Musim buah cempedak ni, ramai yang mengambil kesempatan untuk makan dan menikmati buah cempedak, baik di goreng mahupun dimakan mentah begitu sahaja.Namun hati-hati iya, buah cempedak dikatakan ada ‘angin’ yang boleh bertindak balas dengan tubuh badan, sekaligus membahayakan kesihatan.
Tak sangka gara-gara makan buah cempedak, pelakon Datin Seri Umie Aida,45 dikejarkan ke hospital selepas mengalami kesukaran untuk bernafas. Umie berkata dia bernasib baik ketika itu suaminya, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan,47 pulang ke rumah untuk makan tengah hari dan terus membawanya ke hospital.
Umie berkongsi pengalaman tersebut didalam posting terbarunya yang dimuat naik di Instagram baru-baru ini.Video dia didukung oleh suaminya turun dari tangga untuk dibawa ke hospital mendapat lebih 296,000 tontonan.
“Tak sampai seulas me (saya) makan cempedak. Boleh kena serang angin sampai ke ulu hati. SubhanaAllah… Sakitnya sampai tak boleh bernafas.
“Kebetulan suami balik nak makan tengah hari, terus hantar me pergi hospital,”
Ads
Bagaimanapun, kesakitan yang dialami pelakon filem Dukun itu hilang sebaik sahaja doktor periksa dan jururawat mahu memberikan suntikan.Menurut Umie, dia pernah mengalami kejadian yang sama ketika berada di Penang pada 2002.
“Yang peliknya sampai hospital, doktor periksa dan jururawat baru nak bagi suntikan, sakit me terus hilang. Me cakap tak perlu suntikan doktor.
“Saya dah sihat. Sakit ni pernah terjadi kat Penang pada tahun 2002. Sakit beria-ria. Sampai hospital terus baik. Angin kus kus kot,” katanya.
Kembali Pulih & Ucapkan Terima Kasih
Dalam pada itu, Umie memberitahu keadaannya sudah pulih dan sudah pulang ke rumah sejurus selesai bertemu doktor pada Jumaat. Kata adik kepada pengarah Erma Fatimah ini lagi, dia mengucapkan terima kasih kepada yang mendoakan kesihatannya dan nekad tidak akan makan buah itu lagi.
Ads
“Apa-apa pun, alhamdulillah… Dah sihat… Dah balik rumah. Sumpah tak nak makan cempedak lagi! Bye cempedak bye!!!
“Terima kasih mendoakan kesihatan saya,” katanya. Rata-rata pengikutnya di laman sosial turut berkongsi pengalaman yang sama seperti dilaluinya itu.
Sementara itu, para peminat dan pengikut instagram pelakon ini turut ada berkongsi pengalaman yang sama seperti yang dialami oleh Umie.
Ads
Antaranya komen pengikut Instagram;
norfarhanaahat Saya pernah kena macam kak umie..setengah jam rasa sakit sampai ulu hati & rasa tak boleh bernafas, perasan macam nak mati pun ada semua ada la time tu, lepas tu husband saya bagi gaviscon..alhamdulillah after 5min release dah, until now trauma lagi.
myadini1010Saya pernah kena masa mngandung 36w..ingat nak bersalin sebab sakit-sakit..pergi hospital kena warded ingat nak bersalin last-last tak bersalin disuruh balik.38w baru bersalin..sampai sekarang tak makan cempedak..takut kak
nurulnurshidarosnanPernah terjadi kat saya. Cempedak goreng. Memang sedap. Tak lama tu rasa MCM urat belikat ditarik-tarik. nafas Mula Rasa sakit. Dada MCM kena hempap Batu. last-last telan ubat tahan sakit.
sitiramnahramliAkak dah biasa kena sebab makan cempedak ni.. Sampai nak bernafas pun tak boleh.. Sebelah tubuh kebas tak berasa apa.. Pi hospital dokter check jantung.. Nak kena tahan wad.. Sampai sekarang takut nak makan cempedak.. Ambik Bau saja.
Mingguan Wanita mendoakan semoga Umie Aida cepat sembuh dan sihat seperti sedia kala. Sebagai peringatan buat kita, hati-hati bila nak makan buah cempedak, makanlah berpada-pada dan periksa tahap kesihatan diri dahulu.
Fasha Sandha maafkan jururawat,”kali ini saja, pastikan fakta sebelum tulis” tuduh dirinya kurus kerana buat bariatik. Wajar jika Fasha Sandha naik angin. Ini kerana media sosial sering menjadi medan “membuka fitnah” apatah lagi yang sering menjadi mangsa adalah golongan selebriti.
Ekoran dikatakan kurus kerana membuat pembedahan bariatik, Fasha Sandha tampil memberi penjelasan panjang lebar dan menuntut seorang jururawat @sizuka_momoshi / HANIS SYAFIQAH membuat permohonan terbuka kepadanya mengenai tuduhan dia kurus disebabkan melakukan pembedahan bariatik itu.
Sebaiknya buatlah research dan kajian sebelum buat tuduhan dan andaian.
Bariatic atau jenis pembedahan berkaitan dengannya hanya boleh dibuat sekiranya, BMI melebihi daripada sepatutnya, 28 keatas ( kategori obese) dan juga sekiranya seseorang itu berpenyakit. (Darah tinggi / gastric/ atau sakit2 lain)
Sebelum ni BMI sy 25.5 dan saya di kategori OVERWEIGHT dan bukan obese dan saya tidak mempunyai apa2 penyakit Alhamdulillah.
Saya TIDAK akan judge atau memandang rendah pada orang yang melakukan bariatic kerana ada beberapa orang terdekat saya yang terpaksa melakukan bariatic kerana faktor kesihatan dan nasihat doktor, termasuk ibu sy sendiri pada Feb 2020 kerana obes/ darah tinggi dan sakit lutut kronik. Saya yang MEMBAYAR kos RM25,000 untuk procedure tersebut dan saya juga yang menjaga ibu ketika itu.
Saya tidak akan judge atau pandang rendah kerana mungkin suatu hari nanti saya juga akan memerlukan treatment tersebut.
Penurunan berat badan saya bukan cepat, ianya mengambil masa lebih 6 bulan. Sekarang saya hanya jaga pemakanan saya exercise dan malam-malam ambil berryfull.
Hanya itu saya perlukan buat masa sekarang…
Jadi jika sesiapa ada masalah hati, atau mungkin iri hati atau tak puas hati dengan pencapaian saya ini, boleh beli Berryfull sekarang dan cuba. Mana tau, lepas beberapa bulan boleh jadi macam saya.
“Kali Ini Saja, Pastikan Fakta Sebelum Tulis” Dirinya Kurus Kerana Buat Bariatik
Kepada penulis ni, atau siapa yang berkaitan dengan penulisan komen ni saya bagi masa 24 jam untuk tampilkan bukti atau buat permohonan maaf secara terbuka. @sizuka_momoshi . Misi HUKM mana yang menyebarkan berita palsu? Saya jaga ibu saya 3 tahun lalu, alih-alih buat cerita saya buat bariatic.
Saya harap perkara ni boleh dijadikan pengajaran agar jangan mudah nak gunakan sosial media untuk menyebarkan berita palsu sebelum mendapat kesahihan. Terima kasih.
Ekoran dari penjelasannya ini dan meminta jururawat berkenaan meminta maaf secara terbuka, tak sampai 24 jam ia dikongsikan di instagramnya, jururawat berkenaan meminta maaf kepadanya kerana menulis komen tanpa bukti sahih.
Dah kahwin, mak mentua pulak tak sebulu, serba tak kena dengan menantu. Apa nak buat bila dah macam ni? Ini jawapan yang dikongsikan oleh Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre, Pendakwah Bebas dan perkongsian daripada Puan Yanti Yushilla.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Hati ibu mana tidak sedih, Elvina rasa ‘down’ keguguran. Sememangnya hati seorang ibu begitu sedih dan duka apabila mengetahui bayi yang sedang dikandung jantungnya terhenti.
Walaupun kesedihan namun pelakon, Datin Elvina Mohamad menganggap tiada rezeki untuk dirinya dan suami menimang cahaya mata kedua.
Hati Ibu Mana Tidak Sedih, Elvina Rasa ‘Down’ Keguguran
Elvina dan suami Datuk Haniff mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2018 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Karl Mateen, 3 tahun.
Menerusi petikan dari Mstar, Elvina memberitahu dirinya mengalami keguguran pada usia kandungan memasuki tiga bulan.
“Kami dapat tahu degupan jantung baby telah terhenti seminggu sebelum raya dan kata doktor biasanya akan keluar sendiri secara semula jadi.
“Namun semalam, mula terasa sakit dan saya terus ke hospital. Doktor akan melakukan prosedur untuk membersihkan rahim pada hair ini (Selasa),” luahnya.
Anggap Tiada Rezeki
Walaupun lahirkan perasaan sedih dan duka namun Elvina dan suami akur dengan takdir Ilahi dan menganggap tiada rezeki buat mereka untuk memiliki cahaya mata kedua dalam masa terdekat.
“Ketika awal tahu tentang degupan jantung bayi telah terhenti memang rasa ‘down’ sebab memang saya merancang untuk hamil tahun ini.
“Saya anggap tiada rezeki dan ini adalah ketentuan Allah,” kongsi Elvina.
Pelumba basikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom, 25 begitu bersungguh dan berusaha sehabis daya namun apakan daya dirinya gagal layak ke separuh akhir acara keirin basikal trek pada Sukan Olimpik 2020 di Tokyo.
Shah Firdaus menamatkan perlumbaan kedua suku akhir dengan berada di tempat keenam daripada enam pelumba, kurang 24 jam selepas mengalami kemalangan bersama pelumba Great Britain, Jack Carlin.
Walaupun tercedera namun Shah Firdaus menunjukkan semangat juang yang tinggi dalam perlumbaan namun perjalanan di temasya Sukan Olimpik sulungnya itu terhenti di suku akhir.
Pelumba Basikal Trek Negara, Shah Firdaus Berjuang Sehabis Daya
Seperti mana yang dimuat naik menerusi akaun Instagramnya, Shah Firdaus berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang mendoakan dan memberi sokongan.
“Terima kasih Malaysia untuk semua doa dan sokongan yang telah menjadi kekuatan kami. Tamat tugas di Tokyo. Bukan persembahan yang terbaik seperti yang diharapkan. Saya rasa cukup bersedia pada hari pertama keirin, secara fizikal and mental.
“Namun, dalam perlumbaan ada perkara yang kita tidak boleh kawal, walau sekuat mana kita berusaha. Kalah menang adat bertanding. Tiada siapa yang datang ke pentas sukan sebesar ini untuk kalah atau sekadar jadi “average”. Begitu juga saya.
“Sudah lebih dari 5 tahun persiapan yang dilakukan hanya untuk berada di sini, di Olimpik. Jangan ditanya soal perngorbanan, anda juga tau jawapannya. Sedaya usaha saya lakukan untuk cuba menghasilkan sesuatu buat negara yang tercinta. Walaubagaimanapun, takdirnya, belum rezeki saya kali ini. Maafkan saya Malaysia.
“Saya masih percaya dan sedikit pun tidak tercalar kayakinan bahawa saya mampu. Cuma, saya perlukan sedikit masa untuk hadam pengalaman kali ini. Antara pelajaran terbesar yang saya lalui dalam karier. Sekali lagi, terima kasih Malaysia.
Semangat Kesukanan Yang Tinggi
“Tidak lupa, terima kasih untuk sistem sokongan kem basikal trek Malaysia. Tanpa anda saya tiada di sini. Terima kasih buat keluarga tersayang. Kepada semua atlet bertanding tahniah dan syabas untuk semangat kesukanan yang tinggi dan persaingan yang hebat.
“Untuk idola Malaya, tahniah @azizulhasniawang anda adalah anugerah dan inspirasi buat Malaysia,” luah Shah Firdaus.
Mingguan Wanita: Kami sangat berbangga dengan semangat juang yang dipersembahkan oleh para atlet negara!
Sumber / Sumber Foto : Instagram @shahfirdaus95
Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Founder wanita antara ditahan terlibat pengedaran pil kuda di Kelantan, nilai rampasan RM6.16 juta. Memaparkan gaya hidup mewah termasuk menayang kenderaan mewah antara trend...