Kakak ini, Nurul Hanis (Rita), 21 kehilangan dua adik buat selama-lamanya disebabkan penyakit kanser darah (leukemia) yang dihidap keduanya. Adik ketiga meninggal dunia ketika umur kakak 11 tahun dan adik keempat, Firash pada tahun 2016.
Biar pun sudah lama berlalu, kenangan bersama adik tetap mengundang sebak di dada kakak.
Sebelum ajal menjemput adik bongsunya, Muhammad Alfirash Ilmi ( Firash ) ketika umurnya 6 tahun, kakak maklumkan yang hajat adik mahu bertemu pelawak popular, Zizan Razak.
Ketika itu, sekitar tahun 2016 arwah adik ditahan dalam wad di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) kerana kanser darah atau leukemia. Bagi memenuhi impian adik, pihak hospital tunaikan permintaannya.
Sebelum itu, waktu umur Nurul Hanis 11 tahun. Dia pernah merasai episod perit kehilangan adiknya ketiganya, Muhammad Ainul Fadl.
Cerita kakak, walaupun sudah 4 tahun Firash meninggalkannya.. kenangan hadapi saat akhir sebelum ajal menjemput adiknya amat berbekas dalam hati.
Allahyarham Firash..
Ayah Call Kata, Firash Dah Nazak..
Tulisnya,
Ads
“Adik I nazak dekat PPUM and that time I dekat KPTM Batu Pahat. Nak pergi kelas mama call cakap adik dah nazak. Mama kata takya datang, tapi aku gagahkan juga aku nak balik pergi PPUM. Sampai je kolej turun bas jalan kaki gi bustand sebab bus takda sampai lagi.
And dah separuh jalan baru nampak ada bas. Terus cecepat tahan bas. Bayangkan sepanjang perjalanan aku nangis tanpa henti. Sampai mata bengkak.
Nasib baik aku dapat bas paling awal rasanya pukul 9:30 am, terus gerak naik and dalam perjalanan nak ke hospital tu, ayah call ayah kata, “kamu kat mana nis? Firash dah nazak ni.” Lepas tu aku cakap, “adik dah sampai KL, nanti turun kat tbs.”
Lepas dah sampai tbs dalam pukul 1:30 tu cousin aku amik pergi PPUM. Dalam perjalanan aku nak pergi PPUM tu, maklong aku call tanya ayah aku macam mana adik aku. Lepas tu maklong aku dah macam nak nangis, so aku dah tahu la, adik aku dah takda.
Ads
‘Firash dah tak de..’ kenangan bersama si comel ini tetap terpahat di sanubari ahli keluarga.
Hilang Adik Kali Kedua, Sebab Penyakit Yang Sama
Nak sampai PPUM tu, traffic light lambat sangat, so aku turun kereta dekat traffic light terus lintas masuk hospital pergi PICU kat tingkat 3 wad kanak-kanak. Aku tengok semua family aku dah nangis. And that time sumpah weh! lutut ni menggigil tak leh berdiri.
Aku nampak ayah, ayah cakap, “Firash dah takda”. Lepas tu ayah terus peluk aku. Kitaorang nangis. Bayangkan hilang adik kali 2 sebab penyakit yang sama. Sumpah benda tu paling perit dalam hidup kami. Sampai makcik aku peluk aku, lepas tu aku persoalkan kenapa tuhan uji.
Kami sampai 2 kali. Sumpah time tu aku sedih gila, tapi makcik aku cakap, “Allah uji kamu semua sebab kamu semua kuat Hanis” time tu tuhan je tahu macam mana sedihnya aku time tu. Kehilangan kali 2 sumpah perit.
Ads
Permintaan Terakhir Adik Firash.. Nak Jumpa Zizan
Ya.. tengok la dia time ni, nampak sihat je. Ni la last wishes dia yang PPUM tunaikan, dia nak jumpa Zizan. So 28/10/2016 Zizan jumpa dia, and time 1/11/2016 dia pergi tinggalkan kami semua. Kehilangan dia masih terasa even hampir 4 years dia pergi
Al-fatihah sayang, wildan kami
And yaa, aku tengok je dia dekat bilik tu, sedih nyaaa aku, dia dah jadi mayat. Rasa gigil lutut ni, time tu pun abang aku study. Time tu dia final exam, aku tak sanggup bagitahu dia dulu. Aku just call bagitahu dekat kawan dia, lepas exam baru dia tahu arwah dah takda.
MW : Al Fatihah.. semoga adik Muhammad Ainul Fadl dan Muhammad Alfirash Ilmi ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Semoga Allah gantikan kesedihan Nurul Hanis dengan sesuatu yang lebih baik lagi. Amin.
6 tahun jaga suami terlantar parah akibat kemalangan, isteri diuji pasangan berkahwin lain. Pengorbanan seorang isteri menjaga suami yang terlantar akibat kemalangan jalan raya enam tahun lalu berakhir dengan kesedihan apabila selepas sihat, suami bertindak berkahwin lain.
Luahan seorang isteri, Nurul Syazwani di media sosialnya meraih perhatian ramai apabila berkongsi kisah bekas suaminya, Muhammad Syahmi bin Yusof bertindak berkahwin lain selepas sembuh dari kecederaan parah di kepala selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Terengganu enam tahun lalu.
6 Tahun Jaga Suami Terlantar Parah Akibat Kemalangan
Menulis caption, “Tahniah suami. Moga bahagia dengan pilihan hati awak. Effa Ezan, jagalah dia baik-baik sebagaimana saya pernah jaga dia. Alhamdulillah saya dah selesai dengan dia, sekarang masa untuk awak ambil alih tanggungjawab saya” katanya yang memaparkan gambar persandingan suaminya dan perempuan lain.
Dan selepas kisahnya terkongsi, Nurul Syawani menulis ” terima kasih ada yang masih sudi baca cerita kami. Sekarang hanya sejarah yang tercipta setelah bertungkus lumus selama 6 tahun + 2 tahun PJJ sebelum accident. Alhamdulillah puas hati dah jaga dia, sampai masa serahkan satu tanggungjawab besar pada orang baru.
Kini Isteri Ditinggal Demi Perempuan Lain
Dari perkongsian ini ramai menzahirkan rasa geram dan ada yang bersedih tentang pergorbanan isteri yang disia-siakan. Isteri yang sanggup menjaga hingga suami pulih, isteri yang sanggup meminta ditukarkan untuk menjaga suami yang sakit namun akhirnya selepas sembuh,suami memilih perempuan lain untuk bahagia.
Mingguan Wanita cuba untuk menemuramah Nurul Syazwani namun dirinya menolak dengan baik. Mereka baru saja berpisah minggu lalu dan minggu ini, suaminya bertindak berkahwin lain.
Tidak mahu menyalahkan sesiapa, dirinya memohon agar tiada kecaman dibuat kerana bekas suaminya seorang yang baik sebelum ini.
Tulisnya, Assalamuaikum. Saya minta maaf terpaksa tolak untuk di interview kerana saya perlukan masa bertenang. Untuk makluman, suami menjalankan tanggungjawab dengan baik & saya juga telah buat yang terbaik untuk rumahtangga kami.
“Keluarga kami berdua juga memberi sokongan penuh kepada saya & anak. Jodoh, rezeki, ajal maut Allah dah tetapkan dan Allah sudah tetapkan jodoh kami setakat itu. Ujian ini bukan hanya untuk saya tapi juga dia juga.
Mohon jangan kecam yer kerana setiap yang berlaku pasti ada hikmahNya. Untuk pengetahuan semua, Ahad minggu lepas (6/10/2024) kami sah berpisah secara baik di mahkamah dan kami tetap sama-sama menjalankan tanggungjawab untuk besarkan anak kami. Saya sangat berbesar hati kerana ramai yang mendoakan kami.Semoga kisah ini menjadi iktibar dan pengajaran kepada orang lain.Doakan yang terbaik untuk kami, Salam sayang buat semua♥️♥️♥️
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
“Saya bersedia, doakan Sarah tau” failkan tuntutan cerai terhadap Syamsul. Pergolakan rumah tangga antara Puteri Sarah Liyana dan suaminya, Syamsul Yusof menjadi perhatian umum sejak akhir-akhir ini.
Kemelut tersebut sampai ke kemuncak apabila Syamsul mengakui sudah bernikah dengan isteri keduanya, Ira Kazar.
Akhirnya isteri pertama Syamsul yang juga pelakon, Puteri Sarah Liyana telahpun mengambil keputusan untuk berpisah.
“Saya Bersedia, Doakan Sarah Tau”
Seperti yang diwar-warkan sebelum ini Puteri Sarah mengesahkan akan memfailkan perceraian di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, hari ini.
Saat dan masanya telah tiba dan pada jam 10.30 pagi tadi kelibat Puteri Sarah bersama dua orang adiknya di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.
Ternyata wajah Puteri Sarah begitu ceria dan dia bersemangat kerana dua adiknya menemani.
“Hari ini saya bersedia, bersemangat sebab ada adik-beradik datang bersama.
“Okay saya nak kena masuk dalam (mahkamah), doakan Sarah tau” ungkap Sarah sambil melambai tangan kepada para media.
Untuk rekod Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam, 5, dan Summayah, 3.
Keputusan Petunjuk dari Allah
Ibu kepada dua anak itu mengakui keputusan yang dibuat sebagai petunjuk dari Allah atas jawapan kepada doa dipanjatkan ketika menunaikan umrah di Makkah, tahun lalu.
Meluahkan seperti mana laporan Berita Harian, Puteri Sarah turut menolak dakwaan dirinya anti poligami susulan kenyataan tidak rela bermadu.
“Ramai kata Sarah tak nak poligami. Malah, ada juga yang anggap Sarah anti poligami.
“Mereka kata Sarah tak nak Ikut suruhan Allah. Itu semua tak betul.
“Cuma Sarah, Syamsul dan pastinya, isteri baharunya, keluarga dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) sahaja yang tahu apa yang berlaku di sebaliknya.
“Jadi, Sarah rasa cukup-cukuplah,” luah Puteri Sarah.
Nekad Failkan Cerai
Akui dirinya reda dengan apa sahaja yang ditakdirkan untuknya. Malah dia juga telah nekad untuk memfailkan perceraian.
“Sarah pergi umrah bulan puasa tahun lepas dan minta Allah tunjukkan jalan keluar.
“Inilah petunjuk Allah pada Sarah dengan apa yang berlaku. Keputusan bercerai adalah Allah yang gerakkan hati Sarah.
“Sarah memang reda dengan apa yang terjadi. Walaupun ada yang mempertikaikan betulkah Sarah reda.
“Sarah tahu apa yang berlaku di sebaliknya,” tegasnya.
Hari ini ramai di kalangan anak-anak dah mulakan sesi persekolahan secara online. Macam-macam pendekatan cikgu gunakan untuk berinteraksi dengan anak-anak yang lama tidak bersua muka. Jika, anak-anak perlu ikuti kelas online ada cara yang mak ayah boleh buat untuk elak bosan.
Guru ini, Wan Chu kongsikan panduan yang boleh mak ayah gunakan. Agar anak-anak lebih seronok ketika sesi kelas online, misalnya google meet.
Ini Tip Jika Mahu Anak Fokus Dalam Kelas Online
Tips untuk kekal kan fokus anak-anak di Kelas Online. Tahniah! atas kesungguhan Ibu bapa mengajar anak-anak. Walaupun cabaran besar menanti.
Perlu diingatkan bahawa fokus anak-anak kecil hanya 15 minit sahaja. Itu normal bagi seorang kanak-kanak dan hebat jika berjaya untuk fokus selama itu.
Situasi itu juga dihadapi guru-guru di sekolah. Tempoh 15 minit pertama adalah tempoh kritikal dalam sesebuah kelas untuk mengekalkan fokus murid hingga tamat kelas. Apa yang Ibu bapa boleh buat supaya anak-anak stay focus atau tidak bosan belajar di rumah?
1) Sediakan tempat belajar yang kondusif (cukup pencahayaan, udara dan selesa untuk menulis, membaca)
2) Sediakan kudapan ringkas semasa anak-anak belajar. Hanya mula diberi selepas tempoh kritikal 15 minit tamat.
3) Jika tonton Google Meet, sediakan buku tulis/kertas/pensel. Juga mainan picit-picit bagi hilang kan bosan (slime, tanah liat)
4) Jika menonton 1 jam, benarkan anak-anak keluar dan melihat benda-benda hijau. Pendedahan skrin terlalu lama tidak elok pada anak-anak.
Kurangkan Marah Waktu Mengajar Anak..
5) Semasa membimbing anak-anak puan perlu sentiasa bersemangat dan spend full time dengan anak-anak. Berlawak jenaka dan kurangkan marah jika mereka membuat kesalahan dalam latihan. Mereka dalam proses belajar dan kesalahan adalah perkara yang biasa.
6) Kena terima hakikat bahawa pembelajaran di rumah sama sekali tidak sama dengan di sekolah. Namun cara membimbing masih boleh sama. Mungkin lebih baik dari guru-guru mereka.
7) Adakan selang masa untuk anak-anak bermain (bukan games atau melayari sosial media/online) tetapi lebih kepada fizikal seperti kejar-kejar, tendang bola. Malah bergumpal dengan adik beradik pun elok untuk perkembangan emosi mereka.
8) Akhir sekali… jangan lupa berdoa sebelum dan selepas belajar. Ibu / ayah doakan dan sebut nama anak-anak sekali agar mereka tahu ibu bapa serius untuk mahukan mereka belajar dan berjaya. Semoga bermanfaat.
MW : Semoga infonya dapat membantu dan mudahkan mak ayah.
Pelajar tingkatan tiga jatuh asrama kritikal, ibu rayu doa orang ramai anak kembali pulih. Tiada yang lebih menyakitkan daripada melihat darah daging sendiri terbaring...