ibu-susuan-ayash
Sumber Foto : Instagram Shuib Sepahtu & Instagram Sam Tilla

Selepas beberapa hari pemergian isteri tercinta, Shuib kini terpaksa memberi fokus kepada anak-anaknya terutamanya anak keempatnya Ayash Affan. Doktor juga sarankan Shuib bekalkan susu dari ibu susuan Ayash Affan,

Sememangnya pelawak ini terpaksa berdepan cabaran membesarkan empat cahaya mata seorang diri selepas pemergian isteri, Almarhumah Siti Sarah Raissuddin akibat COVID-19.

ibu-susuan-ayash

Lebih merunsingkan bagaimana mahu menguruskan Ayash Affan yang dilahirkan pada Jumaat lalu. Malah Shuib juga terpaksa menangguhkan hasrat melawat anaknya itu atas saranan hospital.

“Ini jalan terbaik selepas memikirkan risiko yang boleh memudaratkan bayi pramatang. Atas nasihat dan saranan pengarah HCTM, saya terima dengan lapang dada. Saya tangguhkan dahulu atas saranan doktor bagi mengelakkan jangkitan COVID-19. Alhamdulillah, bayi dalam keadaan stabil, malah sudah menjalani ujian saringan COVID-19 sebanyak dua kali dan keputusannya adalah negatif.

“Doakan semoga ujian calitan kali ketiga negatif juga. InsyaAllah, Ayash akan dibenarkan pulang dalam tempoh sebulan jika kesihatannya baik,” luah Shuib sewaktu majlis tahlil dan bacaan Yassin secara virtual, malam tadi.

ibu-susuan-ayash

IKLAN

Doktor Sarankan Shuib Bekalkan Susu Dari Ibu Susuan Ayash Affan

Malah bapa tunggal ini turut runsing memikirkan tentang soal untuk membekalkan susu buat Ayash ini kerana doktor menyarankan Shuib membekalkan susu daripada ibu susuan Ayash Affan.

“Memang fasal susu ini buat saya termenung juga. Sebab sekarang doktor kata baby minum susu formula tapi kalau ada susu ibu, boleh bawa ke hospital. Itu dah soalan cepumas, susu siapa pula nak bagi.

“Ramai orang yang tawarkan termasuk Samtilla (Syatilla) pun ada. Bila fikir balik, kena juga tahu orang itu minum apa, nanti jadi ibu susuan. Saya tak tahu sangat, nak kena tanya ustaz dahulu,” beritahu Shuib terus terang.

ibu-susuan-ayash

Kebaikan ARWAH Siti Sarah, Ramai Isteri Insaf Bagai ‘Dilempang’ Ke Alam Realiti

IKLAN

“Shuib Datang Berjumpa Melutut Di Depan Saya, Katanya, Siti Sarah Dah Tak Ada” Raisuddin

Mulianya Cara Pemergian Almarhumah Siti Sarah, Amalan Bersedekah, Subuh, Dhuha & Surah Al-Waqiah

Keluarga & Rakan-Rakan Hulurkan Pertolongan

Shuib juga berasa sangat bersyukur kerana mempunyai ahli keluarga dan rakan artis yang menawarkan bantuan.

IKLAN

“Saya bersyukur ramai rakan sudi menghulurkan pertolongan. Mintalah apa sahaja, jika setakat makanan, hari-hari ada sahaja yang mahu menghantarnya.

“Selain rakan, saya bertuah ipar duai yang tinggal berdekatan. Bapa mentua pun ada bersama saya, jadi boleh minta bantu menjaga anak-anak jika saya keluar bekerja,” luahnya lagi.

Sumber Foto : Instagram Shuib Sepahtu & Instagram Sam Tilla

Mingguan Wanita : Semoga Shuib punya kekuatan untuk membesarkan keempat-empat anaknya.