutuk’ Noorkhiriah didalam drama ini.

Gara-Gara Mulut Longkang ‘Aishah’ Dalam Drama NUR, Ramai Geram & Sakit Hati Dengan Noorkhiriah

Namun pelakon serba boleh ini tidak terasa hati dan sedia memaafkan peminatnya yang terlanjur kata ‘memaki hamun’ dirinya gara-gara membawakan Aishah ini.Ia menunjukkan karakter itu berjaya dilakonkan dengan baik.

Gara-Gara Mulut Longkang ‘Aishah’ Dalam Drama NUR, Ramai Geram & Sakit Hati Dengan Noorkhiriah

Bukan itu sahaja, Noorkhiriah juga mengucapkan terima kasih pada penonton dan netizen yang sanggup menghantar komen-komen dan kritikan positif di media sosialnya.

IKLAN

Antara komen-komen yang diterima:

ain_emran Berlakon sepenuh hati hingga orang terlupa ia hanya lakonan bererti anda telah membuat yang terbaik. Keep educating

kasih_aidil_afzan Saya pun termaki Akak @khiriah17 saya minta maaf sangat. Saya tak boleh kawal emosi. Watak #Aisyah @khiriah17 tu menjadi sangat. Apa-apa pun saya mohon sangat, Maaflah saya. Saya terkutuk Akak.

hdayahh_@khiriah17 Lakonan akak memang menjadi dalam nur.. Tak pernah kecewa lah dengan lakonan akak dari dulu.

alongyusuff Geram tengok Drama Nur.. Memang acah-acah suci sangat.Maafkan saya kerana mengutuk Aishah.

IKLAN

aliahafzan Saya dah lama tak tengok drama melayu, tapi drama #nur ni memang best. Tak tipikal macam drama lain. Good job kak.

erniezanialah Khiriah bawak watak apa pun jadi.Saya pun minta maaf jugak ya khiriah atas kegeraman saya kat Aishah.

rosnimejalis37 Akak suka tengok cerita nur ni..jalan cerita bagus..tapi akak tak suka watak khiriah dalam ni.selalu akak tengok khiriah tak pernah bawa watak macam ni…tapi watak khiriah tu berkesan sampai orang boleh membenci khiriah dalam cerita tu..tahniah.

IKLAN

Buat yang tidak mengikuti drama arahan Shahrulezad Mohameddin ini, drama Nur sarat dengan pengajaran, mengangkat kisah pelacur yang jatuh cinta dan berkahwin dengan ustaz.Drama ini menfokuskan tentang perbezaan kehidupan masyarakat yang dilabel sebagai golongan ‘pendosa’ dan juga golongan ‘beriman’ daripada perspektif masyarakat sekeliling.

Drama ini pernah dipalit kontroversi dan teruk dikecam penonton serta netizen sewaktu mula-mula ditayangkan.Watak Noorkhiriah sebagai Aisyah yang bertudung labuh dan Azhan Rani dengan watak ‘Ustaz’ Syed Hamadi digambarkan sebagai penunggang agama dan menggunakan agama demi kepentingan diri sendiri.Kewujudan watak-watak sebegini dikatakan adalah seperti satu penghinaan bagi golongan yang dikatakan ‘beriman’.

Gara-Gara Mulut Longkang ‘Aishah’ Dalam Drama NUR, Ramai Geram & Sakit Hati Dengan Noorkhiriah

Drama bersiri 19 episod terbitan Radius One Sdn Bhd ini ditayangkan pada 10 malam, setiap Isnin hingga Khamis di TV3. Ia menampilkan gandingan hebat iaitu Amyra Rosli dan Syafiq Kyle sebagai pelakon utama serta turut dibintangi Jalaluddin Hassan dan Fatimah Abu Bakar.Setiap watak diolah dengan kemas dan dilakonkan dengan berkesan membuatkan para penonton tidak sabar menantikan episod seterusnya.

Sumber: Instagram Khiriah17

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI