Elak Kongsi Masalah Dengan Suami Atau Isteri Orang, Simpati Jadi Jatuh Hati!

Elak berkongsi masalah dengan orang yang tidak sepatutnya. Lebih-lebih lagi bila kita bergelar isteri atau suami orang. Takut nanti, muncul cinta. Bahaya tu.

Cinta. Normal lah kalau seseorang itu jatuh cinta. Cuma kepada siapa dan apakah cinta itu nanti berbalas? Apakah maksud cinta? Cinta sebenarnya adalah satu perasaan yang muncul dalam diri bila berhadapan dengan satu situasi sahaja iaitu memerlukan.

Cinta Tak Perlu Alasan

Lantas, bila diri memerlukan dan diperlukan; usia, rupa atau pangkat bukan lagi halangan. Sifat cinta adalah bebas tanpa alasan. Yang penting, sama-sama memerlukan seperti firman Allah SWT dalam surah Ali Imran ayat 14, Allah SWT menyebut tentang cinta iaitu keinginan: “Diperhiaskan (pada pandangan) manusia kecintaan (hubb) terhadap apa yang diingini….

Bertitik tolak daripada kedua-dua dalil mengenai cinta inilah, setiap individu mendambakan cinta. Terkini, kisah percintaan antara seorang wanita dengan lelaki berstatus suami orang adalah cerita biasa. Malah, kisah percintaan antara seorang lelaki dengan wanita berstatus isteri bukan juga kisah luar biasa.

Elak Kongsi Masalah Dengan Suami Atau Isteri Orang, Simpati Jadi Jatuh Hati!

Elak Cinta Yang DIHARAMKAN

Hakikatnya, syariat tentukan haram bagi lelaki mencintai isteri orang dan haram juga bagi wanita yang masih sah menjadi isteri orang atau masih dalam eddah atau masih menjadi tunangan orang untuk bercinta atau menaruh perasaan terhadap lelaki lain.

Hukum haram meminang perempuan yang telah menjadi tunangan orang lain berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Janganlah seorang lelaki meminang perempuan yang telah dipinang oleh saudaranya sebelum perempuan itu ditinggalkan oleh tunang sebelumnya.”– hadis riwayat Bukhari.

 Yang HARUS Dan MAKRUH

Kalaulah mengambil tunangan orang menjadi haram, apatah lagi isteri orang. Berbeza pula jika wanita yang bukan isteri orang bercinta dengan lelaki suami orang, tidak menjadi haram tetapi ada dua hukum yang berkaitan iaitu harus atau makruh.

HARUS jika si lelaki yang anda cintai dan mencintai anda itu kekal melaksanakan tanggungjawab yang wajib dan perlu kepada isterinya dan anak-anak.

IKLAN

MAKRUH jika mengenali dan mencintai anda menyebabkan si lelaki suami orang tadi sengaja melalaikan dan mengabaikan tanggungjawabnya yang wajib dan perlu kepada isteri dan anak-anak. Makruh juga jika anda maklum, si lelaki yang anda cintai dan mencintai anda itu tidak mampu untuk menjadikan anda isterinya yang sah menurut syariat sama ada si lelaki tidak layak berpoligami atau pun si lelaki tidak berniat pun untuk menjadikan anda isterinya kerana takkan mengambil tindakan yang boleh menyakiti hati isterinya yang sedia ada.

 Wujud bila Salah Kongsi Masalah

Dalam kebanyakan kes, faktor utama pencetus cinta salah dan terlarang ini ialah perkongsian masalah diri. Jadi, tolong elak! Ada suami orang yang berkongsi kisah dengan kawan wanita, ada juga isteri orang yang berkongsi kisah dengan kawan lelaki dan tak kurang juga isteri orang yang berkongsi kisah dengan suami orang.

Mulanya hanya simpati dan berusaha memberikan nasihat dan pandangan tetapi akhirnya simpati bertukar jatuh hati. Perkongsian demi perkongsian menyebabkan timbulnya rasa keserasian dan saling memerlukan. Sebab tu kena elak.

Nampak Kelebihan Tak Ada Pada Pasangan

Rasa serasi dan jatuh hati akan lebih mudah terjadi jika seseorang itu mampu melihat kelebihan yang ada dalam diri kekasih baru berbanding pasangan sedia ada. Ditokok tambah dengan kesilapan dan kekurangan yang ada dalam diri pasangan menjadikan seseorang itu buta hati maka apabila seorang suami orang atau isteri orang itu dilayan lebih baik biarpun hanya lebih secubit rasa, segala-galanya akan dirasai lebih nikmat dan bahagia bersama kekasih hati.

Mereka juga akan rasa lebih selesa dan selamat apabila kehendak yang selama ini tidak dipenuhi oleh isteri sendiri atau suami sendiri, mampu dilaksanakan sebaiknya oleh si kekasih.

Ya lah, si kekasih sudah maklum kehendak anda dan dalam kebanyakan kes, pasangan tidak pernah dimaklumkan mengenai kesilapan diri yang perlu diperbaiki agar mereka kekal dikasihi menyebabkan mereka terus tertanya-tanya dan tersalah memberikan layanan yang sepatutnya.

IKLAN

Baca artikel menarik lain di sini:

Menyantuni Pasangan Tak Semestinya Dengan Hadiah Yang Mahal-Mahal!

Bila CURANG, Pasangan Cipta SEJUTA Alasan Hanya Untuk MENEPIS Kesalahan Sendiri

Setia Dengan Pasangan Lebih Mudah, BAHAGIA. Kalau Curang Hidup Tak Tenang!

Layanan Lima Bintang

Keadaan layanan taraf lima bintang daripada si kekasih ini menjadikan suami orang atau isteri orang merasai nikmatnya cinta terlarang ini biarpun tahu dan sedar, tindakan mereka menyalahi moral masyarakat dan kehendak syariat.

IKLAN

Sebagai langkah pencegahan; perkara paling utama ialah bersikap berterus terang, berbincang dan cuba atasi segala masalah yang ada bersama pasangan. Paling penting, elakkan berkongsi masalah anda terutama masalah rumah tangga anda dengan rakan berbeza jantina tak kiralah apa juga status dirinya.

 Mampu Koyakkan Emosi Pasangan

Jangan sangka suami orang lebih memahami atau isteri orang lebih mengerti. Pengertian dan pemahaman yang anda dambakan sukar bersifat profesional jika perkongsian berlaku hari ke hari dicampur rasa simpati yang tinggi.

Tiada istilah teman tapi mesra dalam sebuah rumah tangga jika kemesraan itu mampu mengoyak jiwa dan emosi pasangan anda. Kita sentiasa diberikan pilihan maka berhati-hatilah dalam memilih agar pilihan yang dibuat tidak menjadikan kita hamba yang derhaka kepada-Nya.

Sumber: Suzana Ghazali, Perunding Psikologi Keluarga Dan Guaman Syarie

Jangan lupa follow kami di:

Facebook Mingguan Wanita

Instagram Mingguan Wanita

Twitter Mingguan Wanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI