Elyana bebas & pulih kanser limfoma tahap empat, 11 tahun perjuangan melawan kesakitan berakhir. Allahu Akhbar khabar gembira daripada Elyana membuatkan ramai yang terharu. Malah penulis sendiri mengalirkan air mata.
Secara peribadi penulis pernah menemubual Elyana dan suami sewaktu berkunjung ke kediaman mereka beberapa tahun lalu bagi menjayakan sesi fotografi kulit muka depan majalah Mingguan Wanita.
Tatkala itu walaupun tahu derita yang ditangung namun Elyana tetap menerima kehadiran kami dengan senyuman. Begitu kuat semangat Elyana dan penyanyi itu juga tidak pernah berhenti berharap, jauh sekali menyerah kalah berjuang melawan kesakitan yang dihadapi.
Elyana Bebas & Pulih Kanser Limfoma Tahap Empat
Berkongsi berita itu menerusi satu hantaran di Instagram awal pagi ini, penyanyi Elyana memaklumkan dirinya kini bebas dan pulih daripada kanser limfoma yang dihidapi sejak 11 tahun lalu.
Malah ibu kepada dua orang anak ini juga turut bersyukur apabila perjuangan dan penantiannya melawan penyakit ini membuahkan hasil.
“Assalamualaikum rakan dan keluarga di Instagram.
“Hari ini saya ingin berkongsi rasa gembira dan rasa syukur saya dengan anda semua..
“Perjuangan dan penantian saya selama 11 tahun kini sudah berhasil!!!!! Kanser saya hilang!!!!!” luah Elyana.
Ads
“Terima Kasih Ya Allah”
Pemilik nama sebenar Erneelya Elyana Emrizal ini juga sangat bersyukur, doanya selama ini dimakbulkan Allah.
“Alhamdulillah Ya Allah…. Terima kasih Ya Allah,kau telah mendengar doa kami..
“Tak dapat saya gambarkan perasaan gembira saya .
“Terlalu lama tak dapat rasa gembira ada tubuh yang sihat..Saya pernah putus asa untuk berjuang.Kadang cemburu dengan kesihatan orang..
“Tapi saya sangat yakin suatu hari akan ada keajaiban dari sang pencipta ku. Allah Maha Baik!!!
Solat Subuh secara berjemaah cukup 40 hari, pihak masjid akan menghadiahkan basikal dan motorsikal bagi yang bertuah. Memang terbaik sungguh idea dan inisiatif pihak pengurusan masjid ini.
Perkara ini dikongsikan oleh Dato’ Dr Mohd Izhar Ariff, di laman facebook beliau ketika berkesempatan menunaikan solat di Masjid Nur Sa’aadah, Pengkalan Batu, Melaka baru-baru ini.
Ramai yang sedia maklum akan ganjaran pahala menunaikan solat jemaah di masjid. Namun ruang solat di masjid seringkali ‘sepi’ terutamanya pada waktu Subuh.
Inisiatif yang dimulakan oleh Pengerusi Masjid Datuk Amzah Osman dan menantunya Ustaz Jafri Abu Bakar Mahmoodi ini memang terbaik dalam mengimarahkan lagi masjid dan menggalakkan kariah baik dewasa mahupun kanak-kanak untuk solat berjemaah.
Ganjaran Hadiah
Antara ganjaran hadiah yang ditawarkan ialah 20 buah basikal untuk kanak-kanak dan 2 unit motorsikal bagi jemaah dewasa. Dengan syarat berjaya menunaikan Solat Subuh di masjid selama 40 hari berturut-turut.
Salah seorang pihak pengurusan masjid, Encik Amzah Osman turut menjelaskan bahawa, Masjid Nur As Saadah ini mempunyai pelbagai program untuk kanak-kanak dan dewasa.Malah sering memberi bantuan serta kebajikan dalam pelbagai aspek kepada ahli kariah hasil daripada duit sumbangan yang diterima.
“Terima kasih semua. Kami di Masjid Nur As Saadah ini ada banyak program untuk kanak kanak dan dewasa. Kami jaga anak qariah daripada lahir hingga meninggal dunia. Daripada lahir nak letak nama boleh rujuk imam kami dan lain-lain. Kemudian berkhatan ramai-ramai lepas ni anjuran masjid.Bantuan baju sekolah dan lain-lain kepada semua anak qariah. Bantuan belajar daripada grobok rezeki Nur As Saadah.”
“Kena covid dapat sumbangan. Masuk hospital. Meninggal dunia masjid taggung 100%. Kenduri pun dapat sumbangan. Bantuan surau setiap bulan dan macam-macam lagi. Jom lah sama sama meyumbang kepada masjid kami. Insyallah amin. Terima kasih pengerusi masjid.”jelas Amzah Osman.
Ramai yang berkongsi di ruangan komen bersetuju dan memuji inisiatif pihak masjid ini lakukan.
Mingguan Wanita:Tahniah kepada pihak pengurusan dan kariah masjid Nur As Saadah atas inisiatif untuk mengimarahkan masjid ini. Semoga menjadi ikutan kepada pentadbiran masjid-masjid yang lain.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Tiada siapa yang menduga dalam usia 35 tahun, dialah ketua keluarga yang perlu menyara anak-anak selepas kematian suami yang dicintai.
Bukan sesuatu yang mudah untuk dilakukan, tapi kehidupan perlu diteruskan demi kelangsungan hidup bersama 6 orang anak yang disayanginya. Dialah tempat untuk anak-anak bergantung harapan.
Sebagai ketua keluarga, ibu tunggal langsung tidak menyalahkan ketentuan takdir. Apa yang berlaku ini akan dipikul tanpa sebarang keluhan mahu pun penyesalan.
Dalam temubual eksklusif, Salasiah Matudi, 35 tahun memberitahu, beliau kehilangan pasangan hidup yang dicintainya pada 9 April tahun lalu akibat kegagalan fungsi jantung.
Pemergian arwah Kamaruddin Ahmad sangat meragut jiwa dan mindanya kerana arwah menghadap ILAHI pada usia masih muda iaitu 32 tahun dan meninggalkan enam orang zuriat.
Lebih menyentuh perasaan, ketika itu, beliau sedang hamil empat bulan.
“Hati mana yang tidak luluh. Bohong kalau saya katakan apa yang terjadi ‘tidak sakit‘. Namun, demi anak-anak, saya sesekali tidak akan menitiskan air mata di hadapan mereka. Biarlah kedukaan ini saya pendam sendirian,“ tutur beliau.
Penceritaan Salasiah terhenti seketika tatkala mula mengisahkan detik akhir suaminya ‘hilang‘ dari pandangan mata buat selama-lamanya.
“Sebaik arwah menghela nafas terakhirnya, saya meminta pihak hospital untuk membenarkan anak-anak melihat wajah arwah buat kali terakhir agar mereka tahu ‘ke mana pergi‘ ayah mereka pergi. Keadaan pada masa itu juga agak kalut kerana Perintah Kawalan Pergerakan baru dikuat kuasakan.
“Anak-anak saya rata-ratanya masih kecil, tetapi nampaknya mereka seperti memahami bahawa seseorang yang hidup, pasti akan ‘diambil‘ ILAHI,“ katanya sambil cuba menahan linangan air mata.
Cekal Tanpa Keluhan
Mengunjungi kediamannya yang terletak di Kampung Kemensah, Ampang Jaya, Selangor, membuatkan emosi penulis bergejolak. Perasaan sayu dan simpati menyentuh sanubari ini.
Masakan tidak, bukan sahaja kediamannya kelihatan usang, kedudukannya juga terletak berhampiran dengan anak sungai. Ia memungkinkan segala musibah yang tidak diingini boleh berlaku pada bila-bila masa.
Namun, kata Salasiah, beliau tujuh beranak sudah buntu dan tidak tahu ke mana hendak dituju.
“Sebenarnya, rumah ini adalah ihsan pemilik tanah yang membenarkan saya sekeluarga menetap di sini. Biarpun berlantaikan papan dan bahagian dapur kadangkala basah dek kerana terdapat kebocoran air, tetapi kami gembira dapat tinggal di rumah dua bilik ini.
“Memang betul, sesekali air sungai deras jika hujan lebat, tetapi syukur tidak ada tanah runtuh atau banjir berlaku setakat ini. Alhamdulillah anak-anak juga bijak dan tidak ke sungai, apatah lagi bermain-main di kawasan sekitarnya kerana kesemua mereka lebih senang bermain dan duduk di dalam rumah,“ ujarnya.
Walaupun hidup tanpa dilingkari kemewahan, Salasiah berkata, pelajaran anak-anak tidak akan diabaikan.
Seorang anaknya bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Keramat, manakala tiga yang lain ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Taman Permata.
Pada saat kerajaan melaksanakan sistem pendidikan Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR), mereka hanya bergantung kepada sebuah telefon bimbit milik arwah, beritahu Salasiah.
“Saya telah memaklumkan kepada pihak guru bahawa sukar anak-anak untuk belajar dengan hanya sebuah telefon bimbit. Saya bimbang jika mereka ketinggalan dalam pembelajaran, tetapi apa daya, itu saja yang kami termampu,“ katanya.
Keresahan ibu tunggal itu seolah-olah didengari apabila terdapat pihak yang prihatin memberi sumbangan telefon pintar kepadanya termasuk talian internet untuk memudahkan pembelajaran anak-anak.
Dengan kemudahan itu juga, Salasiah berkata, beliau mula berjinak-jinak melakukan perniagaan dalam talian dengan menjual tudung dan cadar demi menambah pendapatan.
“Saya harap usaha ini diredai-NYA dan taklah saya terlalu bergantung dengan ihsan semata-mata. Orang memang boleh tolong, tetapi sampai bila? Jadi, saya perlu mencari jalan lain sebagai sumber rezeki demi membesarkan anak-anak.
“Saya memang tak pandai teknologi, anak-anak yang bantu. Saya juga gembira kerana kadangkala penduduk sekitar datang membeli tudung dan cadar yang saya jual,“ katanya.
Kepada penulis, Salasiah tidak henti-henti mengungkapkan ucapan terima kasih kepada jiran dan masyarakat di Ampang Jaya.
“Saya sangat berterima kasih dengan segala bantuan yang diberikan mereka terutamanya Ahli Jawatankuasa Masjid Al-Mardhiyah, Taman Melawati.
Keprihatinan mereka juga membolehkan saya mendapat bantuan zakat dan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat yang secara tidak langsung meringankan beban,“ kata wanita kelahiran negeri Cik Siti Wan Kembang itu.
Kepada anda yang prihatin untuk membantu ibu tunggal enam anak yang terus gigih menjalani kehidupan meskipun tidak henti dilanda ujian, boleh menghulurkan sumbangan ikhlas melalui akaun bank Maybank di 162200112382 atas nama Salasiah Matudi.
Kredit: Sinar Plus
Mingguan Wanita : Semoga ibu tunggal ini tabah dalam meneruskan kehidupan bersama anak-anak.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Pendakwah dan penceramah Da’i Hamidah kehilangan ayah mentua, Allahyarham Mohamad Jan Bin Din yang kembali ke rahmatullah pada Subuh, 23 Jun lalu.
Arwah bapa mentuanya itu juga dikenali sebagai Ustaz Fawwaz Md Jan. Akui menantunya ini, arwah merupakan ayah mentua yang sangat baik.
Kehadiran ayah mentuanya ini, walaupun untuk masa yang tak lama seakan menjadi pengganti arwah bapanya. Sentiasa mengambil berat akan menantu lagi-lagi bila Da’i Hamidah mahu memberikan sesi ceramah.
“Tak mampu nak kata apa- apa tetapi beliau ayah mertua yang sangat baik. Semua menantu dan cucu sangat kasih kepadanya. Saya walaupun masih baru dalam keluarga ini benar-benar rasa beruntung masih ada ayah walaupun abah telah tiada.
Dari awal sehingga ke akhir hayatnya beliau bila jumpa mesti mai cari cucu, ribakan cucu, cium cucu. Patut anak-anak selalu pi dekat ayah. Memang kasih sungguh. Tak lupa ayah bersusah payah turun kedai sudi belikan hadiah untuk kelahiran anak saya.
Teguran Ayah Berbekas Di Hati
Di fasa awal perkahwinan pula ayahlah orang pertama yang tegur saya jangan drive jauh- jauh risaukan kandungan. Saya pun tak pernah terfikir dan ayah panggil saya cakap baik- baik. Teguran ini membekas di jiwa buatkan saya rasa lega masih ada ayah yang selalu melindungi saya
Ayah juga akan selalu mendengar cerita saya, setiap kali nak ceramah, ayah akan datang tanya tajuk apa. Nak ayah tolong apa. Dan raya tahun ni masa belikan baju raya dan hadiahkan kat ayah dan ummi.
Ayah kata, “terima kasih ya bagi hadiah, lawanya baju.” Dan ayah belek-belek dengan muka penuh gembira. Begitulah cara ayah tiap kali beri apa- apa. Sebagai anak kita tahu pemberian kita tidak seberapa tetapi saya kagum dengan akhlak ayah yang sangat-sangat pandai buatkan orang lain rasa bahagia
Ayah Mentua Sangat Penyabar
Dan antara ungkapan yang saya juga tak boleh lupa ialah ayah selalu bagitahu ada apa- apa masalah bagitau ayah. Sungguh ayah seorang insan yang sangat sangat penyabar dan sangat pandai ambik hati orang.
Saya akui sejak ada ayah, saya berasa yakin dan kurang kesedihan kerana saya sedar saya masih ada hero di belakang saya.
Terima kasih ayah, tak lupa kata kata ayah di awal menjadi menantu. “Hamidah, walaupun Hamidah dah takda abah, jangan sedih ya ayah ada.”
Ya Allah, rahmatilah ayah, ampunkan dosanya. Saya menjadi saksi betapa mulianya hati ayah. Semoga Allah Taala menghadiahkan kebahgiaan yang sebenarnya di alam sana yang kekal abadi. Tolong sedekahkan doa untuk ayah saya ya. Terima kasih sangat- sangat #daihamidah #ayah
Black hadiahkan kereta mewah idaman isteri. “Kadang-kadang kita terlalu mencari yang sempurna, sampai terlupa untuk hargai yang selalu ada di sisi” Inilah ungkapan penuh...