Kejayaan demi kejayaan terus diraih oleh penyanyi Ernie Zakri apabila merangkul anugerah Soundtrack Sinetron Paling Ngetop di acara SCTV Music Awards anjuran stesen televisyen (TV)Indonesia, semalam.
Menerusi perkongsian Ernie atau nama lengkapnya Nur Ernie Shahirah Zakri, 32 di laman Instagram miliknya, ibu kepada seorang cahayamata ini teruja apabila lagu nyanyiannya, Masing Masing yang menjadi runut bunyi drama di stesen TV Indonesia itu meraih pengiktirafan.
Ads
“Terima kasih semua, alhamdulillah. Ini pertama kali saya masuk TV Indonesia.
“Masya-Allah, rezeki yang luar biasa. Terima kasih SCTV, Universal Music Malaysia dan Indonesia,” katanya selepas menerima anugerah.
Ads
Lagu Masing-Masinh merupakan ciptaan Ade Govinda dan Nabila V itu berjaya merangkul anugerah tersebut menerusi sinetron berjudul Luka Cinta.
Pelantun lagu Aura ini juga merupakan artis Malaysia kedua memenangi anugerah dalam SCTV Music Awards selepas Datuk Seri Siti Nurhaliza yang meraih trofi Artis Asing Paling Ngetop pada 2004.
Ads
Masing Masing berjaya mengenetepikan lagu Cinta Pertama Dan Terakhir ‘soundtrack’ bagi sinetron My Heart, Ku Dengannya Kau Dengan Dia (Di Antara Dua Cinta), Kehilanganmu (Naik Ranjang) dan Takkan Berpaling Darimu (Saleha).
Dalam masa sama, Ernie dan Ade sempat membuat persembahan di atas pentas penuh gemilang tersebut.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Sejahat-jahat adik beradik tetap dari rahim yang sama, jangan hanya pandang keburukan semata. Sesungguhnya, jangan selalu lihat keburukan, sejahat adik-beradik mereka tetap dikandungkan dari perut dan rahim yang sama iaitu ibu kita.
Dalam sebuah keluarga, pasti ada adik-beradik yang senang dan tak kurang juga hidupnya diuji susah. Nasib dan takdir manusia ini tak sama biarpun adik-beradik.
Namun jangan sesekali melihat kekurangan adik-beradik sebaliknya hargai mereka seadanya kerana kita pernah hidup susah, senang bersama, berkongsi itu dan ini sejak kecil.
Kongsi Mohamad Izanie, seburuk-buruk adik beradik, dia tetap darah daging kita, sehina-hina adik beradik dia tetap keluarga terdekat kita, sejahat-jahat adik beradik dia tetap dikandungkan dari perut yang sama dan benih yang sama.
Jangan selalu lihat keburukan adik-beradik sehingga lupa pada kebaikannya. Kerana adik-beradik tetap adik beradik cuma dilahirkan berlainan nasib dalam hidupnya.
Ada yang susah ada yang senang, jangan kita bangga sekiranya kita lebih baik dari adik-beradik yang lain kerana suatu hari nanti semua akan berbalik.
Jangan kita angkuh dan sombong kepada adik -beradik yang kurang bernasib baik kerana mereka yang akan tolong susah payah kita satu hari nanti tanpa kita sangka.
Jangan terlalu berkira akan harta dan duit yang kita ada kerana harta dan duit tak akan kekal selamanya.
Pernahkah kita terfikir siapa yang angkat jenazah kita kelak??
Atau pernahkah kita terfikir siapa keluarga terdekat kita yang membungkus mayat kita kelak ??
Adakah harta boleh tolong kita ketika mayat dibungkus kelak? Tidak.
Adik-beradik kita sejahat mana pun dia, dia tak akan jijik menyentuh mayat kita walaupun dihina buruk dan jahat di mata kita.
Jangan terlalu benci akan adik-beradik kerana adik beradik tetap adik beradik.
Berkatnya rezeki dari tali persaudaraan adik-beradik.
Semoga kita selalu ingat siapa diri kita, kita hanya hamba yang hina di mata Allah.
Semoga kita dilembutkan hati dari perasaan benci kepada sesama adik-beradik mahu pun kepada manusia lain.
Setiap kali berkecil hati dengan sikap adik-beradik, cuba kenang kembali saat-saat mak ayah masih kecil. Betapa bahagia hidup kita suatu ketika bersama adik-beradik. Hargailah dan sayangilah adik-beradik selagi mereka masih ada.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Dalam wawancara tersebut, Yeoh mendedahkan bahawa usaha beliau untuk mendapatkan zuriat ketika perkahwinan pertamanya dengan ahli perniagaan Dickson Poon tidak berhasil. Ketidaksuburan menjadi pengalaman yang berat, hingga membuatkan beliau merasa dirinya kurang sebagai seorang wanita.
“Setiap bulan saya berharap, tetapi harapan itu sering kali berakhir dengan kekecewaan,” katanya.
Kegagalan itu tidak hanya menguji kekuatan emosinya tetapi turut memberi tekanan kepada hubungan rumah tangga mereka di mana akibat ketidaksuburan dirinya, ia mengakibatkan rumah tangganya bersama suami berakhir. Masa yang sama, dirinya menekankan betapa pentingnya pasangan membincangkan perancangan keluarga sejak di awal perhubungan.
Meskipun perjalanan tersebut penuh kekecewaan, bintang antarabangsa kelahiran Malaysia ini akhirnya menemui cara untuk berdamai dengan takdir.
“Saya berhenti menyalahkan diri sendiri,” katanya. Baginya, kehidupan bukan hanya soal melahirkan anak tetapi juga bagaimana seseorang mencipta momen lain bersama pasangan.
Kini dirinya bahagia selepas berkahwin dengan Jean Todt. Meskipun tidak memiliki anak kandung, namun hidupnya dimeriahkan dengan kehadiran cucu tiri serta anak angkat nya yang memberinya kebahagiaan tidak ternilai.
Jelasnya, “kita boleh mencipta kebahagiaan melalui cinta dan kasih sayang yang diberi kepada orang di sekeliling kita,” ujarnya.
Bahkan dalam wawancara itu, Tan Sri Michelle Yeoh menyeru pasangan untuk berbincang dengan mendalam bersama pasangan berkaitan anak di awal perhubungan. Jelasnya, perbincangan yang jujur dan terbuka boleh membantu pasangan memahami cabaran yang mungkin muncul di kemudian hari.
Sebagai seorang wanita yang telah mencipta nama di pentas antarabangsa, Yeoh membuktikan bahawa seorang wanita tidak harus diukur semata-mata melalui keupayaan untuk memiliki anak. Beliau telah memberikan inspirasi melalui sumbangannya kepada dunia seni, menjadi simbol keberanian, dedikasi dan semangat juang.
Di sebalik kisah peribadinya yang penuh dengan liku-liku, Michelle Yeoh kekal sebagai inspirasi, bukan sahaja kepada wanita tetapi juga kepada sesiapa sahaja yang berusaha mencari kebahagiaan walau dalam kekurangan. Melalui kisahnya, beliau mengajar bahawa kebahagiaan itu boleh datang dalam pelbagai bent dan hidup harus diteruskan dengan penuh kesyukuran.