Tahniah dan selamat pengantin baru diucapkan buat pelakon Rafidah Ibhim atau Fida. Fida yang pernah membintangi drama Cinta Tikar Sejadah dan filem Adik Manja Returns telah memilih menamatkan zamn bujang dengan bekas pengurusnya Shahzemir Shahzulkarib.
Pasangan ini telah memilih tarikh 5 Mei sebagai tarikh sejarah mereka disatukan. Selepas berkenalan lebih 10 tahun Fida dan Shahzemir selamat bernikah di Masjid Jamek Kampung Baru.
Fida Ibrahim Syukur Semuanya Dipermudahkan
Paling penting Fida akui majlis yang berlangsung sederhana itu, hanya dihadiri keluarga terdekat kerana mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.
“Assalamualaikum & selamat pagi
“Alhamdulillah. Tanggal 5hb Mei, saya telah bergelar isteri kepada Shahzemir bin Shahzulkarib. Syukur ke hadrat ilahi, dalam kekalutan membuat persediaan yg sangat ringkas, semuanya tetap berjalan lancar dan dipermudahkan.
“Hanya dihadiri adik beradik & keluarga terdekat sahaja. (*Maaf saudara mara, sahabat & semua, majlis dibuat sangat ringkas & mengikut S.O.P serta jumlah jemputan yg sgt terhad) .
Pilih Nikah Ramadan Bulan Keberkatan
“Semoga dengan kehadiran para tetamu dan doa daripada kalian mengundang rahmat & berkat pada hari mulia, bulan mulia serta ikatan mulia ini buat kita semua.
Ads
“Terima kasih buat semua yg terlibat secara langsung dan tak langsung dalam perlangsungan majlis #akadnikah kami. Kami mohon maaf pada setiap kekurangan & kelemahan sepanjang majlis berlangsung,” tulis Fida menerusi entri di akaun Instagramnya.
Arwah Ibu Jahit Sendiri Baju Nikah
Fida juga akui dirinya berasa sangat bermakna apabila dapat memakai baju kebaya yang dijahit sendiri oleh Allahyarham ibunya.
“Walaupun arwah mak sudah meninggal dunia empat tahun lalu, tapi bagi saya dia tetap ada di majlis pernikahan ini.
“Saya tidak sangka akhirnya dapat juga tunaikan impian mak yang nak saya berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri. Selama hampir 20 tahun baju kebaya ini disimpan dengan rapi.
“Sebenarnya sudah lama juga saya nak berkahwin. Namun, ketentuan jodoh setiap orang itu ada yang cepat dan lambat. Bagaimanapun, alhamdulillah dapat juga saya pakai baju kebaya yang memang dijahit oleh arwah mak untuk majlis nikah saya,” ujarnya seperti mana dipetik menerusi Harian Metro.
Wanita ini juga akui hubungannya itu direstui Allahyarham ibunya sebelum meninggal dunia pada 4 Mei 2017.
Sumber Foto: Instaragm Rafidah Ibrahim
Sumber: Instagram Rafidah Ibrahim & Harian Metro
JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Cookies Viral Legend
Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 10 Julai dan 24 Julai 2021.
Ramai sangat ibu-ibu tunggal kecewa apabila tuntutan mereka mendapatkan nafkah anak-anak daripada bekas suami sering gagal, salah satu sebabnya kerana bekas suami enggan beri nafkah dengan membuat pelbagai helah untuk menidakkan tanggungjawab mereka itu dilaksanakan.
03.06.2012, bekas suami, Fauzul Rizal Bin Dahalan, bertunang dengan isteri sekarang ni, Noridah Binti Osman.
26.06.2012, saya diceraikan melalui SMS semasa hamilkan anak kedua.
29.07.2012, anak kedua dilahirkan.
01.10.2012, kami ke mahkamah untuk pengesahan cerai.
19.10.2012, bekas suami bernikah dengan Noridah Osman.
Demikian kronologi perpisahan saya dengan bekas suami, Fauzul Rizal Bin Dahalan.
Dari detik itu, anak-anak, Raimi Fatini Binti Fauzul Rizal dan Raid Fayyadh Bin Fauzul Rizal, tidak pernah terima kasih sayang apatah lagi huluran wang ringgit sebagai nafkah.
Saya tidak pernah menuntut, tetapi tatkala melihat si ayah begitu selesa menyambut birthday anak dengan isteri baru di tempat mewah dengan event planner semuanya, saya tahu dia juga mampu beri anak anak dia bersama saya hal yang sama.
Walau mungkin bukan majlis mewah, cukup sebiji kek untuk sambutan harijadi.
Tapi malangnya, saya cuma mampu melihat di media sosial.
Saya lost contact dengan dia, sebab setiap kali saya hubungi dia dan berbincang tentang tanggungjawab dia kepada anak anak kami, dia minta saya anggap dia dah mati.
Maka inilah antara usaha saya untuk mendapatkan semula hak anak anak saya dari seorang ayah.
Mohon sesiapa mengenali Fauzul Rizal Bin Dahalan untuk hubungi saya, bagi urusan tuntutan nafkah anak anak di mahkamah.
Saya dah cuba pelbagai ikhtiar untuk dapatkan maklumat Fauzul, tetapi gagal.
Maka inilah usaha terakhir saya untuk mengesan bekas suami saya.
Jasa baik kalian, Allah jua membalasnya.
Bekas suami dah 2 3 kali pergi umrah. Tapi tak pernah sekalipun beri nafkah anak anak…
Hari Jadi anak bekas suami dengan Noridah Osman baru baru ni.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bila lihat pasangan yang sama cantik sama padan. Isteri cantik, ada anak-anak yang membahagiakan, itu sudah cukup bersyukur. Tapi, peliknya bila semua dah ada, datang ujian yang tak diduga.
Apa lagi yang tidak kena di mata pasangan sehingga sanggup cari yang lain. Sementelah, perkahwinan yang dibina ini mendapat restu daripada mak ayah.
Tak kiralah siapa pun, kita semua diuji. Beruntung bila dapat mentua yang baik tapi diuji dengan pergolakan rumahtangga. Mampu bertahan demi anak-anak atau jalan terus untuk kehidupan yang lebih baik.
Perkongsian daripada Marlia Ramli ini ada betulnya. Wanita itu cantik, mampu lahirkan anak, belum tentu suami tidak akan terpaling. Hanya suami dan isteri saja tahu apa yang tersirat dalam hati sehingga sanggup berbuat demikian.
Antara perkara yang wanita perlu belajar adalah cantik bagaimana sekalipun, kita tetap akan diuji. Suami hanya pinjaman.
Wanita..
Hatta sebegitu cantik.
Mampu melahirkan anak-anak.
Disayangi dan direstui ibu bapa.
Belum tentu suami tidak akan berpaling.
Cuma…
Keuntungan yang paling besar bagi buat isteri cantik ini adalah memiliki mentua yang TIDAK GOYAH menyokong menantu. Ini adalah rahmat yang besar sebenarnya.
Memiliki mentua yang menganggap menantu seperti anak sendiri malah sentiasa merisaukan kebajikan cucu-cucu adalah rahmat.
Ada ibrah dari kisah ini.
Menantu Juga Anak
Di masa depan kita juga bakal menjadi mentua. Mudah mudahan kita belajar bahawa, menantu juga adalah anak.
Dalam Islam aurat menantu vs mentua adalah sama seperti aurat dengan anak kandung. Malah aurat menantu dan mentua kekal selamanya hatta selepas kita bercerai dengan anaknya.
Bila kita menjadi mentua esok-esok, jadilah mentua yang menyokong perkara HAK hatta ianya bermakna kita tidak menyokong anak kandung sendiri.
Ya!
Dalam rumahtangga, ujian sentiasa hadir. Ada yang bertahan kerana anak-anak. Ada yang disokong kuat keluarga mentua.
Setiap kita ada pelbagai sebab untuk bertahan. Setiap kita ada pelbagai sebab untuk terus menaruh harapan.
Namun… andai tangan yang memegang kerap berdarah, ada waktu kita mungkin perlu menyerah.
Menyintai bukan bermakna memiliki. Terus menarik tali yang tegang takut-takut semakin MELUKAKAN JARI.
Begitulah…
Mingguan Wanita : Allah uji pada mereka yang mampu menghadapinya. Percaylaah, ada yang lebih baik menanti di hadapan.
Rupanya ada 2 zikir yang sangat digalakkan dibaca selepas solat Subuh & Maghrib. Selain ia merupakan satu amalan sunnah yang sering dilakukan oleh Nabi SAW,ia mampu beri ganjaran yang sangat besar jika kita mengamalkannya.Rebutlah sebanyak mungkin peluang yang ada dengan membaca dua bacaan zikir ini. Semoga kita sama-sama cuba mengamalkannya agar beroleh ganjaran dan keberkatan daripadaNya.
Pertama :
Membaca sebanyak 10 kali, dalam keadaan masih duduk tahiyat akhir dan tidak berkata-kata, sehingga selesai bacaan :
Maksudnya:
“Tiada tuhan melainkan Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya. BagiNya segala kerajaan dan segala pujian. Dialah yang menghidupkan dan mematikan, dan Dialah yang Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu”
Kedua :
Membaca sebanyak tujuh kali, sebelum berkata-kata sehingga selesai bacaan.
Maksudnya:
“Ya Allah, peliharalah aku daripada api neraka.”
Boleh juga membaca :
Maksudnya:
“Ya Allah, peliharalah kami daripada api neraka.”
Fadilat Amalan Yang Pertama;
Hadis daripada Abu Zar berkata,Sesungguhnya Rasulullah S.A.W bersabda,
“Barangsiapa yang membaca selepas solat Subuh dalam keadaan kakinya masih seperti tasyahhud akhir, sebelum berkata-kata sebanyak sepuluh kali, ditulis baginya sepuluh kebaikan, dihapuskan daripadanya sepuluh kejahatan (dosa), diangkatkan baginya sepuluh darjat (kedudukan), dan dia pada hari itu terjaga daripada segala perkara yang dibenci, terbentang daripada syaitan, serta tidak ada suatu dosa yang dapat membinasakannya pada hari itu kecuali syirik (menyekutukan) Allah”.
(Riwayat at-Tarmizi dengan Sanad Hasan, Imam ath-Thobrani menyebutnya di dalam al-Aushot dan al-Kabir. Lihat juga Shahih at-Targhib wa at-Tarhib: 1/306)
Fadilat Amalan Yang Kedua;
Hadis daripada al-Harith bin Muslim daripada ayahnya berkata; Nabi S.A.W bersabda;
“Apabila kamu selesai menunaikan solat Subuh, maka bacalah sebelum kamu berkata-kata: “ Allahumma ajirna min nar” tujuh kali, maka sekiranya kamu meninggal pada hari itu, Allah menulis bagimu perlindungan daripada api neraka. Dan apabila kamu selesai menunaikan solat Maghrib, maka bacalah sebelum kamu berkata-kata: “Allahumma ajirna min nar” tujuh kali, maka sekiranya kamu meninggal pada malam itu, Allah menulis bagimu perlindungan daripada api neraka.”
(Riwayat Abu Daud dan An-Nasa’i)
Semoga ia menjadi amalan dalam membolehkan kita mendapat keampunan daripada Allah S.W.T, selamatkan dari azab api neraka serta ditempatkan di SyurgaNya.InsyaAllah
Sumber: Ustaz Dato’ Dr Hj Abdul Basit Hj Abdul Rahman
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sebagai seorang wanita pada realitinya banyak pengorbanan yang perlu dilalui termasuklah dalam mengharungi dunia percintaan. Begitu juga dengan watak Radwa yang mengajar kita bahawa...