Ini ujian hebat untuk keluarga doktor yang mana, tujuh sekeluarga disahkan positif Covid-19. Dan kisah mereka ini menyentuh hati rakyat Malaysia termasuklah Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, mantan Timbalan Perdana Menteri Wanita Pertama Malaysia.
Keluarga doktor yang diuji ini, Dr Samsu Ambia Ismail merupakan Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Teluk Intan (HTI) yang disahkan positif Covid-19 bersama ahli keluarganya yang lain. Termasuk isteri, Mazrieni Mahd Zaki, 39, dan lima orang anak, Erika Syamim, 18, Elisya Syamim, 15, Edrieda Syamim, 13, Eryna Syamim, 11 dan Eiman Syamim, 8 tahun.
Yang mana kesemuanya ditempatkan bersama dalam sebuah wad di HTI.
Kata Dr Wan Azizah, “Alhamdulillah, keluarga Dr Samsu Ambia, isteri serta 5 anak begitu gagah dan tabah menjalani ujian ini. Diiringi doa agar semua sembuh dan pulih secepat mungkin! Syafakumullah.”
Kredit foto : instagram Dr Wan Azizah Dr Wan Ismail
Rasa Sakit Itu Macam Hilang Nyawa
Kata Dr Samsu Ambia dengan akhbar mStar, ujian sakit ini diibaratkan sebagai pengalaman yang menginsafkan.
Ads
“Ada satu malam tu rasa macam dah nak hilang nyawa. Ingatkan kena serangan jantung.” Akuinya lagi, sakit Covid-19 ini membuatkan deria rasanya malah deria bau hilang. Loya dan cirit-birit turut dialami.
“BIla kena, baru tahu bagaimana yang pesakit rasa. Tak boleh nak digambarkan.” Sebelum ini, perasaan tak dapat dibendung waktu diberitahu dirinya positif 22 Mac lalu.
Bimbang siapa kelak yang akan menjaga anak-anak dan isteri. Takdir tuhan apabila kesemua ahli keluarganya positif.
Ads
Kredit foto : facebook Gold Amy Edriena
Ahli Keluarga Doktor Tetap Ceria Walau Diuji Sakit
Biar pun ditempatkan di dalam wad yang sama, ahli keluarga ini tetap menunjukkan semangat yang kuat untuk melawan penyakit mereka. Malah, anak Dr Samsu Ambia turut berkongsi video yang untuk memberi semangat kepada kedua orang tuanya.
Kata ibunya, “Bismillah…bertuah anak-anak walaupun tengah fight dengan virus ni masih sempat buat videoclip untuk bagi mummy and baba happy.”
Ads
Kongsi bapa ini lagi, seandainya terbaring saja mungkin lambat untuk sembuh. Dengan bergerak dan buat aktiviti, mungkin boleh membantu melawan penyakit secara tidak langsung.
MW : Mendoakan agar seluruh ahli keluarga Dr Samsu Ambia terus kuat berjuang melawan virus Covid-19 dan pulih sepenuhnya. Malah, sesiapa saja yang disahkan positif, didoakan segera sembuh.
Marilah rakyat Malaysia putuskan rantaian Covid-19 dengan #DudukRumah
Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 32 tahun, disyaki terlibat dalam kes kematian seorang kanak-kanak perempuan tiga tahun, dalam kejadian di Kampung Rampangi, Santubong, di sini, Selasa lepas.
Kanak-kanak Perempuan Maut Didera
Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata laporan berhubung kejadian itu diterima semalam (Rabu), daripada seorang lelaki tempatan berusia 52 tahun.
“Pengadu menyatakan beliau telah dimaklumkan oleh kawannya bahawa anak perempuannya telah meninggal dunia pada Selasa kira-kira 9.45 malam. Hasil siasatan awal mendapati mangsa dipercayai telah didera sehingga mati.
Lelaki Positif Dadah Ditahan
“Bertindak atas maklumat, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching telah menahan suspek di kawasan Kampung Krian, Jalan Padawan pada 11 pagi tadi,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Alexson berkata semakan turut mendapati suspek mempunyai enam rekod lampau berkaitan jenayah dadah dan hasil ujian saringan awal air kencing juga menunjukkan suspek positif dadah.
Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun, serta tidak kurang daripada 12 kali sebatan, jika sabit kesalahan.
Alexson turut menasihatkan orang awam agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh menjejaskan siasatan.
Beliau turut menggalakkan orang ramai menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kejadian dengan menghubungi Pusat Kawalan IPD Kuching menerusi talian 082-24444 atau Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah ASP Chris Olsen Ramlee menerusi talian 013-8607572 bagi membantu siasatan.
Menabung memang banyak kelebihannya. Biarpun sekecil-kecil nilainya, bila dikumpul dan disimpan boleh menjadi jumlah yang banyak.
Biyok, 81 hanyalah seorang warga emas yang hidup sederhana di Padang Kaduduak di Payakumbuh Utara Sumbar, Sumatera Barat.Namun, siapa sangka dengan hanya bekerja sebagai pencuci pinggan, dia mampu menyimpan wang, berkarung-karung di rumahnya sehingga memerlukan seramai 16 orang untuk mengiranya.
Wang Disimpan Terlalu Banyak
Pada awalnya, Biyok yang tinggal sendiri dan tidak berkahwin menerima kunjungan Musleniyetti untuk membantunya mengemas pakaian hasil sumbangan orang ramai.
Namun, ketua kampung itu terkejut apabila menemui banyak karung berisi wang antara 100 rupiah (kira-kira RM0.02 sen) sehingga 100,000 rupiah (kira-kira RM28) di rumah itu.
Tribunnews melaporkan oleh kerana wang yang disimpan terlalu banyak, Musleniyetti terpaksa meminta bantuan orang lain untuk sama-sama mengira duit itu.
Selepas barang-barang dikeluarkan, mereka menemui wang berselerak di rumah warga emas berkenaan.
“Pada mulanya lapan orang membantu mengira wang berkenaan sebelum ditambah menjadi 16 orang.
“Duit ada di merata-rata, di lantai, dalam lipatan kain, bawah bantal dan tilam,” kata Musleniyetti.
Tak Habis Dikira
Katanya, mereka mengambil masa seharian untuk mengemas rumah Biyok dan turut menjumpai wang kertas lama dan baharu.Menurutnya, mereka mengambil masa yang lama untuk mengumpulkan semua wang berkenaan sebelum dikira.
“Kita masih mengumpulkannya. Ada lagi lima karung yang belum dikira, setakat ini yang kita sudah kira adalah wangnya berjumlah 80 juta rupiah (kira-kira RM23,000),” katanya.
MW:Siapa sangka, hasil menyimpan secara konsisten walaupun dalam jumlah yang kecil, boleh menjadi banyak. Tahniah buat warga emas ini, punyalah banyak simpan duit berguni-guni, sampai 16 jiran kena bantu tolong kirakan!
Tragedi pesawat Malaysia Airlines, MH370 hilang dari radar terus terpahat di hati rakyat Malaysia. Enam tahun sudah berlalu sejak 8 Mac 2014. Namun, kejadian ini terus diingati dan tak mungkin dilupakan.
Malah kekal menjadi misteri. Di mana sebenarnya pesawat yang berlepas dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing itu.
Intan Maizura Othaman, balu krew MH370, Mohd Hazrin Hasnan ketika kejadian itu sedang mengandungkan anak bongsunya, Muhammad Mohd. Hazrin. Di sebalik tragedi yang berlaku, rupanya tiga orang balu krew pesawat MH370 saling berhubung dan memberi sokongan antara satu sama lain.
Tentunya telefon menjadi perantara mereka. Sehinggakan tiga sahabat ini mendapat gelaran ‘Balu 370’.
Balu 370 Berkongsi Duka Dan Senang Bersama
Kongsi Intan, “Since the 8 March 2014, the 3 of us sering bersama… Lebih sinonim dengan gelaran Balu 370 dari kalangan keluarga dan rakan terdekat, secara tak langsung ianya bunyi macam kelakor jugak.
“Kami bertiga bersuamikan Flight Crew yang sama-sama operate flight MH370. Bertiga berkongsi duka dan senang bersama. Kami bertiga sama-sama menerima berita kehilangan / kematian suami bersama.
“Persoalannya redha atau tidak, no choice.. kehidupan kena diteruskan jugak. Alhamdulillah… berkat doa, Allah kurniakan kekuatan untuk redha atas ujianNya.. Sama-sama dalam jangka 6 tahun ini meneruskan kehidupan dan membesarkan anak-anak dengan segala apa yang ada.”
Stereng Kereta Selalu Jadi Teman Menangis
Atasi emosi dan kekecewaan sendirian.. Stereng kereta tu selalu jadi teman kami menangis. Sambil driving, boleh je stop kete kat mana-mana sambung nangis.
Breakdown everytime sambil tangan pegang stereng kereta.. sambil masing-masing update dalam group wasap kami “Charlie’s Angel”
Itu lah kami dulu hingga ke hari ini.. Sambil masing-masing hantar gambar selfie mata bengkak-bengkak lepas dan ketika menangis..
“wehhh aku sedih”
“wehhh aku tak tahan”
“wehh aku rindu”
Itu lah antara skrip standard yang masing-masing akan terima..
Dah Kering Airmata Pun
Bezanya kami sudah kurang menangis sekarang.. dah kering airmata pon.. tak larat dah nak berteriak. Alhamdulillah, Semakin kuat dan semakin tabah.. Terima kasih Ya Allah atas segala kekuatan yang Engkau kurniakan..
Alhamdulillah dan syukur di atas persahabatan yang bermula dengan airmata ini.. Semoga Allah permudahkan urusan kami dan anak-anak dan juga Allah kurniakanlah syurga buat suami kami yang telah pergi.. Aamiin
Apabila aku dengar DPP bagitahu terdapat kesan air mani di dalam dubur anak aku .YA ALLAH gelapnya dunia .Tergamak kau buat anak aku yang baru 9 bulan. Kau tak layak dipanggil manusia!!! Kau memang binatang!!!