Founder misi rakyat pulangkan duit rakyat RM413,758,16,  sumbangan projek Misi Farms ditegur Bank Negara.

Nama Nur Ahmad Faiz Mohd Azmi yang juga founder Misi Rakyat pasti cukup diingati oleh rakyat Malaysia. Bermula dari dana  untuk membantu Baby Naail mendapatkan suntikan Gene Therapy Zolgensma yang berharga RM9 juta untuk sekali seumur hidup sebagai ikhtiar menghentikan kemerosotan otot, dapat dilihat rakyat Malaysia bersatu padu mengeluarkan derma bagi membantu bayi kecil ini.

Sumbangan RM9.9 juga berjaya dikumpul untuk rawatan adik Athif malah jumlah terkumpul melebihi RM27 juta di mana orang ramai dapat melihat sendiri transaksi dibuat hingga wang disalurkan kepada pihak memerlukan.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Baby Naail Disuntik Ubat RM9.8 Juta Hasil Sumbangan Rakyat Malaysia, Senyuman Manis Terukir Di Wajahnya

“Semoga Usaha Kecil Kita Mampu Menyelamatkan Nyawa Luth,” Misi Anzalna Kumpul Dana Rawatan

Inspirasi Kisah Penghijrahan, Aktif Misi Kemanusiaan Mizz Nina Terima Anugerah Ikon Aktivis Kemanusiaan

Tidak hanya usaha membantu bayi kecil diuji sakit, founder Misi Rakyat sekali lagi tampil dengan idea Misi Farms di mana ia satu usaha untuk mengawal kehadiran “orang tengah” yang menjadi punca kenaikan harga barangan yang melambung tinggi.

Founder Misi Rakyat Pulangkan Duit Rakyat RM413, 758.16

Dalam satu pendedahan, Nur Ahmad Faiz mengakui dirinya dia diberi amaran dan dipantau kerana “usaha gilanya” ini di mana  dirinya fokus untuk membentuk ‘kartel’ pasaran baharu bagi barangan basah sekali gus mengawal harga yang bermula dari ladang sehingga pengguna.

Namun usahanya terhenti apabila mulai malam dan pagi tadi, founder misi rakyat ini mengakui sudah memulangkan 100 peratus duit sumbangan rakyat bagi projek Misi Farmsnya ini.

IKLAN

Dalam satu kenyataan di instagramnya, @misirakyat, dirinya memaklumkan sudah memulangkan kesemua wang yang terkumpul iaitu sebanyak RM413,758,16 yang disumbangkan orang ramai.

Muktamad, saya akan pulangkan setiap duit secara automatik ke wallet masing2 pada lewat malam ni. Semua akan dapat serentak malam ni.

Kemudian anda boleh transfer semula ke bank ataupun gunakan untuk order makanan di sistem delivery misi.

Sy sudah expect semua ni dari awal.. cuma tunggu masa bila nak berlaku.. tapi adakah misi farms akan berhenti?

Saya ada jalan lain.. bukan lagi melalui sumbangan rakyat.. tapi under syarikat bangsa bertauhid dan duit sendiri. Dah sampai masa sy kembali berniaga. Jadi kaya untuk semua.

IKLAN

“Dalam chess ada satu langkah yang mana player akan offer free pieces to opponent… and they take it..”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by misirakyat.com (@misirakyat)

Sumbangan Projek Misi Farms “Ditegur” Bank Negara

Sebelum ini di facebook Bank Negara, ada mengeluarkan kenyataan ini sehari sebelum itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by misirakyat.com (@misirakyat)

Dalam pada itu, Nur Ahmad Faiz memaklumkan, dirinya menyedari ada usaha untuk menggagalkan usaha Misi Farms ini.

Muktamad, saya akan pulangkan setiap duit secara automatik ke wallet masing2 pada lewat malam ni. Semua akan dapat serentak malam ni.

Kemudian anda boleh transfer semula ke bank ataupun gunakan untuk order makanan di sistem delivery misi.

IKLAN

Sy sudah expect semua ni dari awal.. cuma tunggu masa bila nak berlaku.. tapi adakah misi farms akan berhenti?

Saya ada jalan lain.. bukan lagi melalui sumbangan rakyat.. tapi under syarikat bangsa bertauhid dan duit sendiri. Dah sampai masa sy kembali berniaga. Jadi kaya untuk semua.

“Dalam chess ada satu langkah yang mana player akan offer free pieces to opponent… and they take it..”

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Suami isteri tinggal satu rumah selepas bercerai? Boleh atau tidak? Min pun jadi tertanya-tanya selepas tengok drama viral yang terbaru. Rupanya, macam tu ya jawapannya.

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI