
Isi Kandungan
ToggleSetiap kali masak nasi, jangan lupa asing air basuhan beras yang pertama dan kedua. Khasiatnya memang banyak, kegunaannya pula tak sama rugi kalau mak-mak buang begitu sahaja. Air basuhan pertama warnanya lebih keruh dan pekat, manakala basuhan beras kedua pula warna airnya lebih jernih.
Nak tahu lebih lanjut perbezaan kegunaan air basuhan beras pertama dan kedua ni, baca tip yang dikongsikan oleh Azrul Nizam ini.
“Orang kita ni sehari tak makan nasi memang tak sah kan. Nak makan nasi, sebelum tu kenalah basuh beras dulu.”
“Selalunya lepas basuh beras mesti terus buang airnya kan? Ramai yang tak tahu air basuhan beras ni banyak khasiat rupanya. Kalau tahu pun, mesti
selalu terlupa nak simpan kan?”
Ni saya kongsi tips sikit berkenaan air basuhan beras.
Air Basuhan PERTAMA (Cucian & Baja Tanaman)
- Boleh menghilangkan bau hanyir pada ayam dan ikan.
- Boleh juga guna untuk basuh sayur, buang kekotoran dan ulat pada
sayur. - Serta untuk disiram pada pokok jadi baja kerana pokok akan berbuah lebat. Contohnya pokok cili dan lain-lain jika ada tanam pokok di rumah.
Air Basuhan KEDUA (Kecantikan dan Kesihatan)
- Boleh menaikkan seri wajah, bagi yang beragama Islam boleh baca selawat 3 kali dulu sebelum disapukan pada wajah.
- Sebagai mandian, bagus untuk yang kulit kering dan kusam, hilangkan panas badan, yang gatal-gatal, cuci daki dan sebagainya.
Semoga bermanfaat.

Mungkin ramai yang tak tahu bahawa Toner Air Beras Inilah Rahsia Kulit Putih Bersih Wanita Jepun dan Beras Pulut Susu Rahsia Kulit GEBU Wanita Thailand.
MW: Jadi selepas ini mak-mak yang masak nasi, sewaktu basuh beras tu simpan airnya untuk kegunaan yang berbeza.
Sumber: Azrul Nizam
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Wartawan Kongsi Pengalaman Banjir Teruk Yang Dia Pernah Alami, Ini Apa Yang Patut Buat Sebelum & Selepas Air Naik

Isi Kandungan
TogglePenghujung tahun memang kita sedia maklum musim tengkujuh dan mungkin banjir teruk akan melanda. Bagi negeri-negeri yang berhampiran dengan kawasan laut dan sungai seperti Negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia dan juga Negeri di Utara seperti Kedah sering dilanda banjir ketika musim tengkujuh.
Biasanya hujan yang turun tanpa henti sehingga dua atau tiga hari akan menyebabkan banjir berlaku di kawasan-kawasan yang rendah seperti yang berhampiran dengan sungai.
Pengalaman Banjir Teruk Di Tempat Sendiri
Saya berasal dari Rantau Panjang, Kelantan. Kawasan kami yang berhampiran dengan Sungai Golok menyebabkan hampir setiap tahun kampung saya mengalami banjir. Dari kecil memang banjir tu benda yang ditunggu-tunggu oleh kami semua. Mungkin dulu masih kecil dapat main air banjir cukup menyeronokkan bagi saya dan teman-teman. Dapat tangkap ikan, mandi air bah dalam kawasan rumah, dan meronda satu pekan Rantau Panjang.
Di tempat saya sendiri, setiap kali banjir di kampung rata-rata penduduk akan keluar untuk melihat kawasan yang terjejas banjir. Macam pesta air kalau dapat dirakam. Malah orang yang berada diluar kawasan yang tidak mengalami banjir juga akan datang ke tempat kami untuk sama-sama berpesta.
Dah bekerja ni jarang juga dapat balik ketika banjir, tapi tahun 2014 ketika banjir besar melanda Negeri Kelantan saya berkesempatan balik ketika banjir gelombang pertama melanda. Memang biasanya kalau banjir, Daerah Pasir Mas dan Rantau Panjang akan terlebih dahulu mengalami banjir. Tahun itu memang luar dari kebiasaan banjirnya. Banyak kereta yang telah diletakkan di tempat-tempat tinggi turut hanyut dilarikan air. Rumah yang sebelum ini tidak pernah dinaiki air, hampir tenggelam tinggal bumbung. Sepanjang hidup tak pernah saya alami banjir yang sehebat itu.
Hampir seminggu bergelap tanpa elektrik, stok makanan yang disimpan juga hampir habis kerana menunggu air yang surut. Memang biasanya penduduk akan sediakan stok makanan secukupnya kerana arif dengan keadaan banjir yang melanda setiap hujung tahun. Kami juga bernasib baik tinggal di kawasan sempadan, dapatlah menyeberang ke Golok untuk mendapatkan stok makanan dan juga bantuan lain.
Tak dapat dibayangkan banjir gelombang kedua yang melanda kawasan lain seperti Kuala Krai, Gua Musang dan banyak lagi ketika itu. Terpaksa melarikan diri ke bukit, tinggal di sekolah yang sudah sedia tinggi, itupun di tingkat tiga. Memang mengerikan tak dapat bayangkan keadaan tersebut. Siapa yang alaminya sendiri pasti kenangan tersebut masih diingatan. Pendek kata lumpuh Negeri Kelantan. Kalau nak bandingkan keadaan tempat saya dengan tempat-tempat lain yang alami banjir pada tahun tersebut, tempat kami masih lagi terkawal.
Baru-baru ini Pulau Pinang pula alami banjir yang teruk. Tak pernah orang Pulau Pinang jangkakan akan alami banjir sebesar itu. Banyak harta benda rosak, feri tak dapat berfungsi dengan baik, bandar-bandar ditengelami air, malah banjir tersebut turut mengorbankan nyawa beberapa warga emas yang sudah semestinya tidak berdaya dengan keadaan sejuk dan air bah yang masuk ke dalam rumah.
Sedih melihat gambar-gambar dan video yang dikongsikan di laman-laman sosial tentang banjir yang berlaku. Banyak kemusnahan akibat bencana alam yang tidak kita jangka ini. Siapa yang perlu dipersalahkan? Atau ini semua ingatan tuhan untuk umatnya yang semakin alpa. Apapun penyebabnya jika mampu untuk menolong, bantulah apa yang patut untuk ringankan beban yang dipikul oleh mangsa-mangsa terjejas banjir.
Memang banjir ni kita tak akan jangka bila ia datang, sebagai langkah berjaga-jaga, info kat bawah ni mungkin boleh kita gunapakai jika ada tanda-tanda banjir akan berlaku. Moga ia dapat memberi manfaat kepada semua.
Apa Yang Patut Dibuat?
Sebelum Banjir
1. Dapatkan maklumat mengenai banjir melalui pengumuman radio, televisyen dan pihak-pihak yang berkiatan seperi bilik gerakan banjir negeri atau daerah.
2. Pastikan saluran perparitan di kawasan sekitar rumah tidak tersekat.
3. Pastikan lokasi pusat pemindahan.
4. Letakkan dokumen penting dalam bekas kalis air dan simpan di tempat yang selamat.
5. Simpan bekalan makanan dan air bersih yang mencukupi.
6. Pastikan bekalan ubat mencukupi bagi yang menghadapi penyakit kronik.
7. Sediakan barang keperluan asas yang paling penting seperti susu anak, ubat-ubatan, lampu suluh, beg pakaian dan peralatan lain sebelum diarah berpindah.
8. Memastikan seluruh ahli keluarga faham mengenai implikasi banjir dan bersedia menghadapinya.
9. Meletakkan kenderaan di kawasan yang tindak pernah dinaiki air dan pastikan kenderaan tersebut berkunci.
10. Simpan nombor telefon yang penting seperti ahli keluarga, jiran, balai polis dan hospital terdekat dan bomba untuk kegunaan semasa kecemasan.
11. Letakkan haiwan peliharaan di tempat selamat kerana haiwan tidak dibenarkan untuk dibawa ke pusat pemindahan atas sebab kebersihan dan kesihatan.
12. Dapatkan insurans banjir jika berkemampuan.
Semasa Banjir
1. Pindah ke pusat penempatan mangsa banjir apabila diarahkan berbuat demikian dan seeloknya pindah pada siang hari dan sebelum keadaan banjir menjadi lebih teruk.
2. Jangan biarkan ahli keluarga anda terutamanya kanak-kanak bermain air di luar rumah.
3. Pindahkan peralatan rumah ke tempat yang paling tinggi di dalam rumah.
4. Pastikan dokumen penting tidak ditenggelami air dan bawa bersama sekiranya diarahkan untuk berpindah.
5. Pastikan bekalan elektrik, gas dan air ditutup semasa meninggalkan rumah.
6. Sentiasa mengikuti perkembangan keadaan banjir melalui radio dan televisyen.
7. Ikut laluan perpindahan yang diarahkan kerana laluan singkat mungkin boleh mengundang bahaya.
8. Jangan sentuh mana-mana kabel atau wayar yang terjatuh

9. Elakkan keluar rumah dengan meredah banjir jika keadaan tidak mendesak.10. Jangan minum dan menggunakan air yang tercemar untuk memasak.
Selepas Banjir
1. Jangan kembali ke rumah sebelum dibenarkan berbuat demikian.
2. Periksa keadaan rumah untuk memastikan keadaannya selamat untuk didiami.
3. Masuk ke rumah dengan berhati-hati dan pastikan anda memakai kasut.
4. Pastikan rumah anda bebas daripada binatang berbisa dan gunalah kayu untuk mengalihkan barangan yang bertaburan di lantai.
5. Periksa paip gas yang mungkin bocor.
6. Periksa bekalan elektrik yang tenggelam.
7. Periksa kerosakan tangki septik untuk mengelakkan bahaya biologi.
8. Laporkan kerosakan harta benda awam kepada pihak berkuasa.
9. Buang bahan makanan yang terendam termasuk makanan dalam tin.
10. Pastikan minum air yang telah dimasak dan elakkan dari meminum air yang telah tercemar.
11. Basuh tangan dengan sabun sebelum menyentuh makanan, semasa menyediakan makanan atau memegang barang-barang yang telah dicemari air banjir.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bajet ‘Parti Kejutan’ Bawah RM100, Mak Ayah Boleh Cedok Idea Ini

Isi Kandungan
ToggleMak ayah meraikan hari lahir orang tersayang itu akan menambah lagi rasa kasih yang mendalam. Biar pun bajet cuma kecil-kecilan, sebenarnya parti kejutan masih boleh dilaksanakan.
Inilah yang dilakukan oleh Hayati Daud untuk meraikan majlis hari jadi teman kesayangannya. Dan idea yang dikongsikan ini boleh diambil oleh mak ayah untuk meraikan majlis hari lahir anak-anak.
Sebab bukanlah besar pun bajet yang diperlukan. Yang penting majlis berjalan, hati yang dirai dan tetamu jadi riang.
Kata Hayati (Kak Tee), event memang jadi kegilaannya. Dan merancang sebuah kejutan untuk hari lahir sahabatnya, Syira tidaklah sukar untuk dilaksanakan.
Ini Cara Buat Parti Kejutan Bajet Bawah RM100
Rakan sekalian, meh Kak Tee kongsikan tip yang boleh dijadikan panduan.
1. Kenal Pasti Kesukaannya
Kak Tee dimaklumkan Syira suka transformers. Hmmm, girl suka permainan budak lelaki. Menarik!
2. Jadikan Kesukaan Itu Sebagai Tema
Ya, apabila dah ada tema, maka kita akan tahu nak deko macam mana nanti.
3. Masa, Buat Sepantas Mungkin
Masa agak suntuk. Pagi tu baru nak fikir, pukul 3 pm nak buat majlis. Dengan nak berpakat bersama team lain lagi. Buat segalanya sepantas mungkin. Cabaran! Alhamdulillah, semuanya siap kurang daripada 2 jam.
4. Dekorasi Ringkas Tapi Jelas
Bayangan dan lakaran itu perlu. Kak Tee terangkan kepada team. Lukis di papan putih. Atas meja bagaimana. Backdrop macam mana. Ringkas tapi jelas.
5. Bajet Bawah RM100
Tak sampai rm100 pun. Siap dengan kek dan jajan tau. Namun kesannya masuk sampai ke jiwa. Gambar di backdrop print dengan kertas A4 saja. Pelilit di kepala tu pun daripada A4. Buatlah sekreatif mungkin.
6. Masa Untuk Kejutan
Dah siap semua, buatlah alasan apa pun agar dia tak perasan kita ada buat sesuatu untuknya.

Semua team dah berkumpul di lokasi.
Lagu dah siap sedia untuk dimainkan.
Apabila dia masuk, taraaaaaaaa!!!!
“Happy Birthday, Syira Syirioo
Moga Allah kurniakan segala kebaikan buatmu.”
Dia nak nangis tadi.
Eh, kita pun tersedih jugak!
Sobs…
MW : Haa.. mudah sajakan sebenarnya nak rancang dan realisasikan sebuah majlis kejutan hari lahir untuk teman itu. Kalau buat untuk anak-anak lagilah mudah mak ayah. Bolehlah dicuba.
Sumber/Foto : Hayati Daud
Makluman : Artikel ini diterbitkan dengan keizinan daripada penulis asal.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tanam Sayur Kaedah Hidroponik, Mudahnya Guna Botol Air Mineral Je!

Isi Kandungan
ToggleBuat mak-mak yang suka bercucuk tanam tapi tiada kawasan atau tanah di rumah boleh cuba kaedah hidroponik ni. Menariknya, tak perlu beli bekas hidronopik yang mahal, guna botol air mineral besar yang 1.5 liter dan cara tanaman yang betul pun dah boleh jadi. Mak-mak boleh dapat sayuran segar dan bebas racun serangga.
Untuk ketahui lebih lanjut, boleh cuba buat sendiri kaedah hidroponik guna botol air mineral yang dikongsikan oleh Hafizuddin Wahab ini;
“Di sini saya share cara saya buat hidroponik menggunakan botol air mineral 1.5 liter.Untuk media tanaman tu saya gunakan sabut kelapa ye sebab sabut kelapa dia dapat menyerap air dengan baik”.
“Saya mengamalkan semburan racun organik iaitu neem oil + sunlight pencuci pinggan + cuka kayu…Alhamdulillah bebas daripada serangga seperti belalang dan siput babi. Kekerapan semburan adalah seminggu sekali atau 2 kali seminggu”.
“Semoga bermanfaat sama-sama kita bercucuk tanam di rumah ya. Makan sayur yang sihat dari rumah.”
Bahan-Bahan Diperlukan:
Botol air mineral
Spray tin warna hitam
Kain flanel
Sabut kelapa (cocopeat)
Biji Benih
Cara Membuat:
- Belah botol air mineral 1.5 liter kepada 2 bahagian.Pastikan bahagian bawah untuk takungan baja tidak terlalu rendah ye. Kemudian, buat lubang sekeliling bahagian atas seperti gambar di bawah untuk akarnya keluar.
2. Ini bahagian untuk takung air baja. Saya cat hitam untuk mengelak pertumbuhan lumut. Saya spray je, beli spray tin kat MR DIY tu je.
Lubang di bahagian atas bertujuan tak nak bagi air terlampau penuh supaya ada ruang untuk pengaliran udara.
3.Buat lubang pada penutup botol. Masukkan sumbu. Boleh aje guna kain apa pon, asalkan serap air dengan baik.Saya guna kain flanel sebagai sumbu. Boleh beli di shoppe je, sebab cari kat kedai biasa takde. Kalau tersalah kain nanti tiada serapan tak menjadi dia.
4. Cara nak buat lubang pada takung air baja.Pastikan buat lubang sekeiling botol sama paras dengan penutup botol seperti gambar di atas.
5. Dah siap.
6.Bahagian atas dalam bekas merah tu isi cocopeat (sabut kelapa).Sabut kelapa biasa pun boleh jika boleh buat sabut kelapa hancur sendiri. Saya beli yang dah siap, kat nursery pokok ada jual, kat kedai Eco RM2 pon ada saya tengok.


Info Ekstra!
- Kalau nak buat sendiri cocopeat, caranya ambil sabut kelapa tu, ambil paku, paku pada kayu. Lepas tu gosokkan paku tu pada sabut kelapa, nanti keluarlah sabut kelapa hancur.
- Baja AB tu untuk baja. Cuka kayu tu untuk semburan seminggu sekali atau 2 kali seminggu sahaja. Sukatan baja AB 10ml A + 10ml B larutkan dengan 1 liter air.
Baca Lagi Di Sini: Banyak Kali Tanam Selalu Mati, Ini Kaedah BETUL Semai Daun Sup!
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat mak-mak yang suka bercucuk tanam, suka sayur segar bebas daripada racun serangga boleh gunakan kaedah ini yang mudah dan lebih jimat.
Sumber: Hafizuddin Wahab
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI