Pelakon popular, Fattah Amin, mengakui antara rahsia bagaimana dia membina keserasian bersama isteri tercinta, penyanyi Amira Othman, ialah kerana mereka berkongsi tujuan dan pemikiran yang sama tentang kehidupan serta agama.
Menurut Fattah atau nama penuhnya Abdul Fattah Mohd Amin, 35, keserasian itu bukan sekadar pada perkara rutin harian, malah lebih mendalam apabila menyentuh soal pegangan agama dan makna kehidupan.
“Banyak bercakap tentang kerja tetapi kami ada satu topik yang saya suka iaitu mengenai agama dan tujuan hidup.
Kami ada persamaan bila berbual tentang hidup kerana pemikiran dan kepercayaan kami sama.
Apabila kami bersetuju tentang perkara yang sama, hidup akan jadi lebih seronok,” katanya dalam satu siaran langsung TikTok, semalam.
Agama Sebagai Asas Rumah Tangga
Bagi Fattah, setiap pasangan perlu sekufu dalam hal agama dan tujuan hidup. Itulah yang menjadi pegangan utama dalam membina rumah tangga yang kukuh.
“Saya rasa agama memang perlu letak di tempat pertama dalam hidup.
Ads
Bila nak berpasangan, perkara paling utama ialah pegangan agama dan cara pandang terhadap kehidupan.
Kalau dua benda itu tidak selari, bimbang perkara lain pun tak sama,” jelasnya lagi.
Pandangan ini jelas menggambarkan keutamaan Fattah terhadap nilai spiritual dalam membina keluarga. Sesuatu yang dekat dengan hati ramai wanita yang mendambakan pasangan yang memimpin dengan iman.
Fatima & “Aunty Mira”
Dalam siaran langsung sama, Fattah turut berkongsi tentang panggilan anak perempuannya, Nur Fatima Aisya, terhadap Amira.
“Fatima panggil Amira sebagai ‘Aunty Mira’,” katanya ringkas tetapi penuh makna.
Ads
Mesra dengan gelaran itu, ia melambangkan fasa baharu dalam kehidupan mereka sebagai satu keluarga, dengan Fatima yang kini berusia lima tahun perlahan-lahan membina hubungan rapat bersama ibu barunya.
Fasa Baharu, Doa Yang Mengiringi
Pada 14 September lalu, Fattah dan Amira selamat diijabkabulkan dalam sebuah majlis akad nikah penuh bermakna di Sepang, berkonsepkan Islamik Al-Zauj.
Sebelum ini, Fattah pernah mendirikan rumah tangga bersama aktres Nur Fazura pada tahun 2017, namun berpisah talak satu pada 7 Oktober tahun lalu. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya.
Kini, dengan kehadiran Amira, Fattah mengharapkan doa yang baik-baik agar keluarganya terus harmoni, dilimpahi keberkatan, dan dibina atas landasan agama yang kukuh.
Ads
Baru dua hari melayari kehidupan sebagai pasangan suami isteri, pelakon popular, Fattah Amin, 35, dan isteri tercinta yang juga penyanyi Amira Othman, dilihat bakal berangkat ke destinasi bulan madu.
Menerusi perkongsian di Instagram Story, Fattah memuat naik foto memegang tangan Amira dengan emoji hati berwarna biru dan kapal terbang, seolah-olah memberi bayangan mereka bakal terbang ke luar negara.
Pasangan yang selamat diijabkabulkan kelmarin sebelum ini memaklumkan kepada media, mereka akan ke beberapa destinasi bulan madu sambil menggabungkan urusan kerja. Namun, lokasi sebenar masih dirahsiakan.
Sejak disatukan sebagai pasangan suami isteri, Fattah dan Amira terus menjadi perhatian.
Majlis pernikahan mereka yang disiarkan secara langsung menerusi akaun Facebook Unifi TV meraih lebih 166,000 tontonan.
Kemunculan mereka dalam sesi langsung di TikTok malam tadi turut mencuri perhatian apabila meraih 70 juta tanda suka dengan lebih 150,000 tontonan.
Bayangkan anak perempuan seusia 9 tahun ini memahami apa yang terjadi kepada saudara Muslim di Christchurch, New Zealand.
Lukisan berdarah dengan nota, “Terrorism has no religion or nationality.” (Keganasan tidak ada agama atau warganegara) ini mengundang kejutan buat si ayah, pelakon terkenal Aaron Aziz, 43.
Sama sekali tak menyangka anaknya itu, Dahlia Arissa, 9 mampu meluahkan emosinya terhadap serangan masjid di Christchurch, New Zealand dalam bentuk lukisan.
“Lihat apa yang Dahlia lukis. Saya tidak ingat sama ada mampu melukis sesuatu yang sedih pada usia seperti dia.”
Apa Yang Terjadi Pada Dunia Hari Ini
Hati bapa ini ‘pecah’ apabila menatap lakaran anaknya.
“Sungguh terharu melihat kanak-kanak melakar lukisan sedih sebegini. Apa yang berlaku kepada dunia hari ini?”
Doanya semoga para syuhada diletakkan di tempat yang paling tinggi dalam syurga Allah.
Keganasan melampau yang berlaku lewat 15 Mac lalu, mengorbankan sejumlah 50 orang jemaah solat jumaat dan mencederakan 20 orang yang lain.
Semoga mangsa yang tercedera ini dapat kembali pulih dengan segera, dan ahli keluarga mangsa dapat menjalani kehidupan mereka dengan tenang dan dipermudahkanNya.
Bantulah! Keluarga Mangsa
Buat pembaca yang mahu menghulurkan sumbangan pada keluarga mangsa, salurkan ke tabung kecemasan #Sinar4NZ49Martyrs
MBB : 564276529068 SINAR KARANGKRAF SDN BHD
Slip/tanda sumbangan, sila whtasapp ke talian : 013 312 4164
Benarlah kata Puan Noor Afidah Abu Bakar, Parent Connect Consultancy, Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK) MA Early, “kanak-kanak walau dalam masjid sekalipun akan tetap menjadi kanak-kanak. Adalah mustahil untuk dia menjadi seperti orang dewasa.”
Jadi, bagaimana sebagai mak ayah mahu melunaskan misi membawa anak ke masjid dengan tenang dan damai. Tanpa perlu mengherdik anak agar duduk setempat. Dan tanpa perlu menahan hati dari melihat jelingan tajam jemaah lain yang berbaur-baur emosi dalam hati mereka itu.
Kerana inilah sifat kanak-kanak, “Dia bersemangat, dia impalsif, dia perlu bergerak, dia belum boleh mengawal diri. Ruang yang luas dan lapang sangat mengujakan bagi dia.”
“Lapar, letih, mengantuk, panas, sejuk, dan bosan akan membuatkan dia meragam.”
Sebelum Bawa Anak Ke Masjid, Mak Ayah Pastikan..
Jadi mak ayah, apabila membawa kanak-kanak ke masjid, adalah menjadi tanggungjawab ibubapa untuk:
1) Menyediakan keperluannya supaya dia tidak lapar dan dahaga.
2) Memastikan keselesaannya supaya dia mempunyai ruang dan tidak kebosanan.
3) Memberi bimbingan kepadanya terlebih dahulu dan dari masa ke semasa supaya dia tahu adab di masjid.
4) Mengajak dan memberi galakan untuk mengikut imam supaya dia dilatih untuk bersolat.
5) Memberi pujian apabila dia berkelakuan elok supaya dia bersemangat untuk terus menjadi baik.
6) Memberi peringatan jika dia tersalah laku supaya dia memperbetulkan kesilapannya.
7) Menegah jika dia keterlaluan supaya dia tahu dia sudah melampaui batas.
Elak Mengherdik, Biar Anak Jadi Biasa Dengan Masjid
ANDAI DIBIARKAN, dia tidak akan tahu bagaimana untuk menghormati masjid dan makmum yang lain.
ANDAI DIHERDIK, dia tidak akan suka untuk datang ke masjid lagi.
Latihlah anak untuk ke masjid dari masa ke semasa supaya dia menjadi biasa. Kebiasaan menjadikan anak lebih tertib dan tenang.
Kanak-kanak akan tetap menjadi kanak-kanak walau di mana sekalipun. Orang dewasa perlu bersikap seperti orang dewasa dalam menguruskan kanak-kanak.
MW: Semoga tip ini membantu memudahkan urusan mak ayah membawa anak-anak ke masjid sepanjang Ramadan ini.
Bukan senang nak bersihkan jubin yang sudah lama terbiar tak dicuci disebabkan kesibukan kerja rumah yang lain, jadi anda patut cuci sebelum rumah nampak teruk dan kotor. Tetapi apakah pencuci terbaik yang mampu hilangkan segala kotoran sekelip mata?
Kebanyakan pencuci yang ada di pasaran mengandungi bahan kimia, jadi tak pelik kalau ada sesetengah orang yang alah dan menyebabkan jari jemari jadi menggelupas. Ya, itulah tanda kulit anda sensitif!
Nak tak nak, kenalah cari cara lain untuk mencuci jubin yang berlumut, tak kan nak biar nampak kotor, kan?
Apa kata anda cuba pencuci yang menggunakan bahan semula jadi ini, yang penting selamat untuk anda dan juga bayi! Anda cuma perlu sediakan:
Bahan-bahan:
7 cawan air
1/2 cawan soda
1/3 cawan jus lemon
1/4 cawan cuka
Caranya:
1. Masukkan kesemua bahan ke dalam botol spray, goncang dan spray ke lantai jubin yang berlumut.
2. Biarkan 1-2 minit, kemudian gosok dan bilas.
Serius, anda boleh lihat sendiri hasilnya! Berkesan dan wangi dengan bau lemon.
Selamat mencuba!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!