
Isi Kandungan
ToggleFarid Kamil cuba curi hati. Dalam diam tiba-tiba kes rumah tangga pasangan sensasi, Farid Kamil menjadi tumpuan ramai apabila isterinya Diana Danielle membuat permohonan cerai.
Pada 20 Mac lalu Diana yang juga heroin filem Imaginur telah membuat permohonan cerai atas alasan, tiada persefahaman dan berlakunya shiqaq atau perbalahan berpanjangan. Namun suaminya Farid enggan melafazkan cerai tersebut.
Difahamkan pasangan itu juga tidak lagi tinggal serumah. Farid dan Diana telah berkahwin pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Aurora, 7.
Farid Kamil Cuba Curi Hati
Seperti mana yang dilaporkan media, Diana telah hadir di Mahkamah Syariah Subang Bestari pagi tadi bagi sebutan semula kes perceraiannya membabitkan proses Jawatankuasa Pendamai (JKP).
“Salam Ramadan,” kata Diana Diana sejurus tiba di mahkamah dengan memakai jubah hitam sambil ditemani pembantu dan pengawal peribadinya.
Farid Bawa Sejambak Bunga Mawar
Seminit kemudian, Farid pula tiba di mahkamah dengan memakai baju batik berwarna hitam dan bercorak putih, ditemani peguamnya.
Kelihatan Farid memegang sejambak bunga mawar, sejurus keluar dari kereta jenis Vellfire.
“Bunga ini saya nak beri kepada Diana Danielle sebagai tanda pendamaian pertama,” ungkapnya.
Baca Disini : Diana Danielle Fail Perceraian, Farid Kamil Enggan Lafaz Talak Di Mahkamah

Sumber / Sumber Foto : Sinar Harian
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Daphe Iking rancang semuanya terlebih dahulu supaya senang untuk jaga rambut! Betul juga ya, mak-mak yang sering masak tu mesti hilang selera untuk makan kan?
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Wanita Ini Dapat Langsai 3 Hutang Belajar, Walau Gaji Tak Sampai RM1500

Isi Kandungan
ToggleHebatnya wanita ini mengurus gaji bulanan yang diterima. Matlamat utama, setiap kali mendapat gaji adalah menyelesaikan hutang. Dan salah satunya hutang belajar.
Seperti yang dikongsikan dengan Mingguan Wanita, Asyrafiah Sabri ini ada 3 hutang belajar; 2 untuk diploma dan 1 untuk degree.
“Untuk diploma saya pinjam PTPTN dan SUK Selangor untuk degree.”
“Saya serius bayar start kerja guru iaitu pada Jun 2016. Hutang PTPTN saya langsaikan pada bulan November 2017, dan hutang SUK Selangor saya settle pada Disember 2018.” ujarnya yang mendirikan rumahtangga pada September 2016.
Asy, Berapa Gaji Kau Sampai Boleh Settle Hutang Study?
Inilah soalan yang selaaaaaalu saya terima. Terus terang saya cakap, gaji saya tak banyak pun. Tak sampai RM1,500.
Tapi kawan-kawan, ketahuilah. Walau RM10k pun gaji bulanan anda, tapi tak pandai urus duit, memang tau-tau duit dah habis.
PENTINGNYA MONEY MANAGEMENT.
Saya tak pernah lagi mana-mana kursus secara khusus tentang money management. Cuma ada beberapa tips yang saya boleh kongsikan dengan kawan-kawan tentang money management.
1. DISIPLIN
Disiplin bukan terbentuk sehari dua. Malah ia memakan masa bertahun-tahun untuk dibentuk.
Simpan dulu, bakinya guna. Atau kalau tak boleh, pastikan semua baki duit kita disimpan.
Kalau kita ni ada masalah kalau nampak duit dalam tabung, rasa panjang je tangan nak ambil, simpanlah dalam tabung yang legap contohnya tong ESP ke, tong Cinch Shake ke.
2. ADA TUJUAN SIMPAN
Ada macam-macam tujuan kita simpan duit. Nak kahwin, nak melancong, nak beli rumah.
Terpulanglah kita nak simpan untuk apa. Duit kita, ye dak?
Tapi, nak simpan untuk apa-apa tujuan sekalipun, jangan lupa portion bayar hutang. Hutang tu wajib dibayar sampai ke akhir nyawa.
3. UTAMAKAN YANG UTAMA
Setiap orang, ada keutamaan masing-masing sebab komitmen kita lain-lain, kan?
Tapi, harus bijak bezakan keutamaan dan nafsu. Barulah duit terurus dengan bijaknya.
Gittew.
Kesimpulannya, berapa gaji bukanlah isu untuk selesaikan hutang. Kalau gaji kecil tak boleh nak manage, macam mana nak uruskan gaji yang lebih besar. Kan?
Cara Saya Bebas Hutang Belajar, Konsisten Bayar Dari Jun 2016
Saya tak buat potongan gaji, tapi saya disiplinkan setiap bulan saya akan bayar RM150 bermula Jun 2016.
Plus saya buat bisnes Shaklee, jadi hasil biz Shaklee tu saya simpan dan bayar baki PTPTN secara lumpsum.
Tahun-tahun sebelum tu, saya ada bayar tapi tak konsisten sebab belum kerja tetap.

Hutang SUK Selangor, saya bayar setiap bulan secara konsisten juga start lepas saya kerja guru. Dan bakinya saya bayar lumpsum hasil baki saving duit kerja dan bisnes Shaklee.
Gaji saya RM1350. Tak sampai RM1500
Pokok pangkalnya, semua itu dari disipilin dirimu, bossku.
Pastikan tiap bulan ada duit simpanan. Kalau tak boleh nak disiplin simpan berapa banyak, boleh roger Fikri Hamidun sebab beliau konsultan takaful merangkap simpanan jangka masa panjang.
Kalau nak tau pasal macam mana Asy settle hutang hasil bisnes Shaklee, rogerlah Asy. Memang saya tunjuk dari A to Z.
Jom, kita bebas hutang!
Sumber/Foto : Asyrafiah Sabri
Makluman : Artikel ini diterbitkan dengan keizinan daripada penulis asal.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kalau Betul Depression, Bantulah Iqram Dinzly!

Isi Kandungan
ToggleKemurungan atau depression adalah satu istilah perubatan yang menggambarkan perubahan emosi yang keterlaluan. Lagi teruk ia bukan lagi emosi normal tetapi suatu penyakit yang perlu dirawat yang boleh jadi pada sesiapa sahaja.
Tak semestinya berpunca dari masalah peribadi atau rumah tangga sahaja dan bukan juga tentang lemahnya amalan ibadah kerana orang yang jaga solat, kuat mengaji al-Quran juga boleh terkena.
Punca Utama Depression
Antara sebab yang boleh menarik dalam dunia depresi adalah kerja harian mak-mak, pekerjaan yang berlambak, kejian orang sekeliling atau perasaan terpendam yang terbuku terlalu lama hingga akhirnya ibarat gunung berapi yang memuntahkan lahar.
Tambahan pula perasaan kita juga berubah-ubah dan berterusan dalam tempoh-tempoh tertentu. Persoalannya, adakah semua perasaan sedih itu normal ? Perlu ke kita berjumpa doktor hanya kerana kita merasa sedih?
Ini berkait dengan kematian ahli kumpulan utama Shinee, JongHyun yang dikatakan bunuh diri akibat depression. Kematiannya boleh dijadikan pengajaran untuk kita alert orang sekeliling yang nampak perlukan perhatian, tak boleh pandang remeh dan biarkan mereka terus hanyut dalam emosi sedih.
Di Malaysia pula, pelakon lelaki yang baru-baru ini panas di media sosial dengan viral video-video Iqram Dinzly yang dulu bukan yang sekarang.
Ramai yang perasan kelakuan pelik Iqram sejak kebelakangan ni. Terutama selepas ayahandanya meninggal dunia. Ada yang anggap Iqram sebenarnya sedang mengalami depression ataupun tekanan, ada juga yang anggap dia sesat. Wallahualam.
Situasi ini mencuit emosi salah seorang netizen, Sha Arjunalaila – Omma yang mana dia juga menyatakan agak sedih melihat keadaan pelakon lelaki tersebut menerusi status Facebook miliknya…
Pandangan Netizen Tentang Depression
Tadi sebenarnya aku tengok live Iqram Dinzly dekat insta.
Tapi sedih sangat tengok keadaan dia.
Sedih tengok cara dia. Dia sangat berbeza dengan yang dulu. Dengan tarian lucah, maki hamun, tak terkata dah. Dia nampak sangat berbeza.
Aku dapat rasa dan yakin yang dia ni mengalami mental illnes yang dipanggil depression atau lebih dari itu.
Dia takkan mengaku dia sakit. Ya, orang yang mengalami depression susah nak mengaku dia sakit dan dia susah nak pergi merawat diri sendiri.
Risiko paling besar, dan dah banyak kali terjadi bila seseorang mengalami depression adalah bunuh diri kerana terlalu tertekan.
Stress dan depression tu berbeza. Tapi stress yang berulang kali dan tak dikawal akan menjadi faktor mental illnes ni.
Kalau nampak kawan kita update status atau cakap nak bunuh diri, tolong la dia.
Tolong selamat kan dia, bagi dia kata kata semangat.
Bila dia cakap macam tu, maknanya dia dah ada tanda tanda depression.
Ada yang kata Iqram ni depression sebab ayah dia meninggal.
Ada yang kata dia ni belajar ilmu sesat.
Tapi bila sebelum sebelum ni ada tengok video dia menangis nanges sebab ayah dia sakit. Dengan keadaan dia yang sekarang, aku rasa dia ni memang mengalami depression. Dia nampak kurus sangat.
Dia macam ada split personality disorder, sebab dalam beberapa minit dia boleh menangis bila dengar zikir, kemudian tiba tiba maki hamun, tiba tiba maki hamun berjoget hyper active, lepas joget sambung maki dan menangis lagi.

Terkilan jugak bila baca komen komen segelintir netizen yang mengherdik, gelakkan dia, turut sama mengeluarkan kata kata lucah.
Andai Benar Depression
Kalau betul dia depression, bantu la dia.
Kalau betul dia sesat, bantu la dia.
Bukan dengan cara yang salah.
Termasuklah netizen yang jauh dari dia tapi hanya dekat dengan dia di media sosial, bantulah dari segi kata kata yang baik. InshaAllah kata kata yang baik tu akan jadi doa untuk dia.
Takkan kau nak artis malaysia pun macam artis Korea kumpulan Shinee yang baru mati baru baru ni. Bunuh diri macam tu je?
Takyah pandang Iqram ni sebagai artis pun takpe la, tapi pandang dia sebagai seorang saudara yang kita perlu bantu.
Aku ngeri tengok dia live tad. Kesian pun ada.
Kalau dia sihat, dia tak macam tu.
Yang terdekat dengan dia bantu la dia.
Kita semua pernah nampak dia yang dulu macam mana. Bandingkan semula dengan dia yang sekarang. Masa live tengok cara dia, movement dia, mata dia, emosi dia, fizikal dia, pakaian dia, dia dulu tak macam tu.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lima Tirai Besi Aneh Lagi Pelik Di Dunia

Penjara…sesiapa pun gerun mendengarnya. Seolah-olah burung yang terbang bebas, terkurung di dalam sangkar tanpa boleh terbang ke mana-mana. Begitulah gambaran kehidupan di balik tirai besi. Terpenjara menjalani hukuman dalam tempoh masa tertentu, ada juga yang tertulis ajalnya di penjara ekoran hukuman jenayah yang dilakukan.
Ironinya, jangan tak tahu masih wujud juga penjara yang menggunakan pendekatan ihsan dalam menyantuni penghuninya. Berikut adalah perkongsian mengenai lima penjara unik dalam artikel ini memberi dimensi baru buat anda, mengenai kisah pelik lima tirai besi di dunia.
1. Penjara San Pedro, Bolivia
Penjara yang paling unik, kerana bukan sahaja banduan malah keluarga pun boleh turut serta dan menginap di dalam sel tahanan. Aneh bukan? Setiap banduan yang baru pertama kali melangkah masuk ke dalam penjara ini, perlu membayar wang pendaftaran kepada ketua penjara tersebut. Wang itu bertujuan bagi membayar kos penginapan mereka di sel penjara.
Bagi banduan yang membawa anak dan isteri mereka menetap bersama. mereka terpaksa menanggung risiko berdepan dengan penjenayah seksual berhati kering yang dipenjarakan atas kesalahan rogol, bunuh dan jenayah seksual lain. Untuk menampung kos penginapan dan hidup selama di penjara, banduan perlu bekerja. Antara pekerjaan yang ditawarkan adalah tukang kebun, tukang kasut serta bekerja di unit pembuatan dadah yang sah; iaitu salah satu punca penjana ekonomi penjara tersebut. Sel di penjara itu terbahagi kepada kategori paling daif, sederhana dan berkelas mewah.
2. Penjara Halden, Norway
Bak hotel lima bintang! Penjara ini amat menitik beratkan keselesaan penghuninya. Dikenali sebagai penjara paling ‘manusiawi’ di dunia dilihat menawarkan servis berkelas lima bintang kepada tahanannya. Reka bentuk penjara yang moden, dimana penghuninya tidak mempunyai pakaian seragam banduan sepertimana di penjara lain.
Tahanan bebas melakukan aktiviti bersukan, bermain muzik di studio khas, bersenam di dalam gimnasium yang lengkap dengan fasiliti terkini, bilik sel yang selesa persis bilik asrama dan diberi kebenaran menggunakan dapur untuk memasak makanan sendiri. Tujuan tahanan ini diberi layanan sebaiknya agar mereka menghargai kebebasan dan berazam untuk menjalani hidup yang lebih positif dan bebas jenayah sebaik melangkah keluar dari penjara. Hasilnya bilangan pesalah yang direkodkan kembali semula ke penjara hampir tiada. Tindakan penjara ini menggunakan pendekatan sebegini wajar di puji.
3. Penjara Aranjuez, Sepanyol
Mendapat jolokan penjara mesra keluarga, banduan yang mempunyai anak mendapat keistimewaan untuk membawa anak dan isteri sama-sama menetap di dalam sel dikhususkan untuk keluarga yang mempunyai 36 unit kesemuanya. Di dalam bilik tersebut katil khusus untuk bayi yang dihiasi dengan permainan comel menjadi penyeri buat anak-anak mereka.
Sebaik anak mereka berusia tiga tahun, ibu bapa tersebut perlu berpindah ke sel lain dan anak-anak di serahkan kepada penjaga atau keluarga. Lazimnya sebelum anak-anak kecil tersebut berusia tiga tahun, ramai banduan wanita ataupun isteri si pesalah lelaki, akan berusaha untuk hamil dan melahirkan anak lagi. Dengan harapan mereka boleh sama-sama tinggal dalam sel yang sama seperti keluarga normal lain.
4. Apac, Association for Protection & Assistance to Convict, Brazil
Sekali lagi elemen kekeluargaan menjadi sebahagian dari identiti pusat pemulihan di Brazil ini. Adalah normal, keluarga pesalah akan hadir menziarahi pesalah terutamanya apabila melibatkan hari-hari perayaan tertentu.
Sebaliknya di pusat pemulihan ini, mereka menggunakan pendekatan berbeza. Di mana pesalah dibenarkan pulang menziarahi keluarga mereka untuk beberapa hari. Tujuannya bagi mencambahkan rasa ingin berubah dikalangan banduan dan mereka boleh kembali kepangkuan keluarga dan masyarakat dengan semangat positif.
Apac juga menggalakan si pesalah ini bekerja di dalam penjara dengan melakukan aktiviti pertanian, pertukangan, menjahit dan pelbagai ilmu kemahiran lain yang mana boleh dimanfaatkan sebaik mereka melangkah keluar dari pusat ini.

5. Penjara Bastoy, Norway
Penjara yang mendapat gelaran ‘penjara paling baik’ di dunia kerana layanannya terhadap tahanan. Keselesaan penghuni penjara menjadi fokus utama penjara ini, setiap seorang tahanan layak menghuni sel selesa sendirian. Mereka perlu berkongsi penggunaan dapur untuk memasak makanan mereka sendiri.
Setiap hari, tahanan akan diberi makan hanya sekali sahaja. Sekiranya rasa lapar, mereka diberi kebenaran membeli bekalan makanan di pasar raya tertentu dengan menggunakan wang elaun yang diberi oleh pihak penjara berjumlah $90 sebulan.
Selain itu untuk mendapatkan duit tambahan, tahanan ditugaskan menguruskan tanaman, menjaga kuda, memperbaiki basikal, melakukan kerja-kerja pertukangan dan pemuliharaan kemudahan yang terdapat di Pulau Bastoy. Penjara yang terletak di pulau itu mempunyai hanya 69 kakitangan penjara yang mengawal hamper 115 tahanan. Hanya lima pegawai ditugaskan bagi menjaga tahanan ketika sesi malam.
Tahanan diberi kelonggaran untuk pergi ke gereja, perpustakaan dan melibatkan diri dengan aktiviti riadah seperti memancing, menunggang kuda dan bersukan.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI