Dalam dunia perkahwinan yang sering dianggap sebagai lambang kebahagiaan, First Wives mendedahkan sisi gelap yang jarang diperkatakan – pengkhianatan, penderitaan, dan keberanian luar biasa dua wanita yang sudah terlalu lama memendam derita.
Mengangkat kisah dua sahabat baik sejak, Diyana dan Michelle, drama ini membawa penonton menyelami ranjau hidup rumah tangga yang retak seribu. Diyana, seorang isteri yang kelihatan tenang dan sempurna di mata masyarakat, dikejutkan dengan berita bahawa suaminya, Azzim, telah bernikah secara rahsia dengan wanita lain.
Pengkhianatan itu bukan sahaja menghancurkan kepercayaan Diyana, malah menggugat semangatnya sebagai seorang wanita.
Lelaki Bergelar Suami Punca Masalah!
Dalam masa yang sama, Michelle pula berdepan mimpi ngeri apabila suaminya, Roshan, menjerumuskan mereka ke dalam krisis kewangan akibat ketagihan judi. Ancaman Ah Long mula menghantui kehidupan mereka, menjerat Michelle dalam ketakutan dan tekanan yang tak berpenghujung.
Namun, dalam keputusasaan itulah terbit semangat luar biasa dua wanita ini. Demi menyelamatkan nyawa sahabatnya, Diyana mencadangkan satu rancangan gila – mencuri wang dari pasar raya milik Azzim, Azzimart, untuk melunaskan hutang Michelle.
Ads
Ia bukan keputusan mudah, tetapi persahabatan dan keinginan untuk membebaskan diri daripada cengkaman lelaki yang menghancurkan hidup mereka mengatasi segalanya.
Malangnya, rancangan mereka gagal apabila tertangkap dalam cubaan rompakan tersebut. Namun, kegagalan itu membuka jalan kepada pembongkaran yang lebih besar – kegiatan pengubahan wang haram yang dilakukan Azzim di sebalik perniagaan sahnya.
Kini, bukan sahaja mereka terperangkap dalam masalah undang-undang, malah nyawa mereka turut menjadi taruhan!
Wanita Berani Bila….
First Wives bukan sekadar sebuah drama tentang perkahwinan yang gagal, tetapi kisah keberanian wanita yang berani melawan sistem dan lelaki yang menyalahgunakan kuasa. Ia mengangkat nilai persahabatan sejati, keberanian melawan ketidakadilan, dan perjuangan untuk kembali bangkit dari kejatuhan.
Drama ini menjanjikan debaran, air mata dan inspirasi – satu naskhah yang pasti membuat penonton merenung semula makna cinta, setia, dan harga diri seorang wanita.
Ads
Sokongan Buat Wanita Hadapi Konflik Rumah Tangga
Seri pengantin baru jelas terserlah di wajah Mimi Lana yang menzahirkan rasa teruja apabila berpeluang membintangi drama bersiri terbaharu, First Wives.
Menurut Mimi, karya arahan Imri Nasution itu disifatkan sebagai istimewa kerana ia mengangkat tema dan memberi sokongan kepada wanita, khususnya yang berdepan dengan konflik rumah tangga.
“Sejak kebelakangan ini, kita sering disajikan dengan drama wanita menindas wanita lain seperti penyondol dan sebagainya . Namun, drama ini kerana mengetengahkan sisi berbeza wanita yang memerlukan sokongan di antara satu sama lain.
“Wanita jika mereka bergabung, kita akan jadi lebih kuat. Bila saya membawakan watak Diyana ini, saya harap para wanita yang mengalami nasib sama, suara mereka akan didengari. “-Mimi Lana.
Pengorbanan Wanita
Tambah Mimi lagi, drama ini juga merupakan drama pertama lakonannya yang membawakan watak komedi selain berpeluang merasai pengalaman wanita yang berjuang untuk mendapatkan zuriat melalui proses persenyawaan in vitro.
Ads
“Saya selalu dengar dari orang disekeliling mengenai proses yang perlu wanita lalui sepanjang rawatan IVF ini. Proses IVF ini bukanlah sesuatu yang mudah, menggembirakan kerana ia penuh dengan cabaran emosi. Setiap wanita yang melalui proses ini adalah wanita yang kuat untuk mencuba kaedah ini untuk mendapatkan zuriat.
Ia merupakan pengorbanan yang besar untuk seorang isteri melalui setiap proses tersebut kerana ia melibatkan emosi yang sukar untuk digambarkan,”ujar Mimi yang melihat kekuatan wanita banyak ditonjolkan di dalam drama First Wives ini.
Selain teruja memegang watak sebagai Diyana dalam First Wives, drama ini juga merupakan drama pertama lakonannya dalam genre komedi. Meskipun tidak menyangka kemampuan dirinya diuji dalam genre komedi, Mimi sebenarnya teruja apabila dirinya mampu membuat orang ketawa dan tidak menolak sekiranya ditawarkan watak seperti ini di masa akan datang.
“Walaupun ini drama komedi, tapi saya rasa agak sedih. Wanita ini hatinya lembut dan sanggup berikan segalanya kepada pasangan. Bila suami pula buat hal, saya jadi sedih,” katanya lagi yang banyak menggunakan emosi seorang isteri yang tertindas namun bangkit dengan cara tersendiri, hasil sokongan dan dorongan sahabat baik, Michelle yang turut sama melancarkan segala misi dan visi bersama.
Selain Mimi, First Wives turut dibintangi oleh Malek Mccrone, Melissa Campbell, Charles Roberts, Zeera Azizi dan Andy Teh.
Ia bakal ditayangkan bermula 11 April ini secara On Demand dan penstriman melalui platform Astro Go dan sooka.
Hada Labo jenama antarabangsa yang disukai ramai wanita. Selaku jenama penjagaan kulit Jepun yang terkenal, kini Hada Labo meraikan pendekatan minimalisnya dengan selangkah lebih terhadapan dengan mengeluarkan Hada Labo Hydration lotion mesra alam.
Tidak hanya mementingkan kecantikan wanita dengan bahan-bahan diyakini selamat berasaskan air yang sesuai untuk semua jenis kulit wajah, Hada Labo dengan keterujaan mengundang pelanggan untuk menikmati kemewahan dalam menggunakan Hydration Lotion, sambil memupuk pemahaman bahawa pilihan mereka tidak hanya meningkatkan kesihatan dan keserian kulit mereka, tetapi juga secara aktif mewujudkan kehijauan dan masa depan yang lebih mampan.
Bahan pembungkusan PE berasaskan bio yang inovatif dari Hada Labo berasal dari proses dehidrasi etanol yang berasal daripada tebu. Pembungkusan botol 170ml yang baru diperkenalkan mempunyai komposisi yang terdiri daripada 10% bahan polietilena (PE) berasas tumbuhan dan 90% polipropilena (PP) berasaskan minyak bumi.
Pelanggan kini boleh menikmati kualiti premium Hada Labo Hdrating Lotion sambil memberikan sumbangan positif kepada alam sekitar.
Dengan mengamalkan penyelesaian pembungkusan yang mampan, jenama itu secara aktif memperjuangkan ekonomi kitaran dan dengan ketara mengurangkan jejak karbonnya secara signifikan. Bahkan dengan menggunakan pembungkusan inovatif ini, setiap pelanggan pasti boleh berasa bangga dengan komitmen mereka terhadap kesejahteraan peribadi dan planet kita.
Bersama-sama kita membuat perbezaan yang luar biasa dengan membuat pilihan bijaksana yang mengharmonikan keindahan kulit dengan keindahan alam sekitar kita.
Penghidratan Yang Mendalam Pada Kulit
Dalam budaya Jepun, air melambangkan penyucian dan kehidupan. Jika tidak ada air, tidak akan ada kehidupan. Hada Labo Hydrating Lotion, losyen No.1 yang tiada tandingan di Jepun selama 16 tahun berturut-turut merupakan bukti keberkesanan luar biasa dan populariti yang berkekalan Hada Labo berada di pasaran.
Direka untuk mengatasi kekeringan kulit sambil mengekalkan kekilauan yang harmoni dan sihat, teksturnya yang ringan dan tidak berminyak memastikan kelembapan sepanjang hari tanpa rasa berat atau melekit.
Langkah Mudah, Fokus Kesihatan Kulit!
Mengamalkan konsep minimalis orang Jepun yang suka kepada hidup sederhana dan bersih, begitu jugalah dengan penggunaan Hada Labo Hydrating Lotion ini.
Apa yang perlu dibuat ialah, gunakan Losyen Penghidratan Hada Labo sebagai langkah pertama untuk meningkatkan penyerapan kulit seterusnya. Ini sangat penting kerana kulit anda perlu dihidratkan terlebih dahulu untuk menyerap kebaikan produk pelembap seterusnya dengan berkesan.
Mengandungi Bahan-Bahan Premium dan ‘Essential’
Losyen Penghidratan Hada Labo mengandungi bahan-bahan premium yang penting, tanpa sebarang bahan berbahaya, seperti pewarna, pewangi, alkohol, minyak mineral, paraben dan MIT.
Selain itu, losyen ini kini turut membantu melindungi bukan sahaja kulit tetapi alam sekitar. Pembungkusan losyen ini berkonsepkan mesra alam yang diperbuat dari tumbuhan yang boleh dikitar semula, iaitu 10% polietilena (PE) berasaskan tumbuhan dan 90% polipropilena (PP) berasaskan Petroleum.
Ini antara alternatif semulajadi, berbanding menggunakan botol plastik konvensional yang mencemarkan alam sekitar. Botol-botol yang boleh dikitar semula sepenuhnya ini membuktikan betapa komitednya Hada Labo terhadap falsafah “tidak lebih, tidak kurang” yang membantu mencegah kemusnahan alam.
Kualiti Tinggi Dan Terjamin
Diformulasikan dengan campuran 5 jenis Hyaluronic Acid (HA) yang dipatenkan oleh Hada Labo, yang merangkumi Besar, Sederhana dan Super HA, Nano HA, dan Fermented HA yang pertama di Dunia, Hydrating Lotion ini memberikan penghidratan yang mendalam dan tahan lama serta menguatkan dan memperbaiki dinding kulit.
Setiap varian HA meresap ke dalam lapisan dermis kulit, memberi kelembapan intensif, meningkatkan keanjalan, dan memupuk kulit yang berseri.
Dalam mengejar penjagaan kulit yang terbaik, Hada Labo menyampaikan jemputan kepada pelanggan, menggalakkan mereka untuk menerima Hydrating Lotion dengan pengetahuan bahawa pilihan mereka bukan sahaja menyihatkan kulit mereka tetapi juga menyumbang kepada masa depan yang ditandai dengan kemampanan dan keharmonian alam sekitar.
Bersama-sama, marilah kita memulakan perjalanan ke arah kecantikan yang melampaui diri kita sendiri dan meninggalkan kesan positif kepada dunia yang kita kongsi.
Hydrating Lotion – Rich sesuai untuk kulit normal hingga kering, manakala Hydration Lotion – Light, sesuai untuk kulit normal, kombinasi hingga berminyak. Dijual pada harga RM69.50, ia boleh didapati di farmasi utama, pasar raya dan laman e-dagang seperti Shopee dan Lazada.
Mak mentua dan menantu perempuan sering kali dilanda pelbagai pergolakan dalam perhubungan. Kenapa ye? Sebenarnya ada banyak faktor yang boleh mencetuskan hubungan dingin menantu-mentua ini.
Tapi, kedua belah pihak kena sentiasa berlapang dada. Misalnya mak mentua kena terima apa juga kekurangan menantu dan bimbing mereka. Menantu kena hormat mak mentua umpama ibu sendiri dan sentiasa cuba ambil hati mentua.
Mak Mentua Sendiri Kena Baik Memang kita mahukan menantu yang baik tetapi apa halnya kalau kita sendiri pun tak baik. Bagaimana hendak dikatakan baik kalau sikap kejam terhadap menantu itu bermula sejak hari pertama dia masuk ke rumah kita lagi?
Hari-hari kita menilai dia, kesalahan yang sedikit sengaja kita besar-besarkan, kebaikan yang dilakukan kita pejam mata pula. Seorang ibu mentua yang tidak baik sememangnya tidak layak mendapat anak menantu yang baik.
Terikut Sikap Mak Mentua Sebenarnya anak menantu itu sudah baik tetapi disebabkan mentuanya tidak baik, akhirnya dia menjadi tidak baik sama. Asalnya sangat menghormati orang tua, bersikap lembut dan taat, sekarang jadi kurang ajar pula. Dari mana datangnya sikap-sikap begitu? Kadang-kadang daripada emak mentua sendiri.
Dalam hendak menilai seseorang, jangan aspect seratus peratus terbaik, sebab mana ada manusia yang sempurna. Sesetengah orang hanya perlukan tunjuk ajar untuk dia faham sesuatu pada permulaannya. Apabila dia faham akan kehendak dan citarasa mentua dia akan penuhi pada hari-hari seterusnya.
Bimbing Bukan Sindiran Pedas Misalkan begini, hari pertama menantu tinggal di rumah mentua, sudah tentu dia tidak biasa dengan semua perkara yang menjadi kebiasaan di rumah mentuanya itu. Dia akan melakukan banyak kesalahan seandainya tidak diberitahu terlebih awal.
Adalah menjadi kebiasaan mengelap dahulu pinggan mangkuk selepas dibasuh sebelum menyusunnya di para. Menantu yang tidak diberitahu terlebih dahulu akan hal ini mungkin akan menyusun sahaja pinggan mangkuk itu ke para sejurus dibasuh.“Ei, emak engkau tak ajar ke lap dulu pinggan mangkuk sebelum susun?”
Kata-Kata Berbekas Di Hati Kata yang begini pasti meninggalkan kesan yang tidak enak. Lain jika anak menantu itu memang jenis tebal jiwa, dikata apapun dia tetap tersengih dan sambut dengan gurau senda. Dari situ dia belajar. Tetapi anak menantu yang sensitif akan berasa kecil hati, sedih dan juga malu, dia boleh jadi merajuk hingga takut hendak berbuat apa-apa lagi selepas itu.
Di sinilah hal yang kecil-kecil menjadi permulaan barah yang kronik beberapa bulan kemudian. Salah siapakah? Mungkin menantu bersalah sebab terlalu mudah berkecil hati tetapi mentua juga bersalah kerana mengharapkan menantu perempuan mesti serba tahu kesemuanya.
Ingat Ini! Setiap mentua sekurang-kurangnya letakkanlah tiga faktor ini dalam hendak memilih sikap terhadap menantu; i. Itu adalah jodoh anak. Apa yang tidak kita ketahui berada dalam pengetahuan ALLAH sentiasa. Jodoh seseorang bukankah sudah ditentukan? ii. Dia yang berkahwin dan itu pilihannya. Hormatilah pilihan anak supaya kehidupannya harmoni selepas itu. Jika kita terlalu menampakkan rasa benci, takut-takut bukan setakat menantu yang hilang hormat, anak sendiri pun turut pergi. iii. Hidup bukan terlalu lama. Oleh kerana tidak terlalu lama itu, bertimbang rasalah. Setiap manusia ada lebih dan kurangnya. Kita juga serupa. Barangkali orang cukup bersabar dengan sikap-sikap buruk kita selama ini, kita saja yang tidak tahu. Oleh itu, berikan restu, ia lebih baik dari menjadikan seseorang seteru (musuh).
Oleh: HM TUAH ISKANDAR al-Haj www.drtuah.com
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Talkshow tengah hari tadi membincang tentang persediaan anak-anak ke sekolah. Dalam tempoh persediaan itu, tentu ada keperluan yang disediakan cukup mahal, sebabnya anak pertama yang bersekolah. Menurut panel jemputan hari ini, Fariz Sakina Abdullahm Pegawai Psikologi (Kaunseling) Institut Kemahiran Kesihatan Malaysia:
“Tempoh sebulan percutian, mak-mak perlu buat checklist keperluan barang persekolahan anak-anak. Kadang-kadang permintaan barang sekolah anak ini terlalu mahal dan semua ini atas pengaruh kawan-kawan sebaya.
“Tidak salah untuk membeli barangan keperluan ersekolahan yang mewah tetapi mak-mak kena tahu manfaat apa yang boleh dapat dari barangan tersebut.
Manakala Ieza Yusof, Mentor Kewangan pula: “Sebenarnya, keperluan kehendak hanyalah 10 peratus sahaja dan selebihnya adalah keperluan asas. Mak-mak kena buat kiraan bajet dan bukan fokus pada keperluan persekolahan tetapi bayaran yuran sepanjang persekolahan nanti.
Walau bagaimanapun keperluana persekolahan ini berbeza bergantung kepada pendapatan ibu bapa. Paling penting ukur baju di badan sendiri dan jangan mengajar anak untuk bermewah-mewahan.
Bagi mengikuti kupasan lanjut topik ini, saksikan siaran ulanangan di Astro Prima 105 dan Prima HD jam 8 malam nanti bersama Siti Elizad dan Hana Ismail.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Eyka Farhana selamat bergelar isteri Akhyar Rashid, 5 tahun menyulam kasih sebelum bersatu. Lima tahun menyulam kasih, akhirnya pelakon jelita Eyka Farhana sah bergelar...