Gagal ketika percubaan, SPM lulus cemerlang. ‘Pelajar terharu dapat anugerah cemerlang daripada Tun M.’
Sebelum itu, Izz Khalisa Amri, 18, mendapat keputusan 1B+, 2B, 1C+, 1C, 1E dan 3G ketika percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 dan cukup teruja apabila akhirnya dia memperoleh keputusan cemerlang 5A 4B seperti yang tular di media sosial.
Kejayaan diraih itu membolehkan Izz Khalisa yang sebelumnya bersekolah di Sekolah Menengah Perempuan Sultan Ibrahim, Johor Bahru, Johor atau lebih dikenali sebagai Sultan Ibrahim Girl School (SIGS) menerima Anugerah Cemerlang daripada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Majlis Anugerah Cemerlang SPM 2021 anjuran Pusat peningkatan akademik dan pakar dalam membantu pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), PTTI, baru-baru ini.
Menurut Izz Khalisa, dia pada mulanya kecewa dengan keputusan percubaan SPM namun bangkit selepas menyertai Selekoh Akhir Pecutan SPM.
SPM Lulus Cemerlang
“Pada mulanya, saya mencuba belajar sendiri di rumah dengan menelaah setiap muka surat buku teks dengan harapan dapat memahami setiap bait-bait perkataan.
‘Pembelajaran era pandemik ternyata amat sukar kerana ia membawa penurunan prestasi saya kerana hilang fokus. Perkara ini mengundang kerisauan kepada saya untuk meneruskan cara pembelajaran sendiri.
“Namun, ketika keputusan percubaan SPM diumumkan, saya berasa amat kecewa dengan keputusan yang amat membimbangkan iaitu 1B+, 2B, 1C+, 1C, 1E dan 3G.
Sehinggalah saya menyertai Selekoh Akhir Pecutan SPM dan mengenal erti sabar dalam setiap usaha. Seman[1]gat yang berkobar-kobar, sanggup bersengkang mata untuk belajar bersama guru-guru tidak mematahkan semangat saya untuk ke peringkat akhir,” katanya.
Menurut Izz Khalisa, usahanya berbaloi apabila memperoleh 5A dan tiga subjek yang gagal sebelumnya iaitu Sejarah (A-), Prinsip Akaun (A) dan Matematik Tambahan (B+).
Ads
‘Saya rasa gembira sebab daripada dulu saya gagal dan sekarang boleh bangkit dengan keputusan lebih baik dan itu bukan senang. Perkara paling seronok apabila dapat pergi majlis itu adalah saya dapat ambil ‘plaque’ yang diserahkan oleh Tun Dr Mahathir.
Izz Khalisa ketika menerima anugerah kecemerlangan daripada Tun Mahathir.
“Syukur Alhamdulillah, segala pengorbanan saya berbaloi apabila melihat slip keputusan SPM. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pasukan PTTI yang banyak memberi didikan dan kata-kata motivasi.
“Kepada pelajar yang bakal menduduki SPM, Allah SWT tak kejam, sampai masa kita akan berjaya, percaya pada proses, konsisten adalah kunci kejayaan dan ingat usaha takkan pernah mengkhianati kamu,” katanya.
Dapat Anugerah Cemerlang Daripada Tun M
Dalam masa sama, Izz Khalis berkongsi doa dan dorongan daripada ibu bapa antara kunci kejayaan dirinya selain tidak mudah putus dan konsisten dalam kelas.
Ads
“Apabila ada kelas jangan tak masuk sebab bila ketinggalan satu kelas kita akan susah nak dapat dalam kelas seterusnya. Jadi, saya rasa konsisten dengan usaha, kemudian kita kena sabar juga. Memang susah nak konsisten tapi apa yang saya buat adalah bila balik sekolah saya akan masuk juga kelas dalam talian dengan menggunakan telefon semasa dalam kereta.
“Jangan bandingkan keputusan kita dengan kawan lain sebab itu dia. Kita tengok keputusan kita sama ada ia meningkat atau tak. Kalau meningkat walaupun sikit maksudnya ada kita tetap peningkatan dan percaya ia boleh jadi lebih baik. Apa yang penting jangan mudah putus asa,” katanya.
Mingguan Wanita : Gagal sekali, tidak bermakna gagal selamanya dan Izz Khalisa mampu buktikan dia mampu berjaya seperti orang lain.
Terkini, kerajaan mengambil keputusan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April ini, susulan kes positif COVID-19 masih berlaku, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Maklum Lebih Awal
Perdana Menteri berkata, perkara itu dimaklumkan secara lebih awal kepada orang ramai bagi memberi ruang kepada rakyat untuk lebih bersedia menempuh tempoh lanjutan selama dua minggu itu.
“Saya diberikan taklimat oleh Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara, pola semasa menunjukkan kes positif COVID-19 yang baharu masih berlaku.
“Pola ini dijangka akan berterusan untuk beberapa ketika sebelum kes-kes baharu mula menurun. Ini menuntut kerajaan untuk meneruskan PKP bagi satu tempoh yang lebih lama,” katanya pada perutusan khas, hari ini.
Jadual Berakhir 14 April
Muhyiddin berkata, tempoh lanjutan kuat kuasa PKP akan dikaji dari semasa ke semasa. Perdana Menteri berkata, sebarang keperluan untuk melanjutkan tempoh PKP itu, yang setakat ini dijadual berakhir pada 14 April akan diumumkan kemudian.
“Yang penting, saya mohon supaya saudara saudari sentiasa bersedia untuk duduk lebih lama di rumah.
“Saya juga mengarahkan semua kementerian untuk membuat persiapan yang rapi bagi mengurus keperluan asas anda sepanjang tempoh PKP berkuat kuasa.
“Paling penting, semua keperluan asas mestilah sentiasa tersedia dan mencukupi, termasuk bekalan makanan, elektrik serta air.
“Perkhidmatan kutipan sampah dan pembetungan, kemudahan komunikasi serta logistik, keselamatan dan ketenteraman awam juga termasuk dalam aspek ini,” katanya.
Pematuhan PKP 95 Peratus
Mengulas mengenai status PKP setakat ini, Perdana Menteri berkata, masuk hari kelapan perintah itu berkuat kuasa tahap pematuhan mencapai 95 peratus. Jalan-jalan raya lengang, pusat-pusat beli belah ditutup, pusat-pusat rekreasi awam juga lengang dan ramai yang telah mematuhi nasihat duduk diam-diam di rumah.
Hanya ada beberapa insiden kecil pelanggaran perintah ini di sana-sini. Pihak polis dan tentera telah dikerah untuk mengambil tindakan tegas bagi mengawal keadaan. Ini termasuk menutup tempat-tempat awam yang masih dikunjungi oleh ramai orang dan menahan individu-individu yang ingkar.
Tindakan tegas terpaksa diambil oleh pihak berkuasa demi memastikan perintah larangan pergerakan ini dipatuhi dan tindakan ini mencapai hasil yang dihasratkan, iaitu membendung penularan wabak COVID-19.
Peningkatan Kes COVID-19
Muhyiddin berkata, penularan kes COVID-19 menunjukkan peningkatan. Daripada kes pertama jangkitan COVID-19 dikesan, hingga jam 12 tengah hari ini jumlah kes positif telah meningkat kepada 1,796 kes, iaitu penambahan 172 kes baharu pada hari ini.
Tujuh hari yang lalu, jumlah keseluruhan kes COVID-19 ialah 673 kes. Ini bermakna, kes positif COVID-19 telah meningkat lebih sekali ganda dalam tempoh hanya satu minggu.
Jumlah kematian juga telah meningkat kepada 17 orang termasuk seorang doktor.
MW: Semoga arahan lanjutan daripada Perintah Kawalan Berkurung ini sehingga 14 April ini memberi kebaikan buat kita semua. Berjimat cermatlah dengan dalam membeli barangan keperluan harian.Semoga Malaysia kembali pulih dan bebas daripada COVID-19 yang merbahaya ini.
Sumber: Bharian
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Harga sotong seekor RM50 di Sabah, sotongnya manis tapi harganya pahit. Sabah sangat dikenali kerana harga makanan lautnya cukup murah. Dikatakan harga lobster sangat murah seperti ditularkan di media sosial hingga ramai pelancong jadi tertarik mengunjungi negeri di bawah bayu ini.
Tapi satu perkongsian dari seorang pengguna fb atas nama Hussin Tj Abdullah menarik perhatian apabila dirinya berkongsi makanan laut di Sabah tidaklah semurah yang diviralkan selama ini.
Sotong Seekor RM50 Di Sabah
Ini kerana ketika makan di sebuah restoran di pusat bandar Kota Kinabalu, dirinya berkongsi harga seekor sotong manis (tidak pasti besar mana) yang dipanggil sebagai sotong manis berharga RM50 seekor. Memang ianya sotong manis tapi harganya sangat pahit.
Menyertakan resit bayaran sebagai bukti bahawa harga seekor sotong manis itu bernilai RM50 seorang dan jumlah keseluruhan dirinya makan tengahari bernilai RM75, dirinya meminta orang ramai berhati-hati apabila ke sini.
“Hati-hati kamu kalau makan sini pandai ‘tembak’ harga, bukan saya seorang saja yang kena begini, yang lain pun kena macam saya.
“Kepada yang belum pernah datang sini, kalau boleh janganlah datang. Kosong poket kamu nanti,” tulisnya di Facebook.
“Saya membesar menonton drama abang-abang dan kakak-kakak semua….”.
Sebak dengar perkongsian Zamarul Hisham yang akui membesar dengan menonton lakonan artis-artis veteran yang mana ada sebahagiannya tidak direzekikan memiliki kemewahan di usia tua.
Melancarkan program Dari Poket Artis Ke Poket Artis, dirinya bersama jiran setaman seperti Syatilla Melvin dan Sam serta Zizan Razak berkongsi rezeki dengan para artis lama berbagi rezeki. Artis veteran ini turut menerima rezeki dari pengasas Bawal Exclusive, Haliza Maysuri, Milla Jirin yang juga pemilik Bizmillah Catering serta lain lagi.
Program Selebriti Dengan Mufti dibuat dengan kerjasama Lembaga Zakat Selangor.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Daripada botol air Stanley hingga kapsul kopi, Luna dan Maxime bawa definisi baharu ‘kenduri mewah’
Ada perkahwinan yang dikenang kerana keindahan cinta. Ada pula yang menjadi bualan kerana kemewahan luar biasa. Bagi perkahwinan selebriti Indonesia, Luna Maya, 42, bersama aktor kacak Maxime Bouttier, 32, ia menggabungkan kedua-duanya.
Selepas sah bergelar suami isteri pada 7 Julai lalu dalam majlis eksklusif di Bali, pasangan romantis ini sekali lagi mencuri perhatian apabila mengadakan resepsi penuh glamor di sebuah hotel lima bintang di Jakarta, baru-baru ini.
Namun bukan hanya kemewahan deko atau kehadiran artis ternama menjadi topik hangat. Sebaliknya, cenderamata untuk tetamu yang membuat netizen ‘ternganga’.
Mesin Kopi Sebagai Door Gift? Wow!
Bayangkan pulang dari majlis resepsi perkahwinan dengan sebuah mesin kopi bernilai RM726, lengkap dengan set cawan seramik, kapsul kopi, alat solek, vitamin dan baucar kecantikan. Itulah yang dibawa pulang oleh para tetamu yang hadir!
“Kami ‘pengsan’ bila dapat tahu semua tetamu akan dapat mesin kopi,” ujar Luna dalam nada berseloroh. “Kasihan juga yang kena ‘packing’, dan kasihan tetamu yang kena angkut mesin tiga kilogram sendiri!”
Menurut Luna, idea itu asalnya sekadar jenaka bersama pasukan, tetapi tidak sangka pihak penaja merealisasikan impian ‘caffeine dreams’ tersebut.
Bukan Kali Pertama Luna Beri Hadiah Mewah
Jika anda rasa ini sudah cukup mengejutkan, sebenarnya Luna Maya memang terkenal dengan ‘taste’ eksklusif dalam meraikan tetamu. Ketika majlis akad nikahnya di Bali, setiap tetamu menerima botol air jenama Stanley dan produk kecantikan mewah dari YSL Beauty, bukti bahawa pasangan ini mahu semua orang yang hadir merasa istimewa.
Lebih memeriahkan majlis resepsi di Jakarta itu, persembahan Sheila On 7 menghidupkan suasana dengan lagu-lagu nostalgia yang membuatkan seluruh dewan hanyut dalam euforia cinta dan memori.
Keluarga Allahyarham Mustaqqeem Mansor merayu siasatan terperinci dijalankan berhubung tragedi Gunung Liang yang meragut nyawa beliau. Ibunya, Rohani Saad, reda dengan ketentuan Ilahi namun mempersoalkan mengapa anaknya ditinggalkan di puncak gunung tanpa laporan polis atau bantuan segera.