Home Blog

Founder Wanita Ditahan Terlibat Pengedaran Pil Kuda Di Kelantan, Nilai Rampasan RM6.16 Juta

Founder wanita antara ditahan terlibat pengedaran pil kuda di Kelantan, nilai rampasan RM6.16 juta. Memaparkan gaya hidup mewah termasuk menayang kenderaan mewah antara trend yang sering dipaparkan oleh founder-founder produk di media sosial.

Namun semua itu hanyalah bersifat “wayang” bagi mengaburi mata masyarakat kerana di sebalik kemewahan, ada  founder yang berselindung terlibat dengan pengedaran dadah  jenis pil kuda.

Founder Wanita Ditahan Terlibat Pengedaran Pil Kuda Di Kelantan

Tangkapan semalam oleh pihak berkuasa ke atas pasangan suami isteri serta empat individu lain berjaya merampas sebanyak 35.493 kilogram dadah jenis pil YABA yang dianggarkan bernilai RM5,040,000.00.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Mat Zani @ Mohd Salahuddin Che Ali berkata, sindiket terbabit dikesan berselindung di sebalik operasi restoran makanan laut, perniagaan dalam talian dan salon kecantikan.

Kegiatan itu dipercayai menjadi helah untuk mencuci wang hasil jualan dadah dan mengaburi pihak berkuasa.

Dalam operasi yang sama, JSJN turut mengambil tindakan di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988, dengan menyita pelbagai harta bernilai RM1,117,743.00. Antara aset yang disita termasuk sembilan buah kenderaan mewah seperti Mustang EcoBoost, Mercedes Benz, Honda Civic, Toyota Hilux, serta motosikal Honda EX5.
Turut disita ialah barang kemas, jam tangan mewah dan sembilan buah beg berjenama terkenal.
Memetik facebook page Jabatan Siasatan Jenayah Jenayah Narkotik PDRM, operasi yang bermula pada 27 Jun 2025, jam 11.15 pagi hingga 4.30 petang  berjaya membawa kepada penahanan seramai enam orang suspek yang terdiri daripada lima lelaki dan seorang wanita Melayu berumur antara 25 hingga 39 tahun.

Hasil siasatan mendapati kesemua suspek mempunyai peranan tersusun dalam sindiket berkenaan, termasuklah sebagai koordinator, orang kanan sindiket, pengurus kewangan, transporter serta penjaga stor. Sindiket ini dipercayai mula aktif sejak Julai 2022 dan menjadikan kandang lembu sebagai stor penyimpanan dadah bagi mengaburi mata pihak berkuasa.
Nilai Rampasan RM6.16 Juta
Serbuan pertama telah dilakukan di Jalan Gajah Mati, Bangol Chica, Pasir Mas, yang membawa kepada penahanan suspek pertama berusia 34 tahun. Pemeriksaan ke atas kereta Perodua Axia yang dipandu suspek menemukan dadah jenis pil YABA seberat 115 gram, manakala pemeriksaan lanjut di rumahnya menemui 112 gram lagi.
Penahanan suspek keenam pula membawa kepada penemuan sebuah lokasi penyimpanan utama di sebuah kandang lembu di belakang rumah suspek pertama, di mana sejumlah besar dadah seberat 19.866 kilogram turut ditemui.
Seterusnya, serbuan di Wakaf Baru, Tumpat membawa kepada penahanan suspek kelima yang berusia 39 tahun. Pemeriksaan ke atas sebuah kenderaan pacuan empat roda milik suspek menemukan 15.4 kilogram pil YABA.
Beberapa lagi serbuan di kawasan sekitar Pasir Mas pula membawa kepada tangkapan suspek kedua, ketiga dan keempat, terdiri daripada dua lelaki dan seorang perempuan, yang disyaki turut berperanan dalam rangkaian sindiket berkenaan.
Secara keseluruhan, pihak JSJN berjaya merampas 35.493 kilogram dadah jenis pil YABA yang dianggarkan bernilai RM5,040,000.00. Jumlah ini cukup untuk merosakkan seramai 177,465 orang, sekiranya tidak dibanteras.
Jumlah keseluruhan nilai rampasan dan sitaan dalam operasi ini mencecah RM6,157,743.00, menjadikan ia antara kejayaan besar JSJN bagi tahun ini. Kesemua suspek kini direman selama tujuh hari bermula 28 Jun hingga 4 Julai 2025 dan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup serta tidak kurang daripada 12 sebatan jika disabitkan kesalahan.

Ujian saringan awal air kencing mendapati semua suspek negatif dari sebarang jenis dadah. Walau bagaimanapun, semakan rekod jenayah mendapati suspek kedua mempunyai dua rekod lampau melibatkan Seksyen 39B ADB 1952 dan Seksyen 379 Kanun Keseksaan, manakala suspek kelima mempunyai empat rekod di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan. Empat lagi suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

TONTON VIDEO MENARIK DI SINI :-

“Biarlah hukuman mati itu dikekalkan. Tak ada kekhilafan dalam hukuman sebelum ini. 8 tahun kami sekeluarga menderita menantikan keenam-enam tertuduh melalui detik itu.

Demikian luah Hawa Osman ibu kepada arwah Zulfarhan yang didera kejam ditekap dengan seterika wap sebanyak 90 kali termasuk di kemaluan.

Gadis Cari Bapa Kandung Untuk Jadi Wali, “Saya Ditinggalkan Ketika Berusia 40 Hari, Ketika Ibu Dalam Pantang

Gadis cari bapa kandung untuk jadi wali, “Saya ditinggalkan ketika berusia 40 hari, ketika ibu dalam pantang. Seorang gadis berusia 19 tahun yang bekerja sebagai pembantu kedai merayu bantuan orang ramai untuk mengesan bapa kandungnya yang telah terpisah sejak dia masih bayi. Gadis  ini bakal melangsungkan pernikahan pada September ini.

Gadis Cari Bapa Kandung Untuk Jadi Wali, “Saya Ditinggalkan Ketika Berusia 40 Hari, Ketika Ibu Dalam Pantang

Memetik Sinar Harian Nur Amylia Zulaikha Mohd Faiza berkata, dia kini sedang mencari bapanya, Mohd Faiza Mat Yaman, 42, kerana ingin beliau menjadi wali dalam majlis bersejarah itu nanti. Amylia, dia tidak pernah berpeluang mengenali bapanya sendiri.

“Saya ditinggalkan ketika berusia 40 hari, ketika ibu masih dalam pantang.

“Saya membesar tanpa mengenali wajah ayah, cuma tahu namanya dan sedikit latar belakang sahaja,” katanya.

Tambahnya lagi, ibu bapanya pernah mendirikan rumah tangga pada Disember 2002 dan tinggal di Jalan Ustaz Omar Shukri sebelum bercerai pada Jun 2010. Kali terakhir bapanya dikatakan pulang ke rumah adalah sekitar tahun 2008.

Amylia yang kini menetap di Kampung Pulau Serai berkata, pelbagai usaha telah dilakukan untuk menjejaki bapanya termasuk mendapatkan maklumat daripada rakan-rakan lama lelaki itu dan mencari ke beberapa kawasan sekitar Serdang serta Kuala Lumpur, namun belum berhasil.

“Sudah beberapa bulan saya berusaha mencari ayah, namun masih buntu. Harapan saya agar dia dapat dikesan secepat mungkin supaya impian saya untuk dinikahkan oleh ayah kandung sendiri tercapai,” ujarnya.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali Mohd Faiza, yang dipercayai berasal dari Jalan Baru, Pak Sabah, diminta menghubungi Amylia Zulaikha di talian 010-5960228.

Sumber: Sinar Harian

Baca artikel lain juga: Umie Aida Didenda RM1k, Tak Sedar Terseludup Sebiji Epal Ke New Zealand

Ibu Tunggal Bina Rumah Idaman Dengan Kudrat Sendiri -“Tempat Saya Belajar? Universiti YouTube Lah

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE

 

“Anak Yang Baik Tapi Penuh Teka Teki, Sukar Dijangka. Mama Rindu Adik Yang Dulu” Abby Abadi Doakan Marissa Terus Kuat, Berjaya Dunia Akhirat

“Anak Yang Baik Tapi Penuh Teka Teki, Sukar Dijangka” itulah antara ungkapan yang ditulis oleh selebriti popular Abby Abadi buat anak perempuannya Marissa Dania. Marissa Dania merupakan anak Abby Abadi dan bekas suaminya Norman Hakim.

Seperti yang diketahui kisah perkahwinan Marissa dan Aslam menyorot perhatian ramai selepas didakwa sudah berkahwin di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023. Malah perkahwinan juga berlaku tanpa pengetahuan ibu bapa Marissa mahupun isteri pertama Aslam, Umisya Mazlan.

Walau berhadapan konflik dengan ibunya sendiri namun terbaru Abby dilihat begitu mesra sewaktu menyambut hari kelahiran anak keduanya itu. Malah hubungan antara Abby dan Marissa dilaporkan baik dan berada dalam keadaan terkawal.

“Anak Yang Baik Tapi Penuh Teka Teki, Sukar Dijangka”

Menerusi perkongsian Abby memberikan ucapan ringkas buat anakanda tercintanya itu.

“Sanah Helwah Cantik @marissadania_ yg ke 20❤️

(2July2025)

“Anak yg baik tapi penuh teka teki 🤭

“Yang sukar utk dijangka.. inilah dia hihi😘

“Cepat sangat Mama anak besar.. Mama rindu Adik yg dulu hehe.. Mama sayang Adik sangat2 tau!

“Abah sayang Adik. Semua adik beradik pun sayang Adik. Terus kuat, terus terhebat dijalanNYA. Solat, aurat, ikhtilaf terus jaga ok..

“Semoga anak Mama kaya dan berjaya dunia akhirat.

“Sambut kecil kecilan dulu… Nanti kita tunggu Papa yg kaya tu balik dari Sarawak .. kita sambut lagi ok,” kongsi Abby.

Warganet Doakan Terbaik Buat Abby & Marissa

Menerusi komen warganet mendoakan agar hubungan antara Abby dan Marissa terus terjalin tanpa sebarang masalah.

Untuk rekod sebelum ini Abby mencuri perhatian ramai apabila lantang bersuara dalam media sosialnya berkaitan hal keluarga termasuk menyangkal kenyataan suami Marissa iaitu Mohd Aslam yang mendakwa sudah membuat permohonan maaf secara peribadi terhadapnya sebelum ini.

Kontroversi tersebut tercetus apabila Abby meluahkan rasa kecewa terhadap sikap Aslam yang dikatakan tidak menghormatinya sebagai ibu mentua.

Kemudian Marissa membuat kejutan bertemu Abby bagi menjernihkan semula hubungan mereka yang berantakan hampir dua minggu.

Baca Disini : Abby Abadi Teruja Ditawar Jadi Duta Produk. Impian Dapat Tubuh Idaman Tidak Mustahil!

Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.

Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.

“Wanita dicipta Allah dari tulang rusuk yang berdekatan dengan hati untuk disayangi dan dicintai” Ustaz Don Daniyal kongsi nasihat dan doa buat para isteri yang berhadapan masalah rumah tangga. Paling penting wahai para isteri jika masalah kamu melibatkan keganasan bukan hanya berdoa sahaja tapi laporlah pada polis segera! Sayangilah diri anda dahulu! Jangan biarkan diri hidup dalam tekanan.

Pelakon veteran Normah Damanhuri atau lebih mesra dengan sapaan Mak Normah mendedahkan dirinya tak pernah ‘engkaukan’ anak-anak. Malah ayat yang keluar dari mulutnya sangat berlapik dan penuh sopan santun hingga anak-anak sangat menghormati dirinya. Malah sejak anak-anak kecil Mak Normah sangat manjakan anak-anak hinggakan hubungan antara mereka sangatlah akrab.

 

Suami Minta RM50,000 Syarat Untuk Ceraikan Isteri, Buat Modal Kahwin Baru

Suami minta RM50,000 syarat untuk ceraikan isteri,  buat  modal  kahwin baru. Pendedahan peguam syarie, Fahmi Ramli dari Tetuan Fahmi & Co mengenai sikap segelintir lelaki yang “mencipta undang-undang sendiri” dalam urusan tebus talak ternyata mengejutkan dan membimbangkan.

Ini kerana  tiada syarat khusus mengenai jumlah malah tak ada pun kata apabila seorang isteri meminta cerai secara tebus talak, ia ditetapkan dengan satu jumlah yang tinggi. Baca perkongsian dari peguam syarie ini sebagai panduan. 
Suami Minta RM50,000 Syarat Untuk Ceraikan Isteri

Ada satu orang ni, isteri, dia berjumpa dengan saya di luar mahkamah ketika itu. Datangnya dengan penuh sedih dan marah dalam satu masa selepas keluar daripada Dewan Mahkamah. Ketika itu saya sedang menanti klien kerana perbicaraan kes saya ditetapkan pada jam 11 pagi.

Agaknya dia kenal saya kot. Dia datang dan tegur saya di kerusi luar mahkamah.

“Assalamualaikum tuan, saya kenal tuan. Saya Follow tuan di FB dan TT. Saya nak tanya tuan, memang betul ke kalau isteri mintak cerai, dia kena bayar RM50k?”

“Waalaikumussalam, siapa yang cakap macam tu puan?”

“Suami saya sebab dia tak nak ceraikan saya. Dia kata sebab saya mintak cerai, mahkamah tetapkan RM50k untuk perceraian ni diberi kepada suami”.

Huhuhuhu. Sedapnya la hai petik nama Mahkamah yang tetapkan. Entah mana-manalah dia petik sumber tu. Mujur isteri ini jenis berani nak bertanya.Kalau yang jenis “dengar dan taat ” saja, memang senang la kena sembelih.

Buat Modal Kahwin Baru

Tapikan, memang ramai isteri diluar sana yang rasa benda ni betul. Ada yang kena tipu dengan suami, kalau nak cerai boleh, bayar RM10k, RM20k, dan ada yang sampai RM100k.

Saya pernah lihat isteri bayar RM20k dan keluar daripada dewan Mahkamah, menyumpah cakap undang-undang Islam ni tak adil. Aniaya isteri. Si suami renyih sebab dapat “cash” untuk modal kahwin baru.

Persoalannya, memang ke tebus talak ni isteri kena bayar jumlah yang tinggi?

Apa itu tebus talak?

Perpisahan antara suami dan isteri dengan sebuah ganti (tebus talak) dengan menggunakan lafaz talak atau khulu’.

Ada ke masa zaman nabi terjadi tebus talak?
Ya, ada. Satu hadis yang menceritakan tentang isteri kepada sahabat Nabi saw, iaitu Thabit Bin Qais datang mengadu pada nabi. Katanya, Thabit bin Qais ni orangnya baik. Memang cantik akhlaknya dan agamanya. Tapi, si isteri ni dia takut kufur pada Islam iaitu ingkar hak suami sebab hati dia tidak suka pada Thabit bin Qais ni. Sesetengah riwayat berkata sebab Thabit ni rupanya tidaklah lawa.
Jadi sebab si isteri ni dah tak boleh nak terima hatinya pada Thabit, maka, Rasulullah saw bertanya kepada isteri tersebut, mahukah isteri tersebut pulangkan kebun Thabit yang menjadi mahar kepada isteri itu. Isteri tersebut pun setuju dan Nabi menasihatkan Thabit untuk ambil kebun itu balik dan lepaskan wanita itu dengan talak satu.
(Riwayat Al-Bukhari)

Kalau sekarang ni cerai tebus talak, dia akan jadi talak berapa?
Ijma ulama sepakat bahawa perceraian secara tebus talak adalah dikira sebagai Talak Bain Sughra. Tak boleh rujuk semula dalam eddah tapi boleh nikah semula dengan akad dan mahar yang baru. Jadi, tak ada jumlah talak satu ke dua ke atau tiga.

Apa keadaan yang patut untuk seorang isteri tu bayar tebus talak?
Ini secara peribadi berdasarkan pengalaman saya. Jika isteri tersebut memang dah tak ada hati dengan suaminya tapi tidak ada alasan yang munasabah dan kuat untuk dapatkan perceraian secara fasakh khususnya, nafkah semua suami tu jaga baik, maka, memang sewajarnya si isteri membuat keputusan untuk berpisah secara tebus talak.

Berapa jumlah yang patut isteri bagi untuk tebus talak?
Di dalam kitab al-muktamad Mazhab Syafie, tak diceritakan secara khas berapa bayaran. Cuma, dinyatakan, isteri boleh bagi mahar (mas kahwin) perkahwinan sama ada jumlahnya banyak atau sedikit. Boleh juga tak bagi duit, tapi apa-apa barang atau harta yang dimiliki isteri tersebut mempunyai nilai tertentu manfaatnya.
Kalau isteri tak setuju untuk bayar tebus talak?
Kalau tak setuju bayar tebus talak, tak perlu la untuk tebus talak. Cuba perceraian cara lain.

Kalau isteri setuju tebus talak, tapi suami tak setuju dengan jumlah yang diletakkan?
Di dalam hukum syarak dan undang-undang Konsisten menyatakan perceraian secara tebus talak ni mesti atas kerelaan antara suami dan isteri. Jika ada pertikaian tentang jumlah tu, Seksyen 49(3) Enakmen Keluarga Islam Kedah menyebut, Mahkamah boleh taksirkan jumlah ikut Hukum Syarak dengan beri pertimbangan pada taraf dan sumber kewangan pihak-pihak. Jadi, kena bicara untuk tentukan jumlah sahaja.

Kalau Mahkamah dah taksir, isteri atau suami tak setuju dengan jumlah tu?
Kalau salah satu pihak tak setuju dengan taksiran jumlah yang Mahkamah tentukan, Mahkamah tak boleh paksa untuk isteri bayar tebus talak tu dan tak boleh juga paksa suami untuk terima. Senang cerita, macam jual beli. Tak ada sapa boleh paksa seseorang untuk jual atau beli sesuatu kalau tak nak. Mesti kena ada kerelaan dua-dua pihak. Kalau tak berjaya, Mahkamah akan lantik Jawatankuasa Pendamai dan ikut proses seksyen 47 enakmen keluarga islam.

Kesimpulan

Daripada huraian di atas, perasan tak, tak ada pun kata tebus talak ni sebab ganti rugi? Cuma pulangkan atau bagi nilai yang wajar sebagai ganti sahaja untuk cerai.

Ramai suami mintak jumlah tak munasabah hingga RM20k, RM30k, RM50k seolah-olah itu adalah ganti rugi kerana isteri mintak cerai. Bila disoalkan, apa kerugian yang ditanggung, ungkit bab nafkah yang diberi. Bila ditanya berapa jumlah maskahwin, hanya RM100 sahaja, hantaran pun RM2500.

Masa tu dia dah tak fikir itu adalah tanggungjawab seorang suami dan berapa ramai anak telah dilahirkan si isteri. Yang dia tahu, ini peluang untuk dapat ‘Modal Kahwin Baru’.

Beringatlah wahai isteri-isteri di luar. Tebus Talak ni bukan bayaran gantirugi kepada suami. Dan bukan juga wajib untuk anda bayar kalau anda mintak cerai. Melainkan anda sendiri yang rela dan berkemampuan. Wallahualam. Kredit :- Fahmi Ramli Official.

TONTON VIDEO MENARIK DI SINI :-

“Biarlah hukuman mati itu dikekalkan. Tak ada kekhilafan dalam hukuman sebelum ini. 8 tahun kami sekeluarga menderita menantikan keenam-enam tertuduh melalui detik itu.

Demikian luah Hawa Osman ibu kepada arwah Zulfarhan yang didera kejam ditekap dengan seterika wap sebanyak 90 kali termasuk di kemaluan.

 

 

 

 

Astro AWANI Kukuh Sebagai Pilihan Utama Berita Paling Dipercayai Rakyat Malaysia

Dalam landskap media yang dibanjiri maklumat palsu dan kandungan berasaskan algoritma, satu jenama kekal menjadi pilihan rakyat Malaysia sebagai sumber berita yang boleh dipercayai. Astro AWANI, saluran berita 24 jam utama negara, sekali lagi diiktiraf sebagai organisasi berita paling dipercayai di Malaysia.

Pengiktirafan terbaru ini adalah menurut laporan tahunan Reuters Institute Digital News Report 2025. Tahun ini menyaksikan tahun kelapan berturut-turut Astro AWANI berada di kedudukan tertinggi kepercayaan pengguna media di negara ini.

Menurut laporan yang dikeluarkan bulan lalu, sebanyak 66 peratus responden rakyat Malaysia menyatakan mereka mempercayai saluran ini.

Pengiktirafan tersebut bukan sahaja mencerminkan kredibiliti Astro AWANI dalam menyampaikan berita yang sahih, malah menonjolkan kepentingan integriti kewartawanan dalam era kecerdasan buatan.

Antara Amanah dan Kepercayaan

Ketua Pengarang Astro AWANI, Ashwad Ismail menyifatkan pencapaian ini bukan sekadar satu kejayaan editorial tetapi juga satu amanah yang berat.

Beliau menegaskan bahawa asas kewartawanan ialah perkhidmatan kepada masyarakat dan kepercayaan merupakan nilai teras yang paling bernilai dalam dunia media masa kini.

“Apabila rakyat Malaysia mempercayai kami selama lapan tahun berturut-turut, ia membawa makna yang besar. Ini mengingatkan kami bahawa teras kewartawanan adalah khidmat kepada masyarakat dan kepercayaan ialah mata wang paling bernilai.

“Anugerah ini mengukuhkan iltizam kami untuk terus berikan yang terbaik dalam menggerakkan kewartawanan yang berpaksikan kepentingan awam menerusi pendekatan berperikemanusiaan,” tambahnya lagi.

Pendekatan berperikemanusiaan yang diambil oleh pasukan editorial AWANI menjadi nadi kepada laporan mereka.

Di sebalik kemajuan teknologi dan ledakan kandungan dalam talian, saluran ini terus mengekalkan pendekatan berwibawa dan bertanggungjawab terhadap setiap laporan yang disiarkan.

Pusat Kandungan Menyatukan Malaysia

Kejayaan Astro AWANI ini turut berkait rapat dengan kekuatan induknya, Astro Malaysia Holdings Berhad.

Syarikat ini kini memberi khidmat kepada lebih lima juta isi rumah dan mencatatkan lebih tiga belas juta pengguna unik digital setiap bulan melalui pelbagai platform termasuk Astro GO, Gempak, SYOK dan lain-lain.

Peranan Astro AWANI

Astro AWANI berperanan sebagai pemangkin kandungan yang menyatukan rakyat Malaysia menerusi laporan yang bertanggungjawab dan sahih.

Laporan daripada Reuters Institute yang diterbitkan dengan kerjasama Universiti Oxford ini menilai corak penggunaan berita, tahap kepercayaan serta tanggapan umum terhadap organisasi media di 47 buah negara.

Menerusi pencapaian berterusan ini, Astro AWANI membuktikan bahawa kewartawanan yang berasaskan prinsip dan etika masih mempunyai tempat dalam dunia moden yang penuh cabaran.

Dalam suasana yang tidak menentu ini, kepercayaan khalayak bukan sahaja menjadi ukuran kejayaan tetapi juga tanggungjawab yang perlu terus dijaga.

Follow kami di TELEGRAMINSTAGRAMTIKTOKFACEBOOKTWITTER dan YOUTUBE 

Umie Aida Didenda RM1k, Tak Sedar Terseludup Sebiji Epal Ke New Zealand

Umie Aida didenda RM1k, tak sedar terseludup sebiji epal ke New Zealand. Gara-gara sebiji epal, pelakon terkenal Datin Seri Umie Aida ‘terbang’RM1,000. Bagaimanapun Umie tetap tenang menerima ujian tersebut ketika dikenakan denda oleh pihak Bahagian Biosekuriti New Zealand, sebaik tiba di Lapangan Terbang Auckland baru-baru ini.

Umie Aida Didenda RM1k, Tak Sedar Terseludup Sebiji Epal Ke New Zealand

Umie atau nama penuhnya, Umi Khalsum Rahmad Ali, 51, mengakui insiden itu berpunca daripada kelalaiannya sendiri, namun menganggap ia sebagai satu pengalaman yang sudah tertulis dalam hidupnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by umie aida (@umieaida9)

“Ini semua sudah ketentuan Allah. Sebenarnya saya memang tak bawa apa-apa makanan ke New Zealand sebab nak mudahkan urusan di imigresen.

“Tapi masa duduk di lounge MAS Airline, saya ambil sebiji epal untuk makan dalam penerbangan. Disebabkan terlalu penat, saya tertidur terus dan terlupa tentang epal tu,” jelas Umie dalam perkongsian video di Instagram miliknya.

Pelakon dan penerbit itu berkata, sebaik tiba di New Zealand, pihak berkuasa mengimbas beg miliknya dan menemui epal berkenaan, sekali gus menyebabkan dia dikenakan denda sebanyak NZD400, bersamaan kira-kira RM1,024.

Difahamkan, Umie ke negara itu pada 1 Julai lalu bagi menjayakan penggambaran drama bersiri yang turut menampilkan barisan pelakon popular seperti Nora Danish, Datuk Remy Ishak dan Fattah Amin.

Dalam nada bergurau, rakan-rakan artis dan kru produksi turut mengusik Umie bahawa epal dari Malaysia ternyata luar biasa kerana ‘bernilai’ sehingga RM1,000 sebiji.

Malah, ruangan komen di media sosialnya turut dihujani pelbagai reaksi daripada pengikut yang berkongsi pengalaman serupa apabila tanpa sedar membawa barangan larangan ke negara tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by umie aida (@umieaida9)

“Ada juga geng kami bulan lepas kena denda sebab terbawa telur rebus, sama juga, terlupa,” kongsi seorang warga maya.

“Epal RM1,000, ini memang tragedi buah epal,” tulis seorang pengguna lain berseloroh.

Namun begitu, Umie berharap kejadian yang menimpanya boleh dijadikan pengajaran buat orang ramai supaya lebih berhati-hati apabila melancong ke luar negara, khususnya ke New Zealand yang sangat ketat dari segi kawalan biosekuriti.

Sumber: Instagram Umie Aida 1 dan Umie Aida 2 

Baca artikel lain juga: Umie Aida Minta Maaf Terajang Muka Rosyam Nor, Akui Babak Itu Bukan Mudah

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE

 

 

 

 

 

40 Tahun Mencipta Ikon. Pencarian Dewi Remaja 2025 Kini Dibuka. Rebut Peluang Bersinar Sebagai Dewi Remaja 2025

Setelah kali terakhir dianjurkan pada 2023 yang menyaksikan gadis asal Sarawak, Nurel Baharin dinobatkan sebagai juara, kini pencarian Dewi Remaja kembali untuk edisi ke-14.

Menariknya, penganjuran Dewi Remaja 2025 selari dengan ulang tahun ke-40 jenama ini yang sudah melahirkan ramai personaliti popular dan bintang berbakat tanah air.

Pendaftaran pencarian Dewi Remaja 2025 secara dalam talian kini dibuka bermula 26 Jun hingga 10 Julai 2025 sempena ulang tahun ke-40 pertandingan berprestij ini. Gadis remaja Malaysia yang berani tampil ke depan, berpersonaliti menarik dan berbakat besar dipelawa untuk menyertai pencarian ini.

Calon peserta perlu mengisi borang pendaftaran dan memuat naik video pengenalan diri berdurasi kurang dua minit secara dalam talian di laman rasmi www.remaja.my/dewi.

Setiap calon peserta hendaklah memiliki penampilan dan perwatakan yang menarik serta mampu menyerlah sebagai seorang figura awam.
Menerusi video pengenalan yang dimuat naik bersama borang pendaftaran, peserta perlu menyatakan mengapa mereka layak bergelar juara Dewi Remaja 2025 dan berkongsi pencapaian terbesar setakat ini, sama ada dalam bidang akademik, kokurikulum, sukan, bakat mahupun kerjaya.

Tentang Dewi Remaja

Dilancarkan pada tahun 1985 oleh Majalah Remaja di bawah terbitan Kumpulan Media Karangkraf dan kini di bawah Nu Ideaktiv Sdn Bhd, pencarian Dewi Remaja muncul dengan matlamat utama untuk memberi peluang kepada gadis remaja yang memiliki keyakinan, karisma dan bakat untuk berkembang.

Sejak edisi pertama, Dewi Remaja telah melahirkan ramai nama besar yang kini menjadi antara ikon dalam industri seni dan media Malaysia. Mereka bukan sahaja bergelar anak seni bahkan cukup signifikan dalam apa sahaja yang dilakukan.

Antaranya termasuk Tengku Anis Tengku Anis, Aleeza Kassim, Sharifah Shawati, Azah Aziz, Wan Khatijah, Jasmin Hamid, Wardina Saffiyah, Juliana Banos, Annahita Bakavoli, Pushpa Narayan, Scha Alyahya, Izara Aishah, Noor Neelofa, Raysha Rizrose, Shaza Bae, Tracie Sinidol dan ramai lagi.

Memasuki tahun ke-40 pada 2025, Dewi Remaja bukan sahaja meraikan pencapaian masa lalu tetapi juga menyesuaikan diri dengan zaman digital yang mana kredibiliti, ketulenan dan impak sosial menjadi nilai utama.

Format pertandingan juga sentiasa berevolusi daripada pusingan bulanan ketika era majalah ke penyertaan secara digital berserta kandungan realiti eksklusif yang disiarkan di kaca televsiyen dan platform digital.

Lebih daripada sekadar gelaran, mereka yang bergelar Dewi Remaja membawa misi dan tanggungjawab. Mereka menjadi duta kepada nilai progresif iaitu keberanian, kecerdasan, empati dan kekuatan wanita moden Malaysia.

Senarai Juara Dewi Remaja
Dewi Remaja 1985/1986 : Tengku Anis Tengku Ismail
Dewi Remaja 1987/1988 : Aleeza Kassim
Dewi Remaja 1990/1991 : Jasmeen Dhillon
Dewi Remaja 1995/1996 : Wan Khatijah Wan Othman
Dewi Remaja 1997/1998 : Juliana Banos
Dewi Remaja 2002/2003 : Annahita Bakavoli
Dewi Remaja 2005/2006 : Scha Alyahya
Dewi Remaja 2009/2010 : Neelofa
Dewi Remaja 2014/2015 : Raysha Rizrose
Dewi Remaja 2019 : Shaza Bae
Dewi Remaja 2022 : Tracie Sinidol
Dewi Remaja 2023 : Nurel Baharin

#DewiRemaja2025 #DewiRemaja #PesonakanBintangmu #40TahunDewiRemaja #MelakarPesona #Ideaktiv #Astro

Ibu Tunggal Bina Rumah Idaman Dengan Kudrat Sendiri -“Tempat Saya Belajar? Universiti YouTube Lah”

Ibu tunggal bina rumah idaman dengan kudrat sendiri -“Tempat saya belajar? Universiti YouTube lah.”  Pada saat kebanyakan orang memilih menyerahkan urusan pembinaan rumah kepada kontraktor atau tukang profesional, seorang wanita cekal di Pahang tampil dengan kisah luar biasa apabila membina sendiri rumah impiannya menggunakan kudrat sendiri.

Ibu Tunggal Bina Rumah Idaman Dengan Kudrat Sendiri -“Tempat Saya Belajar? Universiti YouTube Lah”

Memetik Sinar Harian, Auni Hazwani Faizun, 33, seorang ibu tunggal membuktikan tiada apa yang mustahil apabila dia sanggup memikul simen, memasang besi dan membina dinding seorang diri demi merealisasikan impiannya untuk memiliki kediaman sendiri.

Berikut video daripada akaun TikToknya @wani Faizun

@wanifaizun Replying to @tiadanama_017 DELIVERY SELURUH SEMENANJUNG 😍 Harga semua mampu milik inshaAllah 🤜🏻🤛🏻 #wanifaizun #windoormax #rumahkoibukanrumahaok @RajaEila @Ahmad Ahnaf Zainuddin @Shiqa Sidik @WindoorMax ♬ my girl korean drama OST – rose♡

Menurut Auni, minat terhadap dunia seni sudah sebati dalam dirinya sejak kecil, namun dia tidak pernah menyangka minat itu akhirnya membawa kepada dunia pertukangan dan pembinaan rumah.

“Sebenarnya dah lama saya pasang impian nak ada rumah sendiri. Tapi bila buat kira-kira untuk upah tukang, kosnya memang saya tak mampu. Jadi saya nekad buat sendiri, perlahan-lahan.

“Dulu saya suka melukis, tapi bila dah besar, minat itu berkembang ke arah buat sendiri atau DIY. Saya terinspirasi lepas tengok rancangan TV pasal tiny house, dari situ saya belajar dan pasang niat satu hari nanti mesti bina rumah sendiri,” katanya.

Auni berkata, walaupun tidak mempunyai asas teknikal dalam bidang pembinaan, dia tetap berusaha belajar semuanya sendiri.

“Tempat saya belajar? Universiti YouTube lah,” katanya berseloroh.

Tambahnya, bahagian paling mencabar adalah di peringkat awal pembinaan yang memerlukan kekuatan fizikal.

“Awal-awal dulu memang susah sebab tak ada alat macam concrete mixer, jadi semua kena buat manual. Bancuh simen, siapkan ground beam, slab lantai, lintel, semua saya buat sendiri. Memang letih, tapi saya kuatkan semangat.

“Tipulah kalau kata tak pernah rasa nak putus asa, ada masanya memang penat sangat. Tapi saya berehat sekejap, tarik nafas, kemudian sambung balik. Bila dah mula, rugilah kalau berhenti separuh jalan,” katanya.

Menurut Auni lagi, dia juga tidak terlepas daripada menerima pandangan skeptikal orang sekeliling yang mempersoalkan kemampuannya.

“Ramai juga yang ragu-ragu, tak yakin saya boleh buat. Tapi saya abaikan semua itu. Kalau saya nak sesuatu, saya akan kejar sampai dapat, tak kisah apa orang nak kata,” ujarnya.

Kini, rumah yang dibina sendiri oleh Auni sudah siap kira-kira 70 peratus, mengambil masa sekitar dua tahun setengah, jauh lebih cepat berbanding sasaran asal selama lima tahun.

Ditanya apa pesanan untuk wanita lain yang ingin mengejar impian, Auni berkongsi kata-kata penuh makna.

“Kalau kita rasa cita-cita kita besar, percayalah ALLAH itu jauh lebih besar. Tak ada yang mustahil bagi-NYA. Kita minta dengan yakin, usaha sungguh-sungguh, Insya-ALLAH, cepat atau lambat, DIA akan bantu,” katanya.

 

Kisah Auni yang sanggup membina rumah impian dengan tenaga sendiri mendapat perhatian masyarakat termasuk di media sosial.

Namun katanya, dia tidak ambil hati dengan komen negatif kerana majoriti yang memberikan reaksi adalah positif.

“Memang ramai yang terkejut dan kagum sebab bukan biasa dengar perempuan buat kerja berat macam ini, buruh bina rumah, buat semua seorang diri. Tapi saya dapat sokongan yang sangat baik, yang negatif pun ada tapi sikit sangat, saya tak ambil pusing,” katanya.

Kisah Auni bukan hanya tentang membina sebuah rumah, sebaliknya adalah lambang kekuatan, harapan dan keyakinan terhadap diri sendiri.

Ia menjadi inspirasi buat wanita lain untuk percaya, tiada yang mustahil jika ada usaha dan tekad yang tinggi.

Sumber: Sinar Harian dan TikTok@wani Faizun

Baca artikel lain juga: Pengantin Baharu Maut Kemalangan Motosikal Berkuasa Tinggi, Rempuh Proton Saga

Pengantin Baharu Maut Kemalangan Motosikal Berkuasa Tinggi, Dalam Perjalanan Urusan Ziarah Arwah Nurly Sahirah

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE

“Jika Ada Masalah, Tenangkan Diri. Jangan Amal Keluar Rumah Takut Nanti Tak Kembali” Aaron Aziz Kongsi Tip Kebahagiaan Rumah Tangga

“Jika ada masalah, tenangkan diri…” Pasangan yang mendirikan rumah tangga pastinya mahu kehidupan yang kekal hingga ke anak cucu. Tidak ada satu pasangan pun yang mahu kehidupan mereka kecundang.

Pelakon Aaron Aziz yang begitu bahagia hidup bersama pasangannya Diyana Halik dan tiga cahaya mata berkongsi tip rumah tangga aman damai. Aaron yang sudah berkahwin 22 tahun hidup bersama pasangannya juga menasihati agar pasangan muda amalkan tip seperti yang dirinya dan isteri lakukan.

“Jika Ada Masalah, Tenangkan Diri” 

Sebagai lelaki yang bertanggung jawab sudah pasti mahu memberikan kebahagiaan buat keluarga tercinta. Dek kerana itu juga Aaron menasihati pasangan muda berdasarkan pengalamannya.

“Alhamdulilah Allah swt is the best planner. Tips untuk pasangan muda atau yg baru mendirikan rumah tangga, Abg cuma kongsi pengalaman.

1) Carilah pasangan bukan saja sorang yg anda ingin hidup bersama tapi juga seorang yg anda rasa tidak boleh hidup tanpa dia.

2) Komunikasi penting dalam perhubungan suami isteri…amalkan byk berinteraksi secara lisan dan depan depan jangan melalui whatsapp.

3) Jika ada arguements atau masalah jgn keluar rumah. Mungkin ke bilik atau dapur dan minum segelas air utk tenangkan diri kerana aksi keluar dari rumah boleh jadi satu bad habit dan mungkin tak akan kembali pulang ke rumah.

4) Last But not least PALING PENTING solat berjemaah dgn isteri / Suami kerana seorang suami mengimamkan isteri dan anak anak amat penting utk dapat keberkatan dan redha dari ALLAH SWT.

@therealaaronaziz Alhamdulilah Allah swt is the best planner. Tips utk pasangan muda atau yg baru mendirikan rumah tangga, Abg cuma kongsi pengalaman… 1) Carilah pasangan bukan saja sorang yg anda ingin hidup bersama tapi juga seorang yg anda rasa tidak boleh hidup tanpa dia. 2) Komunikasi penting dalam perhubungan suami isteri…amalkan byk berinteraksi secara lisan dan depan depan jangan melalui whatsapp. 3) Jika ada arguements atau masalah jgn keluar rumah. Mungkin ke bilik atau dapur dan minum segelas air utk tenangkan diri kerana aksi keluar dari rumah boleh jadi satu bad habit dan mungkin tak akan kembali pulang ke rumah. 4) Last But not least PALING PENTING solat berjemaah dgn isteri / Suami kerana seorang suami mengimamkan isteri dan anak anak amat penting utk dapat keberkatan dan redha dari ALLAH SWT. Jika kau milikku, kau milikku.. @Diyana Halik #aaronaziz #diyanahalik #fyp #isteriku ♬ original sound – Sykxnnn

Baca Disini: ‘Penghijrahan’ Aaron Aziz “Setiap Apa Yang Berlaku Dalam Hidup Kita, Pasti Ada Hikmah”

Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.

Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.

“Wanita dicipta Allah dari tulang rusuk yang berdekatan dengan hati untuk disayangi dan dicintai” Ustaz Don Daniyal kongsi nasihat dan doa buat para isteri yang berhadapan masalah rumah tangga. Paling penting wahai para isteri jika masalah kamu melibatkan keganasan bukan hanya berdoa sahaja tapi laporlah pada polis segera! Sayangilah diri anda dahulu! Jangan biarkan diri hidup dalam tekanan.

Pelakon veteran Normah Damanhuri atau lebih mesra dengan sapaan Mak Normah mendedahkan dirinya tak pernah ‘engkaukan’ anak-anak. Malah ayat yang keluar dari mulutnya sangat berlapik dan penuh sopan santun hingga anak-anak sangat menghormati dirinya. Malah sejak anak-anak kecil Mak Normah sangat manjakan anak-anak hinggakan hubungan antara mereka sangatlah akrab.

 

Pengantin Baharu Maut Kemalangan Motosikal Berkuasa Tinggi, Dalam Perjalanan Urusan Ziarah Arwah Nurly Sahirah

Pengantin baharu maut kemalangan motosikal berkuasa tinggi, dalam perjalanan urusan ziarah Arwah Nurly Sahirah. Hajat seorang pengantin baharu untuk menyantuni keluarga Allahyarham Nurly Sahirah Azman, pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terkorban dalam nahas bas di Gerik bulan lalu tidak kesampaian apabila dia sendiri maut dalam kemalangan di Kilometer 79, Jalan Kuala Terengganu – Kota Bharu, Setiu, pagi Rabu.

Pengantin Baharu Maut Kemalangan Motosikal Berkuasa Tinggi, Dalam Perjalanan Urusan Ziarah Arwah Nurly Sahirah

Menurut adiknya, Wan Zainul Abidin Wan Abdul Halim, 33, abangnya, Wan Hasbullah Wan Abdul Halim, 42, dalam perjalanan ke Besut bagi bertemu sekumpulan penunggang motosikal dari Kedah untuk merancang lawatan ke rumah keluarga Allahyarham Nurly Sahirah.

“Mereka dah janji nak berjumpa di Besut. Niat nak berbincang tentang ziarah keluarga arwah Nurly. Tak sangka abang pula yang pergi dulu,” katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Sheikh Ibrahim, Jalan Pusara, malam tadi.

Tambahnya, arwah yang tinggal di Jalan Tekukur, Kuala Terengganu, baru sahaja melangsungkan pernikahan pada Jumaat lepas, bersamaan 1 Muharam, dan merancang mengadakan majlis kesyukuran pada September akan datang.

“Dia pernah cakap nak buat kenduri kesyukuran perkahwinan, nak raikan sekali bersama ahli keluarga, tapi semuanya hanya tinggal kenangan,” ujarnya.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Wan Nazirah Wan Pauzi, 37, serta tiga anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu berusia antara 9 hingga 13 tahun yang masih bersekolah di SMK Sultan Sulaiman dan Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 1 (SKSS1).

Arwah juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Jalan Tekukur, selain dikenali sebagai seorang hafiz yang menghafaz 30 juzuk al-Quran serta aktif dalam misi kebajikan termasuk membaik pulih pondok di Thailand dan program khatan serta ibadah korban.

Solat jenazah Allahyarham Wan Hasbullah diadakan di Masjid Khalifah, Kuala Terengganu malam tadi dan dihadiri lebih 2,000 jemaah sebelum jenazah dikebumikan sekitar jam 10 malam.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.40 pagi semalam, arwah maut selepas motosikal berkuasa tinggi jenis Kawasaki Z1000 yang ditunggangnya melanggar sebuah kereta yang sedang membelok ke simpang kanan.

Sumber: Sinar Harian

Baca artikel lain juga: Pengantin Baharu Maut Kemalangan Motosikal Berkuasa Tinggi, Rempuh Proton Saga

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE

 

Cerita Lain

Founder Wanita Ditahan Terlibat Pengedaran Pil Kuda Di Kelantan, Nilai Rampasan...

Founder wanita antara ditahan terlibat pengedaran pil kuda di Kelantan, nilai rampasan RM6.16 juta. Memaparkan gaya hidup mewah termasuk menayang kenderaan mewah antara trend...