Gadis peroleh Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama, bapa genggam PhD, kongsi kejayaan di pentas konvokesyen. Seorang bapa mencipta mencipta legasi keluarga cemerlang bersama anaknya apabila beliau berjaya menamatkan Ijazah Doktor Falsafah (PhD).
Gadis Peroleh Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama, Bapa Genggam PhD
Jika si bapa berjaya mendapat PhD, si anak pula berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama pada Majlis Konvokesyen Univerisiti Malaysia Sabah (UMS) ke-26 yang berlangsung baru-baru ini.
Dr. Azmi Abd Majid yang berusia 52 merupakan graduan PhD dalam bidang perbankan dan kewangan di bawah Fakulti Perniagaan Ekonomi Dan Perakaunan (FPEP), manakala anaknya Aleeya Batrisyia 22, merupakan graduan Fakulti Psikologi dan Pendidikan dengan PNGK 3.83.
Kongsi Kejayaan Di Pentas Konvokesyen
Azmi ketika berkongsi kejayaan mendapatkan PhD berkata, beliau mula menjadikan gelaran PhD sebagai cita-cita peribadi setelah mula beralih ke bidang akademik sebagai pensyarah pada tahun 2016 setelah berkhidmat selama 19 tahun dalam industri kewangan dan perbankan sebelum itu.
“Saya percaya dengan memiliki PhD dapat meningkatkan keyakinan yang lebih sebenarnya dan juga memberi ruang untuk menerapkan pengalaman dalam konteks keilmuan yang lebih luas.
“Saya menekankan kepentingan keseimbangan terhadap tanggungjawab akademik dan keluarga.
“Apabila anak-anak sudah dewasa, saya dapat menfokuskan kepada penyelesaian tesis sepenuhnya walaupun umur meningkat naik.
“RAMAI ORANG KATA BILA TUA, KITA PERLU BEREHAT, TETAPI BAGI SAYA, IA BERGANTUNG KEPADA MOTIVASI, YANG PENTING, MAHU ATAU TIDAK MAHU HABISKAN,” KATANYA.
Sebagai seorang ayah, Azmi sering berkongsi kata-kata motivasi di Facebook agar anak-anaknya dapat melihat dan mengambil inspirasi daripadanya, selain turut menasihati mereka supaya tidak menghadkan impian dan sentiasa bercita-cita tinggi, serta abaikan pandangan negatif orang lain dan terus fokus kepada matlamat yang ingin dicapai.
Nasihat tersebut turut mempengaruhi Aleeya Batrisyia, yang menyifatkan kejayaannya sebagai hadiah untuk ibu bapanya.
Ads
“Saya gembira dapat habiskan pengajian bersama ayah dan bangga dapat hadiahkan ijazah kelas pertama pada mereka.
“NASIHAT AYAH SAYA ‘BELAJAR SEBANYAK MUNGKIN’ MENJADI MOTIVASI CEMERLANG DALAM AKADEMIK SEKALI GUS DAPAT MEMBERIKAN KESERIUSAN DALAM AKADEMIK,” KATANYA. ALEEYA TURUT MERANCANG MENGIKUTI JEJAK AYAHNYA UNTUK MELANJUTKAN PENGAJIAN KE PERINGKAT LEBIH TINGGI.
“Saya merancang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana dalam bidang yang sama tetapi lebih spesifik iaitu terapi berbual.
“Minat saya lebih kepada bidang terapi dan saya ingin mendalaminya dengan lebih mendalam,” ujarnya lagi.
Kisah inspirasi Dr. Azmi dan Aleeya Batrisyia menjadi bukti bahawa sokongan keluarga memainkan peranan masing-masing dan dedikasi tersebut mampu menjadikan impian satu kenyataan dan membina generasi keluarga ke arah kecemerlangan.
Sumber: Facebook Universiti Malaysia Sabah (Muhammad Fakhrul Hakim Nasrudin, pelajar program Komunikasi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UMS )
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ads
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Majlis kahwin meriah jadi ‘Pasar Tani’ tetamu boleh bawa balik sayur buah. Jika kebiasaan menghadiri mana-mana majlis perkahwinan, pastinya ada ‘buah tangan’ buat para tetamu yang datang berbentuk barangan, makanan, perhiasan dan sebagai. Malah hiasan seperti bunga-bungaan segar pastinya menjadi pilihan bagi dekorasi majlis.
Namun istimewanya sebuah majlis perkahwinan di Surabaya, wilayah Jawa Timur menjadi perhatian ramai kerana meletakkan buah-buahan dan sayuran segar di samping dekorasi lain, lapor program berita Liputan6 semalam.
Tetamu Bawa Pulang Sayur & Buah
Bukan sekadar itu, tetamu juga dibenarkan membawa pulang mana-mana sayuran atau buah yang mereka suka.
Berdasarkan klip video yang tular, majlis tersebut dihiasi dekorasi bunga-bungaan yang turut diselitkan dengan pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran di atas meja serta pentas perkahwinan.
Antara yang diletakkan termasuk buah anggur, nanas, limau tomato, lobak dan kacang panjang.
Semua bahan makanan itu boleh diambil oleh tetamu, malah terdapat tetamu yang memasukkannya ke dalam bakul untuk dibawa pulang.
“Majlis perkahwinan seperti pasar tani. Boleh dibawa pulang. Bila lagi mahu ‘membeli’ tanpa membayar kan,” demikian menurut keterangan video tersebut.
Video itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen positif daripada netizen.
Mingguan Wanita: Memang menarik idea dekorasi majlis sebegini. Lain daripada yang lain, malah tidak membazir, berbanding hanya dekorasi menggunakan bunga-bunga segar.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
Badrul Muhayat Nikah Wanita Bekas Graduan Universiti Liverpool. Tahniah diucapkan kepada pelakon senior Badrul Muhayat yang telah mengakhiri zaman duda dengan seorang wanita yang juga bekas graduan Universiti Liverpool.
Paling istimewa pelakon itu telah memilih tarikh lahirnya iaitu semalam untuk disatukan dengan wanita pilihannya.
Untuk rekod Badrul pernah dua kali mendirikan rumah tangga, namun gagal mempertahankannya. Dikurniakan dua cahaya mata berusia 14 dan 16 tahun yang kini menetap bersama bekas isteri di Ipoh, Perak.
Badrul Muhayat Nikah Wanita Bekas Graduan Universiti Liverpool
Pada sambutan ulang tahun kelahiran yang ke-55, Badrul telah memilih Norhayati Zulkapli sebagai isteri. Seperti mana dilaporkan Berita Harian, Badrul enggan mendedahkan lebih lanjut tentang isterinya.
Badrul hanya menyatakan isterinya merupakan bekas graduan Universiti Liverpool, England.
“Saya tidak memuat naik sebarang gambar dalam media sosial, namun tidak sangka berita ini boleh tersebar.
“Saya tidak berniat merahsiakan majlis pernikahan kerana merancang mahu mengadakan majlis resepsi pada Jun atau Julai depan.
“InsyaAllah saya akan memperkenalkan isteri kepada semua pada hari berkenaan.
“Jadi, jika hendak tahu lebih lanjut bagaimana bibit pertemuan dan tempoh perkenalan, semuanya boleh diajukan pada majlis resepsi nanti.
“Saya akan menjemput rakan-rakan media ke majlis resepsi nanti,” ungkapnya.
Tak Mahu Tangguh Nikah
Dek kerana mengejar masa, dirinya mengambil keputusan tidak melengahkan majlis nikah.
“Saya sebenarnya mengejar masa. Sebelum ini, sibuk dengan fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kemudian anak-anak sudah mula bersekolah.
“Jadi, masa terlalu cepat dan suntuk, disebabkan itu kami buat keputusan tidak mahu menangguh majlis pernikahan.
“Saya memilih tarikh lahir untuk diijabkabulkan sebagai satu simbolik. Ini kerana saya tidak tahu ajal dan maut di tangan Allah pada usia sekarang,” ujarnya.
Khabarkan kepada seluruh ibu yang ada di dunia,
Bahawa pekerjaan mereka setiap hari adalah pekerjaan yang mulia.
Bahawa rutin mereka setiap hari adalah rutin yang mulia.
Taufiq Razif
Kagum dengan kesabaran dan kemuliaan para ibu di seluruh dunia.
Mingguan Wanita : Ternyata menjadi ibu bukan satu tugas yang mudah, namun jadilah seorang ibu mengikut kemampuan diri. Tidak perlu bandingkan diri sendiri dengan orang lain.
ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
Pelajar tingkatan tiga trauma dipercayai Dirogol dua pelajar senior di dalam kelas dan dirakam video. Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah dilaporkan mengalami trauma teruk dan enggan ke sekolah selepas dipercayai menjadi mangsa rogol bergilir-gilir oleh dua pelajar lelaki senior.