Kisah gadis cekal, Nur Nabilah Mohd Azahar, kembali menjadi perhatian apabila dia menggenggam ijazah sarjana meskipun pernah berdepan tragedi menyayat hati, kehilangan kaki kanan akibat terkena kipas bot semasa latihan menyelam di Dive Division Curacao, Caribbean, empat tahun lalu.
Insiden itu hampir mematahkan semangatnya, namun berkat sokongan keluarga, pensyarah serta rakan-rakan, Nabilah atau mesra disapa Bella, bangkit daripada kemurungan dan membuktikan dirinya mampu berjaya. Dia kini menamatkan pengajian di peringkat Sarjana Pelancongan di Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan keputusan membanggakan, CGPA 3.55.
“Sepanjang 10 bulan saya dirawat di wad, saya mengalami kemurungan memikirkan masa depan kerana ketika itu saya baru sahaja menjalani latihan industri di peringkat sarjana muda.
“Namun, dari situlah saya berazam untuk bangkit sebagai pelajar orang kurang upaya (OKU) yang baharu dan berdikari setelah mendapat sokongan pensyarah dan rakan-rakan. Alhamdulillah, saya berjaya menamatkan pengajian dengan pencapaian CGPA 3.55,” katanya.
Perjalanan Nur Nabilah Mohd Azahar Sebagai Pelajar OKU
Sepanjang bergelar pelajar sarjana, Nur Nabilah Mohd Azahar tetap meneruskan rawatan susulan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan mengakui perjalanan itu bukan mudah.
Ads
“Pada mulanya agak sukar untuk hidup berdikari sebagai pelajar OKU di Inapan Siswa Maybank tanpa ibu bapa di sisi.
“Namun, urusan saya di kampus banyak dipermudahkan oleh pihak universiti dan rakan-rakan kuliah yang sentiasa membantu,” ujarnya.
Dia juga menzahirkan rasa syukur atas sokongan berterusan daripada keluarga, pihak universiti, pensyarah di Pusat Pengajian Pengurusan Pelancongan, Hospitaliti dan Acara (STHEM), serta rakan-rakan yang tidak pernah jemu memberi dorongan.
Ads
Bangkit Semula Selepas Tragedi Kipas Bot Di Caribbean
Lebih membanggakan, selepas pulih daripada kemurungan, Nur Nabilah Mohd Azahar kembali aktif dengan aktiviti menyelam, minat yang hampir meragut nyawanya dahulu. Malah, dia pernah muncul dalam rancangan Majalah 3, beberapa media tempatan serta membintangi watak sokongan dalam sebuah filem.
Kini, gadis bersemangat waja ini berhasrat mencari pekerjaan yang sesuai dengan keupayaannya sebagai individu OKU dan mahu menjadi inspirasi kepada mereka yang senasib agar terus tabah menempuh hidup tanpa penyesalan.
Kejayaan Nur Nabilah Mohd Azahar Di Konvokesyen UUM
Pada Majlis Konvokesyen Ke-38 UUM yang berlangsung di Dewan Mu’adzam Shah petang tadi, Nur Nabilah Mohd Azahar menerima ijazah sarjananya yang disampaikan oleh Pro-Canselor UUM, Tunku Shazuddin Ariff Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Tunku Mahkota Kedah, simbol kejayaan besar hasil ketabahan dan kecekalan dirinya.
Ads
Kisah inspirasi Nur Nabilah Mohd Azahar membuktikan bahawa kecacatan bukan penghalang untuk berjaya. Dengan semangat, kesabaran dan doa, beliau kini menjadi contoh pelajar yang bangkit daripada ujian hidup untuk mencipta masa depan gemilang.
Pelakon Fazura yang juga ibu kepada cahaya mata comel, Nur Fatima Aisya semakin manis berhijab. Penampilan terbaru Fazura bertudung itu juga mengundang rasa bahagia di hati suaminya, pelakon Fattah Amin.
“Alhamdulillah, dia pun sudah bertudung, memang itulah doa saya selama ini. Sebagai seorang suami mestilah suka tengok penampilan muslimah dia.” Kongsi Fattah dalam majlis pelancaran single ketuhanan terbarunya berjudul Hamba.
Yang mana, Fattah berkolaborasi bersama kompser Hafiz Hamidun dan penampilan penyanyi rap, Kmo Kmo.
Sebelum-sebelum ini pun, menerusi beberapa postingnya di instagram, Fazura berkongsi gambar dengan penampilan bertudung. Tentunya hal ini mengundang rasa bahagia sama di kalangan peminatnya.
Manis Berhijab, Fazura Mohon Jangan Sensasikan
Bagaimana pun, Fazura berharap agar keputusan yang diambilnya itu tidak disensasikan. Baginya urusan ibadah, hijab mahupun hijrah seseorang adalah antara diri seseorang itu dengan tuhannya.
Kongsinya, “ibadah, hijab, hijrah. It is a person’s secret intention with Allah SWT. A personal journey that should never be told or sensationalized by anyone else. Cukup-cukuplah. #penat”
Tentunya ramai peminatnya yang mendoakan agar urusan Fazura dipermudahkanNya. Mereka turut memberikan sokongan dan mendoakan yang baik-baik untuk pelakon kesayangan mereka.
Dan Fazura terus kekal positif dengan ujiannya. “Alhamdulillah. Thank you everyone for your duas and positively always. Love you lots! Sebab happy, hari ini Faz pakai my color of gratitude. Bunga ros warna pink.”
Mingguan Wanita : Fazura semakin manis berhijab. Semoga perjalanan ibu kepada Fatima ini dipermudahkanNya dan terus cekal untuk hari-hari mendatang.
Ceroboh balai, insiden serang anggota Polis berlaku lagi. Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai menyerang anggota polis di Balai Polis Dato’ Keramat, George Town pada Ahad.
Kejadian dikatakan berlaku jam 4.45 pagi tadi apabila lelaki tempatan berumur 35 tahun menunggang motosikal memasuki balai polis itu dan secara tiba-tiba menyerang anggota sentri yang sedang bertugas.
Sumber berkata, semasa kejadian, suspek dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol. Suspek dilaporkan cedera sewaktu anggota polis cuba menahannya dan dia kini sedang menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP)
“Suspek berjaya ditangkap namun mengalami kecederaan kecil semasa proses tangkapan dibuat dan sedang menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang, keadaan suspek stabil,” kata sumber itu.
Difahamkan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad akan mengeluarkan kenyataan media berhubung kes berkenaan dalam masa terdekat.
“Tudung is my hair. Kalau tak ada tudung, rasa macam botak. Masak pun pakai tudung, tidur pun dengan tudung…inilah perkongsian dari artis legenda, Bonda Noor Kumalasari.
Dalam pertemuan Mingguan Wanita bersamanya, bintang kesayangan ramai ini turut sebak dan mengalirkan air mata tatkala bercerita tentang hijrah 30 tahun lalu mengenai pemakaian tudung yang dilakukannya seterusnya memilih untuk tidak lagi bergelar anak seni walau menerima banyak tawaran.
Mengimbau kenangan lalu, kata Bonda Noor, dahulu balik dari Makkah, dirinya masih tidak menutup aurat dengan sempurna biar ada dinasihati oleh suaminya kerana mati itu akan berlaku tanpa kita tahu.
“Ketika itu Kak Noor cakap, Kak Noor nak pakai ikut kata hati. Kak Noor minta pada Allah dan itulah yang berlaku hingga ke hari ini. Tak pernah tanggal langsung dah. Dah macam rambut.
Lagi satu bila kita memilih bertudung, kena tanya pada hati kita. Kita pakai untuk siapa? Pakai untuk diri sendiri? Untuk suami? Atau kerana Allah? The best thing pakailah kerana Allah kerana itu adalah syariat dan tuntutan menutup aurat bagi wanita. Ya itulah kita kena lakukan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Memang unik nama dua beradik Muhammad Durry Yan, 6 dan Nur Rambutt’an, 1 ini.Identiti pengenalan diri dua beradik yang nama mereka mirip kepada buah-buahan tempatan menjadi viral di media sosial tidak lama dahulu.
Dokumen pengenalan diri milik Muhammad Dhury Yan yang lahir pada 21 Ogos 2012 dan adiknya, Nur Rambutt’an yang lahir pada 14 Mac 2017 menjadi bualan hingga viral seluruh negara.
Bapa mereka, Abi Amin Mahayadin, 40, mengakui terkejut dan kesal dengan sikap pihak tidak bertanggungjawab yang telah menularkannya.
Menurutnya, sejak menjadi tular, dia menerima kecaman hebat dari netizen namun mengambil pendekatan positif kerana memikirkan tindakan menamakan kedua-dua anaknya adalah keputusan keluarga.
“Nama ni dapat dari orang-orang lama, depa orang baik-baik, ada pertalian keluarga juga, macam pangkat tok-tok, jadi kami ikut sahaja,” katanya.
Tiada Kaitan Nama Buah-Buahan Tempatan
Menurutnya, ia sama-sekali tiada kaitan dengan nama buah-buahan tempatan seperti durian dan rambutan.Difahamkan, Muhammad Durry Yan diberi gelaran Yan dalam keluarga manakala Nur Rambutt’an digelar Adik An atau Nora.
Beliau bagaimanapun mengharapkan masyarakat menghormati keputusan keluarga itu tanpa meninggalkan sebarang persepsi sehingga menjejaskan masa depan anak-anaknya.
Temu bual bersama Yan dan Adik An, mengakui mereka sukakan buah-buahan tempatan termasuk durian dan rambutan.Yan berkata, dia suka makan durian dan mengakui adiknya juga sukakan buah rambutan.
MW: Biarlah apa juga nama yang diberikan untuk anak, yang paling penting ia membawa maksud yang baik-baik buat mereka.