Keluarga ini punyai 3 orang anak. Masalah bertimpa-timpa atas mereka. Terutama bab kewangan yang menghimpit sehingga mereka hampir kehilangan tempat tinggal, berbulan-bulan hidup tanpa bekalan elektrik.
Sungguh, kisah hidup yang dikongsikan Cikgu Mohd Fadli Salleh ini antara puluhan kes kesusahan anak-anak yang pernah dibantu sebelum ini.
Hadamkan kisah perit keluarga ini. Dan jika anda punyai rezeki lebih dan mahu berkongsi rezeki dengan mereka, boleh bantu guru ini membantu keluarga ini.
Anak Ini Tiada Baju Sekolah Nak Bersekolah
Mendapat perkhabaran seorang murid tingkatan satu tiada pakaian sekolah untuk bersekolah.
Aku hubungi PK HEM sekolah untuk mendapat kepastian. Alhamdulillah, urusan persiapan persekolahan anak itu dah settle.
Lalu malam ini aku panjangkan ziarah terus ke rumah ibubapanya. Nak dengar apa cerita sampai baju sekolah anak pun tidak mampu beli ni.
Sebaik sampai, rumah ini bergelap. Hanya diterangi cahaya lilin dan juga lampu yang pasang kat bateri motor sahaja.
Tingkap sentiasa dibuka. Maklumlah, cuaca panas, kipas tak berfungsi.
Rupanya dah dua bulan mereka tinggal bergelap. Api dan air dipotong kerana tak mampu bayar setelah suami sakit berat. Isteri tak boleh lagi menjual nasi lemak dan kuih seperti biasa.
Ads
Sebelum ini, mereka asnaf penerima zakat. Sewa rumah mereka sebahagiannya pusat zakat yang bayarkan.
Masalah Bertimpa-timpa.. Dapat Notis Tak Terima Bantuan Zakat..
Namun pada November tahun lepas, satu notis dari pihak zakat sampai. Mengatakan mereka terkeluar dari list asnaf dan golongan miskin dan pusat zakat akan menghentikan semua bantuan.
Pada masa yang sama juga mereka dilanda masalah lain yang tak perlu aku cerita secara open. Suami pula sakit, buat kerja 2-3 hari, terlantar atas katil 2-3 bulan. Terpaksa guna kerusi roda dan perlu penjagaan rapi.
Siapa yang nak terima kerja jika pekerja hanya boleh kerja 2-3 hari kemudian cuti 2-3 bulan ni? Masalah bertimpa-timpa. Rumah sewa pula tuan rumah hanya bagi kebenaran tinggal sampai hujung bulan ini sahaja.
Lagi panjang mereka termenung. Rumah nak kena keluar, api air kena potong, duit income tak ada, anak-anak sekolah 3 orang, ada pula masalah lain yang menghimpit.
Ads
Last check up, stress si ayah sangat tinggi hingga doktor bekalkan ubat depresi. Siapa yang tak stress jika sebegini besar bebanan yang menimpa?
Alhamdulillah, Dana Kita settlekan api air agar kembali mereka dapat menikmati elektrik dan air. Dengan tuan rumah pun aku akan deal untuk beri lebih tempoh mereka tinggal dan bayar secara ansuran.
Motivasi Kembali Berniaga.. Itulah Satu-satunya Jalan Penyelesaian
Aku akan cuba panjangkan semula kes mereka kat pusat zakat untuk pertimbangan semula. Moga-moga ada rezeki dari zakat kita untuk keluarga ini.
Dan mereka nampak sangat bermotivasi untuk kembali berniaga. Hanya itu satu-satunya jalan penyelesaian setakat ini.
Si ibu kena kembali buka meja jual nasi lemak, jual kuih dan si ayah akan bantu dengan bakar sate. Semua peralatan untuk berniaga mereka dah ada.
Ads
Tinggal untuk mulakan sahaja semula.
Sebelum ini mereka buntu tidak tahu dimana hendak bermula. Kini Dana Kita bantu untuk mereka bermula semula.
Kita rasa kita susah. Namun sebenarnya diluar sana lebih ramai orang yang lebih susah dari kita.
Berhenti merungut, bangkit dan ubah nasib diri dan ekonomi keluarga. Dan sebaik kita stabil dan lega, jangan sesekali lupa golongan yang masih berjuang demi sesuap makanan. Tidak banyak tapi sentiasa. Dan tidak ramai tapi ada. Tidak kaya tapi cakna.
Anda yang mahu membantu Cikgu Mohd Fadli membantu keluarga ini, boleh salurkan ke :
Nombor akaun : 564221646925
Bank : Maybank
Nama akaun : Pertubuhan Kebajikan Dana Kita
Minum air basuhan kaki jemaah baru balik haji, adat jiran tetangga ambil berkat dikecam warganet. Memang betul-betul adat pelik kerana perlu minum air basuhan kaki jiran tetangga.
Jika minum air basuhan kaki seorang ibu pun tidak dibenarkan sama sekali kecuali mencium kaki ibu yang melahirkan kita ke dunia, apa tah lagi minum air basuhan kaki jiran tetangga atas alasan ambil berkat.
Tular di media sosial perlakuan ibu-ibu yang minum air kaki rendaman suami isteri yang baru balik dari Tanah Suci Makkah.
Minum Air Basuhan Kaki Jemaah Baru Balik Haji
Dilihat mereka minum air basuhan kaki suami isteri yang baru pulang dari Makkah sebelum memeluk pasangan ini untuk mengambil berkat. Alasan minum air basuhan kaki pasangan ini adalah adat dan juga kerana kaki mereka sudah sampai di Makkah. Masa yang sama mereka mengharapkan dengan minum air berkenaan, mereka juga dapat menjejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah satu hari nanti.
Menjawap satu komen selepas video ini tular, pemilik video asal dari Banjarmasin Indonesia ini memaklumkan, ia adat kampung mereka.
“Loh, kan mereka baru pulang dari Tanah Suci, Kakinya tu suci loh kak. Jadi berkahnya di ambil supaya siapa tahu bisa ikutan ke Tanah Suci nantinya”
Dan kerana jawapan-jawapan sebegini, ramai warganet menyerang dengan memberi komen di video tersebut. Dan sejak 16 jam lalu, pemilik video meminta agar orang ramai berhati-hati dalam memberi komen, takut berbalik pada diri sendiri. Mungkin dirinya tidak boleh menerima komen-komen dinyatakan di videonya.
Isu minum air kaki ini sememangnya tidak ada dalam agama. Jika minum air basuhan kaki ibu yang juga syurga kita tak dibenarkan, apa tah lagi minum air tapak kaki jiran tetangga, lagilah tak ada kena mengena.
Menurut ulama sohor Indonesia, Buya Yahya melalui channel YouTube pada 22 Januari 2018, mencium kaki ibu itu dibenarkan tetapi untuk meminum air bekas basuhan kaki ibu tidak dibenarkan sama sekali.
“Mencium kaki ibu adalah dibenarkan tapi bukan meminum air bekas basuhan kaki ibu. Gak ada itu dari mana cerita itu,” ujarnya.
Lebih lanjut, Buya Yahyah menjelaskan bahwa selama ini tidak ada pendidikan yang mengajarkan untuk meminum air bekas kasuhan telapak kaki ibu. Sebab, air itu kotor.
Jadi, jangan kerana adat, jadi merepek dan islam dipandang sinis.
Kakak Hello Kitty. Usahawan ini pernah bercerai dan ramai mengaitkan perceraiannya kerana suami dipaksa pakai baju Hello Kitty.
Mesra disapa Na, mengakui perceraian selama 23 hari dengan suami membuatkan diri dan hatinya tidak kuat. Perlu melakukan kerja-kerja rumah yang selama ini dibantu suaminya, Mohd Afizi.
Dan kerana itulah dirinya mengambil peluang kedua diberi Allah dan mereka kembali rujuk demi anak-anak serta menurunkan ego masing-masing demi membina keluarga bahagia.
Ikuti video penuh kisah suka duka pasangan ini yang memilih peluang kedua dalam kehidupan mereka dalam Sembang Wanita Xtra di saluran YouTube MW.
Bila cuaca panas tak menentu ni memang sedap dapat makan aiskrim, lebih-lebih lagi aiskrim perisa kegemaran.Sejuk dingin je rasa anak tekak ni. Bagi peminat Aiskrim perisa Lime & Vanilla Solero, yang rasanya lemak berkrim, masam-masam manis boleh cuba buat sendiri aiskrim ni dirumah. Menurut perkongsian Shameema Ahamed, rasanya sedap seperti beli di kedai. Pasti lebih jimat dan berbaloi-baloi. Puas hati buat sendiri.
Berikut antara perkongsian beliau;
“Saya dengan anak-anak memag suka ais krim perisa Vanilla Lime Solero. Saja-saja duk try and error buat aiskrim rasa camtu. Anak-anak cakap rasa sama dah macam aiskrim tu. Kalau ada peminat aiskrim tu macam saya boleh la cuba try buat iya. Saya buat 2 jenis.”
Aiskrim Homemade Ala Lime & Vanilla Solero
Bahan-Bahan:
✔1/2 cawan gula
✔1/4 cawan gula perang
✔1/2 cawan air + 3/4 cawan susu full cream dutch lady
✔200ml whipping cream (1 kotak kecil )
✔1sudu besar ovellete
✔1sudu besar esen vanilla
✔1sudu besar knorr lime powder (Adjust ikut selera)
✔Pewarna hijau & kuning (campurkan dua-dua warna untuk dapatkan warna hijau limau
Cara Membuat:
1.Campurkan semua bahan-bahan kecuali Lime powder dan masukkan kedalam mesin pengisar (blender) sampai gebu.
2.Kemudian baru masukkan pula lime powder dan blender sekali lagi. Siap. 3.Masukkan dalam acuan aiskrim dan bekukan semalaman dan bole makan keesokkannya.
Aiskrim Malaysia Ala Lime Solero
Bahan-Bahan:
Gula
Knorr lime powder
Air
Pewarna hijau dan kuning (campurkan dua-dua warna untuk dapatkan warna hijau limau)
Cara Membuat:
Campurkan semua bahan diatas dan bekukan didalam bekas ais krim. Sukatan bahan yang ini saya agak-agak je buat.
“Bila mak 62 tahun lebih teror main roller skate dari kau”, ramai kagum makcik memang hebat. Tidak ramai mak-mak kita yang mahu menikmati usia tua mereka melakukan hobi yang pernah mereka lakukan ketika muda dahulu.
Alasan mak-mak, cukuplah pernah merasainya suatu ketika dahulu atau barangkali segan dengan persekitaran sekeliling. Mereka merasakan tidak sesuai terutama kepada faktor usia.
Bagaimana pun satu perkongsian seorang anak, Hanan Abdul Rahman yang juga pengacara tv Al-Hijrah kebolehan emaknya, Hanim Mohamed Alias, bermain roller skate pada usianya 62 tahun membuatkan ramai kagum pada emaknya.
Dapat dilihat emaknya bebas meluncur dengan roller skatenya dan masa yang sama pakaian dikenakan sangat menutup aurat. Kelihatan emaknya enjoy melakukan aktiviti berkenaan yang diketahui banyak dilakukan golongan remaja dan orang muda kerana ia memerlukan keseimbangan untuk mengawal pergerakan tubuh agar tidak terjatuh.
Mungkin sekadar berlucu, Hanan memaklumkan dia tidak sehebat itu dan siap membuat muka lucu dan terpegun saat melihat emaknya bebas meluncur di gelanggang roller skate berkenaan.
Perkongsiannya mendapat respon positif di mana kata mereka golongan wanita sekitar tahun 80-an memang top dengan permainan ini. Tambah Hanan, emaknya sering memasuki pertandingan Roller Skate di Teluk Intan suatu masa dahulu. Bahkan antara lokasi bermain roller skate di Teluk Intan ialah di Coliseum.
Bermain roller skate ini barangkali boleh menjadi satu aktiviti menarik bagi mak-mak untuk mengeluarkan peluh dan hidup sihat di usia mereka. Jadi tidaklah hanya berkebun sekitar rumah atau bersama kawan-kawan ke masjid kerana masih banyak aktiviti sesuai dan sihat boleh dilakukan pada usia 60 ke atas. Bahkan kesanggupan anak membawa mak secara tak langsung turut mengeratkan bonding antara satu sama lain.
Pelajar tingkatan tiga trauma dipercayai Dirogol dua pelajar senior di dalam kelas dan dirakam video. Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah dilaporkan mengalami trauma teruk dan enggan ke sekolah selepas dipercayai menjadi mangsa rogol bergilir-gilir oleh dua pelajar lelaki senior.