tertelan-dawai-kokot

Kuih pelita ini secara tradisinya diletakkan dalam bungkusan daun pisang. Dawai kokot pula digunakan untuk melekatkan daun pisang. Namun, ada tidak bagusnya cara ini, lagi-lagi dawai kokot itu sendiri jika tertelan dawai kokot boleh mengundang kecederaan kepada si pemakan.

Atas dasar inilah, peniaga makanan yang menggunakan barangan berbahaya pada pembungkusan makanan boleh didakwa di mahkamah. Malah, boleh dijatuhkan hukuman dendan tak melebihi RM10,000 atau penjara tak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekiranya didapati bersalah.

Dr Yazeed Hair Johari berkongsi apa yang berlaku sekiranya tertelan dawai kokot yang ada pada pembungkusan makanan ini.

Bahaya Tertelan Dawai Kokot Kuih Tepung Pelita

Kuih pelita guna stapler boleh didenda maksimum RM10K? Kenapa?

Aku tau, bila tibanya bulan Ramadan ni, memang antara kuih yang kita cari adalah Kuih Tepung Pelita. Tak dinafikan kesedapan kuih pelita ni, sebagai juadah pemanis mulut semasa berbuka puasa. Dan dalam bulan Ramadan ni lah paling banyak kita jumpa kuih pelita.

Tapi ramai yang tak sedar, ada bahaya di sebalik kuih ini. Dimana pelapiknya menggunakan “staples“ (dawai kokot) untuk mengekalkan rupa pelapik itu.

Ada beberapa kes bila mana orang dewasa malahan anak kecil yang tertelan dawai kokot.

Dawai kokot ini diklasifikasikan sebagai “Sharp Foreign Body“ benda asing yang tajam. Dengan rupa bentuknya yang berbentuk “U” memudahkan ia untuk mencangkuk, menyucuk dengan lebih mudah!

Dan memandangkan dawai kokot ini Foreign Body yang tajam. Ianya diklasifikasi kan sekali lagi mengikut risiko sebagai “HIGH RISK“

Doktor Terang Bahaya Tertelan Dawai Kokot Pada Kuih Tepung Pelita

Apa Berlaku Jika Tertelan Dawai Kokot

Jadi bila dawai kokot ini tertelan. Apa yang bakal berlaku?
Apa yang akan berlaku, dawai kokot ini boleh tersekat, tercucuk pada dinding “Esophagus“. Iaitu salur makanan kita.

Seperti yang kita tahu, salur esophagus ini mempunyai dinding salur makan yang nipis, mudah cedera dan mudah koyak.

IKLAN

Selain dari itu, ianya boleh juga tersekat dan tercucuk di sepanjang laluan esophagus. Malah, boleh tersekat masuk ke dalam kantung appendix dan juga boleh mencederakan usus.

Jika dawai kokot tadi tersekat, ianya sudah pasti boleh menyebabkan jangkitan kuman, bengkak pada salur esophagus dan seterusnya mengakibatkan sekatan pada ruang salur makan.

“Esophageal Obstruction“ b yang paling ditakuti. Bukan sahaja tercucuk, tapi lebih malang jika ia mampu menembusi dinding esophagus (Easophageal Perforation)

Esophageal perforation adalah sangat merbahaya. Kerana bila adanya ruang koyak pada dinding esophagus boleh menyebabkan, ianya koyak lebih besar. Maka air liur, makanan, minuman boleh masuk ke dalam ruang dada, ruang paru-paru dan jantung.

Jika berlakunya hingga ke tahap ini, kemungkinan besar “Major Surgery“ terpaksa dilakukan.

Berbaloikah hingga pembedahan besar hanya dengan dawai kokot yang kecil? Tak berbaloi kan!

Kalau benda asing tu macam lidi ke apa. Kita boleh rasa dari dalam mulut lebih awal. Tapi jika pin kecil dan dawai kokot ni lebih merbahaya kerana ianya sangat kecil dan hampir tidak rasa jika ditelan.

Doktor Terang Bahaya Tertelan Dawai Kokot Pada Kuih Tepung Pelita

IKLAN

Apa Yang Pesakit Akan Rasa?

  • Rasa sesuatu menyucuk di bahagian leher
  • Drooling of saliva (mengeluarkan air liur dengan banyak)
  • Sesak nafas jika ianya bersaiz besar dan menggangu ruang pernafasan
  • Sukar untuk telan, sakit dan tak selesa
  • Demam jika dibiarkan lama
  • Vomiting (muntah) refleks body kita untuk cuba mengeluarkan dawai kokot tadi, atau disebabkan oleh sekatan (Obstruction)
  • Sakit di bahagian abdomen jika ianya tersekat, tercucuk, atau menembusi salur usus.

Tindakan Yang Boleh Dilakukan Jika Tertelan

Apa nak buat jika tertelan objek tajam yang kecil? Seperti pin, dawai kokot dan sebagainya.

  • Jangan Panik! Ini paling penting
  • Boleh cuba minum air. Ada sesetengah telan nasi untuk mengeluarkan dawai kokot tadi. Jika masih terasa menyucuk ketika menelan. Perlu terus ke Jabatan Kecemasan.

Apa Yang Doktor Akan Buat

  • Doktor akan memeriksa salur makan
  • Xray di bahagian leher
  • CT scan di bahagian leher

Rawatan

Kemudiannya doktor akan melakukan endoscopy untuk mengenalpasti objek, kedudukan dan cuba mengeluarkan objek tadi.

So aku hanya cerita secara ringkas. Supaya korang boleh faham
Benda yang sekecil-kecil ni lah yang membuatkan kita terlepas pandang.

Untuk parents yang selalu makan kuih pelita ni, pastikan sebelum menyuap ke dalam mulut periksa dulu. Jangan main balun.

Especially kalau nak suap anak.

Kes ni bukannya jarang. Tapi selalu berlaku! Cuma korang je yang tak tau.

Harap dapat memberi pengajaran. Ilmu dan peringatan untuk korang yang gilakan kuih pelita ni.

By the way, tak silap aku, penggunaan dawai kokot dalam penyediaan makanan adalah salah di sisi undang-undang. Boleh dikenakan denda maksimum RM10K jika ada pesakit yang melaporkan kejadian tercekik .

IKLAN

Bukan sahaja kuih pelita, kuih pulut panggang, tapai dan apa-apa lagi makanan yang dibalut menggunakan dawai kokot sebagai bungkusan.

Jangan lah tanya aku.. habis kalau tak pakai dawai kokot, nak guna apa?
Mana lah aku tau! Aku hanya terangkan dari sudut medical.

Selebihnya korang yang sebagai penyedia makanan perlu fikir lah, bagaimana cara untuk menyediakan makanan dengan lebih selamat.

Baca sini : Resipi Tepung Pelita Guna Sukatan Cawan Tak Perlu Kukus Buat Sendiri Puas Hati

Mungkin boleh sediakan menggunakan bekas seperti bekas muffin? Lebih selamat walaupun presentation kurang menarik.

Tak caye tanya member baik aku ni Pakar Bedah MR Aizat Ilias

Tak berniat nak menggangu peniaga. Tujuan aku tulis ni supaya pengguna lebih berhati-hati ketika makan. Tag lah kawan-kawan, saudara mara, famili sebagai peringatan.

Yang korang pun dah tau benda tu ada dawai kokot, tau la tengah puasa.. Jangan la menggelupur makan tanpa periksa.

Jangan kata aku tak pesan.
Kang aku hempuk nyawa kau, Menggelupur nyawa kau

Sumber/ Foto : DR Yazeed Hair Johari , Penulis kisah seram

https://www.youtube.com/watch?v=SSAWPOwhJF8

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI