Bahaya juga sebenarnya bila kaum wanita menghadapi jangkitan kuman dalam peranakan.Menerusi perkongsian oleh Dato’ Dr Hamid Arshat,antara punca jangkitan kuman ini adalah cara penjagaan kebersihan diri dan boleh menjadi punca ketidaksuburan yang mengakibatkan wanita sukar untuk mendapat anak.
Rupanya jangkitan kuman pada faraj dan organ peranakkan ini boleh diatasi dan dikawal dengan mengamalkan membasuh dengan air garam atau dikenali sebagai Saline douching. Ia kaedah paling selamat natural dan organik
Dr Hamid Arshat ada berkongsi video yang dirakamkan dari Bilik Bedah hospital yang ketika itu baru sahaja selesai melakukan pembedahan laparoscopy dua orang pesakitnya. Menurut Doktor Pakar Sakit Puan terkenal ini, kedua-dua pesakit tersebut ada mempunyai jangkitan kuman dalam peranakan yang menyebabkan pelbagai masalah lain seperti saluran fallopian tersumbat, sekaligus boleh mengakibatkan ketidaksuburan.
Dr Hamid ada berkongsi antara PUNCA yang menyebabkan jangkitan kuman dalam peranakan terjadi pada para wanita.
1. Keputihan
Keputihan atau lelehan yang berbau dikawasan sekitar pintu faraj mudah mendapat jangkitan kuman.
Ads
2.Tidak Menjaga Kebersihan
Tidak menjaga kebersihan setelah membuang air kecil atau air besar. Bila keadaan haid tidak menjaga kebersihan sekitar faraj.
3.Imuniti Rendah
Disebabkan pengambilan makanan yang tidak seimbang, tidak cukup ambil vitaman.Disarankan makan vitamin C, makanan yang mengandungi sayur-sayuran dan buah-buahan. Minum juga air-air yang masam seperti jus lemon, jus kranberi yang boleh meningkatkan imuniti disamping membersihkan kawasan kemaluan.
4.Kegemukan
Orang mengalami kegemukan, gula meningkat juga buat pesakit kencing manis mudah mendapat jangkitan kuman pada peranakan.
5.Memakai Alat Dalam Rahim (IUD)
Wanita yang memakai IUD juga mudah mendapat jangkitan kuman pada peranakan.
Ads
Salah satu langkah bagi membersihkan faraj bagi mengelakkan jangkitan kuman adalah menerusi kaedah Saline Douching.
Kaedah Saline Douching
Bahan Diperlukan:
1 gelas Air Suam
1 Sudu Garam Halus
Kapas
Sarung Tangan ( Glove)
Cawan Pakai Buang
Vaseline
Cara-Caranya:
1.Campurkan garam ke dalam air suam dan biarkan ia larut sebati.
2.Pakai sarung tangan, ambil kapas dan celupkan ke dalam larutan air garam tersebut.
3. Masukkan kapas tersebut kedalam kemaluan dan keluarkan kapas tersebut
4. Ambil kapas yang baru dan ulang langkah yang sama dalam 4 hingga 5 kali.
Ads
*Lakukan pada mandi petang, sekurang-kurangnya jika bersama dan melakukan hubungan intim pada waktu malam, kawasan kemaluan bersih daripada jangkitan kuman dan memudahkan ia hamil.
*Vaselin bertindak sebagai pelincir untuk jari, ketika masukkan dan keluarkan kapas yang direndam air garam tadi unutk bersihkan faraj.
Amalan begini sangat baik untuk menjaga kebersihan, penggunaan air garam adalah natural, tiada bahan kimia dan sangat organik.
Mengawal jangkitan kuman pada faraj dan organ peranakkan dengan membasuh dengan air garam. Saline douching. Kaedah paling selamat natural dan organik.
Susah sangat kah nak layankan emosi keinginan seorang isteri? Bukan dia minta macam-macam pun.. cuma nak ambil gambar bersama suami tercinta saja. Lagipun, dengan cara inilah isteri akan rasa lebih bahagia dan dihargai suami.
Sebab itulah, kalau isteri Akhtar Syamir (BroOhsem) ini minta ambil gambar berdua dengannya, dia tak menolak. Diturutkan saja, asalkan isteri rasa tenang. Bila isteri tenang, hatinya senang. Nanti suami pun akan rasa bahagia sama.
Catatan suami ini ringkas saja, tapi ‘deep’ maksudnya. Bagus cara suami ini melayan emosi isterinya, Nora Azni. Jangan pula sebab nak bergambar isteri dicop mengada. Sedih sangat bunyinya tu.
Layankan Lah Kalau Isteri Nak Ambil Gambar Bersama
Kepada suami semua. Kalau isteri nak ambil gambar bersama tu layankan la. Bukannya selalu. Tak rugi pape pun.
Ini tidak, ada yang sampai nak bergaduh bila nak bergambar. Lepas tu kalau bergambar pun payahnya la nak senyum. Nak pegang lengan pun tak bagi. Inikan pula nak pegang tangan.
Kesian la kat isteri tu. Dia happy dengan kita. Dia nak abadikan waktu indah tu dengan kita. Kenapa susah sangat nak layankan keinginan dia tu? Bukan kena keluar duit bagai.
Naluri isteri ingin saat yang bahagia diingati. Bila tengok kawan – kawan bergambar ceria, sweet, cantik bersama sang suami, saya yakin fikiran isteri terus bayangkan suami dengan diri dia dalam situasi yang sama.
Sekeping Gambar Yang Boleh Menceriakan Hati Isteri
Bukan untuk menunjuk – nunjuk keluarga bahagia ke apa. Gambar bersama pasangan dan keluarga adalah satu benda yang positif. Satu gambar yang cantik boleh menceriakan hati isteri kita untuk jangka masa yang lama. Isteri yang ceria akan menjadikan keluarga yang ceria. Lagipun, berkongsi sesuatu yang positif jarang sekali akan mendatangkan kemudharatan.
Kongsilah kebahagiaan dengan semua orang asalkan dengan cara yang tidak melampau, In Shaa Allah ia akan mendatangkan kebaikan buat semua.
Suami semua, senyumlah, peganglah erat isterimu. Ceriakan wajahmu. Demi si dia. Yang mencintaimu selamanya.
Yang mana belum berpunya pula, janganlah jadikan ianya satu perkara yang negatif, cuba ambil yang positif dan tanamkan dalam hati yang suatu hari nanti, aku juga akan sebahagia ini. Be strong ok?
Apa kata korang semua kongsi gambar sweet muweet dengan pasangan korang kat komen. Kita sama – sama kongsi kebahagiaan kita.
Macam-macam perkara berlaku dalam dunia sekarang. Manusia semakin kejam dan sanggup melakukan perkara di luar kewarasan fikiran. Tempoh 40 tahun berkahwin bukan jangka masa yang sekejap. Seharusnya sudah cukup ‘masak’ dengan setiap perangai dan tingkah laku pasangan.Namun tidak bagi pasangan suami isteri dari Makassar, Indonesia ini.
Mahligai perkahwinan yang dibina selama 40 tahun bagi pasangan di Dusun Lerang, Desa Abbumpungeng, Kecamatan Cina, Bone, Sulawesi Selatan ini berakhir dengan tragis.
Tolak Lakukan Hubungan Intim
Seorang suami berusia 80 tahun bertindak membunuh isterinya berumur 60 tahun yang baru dirujuk kira-kira dua bulan selepas bercerai hanya kerana mangsa menolak untuk melakukan hubungan intim.
“Kejadian itu berlaku pada waktu subuh tadi. Berdasarkan pengakuan pelaku, dia berang kerana ajakannya untuk mengadakan hubungan seks ditolak isterinya. Dia terus mengambil parang dan menyembelih mangsa,” kata jurucakap polis, Abdul Rahim.
Ujian Kesihatan Mental
Untuk memastikan motif pelaku, pihak berkuasa akan melakukan ujian kesihatan mental terhadap lelaki itu yang dikenali sebagai Andi Soto.
Dia telah didakwa di bawah Pasal 44 Undang-undang Kekerasan Dalam Rumah Tangga yang mana jika disabit bersalah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 15 tahun.
Sementara itu, anaknya menjelaskan bapanya itu pernah dirawat di sebuah hospital di Makassar kerana sering berhalusinasi dan berprasangka buruk kepada orang lain.
“Ramai ahli keluarga yang takut dengannya. Tetapi, bapa saya kadangkala berada dalam keadaan normal dan baik,” kata Andi Asrul.
MW: Individu yang memiliki masalah mental dan sering berhalusinasi perlu dipantau selalu dan diberikan rawatan sebaiknya. Jika dibiarkan sahaja memang boleh membahayakan orang sekeliling.
Fobia tu bukan isu mengada-ada. Ia isu serius yang ada masanya boleh membuatkan ada yang hilang nyawa kerana terlalu takut. Di dunia terlalu banyak kategori fobia yang mungkin jarang kita dengar. Berikut adalah 8 jenis fobia yang wujud dan ada terma spesifiknya tau.
Germaphobia – Fobia dengan kuman dan jangkitan penyakit
Orang yang mengalami obsessive-compulsive disorder (OCD) antara orang yang kerap mengalami fobia Germaphobia. Dalam erti kata lain, mereka ada perasaan takut yang teramat sangat terhadap kuman dan bimbang dijangkiti penyakit berbahaya. Dengan situasi sekarang yang masing-masing bimbangkan jangkitan penyakit berbahaya, pastinya jumlah mereka yang mengalami fobia ini makin bertambah. Mereka lazimnya akan lebih kerap membersihkan tangan berulang kali, mengelakkan sentuhan dengan permukaan yang menjadi tempat berkumpulnya bakteria antaranya seperti tombol pintu, butang nombor lif, pemegang tangga eskalator.
2. Katsaridaphobia – Fobia pada lipas
Kerana terlalu takut dengan lipas yang muncul secara tiba-tiba di kamar mandinya, sedang dia menggunakan sabun. Seorang wanita nyaris maut apabila dia berlari dalam keadaan badannya masih bersabun. Akibatnya kakinya yang licin, menyebabkan dia hilang imbangan dan jatuh tersembam. Seorang guru pula berhenti kerja apabila anak muridnya sengaja menjerit dengan kuat perkataan ‘lipas’ ketika dia mengajar di dalam kelas. Guru tersebut kaku dan menggigil serta trauma teramat sangat sebaik mendengar perkataan lipas. Jangan cuba memprovoke mereka yang sememangnya takutkan sesuatu, dengan tujuan sekadar bergurau. Gurauan yang tak kena pada tempatnya boleh mengundang bahaya dan juga maut.
3. Chirophobia – fobia sentuhan tangan
Mungkin mereka yang fobia dengan sentuhan tangan orang lain pernah mengalami peristiwa yang menyebabkan mereka trauma. Sebagai contoh mungkin mereka pernah melihat jangkitan kuman serius ataupun fobia dengan kuman menyebabkan mereka tak suka menyentuh tangan orang lain. Mereka juga akan mengelak daripada bersalaman dan juga menyentuh apa juga permukaan kerana bimbang ancaman kuman.
4. Globophobia – fobia dengan belon
Belon mungkin cantik dipandang, tetapi ada yang trauma apabila ia meletup. Ada orang sanggup menjauhkan diri dari bahan mudah letup itu kerana takutkan impak letupannya. Oprah Winfrey antara selebriti yang cukup tidak selesa apabila ada acara yang dihadirinya melibatkan belon sebahagian daripada hiasannya.
5. Pupaphobia – fobia pada patung boneka
Pupa dalam bahasa Latin merujuk kepada boneka, manakala phobos dalam bahasa Greek pula merujuk kepada fobia. Mungkin mereka pernah mengalami mimpi buruk berkenaan patung, contohnya dikejar patung di dalam mimpi. Ataupun patung kesayangan dirosakkan dan membayangkan patung itu boleh bergerak seperti bernyawa pada waktu malam. Fobia ini menjadikan mereka yang melaluinya akan mengelak dari punya hubungan rapat dengan patung.
6. Nomophobia – fobia tanpa telefon pintar
Individu yang mengalami nomophobia lazimnya akan panik apabila telefon pintar mereka tertinggal di rumah ataupun tidak mempunyai bateri. Kelompok sebegini juga cukup bimbang jika tempat yang nak dituju tidak mempunyai akses internet atau liputan yang teruk. Fobia sebegini khabarnya makin menjadi-jadi dikalangan generasi hari ini. Telefon pintar ibaratnya segalanya dan tanpanya mungkin ramai yang jadi tak keruan.
7. Coulrophobia – fobia pada badut
Coulrophobia merujuk kepada ketakutan terlampau terhadap badut. Mereka mungkin orang yang tak akan menjejakkan kaki ke sarkas mahupun berdiri dekat dengan badut. Ditambah pula dengan lambakan filem seram menonjolkan sisi seram badut menjadikan mereka takkan menonton filem itu.
8. Trypohobia – fobia dengan lubang
Trypophobia adalah perasaan fobia, atau kebencian terhadap perkara yang mempunyai lubang yang banyak. Ini menyebabkan perasaan meremang, geli, jijik dan tak keruan. Terma ini mula popular disebabkan oleh salah seorang peserta forum dalam talian sekitar tahun 2005 membuat pengakuan beliau mempunyai ketakutan terhadap lubang yang banyak amaunnya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Jururawat hampir kehilangan RM4000 akibat emel palsu, "diminta verify kalau tak akaun Netflix digantung. Seorang jururawat hampir kehilangan wang simpanannya selepas menjadi mangsa penipuan...