Fail Cerai, Datin Red Akui Perpisahan Jalan Terbaik. Tiada siapa merancang untuk berkahwin dan akhirnya bercerai. Namun ia adalah perkara yang tidak mustahil untuk terjadi.
Terbaru madu kepada penyanyi Adira Suhaimi, Datin Seri Sharifah Norshafila Hashim atau lebih dikenali dengan panggilan Datin Red telahpun menfailkan perceraian terhadap suaminya Datuk Red.
Fail Cerai, Datin Red Akui Perpisahan Jalan Terbaik
Menurut Datin Red tindakannya memfailkan cerai sebelum ini bukanlah atas keputusannya. Seperti mana dipetik menerusi mStar Online, Datin Red memberitahu perpisahan adalah jalan terbaik untuk dirinya dan suami.
“Saya tak nak cakap banyak sangat, apa yang saya boleh cakap, ini bukan keputusan saya. Itu saja. Tapi saya rasa ia (penceraian) adalah yang terbaik,” ungkapnya ringkas.
Pagi tadi Datin Red berada di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor bagi sebutan kedua kes tuntutan penceraian terhadap suami.
Ads
Sebelum ini Datin Red telah memfailkan perceraian terhadap Datuk Red pada penghujung Januari lalu. Selain isteri pertama Datuk Red, Adira yang juga isteri keduanya turut memfailkan penceraian pada 25 Oktober tahun lalu.
Bekas penyampai radio, Ikhwan Rosli dedah dalam bidang seni gaji penyampai radio antara yang tertinggi. Namun tak semua penyampai dibayar tinggi ianya berdasarkan pengalaman. Ikhwan juga mengulas mengenai nasib yang dialami oleh bekas penyampai Suria FM, Tyzo Xander.
Ads
Ain Edruce dikecam terlampau kasar dengan suami? Betul atau hanya sekadar gurauan dalam hubungan?
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Hasrat anak beli murtabak untuk ibu berbuka puasa tak kesampaian, berbakti hingga akhir hayat.
Hasrat seorang lelaki memenuhi permintaan ibunya untuk menikmati martabak ketika berbuka puasa tidak kesampaian apabila dia terkorban dalam nahas di Kilometer 3, Jalan Bota Kiri-Tanjung Belanja, di sini pada Ahad.
Dalam kejadian sekitar jam 5 petang itu, mangsa, Megat Azman Megat Yahaya, 41, disahkan maut di tempat kejadian akibat kecederaan di kepala.
Difahamkan, mangsa yang menunggang motosikal dalam perjalanan menuju ke bazar Ramadan berhampiran untuk membeli martabak dan juadah lain untuk berbuka puasa bersama keluarganya di kampung.
Ekoran kemalangan maut itu, anak saudara kepada arwah pengguna fb atas nama Emma ZA turut berkongsi kisah sedih ini.
“Tulisnya, di bulan Ramadhan. Pakcik saya, Megat Azman Megat Yahaya pergi meninggalkn kita. Al-Fatihah buat pakcik ku sayang. Selamat tinggal. Anak yang baik kepada ibunya. Tiap minggu arwah pulang kampung untuk tengok keperluan ibunya. Dari Sg Buloh Ke Parit.
“Accident semasa nak pergi beli Opah saya (ibu arwah) murtabak untuk Opah. Sampai ke hujung hayat berbakti kepada orang tuanya. Allahuakbar tapi sampai ke sudah tak balik. Semoga ditempatk n dengan orang yang beriman. Semoga Opah kuat. Semoga isteri beliau kuat tabah. Al-Fatihah Megat Jagindas Azman.
Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Hafezul Helmi Hamzah berkata, laporan kemalangan diterima melibatkan sebuah pacuan empat roda jenis Suzuki Jimny yang dipandu lelaki berusia 82 tahun dan motosikal jenis Honda RS150 ditunggang mangsa.
Menurut beliau, kemalangan berlaku apabila kenderaan terbabit bergerak dari arah Bota Kiri menuju Tanjung Belanja manakala mangsa dari arah bertentangan.
“Apabila sampai di lokasi, kenderaan terbabit dipercayai hendak masuk ke simpang kanan jalan lalu dilanggar mangsa di bahagian ‘fender’ hadapan sebelah kiri.
“Kemalangan itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi di sini pada Isnin.
Hafezul Helmi berkata, mayat mangsa kemudian dibawa ke Unit Forensik, Hospital Changkat Melintang untuk dibedah siasat.
“Hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah disebabkan ‘Severe traumatic brain injury consistent with motor vehicle accident’.
“Warga emas terlibat telah ditahan untuk siasatan lanjut yang dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Pelajar vokasional meninggal dibelasah, tular screenshoot pembuli “siap pakaikan baju sekolah pada arwah…
Pelajar lelaki ditemui mati di bilik asrama dipercayai dibelasah rakan dalam kejadian di sebuah kolej vokasional, di sini, awal pagi tadi.
Mangsa, Mohammad Nazmie Aizzat Muhd Narul Azwan, 17, ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh warden asrama yang bertugas pada 6.50 pagi.
Dalam pada itu, tular di media sosial satu screenshoot bahawa selepas kejadian pukul itu berlaku, pembuli didakwa telah memakaikan arwah pakaian sekolah lengkap berstoking yang menampakkan seolah arwah sedang bersiap ke sekolah dan agar perbuatan buli itu tidak kantoi dilakukan mereka.
Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dr Rohan Shah Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan yang dibuat oleh pengarah kolej berkenaan.
Katanya, mangsa adalah penghuni asrama kolej berkenaan ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak Hospital Lahad Datu yang hadir untuk memberikan rawatan kecemasan.
“Bertindak di atas laporan yang dibuat itu, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu bergegas ke lokasi kejadian.
“Siasatan mendapati kejadian berlaku di bangunan asrama lelaki kolej berkenaan dan mendapati kejadian benar berlaku berikutan penemuan mayat remaja lelaki dalam keadaan terbaring di lantai di dalam sebuah bilik asrama kolej itu,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Menurutnya, pemeriksaan selanjutnya mendapati terdapat kesan kecederaan dan lebam di beberapa bahagian tubuh mangsa.
“Pihak polis mengenalpasti punca kejadian ialah perselisihan faham antara mangsa dengan penghuni-penghuni asrama yang lain.
“Mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Lahad Datu bagi proses bedah siasat untuk mengenalpasti punca kematian mangsa,” katanya.
Beliau berkata, sehingga kini, polis menahan seramai 13 pelajar lelaki berusia 16 dan 19 tahun manakala satu rampasan alat pengecas telefon pintar yang dipercayai berkait dengan siasatan kes ini.
“Setakat ini, polis juga mengesan tujuh saksi bebas untuk membantu siasatan.
“Kes disiasat mengikuti Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.
Sementara itu, Dr Rohan meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi dalam kes ini dan polis sedang menjalankan siasatan secara terperinci dari pelbagai sudut secara telus.
Dimurahkan rezeki di kala ramai hadapi ujian kehilangan sumber pendapatan, Alyah nekad bantu mereka yang memerlukan. Allahu baiknya hati selebriti wanita yang juga isteri kepada maestro muzik terkenal, Datuk Ramli MS iaitu Datin Alyah yang berniat mahu membantu mereka yang memerlukan di sekelilingnya.
Ditemui pada majlis pelancaran produk Twomee yang melantiknya sebagai duta baru-baru ini, Alyah berkata, dia bertekad mahu membantu mereka yang memerlukan di sekelilingnya.
“Saya ingin membantu ramai yang ada di sekeliling saya sebab tahu pelbagai ujian dialami mereka. Cuma rezeki saya sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dulu sampai sekarang, masih mendapat pelbagai tawaran.
“Umpama di kala ramai orang lelah menghadapi ujian kehilangan sumber pendapatan, tapi saya terus diberikan rezeki oleh Allah. Jadi, saya berhasrat ingin bantu mereka disekeliling itu mendapatkan sesuatu yang baik juga,” ungkapnya.
Walau usianya sudah menginjak 40 tahun namun Datin Alyah terharu apabila mendapat kepercayaan untuk bergelar duta kepada produk kosmetik.
“Saya bersyukur sebenarnya kepada Datuk Suraya iaitu pengasas Twomee kerana dalam ramai selebriti wanita, saya yang jadi pilihan mereka. Terima kasih sebab sudi bekerjasama walaupun kat luar sana banyak persaingan tapi inilah rezeki untuk saya pada tahun ini.
“Saya bertanggungjawab untuk bantu jenama ini dapat sambutan di pasaran. Lagi pula saya seorang penghibur yang sering berhadapan dengan orang ramai jadi memerlukan saya untuk jaga penampilan,” kongsinya lagi.
Sebelum bertindak sebagai duta Alyah akui dirinya tetap mencuba sesuatu produk sebelum menyatakan persetujuan.
“Sebelum nak jual dekat orang dan saya setuju jadi duta, mestilah saya akan cuba dulu rangkaian produk yang mereka ada. Macam Makeup Based 3 Dalam 1 ni, amat sesuai dengan kulit muka saya. Ia juga menjalani banyak proses penyelidikan sebelum benar-benar yakin untuk di jual.
“Bila sesuai dengan kulit wajah saya, sudah tentu saya lebih yakin nak syorkan kepada orang luar. Bukan setakat nak bersolek saja tapi produk ini turut merawat kulit kita lebih-lebih bagi mereka yang ada masalah kulit wajah,” sambungnya.
Ditebak kepada Datuk Suraya mengapa dirinya memilih Alyah sebagai duta produk, sikap Alyah yang ramah menjadi antara penyebab utama Datuk Suraya memberi peluang kepada Alyah bergela duta Twomee.
“Saya kenal Alyah sewaktu dia menjadi artis undangan untuk majlis perkahwinan saya.
“Bila selesai majlis, saya tengok dia sangat ramah dengan semua orang walaupun tetamu yang datang itu bukan kenalan dia.
“Itulah antara sebab kenapa kami bekerjasama dan harapnya ia akan memberi impak yang baik untuk kedua-dua pihak,” jelas Datuk Suraya.
Twomee menggunakan bahan-bahan semula jadi yang digunakan diimport dari luar negara antaranya ialah Petroleum yang dapat mencegah punca kehilangan kelembapan pada kulit.
Selain itu, bahan seperti Helichrysum merupakan herba yang dapat mencegah penuaan kulit, menghalang keradangan kulit dan sangat membantu kulit yang bermasalah. Manakala, Snow Mushroom digunakan sebagai agen kelembapan yang berkesan tiga kali ganda lebih baik dari Hyaluronic Acid.
Bekas penyampai radio, Ikhwan Rosli dedah dalam bidang seni gaji penyampai radio antara yang tertinggi. Namun tak semua penyampai dibayar tinggi ianya berdasarkan pengalaman. Ikhwan juga mengulas mengenai nasib yang dialami oleh bekas penyampai Suria FM, Tyzo Xander.
Ain Edruce dikecam terlampau kasar dengan suami? Betul atau hanya sekadar gurauan dalam hubungan?
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Dalam hubungan keluarga, biasanya seorang emak memang lebih sayangkan menantunya. Akan nampak perbezaan ketara layanan emak pada menantu dan anaknya sendiri.