Konflik rumah tangga antara penyanyi Nubhan dan isterinya, Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, nampaknya semakin meruncing.
Dalam satu hantaran di Threads, Dr. Afifah mendakwa wujudnya ‘orang ketiga’ yang terlalu menunjukkan kasih sayang terhadap anak-anaknya hingga seolah-olah ingin mengambil tempatnya sebagai ibu.
Meluahkan rasa terkilan, wanita yang juga seorang doktor itu menulis, “Bolehkan masing-masing sayang anak sendiri? Bibik ada anak sendiri, orang ketiga pun ada anak sendiri. Tak perlu berebut sangat anak saya. Tapi kalau kahwin orang muda, bolehlah buat anak baru. Kita ini bukan ibu tumpang tau, itu anak-anak saya. Tak perlu sayang beria sangat wahai orang luar.”
Ads
Sebelum ini, pelbagai spekulasi berlegar dalam Threads mengenai rumah tangga pasangan berkenaan. Namun Dr. Afifah tampil merayu agar segala permasalahan dapat diselesaikan secara baik demi menjaga maruah dan perasaan anak-anak.
Minggu lalu, Nubhan memfailkan permohonan hadanah (hak penjagaan anak) terhadap tiga cahaya mata mereka, Aafiya, 8, Ahmad Aaffan, 6, dan Afzan Nayille, 3 di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam. Tarikh sebutan kedua kes itu ditetapkan pada 26 November bagi merekodkan hasil perbincangan kedua-dua pihak.
Sementara itu, Mahkamah Rendah Syariah Sepang turut menetapkan 2 Disember depan sebagai tarikh sebutan bagi kes pengesahan lafaz cerai yang difailkan oleh Nubhan terhadap isterinya selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga.
Konflik ini nyata mengundang perhatian ramai, terutama apabila melibatkan isu hak penjagaan dan kasih sayang terhadap anak-anak kecil yang menjadi mangsa pergolakan rumah tangga ibu bapa mereka.
Lagi kes bayi meninggal di rumah pengasuh, satu berita yang kaum mak-mak yang bekerja cukup bimbang setiap kali nak hantar anak pada orang luar.
Walau hati berkecai, namun ibu muda Nur Aziemah Zahari, 26, redha dengan ujian yang mana anaknya maut akibat pendarahan dalam kepala.
Muhammad Firas Danial Muhammad Nizar yang baru berusia 9 bulan disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 2.49 petang selepas dimasukkan ke Hospital Raja Perempuan Bainun (HRPB) Ipoh pada Isnin.
Dapat Panggilan Mengatakan Anak Lemah
Ibu kepada bayi tersebut menerima panggilan telefon kira-kira 10.30 pagi, Jumaat lepas.
Sebaik tiba di rumah pengasuh yang berusia 30 tahun, dia mendapati mangsa berada dalam keadaan lemah dan tidak bermaya.
Kalau ikutkan cerita dari pengasuh, dia menyedari keadaan bayi lelaki dalam keadaan lemah di ruang tamu selepas keluar dari tandas.
Sedih Bila Tahu Bayi Meninggal
Ibu kepada Firas dan suaminya kemudian membawa mangsa ke Hospital Seri Manjung sebelum dipindahkan ke HRPB hari yang sama, berikutan keadaan anak tunggalnya itu yang semakin kritikal.
Dalam masa yang sama, ibu saudara mangsa Azilina Ismail, 36, melahirkan rasa kesal kerana pengasuh tidak menghantar bayi berkenaan ke hospital selepas mendapati Muhammad Faris berada dalam keadaan lemah.
Susulan itu dua laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Manjung dan Balai Polis Sungai Senam.
“Saya hantar anak dalam keadaan sihat, malah pagi itu saya ada mesej pengasuh dan dia mengatakan anak saya Okay.
Memang terkilan, saya sendiri selalu baca berita macam ni dan saya sendiri takut kalau jadi pada anak saya. Tapi nampaknya Tuhan dan tentukan begitu…”
Menurut sumber Sinar Harian, bayi itu sebelum ini dihantar kepada ibu saudaranya dan baru 3 minggu pengasuh dijaga pengasuh.
Apa pun salam takziah kepada ahli keluarga mangsa, moga kes bayi meninggal yang berkait dengan pengasuh ini tidak lagi berulang.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
PU Rahmat ‘Dilucutkan’ Pakaian Tiga Kali, “Kalau ada video ‘leaking’ (tersebar), padam la… Insya-Allah, Allah SWT jaga aib saya.” Demikian kata pendakwah bebas dan aktivis Global Sumud Flotilla (GSF), Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan atau PU Rahmat, 32, apabila berkongsi pengalaman perit ketika ditahan rejim Israel.
PU Rahmat ‘Dilucutkan’ Pakaian Tiga Kali, “Kalau Ada Video ‘Leaking’ Padam La… Insya-Allah, Allah Jaga Aib Saya
Beliau mendedahkan dirinya diperlakukan secara tidak berperikemanusiaan, termasuk tiga kali dipaksa menanggalkan pakaian sepanjang berada dalam tahanan.
Rahmat menceritakan pengalaman itu kepada peguam Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (CENTHRA), Ahmad Nazrin Abu Bakar, ketika diminta berkongsi detik paling sukar yang dilaluinya selepas ditahan.
TIGA KALI KENA BOGEL
“Saya sendiri tiga kali kena bogel, saya tak malu nak cakap benda ini sebab saya percaya kita semua lahir dalam keadaan bogel dan mati dalam keadaan bogel.
“Tiga kali saya dibogelkan hanya kerana dia takut ada senjata pada badan saya. Pertama dalam kapal tapi tiada orang melainkan tentera.
“Kedua di imigresen, ketiga di penjara. Tiga lapisan, tiga kali saya dibogelkan jadi nampak sangat mereka takut dengan senjata,” katanya.
Menurut PU Rahmat, situasi itu menunjukkan ketakutan luar biasa yang ditunjukkan oleh rejim Zionis, bukan hanya di kalangan anggota tenteranya, tetapi juga pihak berkuasa dan pemimpin tertinggi negara haram itu sendiri.
KETAKUTAN ANGGOTA TENTERA YANG MELAMPAU
“Bila mana tentera Israel, tentera haram masuk, kita perhatikan pergerakan mereka tidaklah kemas mana.
“Kita walaupun bukan orang dalam bidang tentera, kita nampak mereka sangat berhati-hati atau ketakutan.
“Ketakutan mereka dizahirkan melampau sehingga ada menteri pergi ke arah kami provok dengan kata pembunuh anak Yahudi, kita balas kata engkau pembunuh anak Palestin.
“Dia lari, dia ‘blah’ (pergi)… kalau dia ‘power’ (berkuasa), dia lawan. Tak, dia tak berani. Dia nak kata apa?
“Daripada tentera dia ketakutan, imigresen takut, penjara takut senjata, risikan takut dengan kita, menteri pun takut. Mereka ini bangsa penuh dengan ketakutan.
“Takut dengan diri mereka sendiri sebab mereka tahu mereka buat salah sebab orang salah saja takut,” ujarnya.
BERANI KERANA BENAR
PU Rahmat berkata, rasa takut yang ditunjukkan pihak lawan itu membuatkan mereka semakin kuat dan berani untuk terus mempertahankan kebenaran.
“Alhamdulillah kita ada di pihak berani kerana benar dan semoga kita kekal dalam kebenaran,” katanya.
Sebelum ini, beberapa aktivis lain turut melaporkan pengalaman ngeri ketika dalam tahanan, termasuk pelakon dan aktivis Ardell Aryana atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Mohd Amin, yang mengalami kecederaan selepas ditarik rambut dengan kasar dan ditumbuk di muka oleh tentera Israel.
Selain Ahmad Nazrin, barisan peguam yang mewakili 23 sukarelawan Malaysia dalam misi GSF turut terdiri daripada Fahmi Abd Moin, Dir Kheizwan Kamaruddin, Azril Mohd Amin dan Luqman Mazlan.
Kesemua sukarelawan Malaysia yang ditahan pada Khamis lalu itu telah dibawa ke Penjara Ketziot yang terletak di padang pasir Negev, sebelum akhirnya dibebaskan dan menaiki penerbangan Turkish Airlines TK6921 dari Eilat ke Istanbul.
Menurut Konsulat Jeneral Malaysia di Istanbul, Ahmad Amiri Abu Bakar, kumpulan 23 sukarelawan berkenaan dijangka dapat pulang ke tanah air seawal hari ini.
Kieda Crepe akui terlampau ikut emosi, “sudah biasa terima kecaman. Tindakan menunjukkan wajah pelanggan yang mengeji makanan crepe dijualnya serta memulangkan semula wang pelanggan membuatkan pemilik Kieda Crepe menerima kutukan dari orang ramai.
Ramai beranggapan tindakannya salah kerana selain berkongsi wajah pembeli, dirinya juga ikut teremosi dengan ugutan mahu menyaman serta ekspresi wajah yang semakin membuatkan netizen mengecamnya.
Kieda Crepe Akui Terlampau Ikut Emosi
Terkini di media sosialnya, Kieda atau nama sebenarnya Khalieda Yusra memuat naik permohonan maaf dan mengakui terlalu mengikut emosi dalam menangani isu pelanggan yang mengeji makanan dijualnya.
Menulis,
“Alhamdulillah, Kieda terima setiap satu kritikan untuk Kieda jadi jauh lebih baik.Lapang dada kieda terima semua-Nya. Insha Allah dan terima kasih semua sudi nasihat Kieda dengan baik untuk Kieda jadi lebih baik.
Tindakan Kieda yang berkongsi wajah pembeli yang mengecam crepenya menerima kecaman dari netizen yang beranggapan caranya itu salah
Memohon pengertian bahawa tidak perlu menghina makanan jika tidak kena dengan selera, Kieda turut mengakui tidak mudah membangunkan perniagaannya sehingga ke tahap ini.
“Cumanya Kieda harap lepas ni, andai tak kena selera jangan sampai kita menghina dan mengeji umpama tiada kebaikan. Dan jangan fitnah dengan ayat Kieda “game”kan customer Kieda sedangkan kamu tak tahu macam mana Kieda nak perjuangkan naikkan branding Kieda Crepe.
Mohon Maaf Dan Jelaskan Sudah Biasa Terima Kecaman
Jelasnya, ia mungkin sekadar crepe bagi orang tapi dari hasil jualan crepe inilah dirinya dapat membantu orang lain juga.
“Mungkin sekadar “CREPE” tapi sangat banyak hasil yang Kieda dapat bantu orang dengan crepe ni.
Mengakui terlalu mengikut emosi, Kieda menjelaskan tindakan menghina makanan itu datangnya dari pekerja kedai crepe juga dan pastinya ia tindakan tidak baik.
“Salah Kieda sebab terlampau ikut emosi. Sebab Kieda sangat kecewa sedangkan kamu juga pekerja kedai crepe. Kamu mesti tahu struglenya boss kamu naikkan branding cari sale untuk membayar gaji kamu. Maafkan Kieda, maafkan Kieda sebab buat semua kecewa dengan Kieda. In sha Allah, moga semua ni jadi pengajaran hebat buat Kieda. Sekali lagi , kieda mohon maaf sebab terlalu ikut emosi.
Apa pun, kerosakan telah terjadi dan ia membuatkan ramai mengecam tindakannya yang memalukan pelanggan yang mana sebagai peniaga makanan kita seharusnya berlapang dada dengan kritikan semua orang kerana cita rasa orang berbeza-beza.
TONTON VIDEO MENARIK DI SINI :-
“Biarlah hukuman mati itu dikekalkan. Tak ada kekhilafan dalam hukuman sebelum ini. 8 tahun kami sekeluarga menderita menantikan keenam-enam tertuduh melalui detik itu.
Demikian luah Hawa Osman ibu kepada arwah Zulfarhan yang didera kejam ditekap dengan seterika wap sebanyak 90 kali termasuk di kemaluan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!