Selepas mengalami sesak akibat penyakit asma, pelakon veteran Wan Maimunah, 65 diwadkan di Hospital Alor Gajah, Melaka. Beliau juga dimaklumkan terkena jangkitan kuman pada paru-paru.
Tak lama selepas berita itu, ada netizen tidak bertanggungjawab menyebarkan berita kononnya seniwati kesayangan ramai ini telah meninggal dunia. Berita itu sama sekali tidak benar, malah beliau ketika ini masih lagi menerima rawatan untuk penyakitnya itu di hospital yang sama.
Keadaan terkini, Wan Maimunah atau nama sebenarnya Wan Maimunah Abdul Aziz ini dikongsikan oleh pelakon Erra Fazira dan Jasmin Hamid. Kedua-duanya menjelaskan seniwati ini masih lagi dalam keadaan tidak sihat.
“Beliau masih berada di Wad Kenanga 2B, Hospital Alor Gajah, Melaka kerana penyakit asma dan kemungkinan jangkitan paru-paru,” tulis Jasmin Hamid di instagramnya.
Gambar ketika Wan Maimunah dimasukkan hospital baru-baru ini.
Mohon Bantu Wan Maimunah
“Memandangkan RAMAI YANG BERTANYA pada saya, bagaimana caranya jika ingin memberi sumbangan buat beliau. DENGAN KEIZINAN BELIAU, saya paparkan nombor akaun pada YANG INGIN hulurkan sumbangan buat beliau.”
“Bila kita ringankan beban orang lain, ALLAH juga akan ringankan beban kita. Marilah sama-sama berdoa buat beliau supaya ALLAH sembuhkan penyakit beliau dan panjangkan usia beliau.”
Ads
Tambah kedua artis ini lagi, “Dengan SEDEKAH akan dapat panjangkan umur kita. Amin.”
Dua tahun lalu, Wan Maimunah pernah diwadkan di Hospital Jasin, Melaka.
Dua Tahun Lalu Pernah Diwadkan
Sekitar November dua tahun lalu, Wan Maimunah pernah diwadkan di Hospital Jasin, Melaka akibat jangkitan kuman pada paru-paru dan mengalami jantung bengkak.
Seniwati ini antara pelakon yang cukup dikenali dengan penghayatan yang penuh. Setiap watak terutama watak ibu akan dilakonkan dengan kesungguhan.
Ads
Salah satu lakonan mantapnya dalam drama Rumah Di Tengah Sawah membolehkan beliau menerima pengiktirafan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Anugerah Skrin tahun 2002.
Begitu juga dari tahun 1992 hingga 1996, beliau memenangi kategori Artis Komedi Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH).
Kehidupan rumah tangganya tidak begitu indah. Beliau terpaksa menerima hakikat perpisahan dengan usahawan dari Johor, Makpol Saimon, 57 selepas menempuh alam perkahwinan dekat 2 tahun.
Ads
Anda yang mahu menghulurkan sumbangan kewangan untuk memudahkan dan meringankan beban seniwati ini menjalani kehidupannya boleh salurkan terus ke nombor akaun yang tertera di bawah.
Semoga Jumaat penuh barakah ini akan memberi kebaikan untuk kita yang memanjangkan sedekah pada insan yang memerlukan.
Anda yang mahu melawat Wan Maimunah, ini jadual lawatan yang dikongsikan Jasmin Hamid.
Nombor Akaun Wan Maimunah
LEMBAGA TABUNG HAJI : 060801000048704 (WAN MAIMUNAH BINTI ABDUL AZIZ)
TERKINI : Alhamdulillah dah semakin sembuh. Seniwati Wan Maimunah Abdul Aziz berharap diberi tawaran pekerjaan kerana dia masih mampu berkerja.
Indonesia antara negara yang mencatat kes positif serta kematian tertinggi akibat pandemik COVID-19 di Asia Tenggara. Besar pengorbanan petugas barisan hadapan, diri berhadapan dengan risiko setiap kali menjalankan tugas dan tidak terkecuali menjadi mangsa.
Baru-baru ini, Indonesia kehilangan seorang ‘pejuang’ barisan hadapan yang tewas dalam menghadapi jangkitan Covid-19. Takdir menentukan Doktor Pakar (Paru-Paru) di Kota Makassar, yang dikenali sebagai Dr Adnan Ibrahim,47 telah menghembuskan nafas terakhirnya pada Jumaat lepas.
Sempat Solat Subuh Terakhir
Baru-baru ini gambar beliau sedang solat di atas katil hospital viral di laman sosial dan pastinya mengundang reaksi yang mampu meruntun jiwa siapa sahaja yang melihatnya.
Menurut sumber, Dr Adnan yang juga merupakan Pengasas sebuah Yayasan Pendidikan Islam di Makassar, perlu menjalani prosedur dimasukkan tiub terus ke salur utama pernafasan (intubated). Untuk mengelakkan refleks melawan salur tersebut di samping mengatur pernafasan dengan mesin, pesakit akan diberi ubat bius yang akan membuatkan pesakit separuh sedar bagi mengurangkan impak kesakitan.
Sedia maklum impak selepas prosedur itu dijalankan, maka beliau meminta izin untuk menunaikan Solat Subuh sebelum prosedur tersebut dilakukan terhadapnya.
Ternyata itu solat terakhir beliau setelah usaha untuk menyelamatkannya mengikut prosedur yang telah ditetapkan gagal.
Beliau tidak lagi sedar setelah tiub dimasukkan ke saluran utama pernafasan dan disahkan meninggal dunia.Jangkitan yang semakin teruk akhirnya menyebabkan beliau meninggal dunia.Arwah disahkan menghembuskan nafasnya yang terakhir pada Jumaat lalu setelah tewas berjuang melawan Covid-19.
Doktor Kelima Meninggal Dunia
Menurut sumber, Dr Adnan merupakan doktor yang kelima di kota tersebut dan yang ke-77 di Indonesia dilaporkan meninggal akibat Covid-19.
Ketika hayatnya masih ada, arwah telah berjuang untuk merawat dan mengawal pandemik yang melanda negaranya.Beliau dikenali sebagai doktor yang sangat baik kepada semua kalangan, senior atau junior, doktor atau bukan.
Jenazah Dr Adnan telah selamat dikebumikan di pemakaman khusus milik Pemerintah Provinsi Sulawesi Selatan yang terletak di Macanda, Kecamatan Somba Opu, Kabupaten Gowa, Indonesia.
Info Mengenai Prosedur Rawat COVID-19!
COVID-19 merupakan virus yang boleh menyebabkan jangkitan pada saluran pernafasan dan kesan paling bahaya virus tersebut adalah apabila ia menyerang paru-paru.
Jika virus tersebut dijangkiti paru-paru, pesakit akan memerlukan oksigen tambahan. Sekiranya kandungan oksigen masih tidak mencukupi, pesakit memerlukan mesin bantuan pernafasan (ventilator) bermula dengan ‘non invasive’ ketika pesakit masih sedar.
Malangnya, jika keadaan bertambah teruk, pesakit perlu dimasukkan tiub terus ke salur utama pernafasan (intubated).Untuk mengelakkan refleks melawan salur tersebut di samping mengatur pernafasan dengan mesin, pesakit akan diberi ubat bius yang akan membuatkan pesakit separuh sedar bagi mengurangkan impak kesakitan.
MW: Besar jasa dan pengorbanan petugas barisan hadapan, sanggup memberi khidmat, mengutamakan nyawa orang lain hingga diri sendiri tergadai. Salam takziah buat keluarga mangsa, semoga rohnya ditempakan dikalangan orang-orang yang beriman.
Selama 8 minit tanpa gentar, pembaca berita radio Nurul Shuhadah Armawan mencabar dirinya dengan merelakan ular jenis phyton albino melingkar di bahu dan tangan kanannya sepanjang menyampaikan berita jam 12 tengah hari dalam konti BERNAMA radio.
Intonasi suaranya tetap tenang dan serius sama seperti sebelum-sebelumnya. Video berdurasi kira-kira satu minit itu jelas menampakkan ketenangan DJ Radio yang pernah memenangi Penyampai Berita Radio Terbaik, Anugerah Seri Angkasa 2016.
“Sebenarnya ada tetamu hari ini, sempena hari Haiwan Peliharaan Sedunia. En Wan Aliazar bawa ilar peliharaannya. shu ni jenis teruja. Memang minat dengan haiwan eksotik tapi tak mampu nak bela. Tu yang bila tengok ular tu terus rasa nak pegang.
“Tadi masa baca berita, rasa macam nak buat cabaran baru; sambil baca berita sambil ada ular atas bahu. Bila owner kata boleh, tu yang on je.
“Shu pun biarkan je ular tu atas bahu dan biar dia melingkar. Sebab ular ini tak suka dipaksa. Shu tenang, dia pun tenang. Sama-sama yakin dan percaya. Shu tak ancam dia, dia tak ancam Shu.”
Satu Keluarga Jenis Tak Takut
Pengalaman pertama Shuhada memegang haiwan eksotik ini waktu di Melaka. Waktu itu dia perlu memegang iguana.
“Mula-mula takut juga. Tapi Shu dapat tip daripada owner iguana tu. Katanya, Jangan takut. Kalau awak takut iguana ni rasa terancam dan dia akan menyerang’. Dari situlah Shu jadi berani pegang.
“Kalau dengan ular memang banyak kali dah. Kalau pergi zoo, asal dibenarkan pegang saya akan ambil peluang walaupun berbayar.
“Suami pula jenis tak takut. Anak-anak pun sama.” Ujar ibu beranak dua ini.
Rezeki dapat mentua baik. Tak semua dapat rasai sebegini. Beruntunglah bagi yang mempunyai mentua yang sangat memahami walaupun berlainan agama.
Kisah tentang satu keluarga yang mempunyai tiga agama dan tiga bangsa ini tidak asing di media sosial. Sebelum ini pernah viral tentang mak mentua yang sanggup datang menjaga cucu semasa menantu dalam pantang.
Kali ini, video perkongsian di media sosial cukup membuatkan sesiapa saja akan mengatakan ‘beruntungnya dapat mentua yang baik’.
Apa tidaknya, mentua sanggup datang dari Perak ke KL dan tinggal seminggu bersama anak menantu untuk sama-sama sambut puasa, walhal dia berlainan agama dan tidak berpuasa pun.
Menariknya, sepanjang berada di rumah anak menantu, dialah yang memasak, menjaga cucu ketika bersahur dan cucu ketika anak menantu solat terawih.
Dalam perkongsian video tersebut:
“Masak untuk orang berpuasa dan sambut anak menantu berpuasa walaipun diri sendiri tidak berpuasa kerana berbeza agama dan bangsa.
Seronoknya, mentua siap tanya menu apa untuk dia masak dan sediakan untuk berbuka.
Lebih menyentuh perasaan, seminggu berada di rumah anak menantu, sebelum pulang ke Perak pun masih sempat untuk masak dan sediakan lauk berbuka puasa buat anak dan menantu.
.
Mingguan Wanita : Rezeki setiap orang berbeza. Alhamdulillah diberi mentua yang baik dan memahami walaupun bukan satu agama.
Nur Izati Mohd Hairi reda dengan pemergian anaknya, seorang murid autisme lemas ketika aktiviti air di Kompleks Sukan Desa Tasik. Beliau tidak menyalahkan cikgu-cikgu dan menerima takdir dengan tabah.