Pelakon berbakat, Elisya Sandha, mengumumkan berita gembira beliau kini hamil anak kedua. Perkhabaran tersebut dikongsikan menerusi laman media sosialnya, diiringi video penuh kasih bersama suami, Uzair Haqimy, serta anak sulung mereka, Bunga Elhaq.
Elisya, yang sering mencuri perhatian dengan watak-watak emosional dalam drama tempatan, menyatakan rasa syukur dan teruja dengan rezeki terbaru ini.
“Bismillahirahmanhirahim. Syukur Alhamdulillah for another biggest Rizq in life ❤️ terima kasih atas doa kalian , @bungaelhaq nak jadi kakak dah” tulisnya dalam hantaran tersebut.
Berita ini disambut dengan ucapan tahniah dan doa daripada peminat serta rakan selebriti, yang tidak sabar untuk melihat Elisya memikul sekali lagi peranan sebagai ibu kepada dua cahayamata.ucapan tahniah turut dikongsi oleh ibu mentua Elisya, Sheila Rusly yang memanjatkan rasa syukur di atas kurniaan ini.
Bagi Elisya, pengalaman menjadi ibu kepada Bunga Elhaq telah banyak mengubah perspektif hidupnya, menjadikannya lebih matang dan penyayang. Malah Elisya mengakui persoalan menambah zuriat pernah diajukan oleh ibu mentuanya dan ternyata doa ibu mentuanya dimakbulkan untuk menimang zuriat kedua tahun hadapan.
Ads
Uzair Haqimy Azman, suami kepada Elisya dan anak lelaki kepada penerbit terkenal Sheila Rusly, turut meluahkan rasa syukur atas berita bahagia ini. Pasangan ini yang mendirikan rumah tangga pada tahun 2021, sememangnya sering mendapat perhatian ramai kerana hubungan yang harmoni dan penuh kasih sayang.
Semoga perjalanan kehamilan kedua Elisya berjalan lancar dan keluarga kecil ini terus diberkati dengan kebahagiaan dan rezeki yang melimpah.
Alami masalah resdung kronik Janna Nick terpaksa jalani pembedahan. Sinusitis atau lebih dikenali sebagai resdung yang sudah berada pada tahap kronik dan tidak dirawat, boleh menyebabkan jangkitan hingga ke mata dan otak.
Jika penyakit itu sudah mengganggu bahagian mata, bimbang boleh menyebabkan mata merah, membengkak dan juga kabur. Jangkitan yang merebak ke bahagian otak pula jika tidak dirawat, sengsara penyakit itu boleh menyebabkan demam tinggi seterusnya sawan.
Terbaru pelakon, penyanyi dan pengacara popular Janna Nick telah dikejarkan ke hospital dek kerana mengalami masalah resdung yang teruk.
Seperti mana yang dikongsi menerusi video di Tik Tok, Janna memberitahu dirinya mengalami masalah alahan tersebut selepas menjalani sesi penggambaran melibatkan seekor kucing.
Malah dirinya juga perlu menjalani pembedahan kerana resdung yang serius.
“Ini pertama kali dalam hidup perlu buat pembedahan, yang pastinya saya masuk hospital bukan sebab mengandung. Sinus saya agak kronik.
“Sebelum ini, saya ada jalani penggambaran dengan kucing. Ia telah menyebabkan hidung saya menjadi sangat teruk sampai masuk hospital,” kata Janna.
Namun isteri kepada pelakon, Dini Schatzmann itu masih menunggu untuk menjalani pembedahan berikutan terdapat jangkitan pada paru-parunya.
“Saya kena buang tulang sikit sebab bengkok tapi belum pembedahan lagi sebab ada jangkitan dekat paru-paru, jadi belum sesuai lagi untuk
“Sinus saya agak kronik. Resdung adalah masalah yang besar juga terutama apabila hilang nikmat rasa dan bau,” sambung Janna.
Pada masa yang sama Janna juga menitip nasihat buat penghidap resdung agar tidak berlengah untuk mengambil pil antihistamin atau membersihkan mukus pada bahagian hidung apabila selesema atau alahan menyerang.
“Jangan sedut mukus dalam hidung, ia akan menyebabkan saluran terhalang. Ia akan menjadi masalah yang besar apabila hilang nikmat rasa dan bau,” ujarnya.
Ramai melahirkan simpati terhadap kemelut yang melanda Zahnita Wilson, figura yang pernah menghiasi dunia seni dan peragaan tanah air ini apabila kes rumah tangganya menjadi perhatian umum.
Nantikan Temubual Eksklusif SEMBANG WANITA XTRA BERSAMA ZAHNITA WILSON DI YOUTUBE MINGGUAN WANITA.
Meskipun masih dalam keadaan trauma, Zahnita kini memilih jalan berbeza dalam hidupnya. Setelah melalui pelbagai pengalaman hidup, Zahnita mengambil langkah berani untuk membina hidup baharu untuk mengembangkan lagi bisnes pai Zahnita Humble Pie yang diusahakannya itu.
Ternyata, keputusan itu membuahkan hasil apabila bisnes pai yang diusahakannya semakin mendapat perhatian dan tempahan yang memberangsangkan daripada orang ramai.
Menerusi hantaran dalam Instagramnya, dia sedang menyiapkan tempahan 3,000 pai.
“3,000 biji pai sedang dalam pembikinan. Kini saya mempunyai mesin pengadun industri seberat 9 kilogram.
“Kalian semua telah melonjakkan jumlah pesanan. Terima kasih banyak-banyak,” tulisnya pada bahagian kapsyen.
Dalam usahanya untuk memberi fokus sepenuhnya kepada perniagaan ini, Zahnita mengejutkan ramai apabila menolak tawaran menjadi model kempen Hari Raya Jakel, walaupun tawaran tersebut dikatakan mencecah angka enam digit.
Keputusan Zahnita menolak tawaran menjadi model Hari Raya Jakel bukanlah sesuatu yang mudah. Namun, bagi Zahnita, memberi fokus kepada perniagaan yang sedang berkembang lebih penting pada masa ini.
“Saya sangat berbesar hati dengan tawaran itu, tetapi masa saya kini terhad. Bisnes ini memerlukan komitmen penuh, dan saya mahu memastikan ia berjaya sebelum memikirkan hal lain,” jelasnya yang ditemui secara eksklusif oleh krew Mingguan Wanita di kediamannya hari ini.
Tambah Zahnita lagi, dia tidak akan kembali ke dunia modelling lagi dan ingin menumpukan sepenuh perhatian terhadap perniagaan pai yang semakin mendapat sambutan di kalangan pengemarnya.
Mengimbas langkah pertamanya dalam perniagaan pai, Zahnita mengakui ia bermula sebagai hobi yang akhirnya berkembang menjadi sumber pendapatan. Dengan jenama yang dikenali sebagai , Zahnita Humble Pie menawarkan beberapa jenis pai dengan resepi istimewa yang dirumus sendiri.
“Memasak adalah terapi buat saya. Bisnes ini bukan sahaja memberi saya peluang untuk berkreativiti, tetapi juga cara untuk menjana pendapatan yang stabil. Melihat reaksi pelanggan yang menikmati pai saya memberi kepuasan yang tak tergambar,” katanya.
Mencari Kestabilan Hidup Baharu
Bagi Zahnita, perniagaan pai ini adalah simbol kebangkitan dirinya selepas melalui pelbagai cabaran dalam hidup. Dia mahu membina sesuatu yang boleh memberikan kestabilan kepada dirinya dan anak-anak.
“Setiap orang berhak untuk memulakan hidup baharu, tidak kira apa yang telah berlaku. Bagi saya, hidup adalah tentang membuat pilihan yang terbaik untuk masa depan,” tambah Zahnita.
Dengan sokongan padu daripada pelanggan dan peminat, Zahnita yakin perniagaannya akan terus berkembang.
“Saya juga berharap usaha ini dapat dikembangkan dan saya mahu membuat 1 Juta Pai untuk dihantar ke Palestin suatu hari nanti. Itu adalah cita-cita dan harapan saya dalam bisnes ini.
“Doakan saya terus berjaya dalam perjalanan baharu ini. Saya percaya, rezeki akan datang jika kita ikhlas dalam usaha,” katanya penuh harapan.
Kumpul harta untuk anak-anak! Pelakon Aeril Zafrel dan Wawa Zainal tidak lokek berbelanja ‘mewah’ dan menghadiahkan dua buah kondiminium sempena hari lahir dua anak mereka, Soffya dan Fahri sebagai persediaan masa depan mereka.
Menurut Wawa, kediaman berkenaan dibeli hasil daripada perniagaan yang diusahakan bersama suami tersayang. Selain meraikan sambutan hari lahir anak-anak, Wawa turut meraikan kelahiran ‘produk terbarunya, Wawa Mummy Baby Sunscreen Set di Bangi Golf Resort, Selangor baru-baru ini.
“Kami memang sediakan rumah untuk setiap anak-anak. Selain rumah, kami juga membuat simpanan pendidikan dan kecemasan untuk mereka.
“Simpanan dibuat sejak mereka kecil. Contohnya kami membuat tabungan untuk anak sulung kami, dari kecil sampailah umurnya 11 tahun kami tak pernah gagal menyimpan.
“Sedar tak sedar duit simpanan mereka sudah banyak dan silap-silap apabila dewasa, mereka sudah bergelar jutawan,” kata Wawa.
Katanya, wang yang disimpan itu adalah bagi tujuan pendidikan serta kecemasan yang boleh berlaku bila-bila masa. Malah Wawa sering berkongsi tentang pentingnya menabung untuk masa depan . Wawa juga percaya merancang kewangan dan menabung sejak awal adalah langkah yang bijak untuk memastikan kesejahteraan dan pendidikan anak-anak pada masa hadapan.
“Sebenarnya setiap anak, saya sudah sediakan rumah.
“Kami simpankan wang juga buat mereka setiap bulan. Duit itu akan digunakan untuk kegunaan belajar atau kecemasan. Sedar tak sedar dah banyak dah simpanan anak-anak, kita tak tahu di masa hadapan apa-apa boleh berlaku,” katanya.
Dalam pada itu, Wawa teruja melancarkan produk terbaharunya, Wawa Mummy Baby Sunscreen Set. Sebanyak 100,000 unit diperuntukkan untuk kempen kali ini.
Untuk rekod, Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada 2013. Mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar , 11, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 8, Ayya Sofia, 4, dan Muhammad Fahri, 3.
Seorang ibu pengsan selepas menyaksikan anak lelakinya berusia tujuh tahun maut dirempuh sebuah kereta dalam kejadian di Kampung Kubang Jambu, di sini, kira-kira jam 9.23 malam Selasa.