Memang ada tipnya untuk pastikan luka pembedahan C-Section selepas melahirkan anak kembali pulih dan cepat sembuh.
Mengandung dan melahirkan anak merupakan antara pengorbanan terbesar wanita yang bergelar ibu. Tak kiralah proses bersalin secara normal mahupun secara pembedahan. Kedua-duanya sama hebat dan tak perlu dipertikaikan. Segalanya demi melahirkan zuriat buat suami dan keluarga tercinta.
Bagi wanita yang bersalin secara secara pembedahan caesarean atau C-Section Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak yang merupakan Pegawai Perubatan Obstetrik & Ginekologi ini ada kongsikan caranya agar luka sembuh cepat.
Tips Untuk Sembuh Cepat Lepas C-Section
1. Makan Secara Sihat
Eat clean. Tetap suku-suku separuh. Makanan berprotein tinggi – daging, telur, soya contohnya, baik untuk penyembuhan luka dan pembetukan sel/tisu baru. Kalau allergik telur jangan makan, otherwise boleh amek jika tiada allergi.
2. Minum Air Yang Mencukupi
Pastikan kekal terhidrat. Air mencukupi penting untuk elakkan ibu kering sekaligus tingkatkan risiko untuk dapat thrombosis ( darah beku ). So, jangan sekat minum air.
Artikel Popular: Rahim Pecah Antara Risiko Bersalin Normal Selepas Ada 1 Pembedahan Caesarean
3. Wound Hygiene
Pastikan luka pembedahan sentiasa kering dan bersih. Kalau basah/lembab anginkan luka guna blower from hair dryer. Jangan sapu apa-apa bahan pada luka, melainkan ubat yang diberikan oleh doktor sahaja. Mandi bersih-bersih seperti sediakala.
4. Abdominal Support
Lepas bersalin perut akan menggelebeh akibat lebihan kulit dan akan berasa tak secure bila berjalan sebab dia goyang-goyang. Pakai abdominal support yang tidak terlalu ketat, mampu pegang perut tu so semasa ketawa, batuk atau bergerak rasa more secure dan tak sakit.
Pastikan kain abdominal support tu jenis breathable supaya tak panas dan tak berlengas tempat luka tu. Bukan untuk kurus ramping, hanya untuk bagi sokongan pada abdomen sahaja.
Mesti Baca: Tak Tahan Sakit Bersalin Minta Pembedahan Caesarean, Ini 5 Risiko Utama Yang Bakal Dihadapi
5.Pastikan Berjalan Banyak
Walaupun ada pembedahan, tak bermakna kita kena baring berehat sepanjang masa. Lagi lambat kita jalan, lagi la lambat penyembuhan. So please move a lot. Ambulation dapat kurangkan risk dapat darah beku (thrombosis) juga.
6.Ambil Ubat Tahan Sakit
Ubat tahan sakit generally safe untuk breastfeeding, manage your pain well. Jangan takut nak amek ubat tahan sakit.
7. Jumpa Doktor
Jika luka c-Section merah, panas, keluar darah, sakit amat, keluar nanah dan pelik, sila berjumpa doktor. Pemeriksaan perlu dilakukan untuk tengok ada jangkitan kuman atau tak.
Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak
Pegawai Perubatan
Obstetrik & Ginekologi
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Semoga bermanfaat!
Artikel Menarik: Tak Perlu Rasa Rendah Diri, Bersalin Caesarean Tak Sedikit Pun Mengurangkan Sifat Keibuan
Mingguan Wanita:Jadi buat mak-mak yang dalam proses penyembuhan akibat melahirkan anak dengan cara c-section, boleh ikut tip yang dikongsikan oleh doktor ini supaya luka kembali pulih dan cepat sembuh.
Sumber: Dr Muhammad Izzat
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita
ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
Klik link ini untuk daftar penyertaan: https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-aura-wanita-pantang-dicabar/ atau whatsapp : http://www.wasap.my/60196328758/DaftarAura
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI