Dua beradik buat pesanan “main-main” di kios McD hingga jumlah pesanan cecah RM17,152. Adalah menjadi satu keseronokan bagi anak-anak tatkala dibawa keluar oleh ibu bapa.
Lebih seronok dapat masuk ke restoran makanan segera seperti McDonald’s, KFC, Pizza Hut dan lain-lain lagi. Seperti sedia maklum, kebanyakan restoran makanan segera sudah menyediakan kiosk layan diri di mana tiada lagi pesanan dibuat secara terus di kaunter.
kemudahan disediakan bagi memudahkan orang ramai membuat pesanan dan pilihan makanan. Dan selepas membuat bayaran sama ada di kaunter atau kad bank, pelanggan hanya perlu menunggu makanan tersedia berdasarkan angka giliran yang dikeluarkan.
Segala teknologi disedia untuk memudahkan orang ramai dan membiarkan anak-anak bermain di mesin layan diri ini adalah satu perbuatan yang dirasakan kurang wajar. Ibu bapa harus membuat pemantauan kerana mesin layan diri bukan tempat permainan.
Ads
Di aplikasi Tik Tok @rmdhn_ berkongsi gelagat dua kanak-kanak yang dilihat asyik membuat pesanan “main-main” di mesin layan diri McDonald’s hingga jumlah order mencapai RM17,152. Bahkan keduanya dilihat begitu seronok menekan-nekan pesanan sesuka hati, seolah-olah kiosk tersebut adalah permainan video.
Jelas perbuatan yang dirasakan seronok bagi kanak-kanak sebenarnya dilihat satu perbuatan kurang sesuai dan ibu bapa harus membuat pemantauan jika melihat suasana begini.
Pelakon, penyanyi, pengacara dan penyampai radio, Hunny Madu akhirnya mengesahkan yang dia sudah mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan jejaka Itali bergelar chef di ibu kota, Fedrighi Francesco pada 2 Mei lalu.
Hunny sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Khairul Azhar Abdul Wahid, namun menemui titik noktah pada Oktober 2018. Mereka berkahwin pada 2010.
Majlis Nikah Ringkas
Majlis pernikahan dilakukan secara atas talian memandangkan situasi pandemik COVID 19 masih belum reda. Malah majlis pernikahan yang diadakan di kediaman keluarganya di ibu kota itu tidak membabitkan tetamu.
Suaminya yang memeluk agama Islam sejak Februari lalu sudah menetap di Malaysia sejak Januari 2018. Mereka berkenalan sekitar awal Januari tahun lalu.
“Kami hanya maklumkan keputusan berkahwin ini kepada keluarga terdekat dan kawan rapat saja. Majlis nikah itu memang begitu ringkas dan hanya disaksikan adik beradik, ibu bapa dan dua anak saya. Ustaz yang bertugas menjadi saksi pernikahan kami berada di lokasi berbeza.
“Baju nikah pun kami pinjam sebagai memenuhi syarat kerana keterbatasan waktu untuk menyiapkan yang baru. Cukup sebegitu untuk jadi memori kenangan saya dan suami,” ujarnya.
Tambah Hunny lagi sepatutnya, majlis resepsi sepatutnya diadakan bulan September lalu.
“Namun terpaksa ditunda kerana ada hal yang tak boleh saya kongsikan. InsyaAllah majlis yang dirancang itu akan diadakan pada masa yang lebih sesuai waktu mendatang,” katanya.
Bercuti Di Langkawi Umpama Bulan Madu
Pasangan ini juga sempat ke Pulau Langkawi untuk percutian keluarga yang turut membabitkan dua anaknya, Eva Medina, 8, dan Adam Musa, 3.
“Nak kata bulan madu pun tidak. Tapi percutian baru baru ini itu umpama bulan madu bersama keluarga kecil saya,” ujarnya.
Hunny juga memanjat kesyukuran kerana dipertemukan dengan suami yang disifatkan cukup baik kepada dirinya, anak serta keluarga.
“Saya bertuah ada dia. Dia buat saya bahagia. Semoga hubungan kami ini akan kekal sampai ke jannah. InsyaAllah,” katanya.
Mohon Maaf
Dalam pada itu, Hunny juga ingin memohon maaf kepada pihak yang terasa dengan gambar posnya bersama cinta hati yang dianggap keterlaluan dikongsi di Instagram.
“Semua itu timbul sebab ada yang tak tahu perkara sebenar yang saya dan dia sudah berkahwin. Sebab itu saya ambil kesempatan untuk meleraikan persoalan itu,” sambungnya.
Sumber Foto: Instagram Hunny Madu
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Dewi Yull bangga anak istimewa cemerlang, cipta rekod mahasiswa raih 3 anugerah tertingg di US. Hati ibu mana tidak bangga jika anak-anak berjaya dalam hidup. Baik dalam pelajaran mahu pun agamanya.
Inilah yang dirasai oleh penyanyi Dewi Yull yang namanya mungkin tidak asing bagi sebahagian peminat di Malaysia khususnya bagi generasi lahir tahun 70 dan 80-an.
Dewi Yull Bangga Anak Istimewa Cemerlang
Ditakdirkan mempunyai dua anak dilahirkan pekak dan bisu, Gizca dan Surya, ibu ini sering ditanya tidakkah dia malu punya anak istimewa dan tidak sempurna.
Namun jawapan ibu ini pasti boleh diambil oleh ibu-ibu yang diuji dengan kelahiran istimewa. Bila ditanya orang tak mahu kea da anak cacat, Dewi Yull ada jawapan sendiri.
Dia sentiasa mengatakan bangga dan syukur melahirkan anak istimewa. Dirinya tidak pernah mengeluh sama sekali dan sanggup berkorban apa saja khususnya anaknya mendapat pendidikan terbaik dalam hidup.
Memandangkan di Indonesia, sistem pembelajaran lebih menekankan bahasa verbal dan tulis serta tidak banyak meneroka bahasa isyarat bagi mereka yang dilahirkan pekak dan bisu, dia nekad menghantar anaknya ke Amerika Syarikat ditambah anaknya juga akui “cemburu” dengan kecemerlangan pendidikan bagi golongan kurang upaya dengan semua fasiliti.
Cipta Rekod Mahasiswa Raih 3 Anugerah Tertinggi Di US
Dan ternyata anak bongsu cukup tampan ini, Surya Sahetapy berjaya menggengam tiga anugerah dan merupakan satu-satunya mahasiswa yang meraih tiga pencapaian istimewa buat kali pertamanya dalam pengajian di New York ini.
Kata Dewi Yull, dia begitu bersyukur dan bangga dan pernah berdoa kepada Allah, walau di sebalik kekurangan anaknya, dia sentiasa berdoa di dalam hati anaknya akan berjaya dalam hidup. Dan inilah yang membahagiakan hatinya sebagai seorang ibu.
Tanggungjawab anak masih perlu dilaksanakan walaupun sudah berpisah. Suka tengok hubungan Sharnaaz dan bekas isterinya sekarang. Yang lepas, jangan dikenang. Hiduplah dengan hati yang baik dan terbuka, salute! #fyp
@mingguanwanita Tanggungjawab anak masih perlu dilaksanakan walaupun sudah berpisah. Suka tengok hubungan Sharnaaz dan bekas isterinya sekarang. Yang lepas, jangan dikenang. Hiduplah dengan hati yang baik dan terbuka, salute! #fyp♬ original sound – MingguanWanita
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Lelaki kongsikan tips mengorat perempuan Cina, demand agak tinggi banding gadis Melayu. Dalam memilih pasangan, setiap dari kita pasti mempunyai cita rasa berbeza. Ada yang meletakkan standard tinggi dalam memilih pasangan tetapi dalam masa yang sama ada yang menyerahkan kepada takdir.
Cita rasa tentang memilih pasangan juga berbeza-beza setiap dari kita. Tapi bagi yang bercadang untuk mengorat perempuan Cina sebagai suri hati mereka, dikongsikan oleh Adam Kelvin paling utama lelaki tersebut perlu ada wang yang banyak. Itu syarat pertama selain beberapa syarat lain termasuk perlu ada rumah, kerja yang stabil dan paling utama perlu ada kereta. Bukan motor ya.
Lelaki Kongsikan Tips Mengorat Perempuan Cina
Bacalah, kalau-kalau berhajat untuk mengorat Ah Moi sebagai suri hati.
Mencabar sangat sebenarnya nak dapatkan pasangan Cina terutamanya buat Cina Muslim. Standard yang ditetapkan amat tinggi.
Saya pernah rasa macam not worth it. Kononnya kalau dapat perempuan Cina, lagi senanglah nak dakwah pada ayah saya.
Haha.. btw, ni saya share la buat followers saya yang sukakan Ah Moi.
Kena ada banyak duit.
Bukanlah kata wajib kaya. Paling kurang lelaki tu mesti bijak dalam menguruskan kewangan. Lebih kepada financial management.
Macam mana nak kembangkan duit yang ada untuk memberi keselesaan buat keluarga di masa depan. It not about how much you gain, it is all about how much you can save and invest.
Tapi kalau kaya, memang bonus! Haha..cuma berhati-hatilah. Kalau cinta atas dasar material semata-mata, be prepare. untuk diabaikan bila jatuh kelak.
Ada hartanah.
Benda ni dah tertanam sejak azali, mesti beli sebuah rumah pada usia yang muda. Pakai kereta biasa dulu tak apa ketika awal-awal kerja. Yang penting mesti beli rumah sebuah.
Hartanah dan orang Cina tak dapat dipisahkan. Kami memang suka hartanah. Lambang kekayaan sebenar dan returnnya akan menaik berbanding kenderaan yang nilainya semakin menurun.
Kalau ada rumah sebiji pun dah cukup untuk yakinkan Ah Moi bahawa kita ni mampu bagi keselesaan buat keluarga. Ada kondominium, lagi wowww!
Demand Agak Tinggi Banding Gadis Melayu
Mau ada kereta
Haiya. Jatuhlah air muka kalau dating naik motor. Nampak sangat pokai. Paling kurang kereta Axia atau Myvi pun okay. Ni zaman belajarlah.
Nanti dah kerja, mau upgrade. Kena pulak GF dari family kaya, mana pandang kereta kecil. Paling kurang, Honda atau Toyota la.
Sebab kereta ni transport untuk ke mana-mana kalau berlaku emergency. Lambang kita ni berfikir jauhlah kalau ada kereta ni. Taklah GF panas dan rambut rosak bila naik motor pakai helmet.
Ni saya kagum dengan perempuan Melayu. Ada segelintir yang berkahwin dalam keadaan suaminya tak ada kereta. Mereka sanggup susah bersama. Ke hulu ke hilir naik motor dengan anak-anak. Salute beb!
Pekerjaan yang bagus.
Bukanlah kena kerja hebat, tapi kalau kerja tu bagus, lagilah dapat greenlight. Haha..
Cumanya Ah Moi ni nak security. Kerja yang stabil atau pun kalau berniaga mesti mau ada duit masuk setiap hari.
Kena ada vision untuk stabilkan kerjaya dan pendapatan sepanjang hubungan tu sebelum berkahwin. Nak jaga anak orang, bukan main hentam saja.
Mau fikir cinta saja takkan kenyangkan perut. Muka hensem takkan dapat bayar bil-bil. Mereka lebih realistik dalam sesebuah perhubungan.
Itu saja kot yang saya tahu kalau nak Ah Moi.
Cuma bila fikir balik, saya rasa bukan Ah Moi saja, mana-mana perempuan pun perlukan lelaki sebegini. Bezanya orang Islam ni ada konsep tawakal. Mereka sanggup susah masa awal-awal kahwin kerana tahu rezeki Allah akan bagi apabila berusaha.
Berbeza dengan kami orang Cina, selagi tak kaya, maksudnya tak betul-betul usahalah tu. Tuah belum ada. Konsep tawakal? Jauh sekali.
Walaupun saya berkahwin dengan Melayu, ia bukan penghalang untuk saya bagi tip kepada mereka yang nakkan Ah Moi. Hahaha.. perempuan Melayu di luar sana, ramai Ah Cai sedang menunggu!
Pelajar tingkatan tiga jatuh asrama kritikal, ibu rayu doa orang ramai anak kembali pulih. Tiada yang lebih menyakitkan daripada melihat darah daging sendiri terbaring...