Gadis Palestin Nour Al Saqqa kongsi cerita terkini di Gaza, kami mungkin bukan mati di bom tapi keadaan. Setakat hari ini, lebih 8000 warga Palestin mati syahid dalam peperangan bersama Zionis laknatullah. Seakan satu agenda untuk membunuh ramai rakyat Palestin, pihak Zionis dilihat sengaja mengebom kawasan-kawasan perlindungan seperti hospital, kem perlindungan, universiti dan lain lagi.
Bukan saja menggunakan bom putih fosforus tetapi Zionis dilihat begitu agresif membedil setiap sudut Palestin hingga tiada kawasan selamat. Walau seluruh dunia membantah tetapi nampaknya Zionis terus besar kepala kerana disokong oleh USA.
Gadis Palestin Nour AlSaqqa Kongsi Cerita Terkini Di Gaza
Di sebalik peperangan dan keperitan warga Palestin menghadapinya, dengan bekalan air bersih dan elektrik yang dipotong, keadan di Gaza umpama nyawa di hujung tanduk. Satu perkongsian dari penulis geopolitik, Ahmad Faezal di akaun X nya berkongsi kisah Nour AlSaqqa, gadis dari bumi Palestin mengenai situasi terkini di Gaza.
Ads
Kata gadis ini, mereka kini hidup terseksa kerana bekalan air sangat sukar didapati selain terpaksa berebut mendapatkannya. “Kami yang tinggal bukan mati dibom tapi keadaan,”kata Nour Al Saqqa.
Ikuti perkongsian Ahmad Faezal mengenai gadis yang berkongsi keperitan di Gaza saat ini.
Akhirnya ada juga update pasal Nour AlSaqqa. Dia guna kuasa media sosial tunjuk keadaan sebenar kat Gaza. Last dia update Instagram tiga hari lepas.
Ads
Kami Mungkin Bukan Mati Dibom Tapi Keadaan
“Tapi tadi New York Times ada lapor pasal dia. Dia dok ada kat selatan Gaza tengah berteduh kat sebuah tadika, tak jauh dari sempadan Rafah.
Dan dia ada pesanan untuk dunia. “Kualiti hidup teruk sangat. Kena bergaduh nak dapat beberapa liter air. Bila cakap tiada air, saya mohon orang ramai faham kami dah berhari-hari tak minum air walau setitis pun.” Our nightmare. Their reality.
“Kebersihan [hygiene] dah jadi kemewahan sekarang. Tak ada air nak basuh tangan. Tak ada air nak gosok gigi.” Macam mana agaknya kalau kena keracunan makanan? Allahuakbar. Tunggu jap. Baca lagi… “Saya tersiksa sangat sebab beberapa hari lalu…… saya terkena keracunan makanan.”
Seorang wanita. Situasi macam ni. Tiada air. “Kalau bom tak bunuh kami, situasi kami pasti bunuh kami nanti. Jadi saya bertahan selama mungkin sebab nak teman mak saya. Cuma saya tak tahu apa akan jadi.”
Ads
Nour AlSaqqa bagitau dia takut kalau krisis ni berterusan, dia akan meninggal dunia. Doakan mereka, sahabat semua. Jangan berhenti. Macam mana ibu susukan anak dalam keadaan macam ni? Macam mana kalau susu ibu tak ada… kena bergantung pada formula? Our nightmare. Their reality.
Mas Anizan Akui Rindu Anak Yang Menetap Di Luar Negara
Ibu mana yang tak menzahirkan rasa rindu bila terpaksa berpisah jauh dari anak. Tapi sudah menjadi lumrah anak gadis, usai mendirikan rumahtangga, berada di sisi suami adalah tempat paling afdal untuk dirinya.
Bagi Datin Mas Anizan, perkahwinan anak sulungnya, Mas Aliza atau mesra disapa Baby sememangnya menggembirakan dirinya. Meskipun terpaksa berjauhan, ia mengukuhkan lagi kasih sayang mereka.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Datuk Ziela Jalil telah berkongsi berita duka kehilangan ibunya, Fatimah Othman, 70.
Difahamkan Allahyarham Fatimah meninggal dunia akibat komplikasi pelbagai jenis penyakit dan menghembuskan nafas terakhir di kediaman Ziela sendiri pada jam 1.15 tengah hari semalam.
Jenazah Allahyarham telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara, Kuala Lumpur pada petang Jumaat.
Ziela Jalil, “Telah kembali ke Rahmatullah, ibu kesayanganku, Allahyarham Fatimah Othman,”
Pelakon dan penerbit itu telah memaklumkan berita tersebut menerusi Instragam Stories miliknya.
“Ya Allah! Ampunilah dan rahmatilah dia, lepaskanlah dia daripada apa-apa yang tidak disukainya dan maafkanlah dia, muliakanlah keadaannya dan luaskan kuburnya.“Janganlah Engkau tahan pahalanya daripada kami dan janganlah timbulkan fitnah kepada kami selepas kematiannya serta ampunilah kami dan dia.
“Telah kembali ke Rahmatullah, ibu kesayanganku, Allahyarham Fatimah Othman,” tulisnya.
“Sejak Saya Lahir, Mama Jaga Nenek Dengan Baik, Arwah Tinggal Bersama Kami” Dr. Puteri Julia
Menurut anak sulung Ziela, Dr Puteri Julia Nabilah Megat Junid pula, arwah neneknya pergi akibat komplikasi pelbagai penyakit.
“Arwah menghidap kencing manis, angin ahmar dan darah tinggi yang menyebabkan ginjal gagal berfungsi.
“Kira-kira sebulan lalu, arwah pernah diserang angin ahmar,” kata Julia turut menerangkan
ibunya cukup rapat dengan arwah nenek.
“Sejak saya lahir, Mama menjaga nenek dengan baik. Arwah tinggal bersama kami.
“Mama dan arwah memang tidak dapat dipisahkan. Mama berbakti kepada arwah nenek yang persis Mama sifatnya,” ungkapnya.
MW: Salam takziah. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.
Sumber / Sumber Foto: Instagram Datuk Ziela Jalil & Instagram Dr Puteri Julia Nabilah
Ibu bapa keduanya keluar bekerja, anak ditemui meninggal jatuh bangunan dari tingkat 7. Sudah sampai ajalnya, tak akan terlambat walaupun sesaat.
Berat sungguh ujian buat keluarga ini apabila anak yang ditinggalkan sihat ketika mereka keluar mencari rezeki, apabila pulang hanya jasad tidak bernyawa di depan mata.
Anak DiTemui Meninggal
Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun maut selepas terjatuh dari tingkat tujuh sebuah kuarters penjawat awam, di sini petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.55 petang di sebuah kuarters penjawat awam di Presint 5 itu, mangsa dikenali sebagai Keisha Nawrah Md. ditemui orang awam di bawah bangunan dalam keadaan terlentang dan tidak sedarkan diri.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz berkata, mangsa sempat diberikan rawatan kecemasan awal di tempat kejadian oleh pasukan perubatan.
Jatuh Bangunan Tingkat 7
Beliau berkata, mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Putrajaya bagi mendapatkan rawatan lanjut namun, disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 7 malam.
“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Siasatan lanjut sedang dilakukan bagi mengenal pasti punca kejadian. Siasatan awal mendapati, ketika kejadian mangsa tinggal bersama kakak berumur 14 tahun dan adik lelaki berumur tujuh tahun di rumah.
“Semasa kejadian itu, ibu bapa mangsa yang juga penjawat awam keluar bekerja,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Katanya, siasatan mendapati mangsa berada di dalam bilik tidur seorang diri dan sedang belajar, manakala bilik berkunci dari dalam dengan keadaan jeriji tingkap tidak berkunci.
A. Asmadi memberitahu, sebaik ibu bapa mangsa pulang ke rumah, mangsa didapati tiada di dalam bilik dan keadaan tingkap terbuka sebelum menyedari orang ramai berkumpul di bawah bangunan.
“Ibu bapa mangsa kemudian bergegas ke bawah bangunan dan mendapati mangsa terbaring di atas lantai dalam keadaan kritikal.
“Kami tidak menemui sebarang unsur jenayah di lokasi kejadian dan pemeriksaan doktor mendapati, mangsa patah dua belah siku dan kaki kiri. Kecederaan lain akan diketahui selepas bedah siasat,” katanya.
Mingguan Wanita : Salam takziah buat keluarga ini, semoga mereka kuat berdepan dengan ujian berat ini. Al-Fatihah.
Aida Khalida, pelakon yang tidak asing lagi dalam dunia seni tanahair. Percakapan yang lemah lembut sinonim dengan watak yang sesuai dilakonkan sebagai seorang ibu.
Nama sebenarnya, Khalidah Adibah Ahmad sangat berdisiplin dalam kariernya dan telah berpuluh tahun menjadi anak seni. Bakat lakonannya masih utuh di persada seni dan banyak menerima tawaran sehingga hari ini
Siapa sangka, Aida Khalida kini sudah mencecah usia 65 tahun dan telah pun bergelar nenek kepada 5 cucunya..
Ibu kepada dua orang anak dan 5 orang cucu ini tidak tidak menjadikan hidup solo tanpa suami sebagai kekurangan, jadual harian Aida tidak hanya diisi dengan tugas di set penggambaran. Bahkan jika tiada shooting, aktres ini selesa mengisi masa dengan membaca Al-Quran atau menghadiri majlis ilmu.
Apa yang pasti, penghijrahan Aida ke arah kebaikan sekitar tahun 2008 banyak mengubah gaya hidupnya hari ini. Dalam usia 65 tahun, keanggunan Aida tetap terserlah dan cantik dalam kelas tersendiri. Paling penting tanpa botox atau pembedahan muka.
Meski jelas kelihatan kedutan halus di raut wajah, pesona dan aura Aida tidak pernah luntur.
Berkongsi amalan kecantikan, Aida memberitahu yang dia sangat menitikberatkan soal pemakanan.
“Saya kurangkan makan. Kadang-kadang berselera cuma saya pastikan makan dalam portion yang kecil lebih kurang satu senduk nasi saja dan akan makan ulang-ulang (bila lapar).
“Saya juga banyakkan sayur-sayuran dan buah-buahan. Malah setiap kali lepas makan, saya amalkan minuman detoks. Dua sudu besar apple cider dicampur dengan segelas air,” katanya.
Seiring pertambahan usia, Aida turut melakukan rutin senaman seperti sit up dan push up dalam tiga kali seminggu. Selain brisk walk demi menjaga kecergasan tubuh badan.
Mingguan Wanita : Moga terus sukses dalam kerjaya seninya.
Ibu bapa arwah Wan Ahmad Faris tak pernah putus asa 'berjuang' tuntut keadilan. Pada Disember 2013, Wan Ahmad Faris yang juga pelajar tingkatan empat ketika itu, ditemui tergantung dalam tandas asrama Maahad Tahfiz Sains Nurul Aman, Kok Lanas.