Usai menganjurkan perhimpunan sukan kanak-kanak berkeperluan khas terbesar di Malaysia baru-baru ini, Tadika kanak-kanak terkemuka, Al Kauthar Eduqids (AKE) bakal menganjurkan satu lagi program hebat iaitu “Forum Anak Syurga”  diikuti “Malam Gala Ibu Inspirasi Mingguan Wanita dan NONA” yang bakal diadakan pada 2 Jun 2024 bertempat di Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur.

Forum Anak Syurga & Anugerah Ibu Inspirasi Tampilkan Nama-Nama Hebat. Jasa Ibu Dihargai

Kali ini,  tadika kanak-kanak terkemuka yang mencipta rekod baharu dalam Malaysia Books of Records (MBR) selepas berjaya menganjurkan perhimpunan sukan kanak-kanak berkeperluan khas terbesar di Malaysia itu bekerjasama dengan dua media ulung iaitu Mingguan Wanita dan NONA yang mengupas pelbagai topik berkaitan anak syurga.

Menurut Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif, Al Kauthar Eduqids,  Dato’ Dr Capt Bakhtiar Aliff Bin Ibrahim, dianggarkan lebihi 250 tetamu yang mempunyai anak-anak istimewa bakal menyertai forum ini yang menunjukkan betapa besarnya minat dan keperluan  membincangkan topik-topik seperti Power Up Mental & Fizikal, Kapsul Sihat & Cergas dan Anak Istimewa:Selangkah Ke Syurga.

Forum Anak Syurga & Anugerah Ibu Inspirasi Tampilkan Nama-Nama Hebat. Jasa Ibu Dihargai
Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Operasi, Datin Dr Nor Fadilah Binti Alias bersama Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif Dato’ Dr Capt Bakhtiar Aliff Bin Ibrahim

Forum ini bukan sahaja memberikan platform untuk berkongsi ilmu dan pengalaman tetapi juga bertujuan untuk membina komuniti sokongan antara ibu bapa yang mempunyai anak-anak istimewa. Melalui perkongsian ini, diharapkan para ibu bapa dapat memperoleh pengetahuan baru, sokongan moral, dan inspirasi dalam menjaga dan membesarkan anak-anak mereka.

Forum Anak Syurga & Anugerah Ibu Inspirasi Tampilkan Nama-Nama Hebat. Jasa Ibu Dihargai
Antara panel yang bakal berkongsi kisah di Forum Anak Syurga Ahad ini.

Program Untuk Keluarga

Program sehari yang berlangsung dari pagi hingga malam ini terbahagi kepada dua (2) aktiviti iaitu “Forum Anak Syurga” berlangsung pada sebelah siang dihoskan oleh Nani Roslan yang dibawakan oleh Al Kauthar Eduqids bakal menampilkan panel-panel hebat seperti Dr Norzila Zakaria, selebriti Zarina Zainuddin, Datin Dr Nor Fadilah Alias, Norhaidda Hassan yang merupakan ibu kepada Adam AdamsAutism Family, Dr Malar, Fynn Jamal dan Dr Robiah K Hamzah yang mengupas mengenai isu perkembangan, kesihatan dan kecerdasan anak-anak istimewa.

Forum Anak Syurga & Anugerah Ibu Inspirasi Tampilkan Nama-Nama Hebat. Jasa Ibu Dihargai

Manakala pada sebelah malamnya pula bakal berlangsung Malam Gala Ibu Inspirasi Mingguan Wanita dan NONA di mana wanita-wanita hebat ini diraikan pada majlis Malam Gala Ibu Inspirasi Mingguan Wanita dan NONA yang gilang-gemilang bertempat di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur.

IKLAN

Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Sultanah Nur Zahirah, Sultanah Terengganu dan Anakanda baginda YAM Tengku Puteri Daulath Raja Tengku Fatimatuz Zahra binti Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin bakal mencemar duli berangkat menyerikan majlis.

“Malam Gala Ibu Inspirasi Mingguan Wanita dan NONA” bertujuan memartabatkan dengan memberi anugerah  kepada ibu-ibu dan wanita -wanita berjaya dalam pelbagai bidang. Seramai 12 wanita hebat dalam pelbagai kategori bakal menerima penganugerahan istimewa Ibu Inspirasi Mingguan Wanita & Majalah NONA pada malam istimewa itu.

Majlis ini bakal bersiaran secara langsung di sosial media FB & Youtube dan TIKTOK – Mingguan Wanita & Majalah NONA pada ahad, 2 Jun 2024 jam 7.30 malam.

 

IKLAN

 

 

 

 

IKLAN

 

 

 

 

 

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI