Doktor dedah rahsia pewarna merah pada kek & makanan, sebenarnya kita telan parasit. Siapa tidak terliur melihat warna kemerahan pada kek red valvet. Begitu juga pewarna pada rasberry.
Jika ramai menyangka bahawa pewarna merah itu adalah pewarna diperbuat dari tumbuhan, kita mungkin terkejut dengan pendedahan dibuat oleh seorang doktor, Dr Rizal Abu Bakar.
Doktor Dedah Rahsia Pewarna Merah Pada Kek & Makanan
Sebentar tadi di laman media sosialnya, Dr Rizal berkongsi pewarna merah yang kita makan itu adalah sejenis parasit yang dipanggil cochineal.
Jelasnya, yang berkongsi gambar parasit itu, menjelaskan warna merah dalam gambar ni bukan buah. Tetapi sejenis parasite. Yang ramai tak sedar dia orang selalu makan.
Nama parasit ialah cochineal. Parasit digunakan sebagai pewarna merah bernama carmine.
Sebenarnya Kita Telan Parasit
“Kalau you guys makan benda yang ada pewarna merah, kemungkinan besar dah telan makhluk halus ini. Red velvet biasanya guna warna ni. Rasberry pun sama. Kalau makan kek kononnya rasa rasberry, confirmed guna parasit bernama cochineal ini.
“Kalau makan donut, cupcakes glacingnya merah confirmed guna parasit ni. Mak ayah yang bagi anak makan cereal ada warna pun sama. Yang merah biasanya carmine. Sedar atau tidak anda sedang beri anak makan parasit ni.
Sama juga yang bagi makan yogurt berperisa strawberry, blueberry dan raspberry. Besar kemungkinan parasit cochineal nilah menghiasanya.
Mungkin ada yang tertanya tanya berapa banyak parasit yang diguna?
Untuk hasilkan 450g warna merah, perlukan 40,000 makhluk halus ni. Nak tahu lagi perkara kesihatan dan makanan begini, temui saya LIVE nanti jam 6 petang hari ini.
Dalam pada itu, ketika ditanya oleh pengikutnya apakah kesan jika diambil pada kesihatan manusia, Dr Rizal menjelaskan, pengambilan parasit ini akan mengakibatkan antaranya kesan berikut urticaria, rhinitis, diarrhoea, dan anaphylaxis.
Ads
Dirinya turut mengiyakan bahawa pewarna merah ini banyak digunakan dalam pembuatan coklat terkenal kerana ianya murah.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Ayah dirempuh pegawai kanan polis yang microsleep hingga meninggal, anak yakin “adanya keadilan buat abah.”.Kematian seorang pembantu perubatan Klinik Kesihatan Kapar, Klang, Zainal Abidin semalam akibat dirempuh sebuah SUV Ativa disahkan sebagai pegawai polis yang sedang bercuti.
Dalam kejadian menyayat hati menerusi dashcam sebuah kenderaan lain, kelihatan pemanduan Ativa memasuki lorong bertentangan dan dapat dilihat penunggang motosikal yang berada di kiri jalan melambung sebaik dirempuh sebelum disahkan meninggal di lokasi kejadian.
Lebih menyedihkan, adik bongsu arwah sempat mengutip cebisan daging milik arwah lebih kurang sekilogram dalam kejadian di Kilometer 32, Jalan Klang-Teluk Intan, dekat Jeram, Kuala Selangor semalam.
Ekoran kejadian menyedihkan ini, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan menjelaskan pemandu Ativa merupakan pegawai kanan polis yang sedang bercuti dan dipercayai mengalami microsleep ketika merempuh mangsa.
Dalam pada itu, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya memberi jaminan siasatan dijalankan secara telus dan adil mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 sebelum kes dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya.
“Ujian saringan air kencing pegawai terbabit negatif dadah dan berdasarkan rakaman video kejadian yang tular dipercayai ‘microsleep’ (terlelap sejenak). Bagaimanapun kita tunggu laporan daripada pihak trafik,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini pada Jumaat.
Sebaik penjelasan dari pihak berkuasa, anak kepada arwah Zainal menulis di facebooknya, di mana dirinya mengharap adanya pembelaan buat arwah abahnya.
“Abah tenang-tenang je bawa motor ikut lane kiri, Tuan microsleep, membahayakan nyawa sendiri dan telah mengakibatkan kematian. Hiba dan pilu sangat hati saya, tengok keadaan arwah Abah di tempat kejadian. Semoga Allah mudahkan urusan Abah, didunia dan diakhirat. Insya Allah saya yakin, Allah kurniakan keadilan untuk Abah.
Dalam pada itu,menurut adik arwah Mohd Faizal, yang mengutip cebisan mayat abanynya memberitahu pemberita, arwah abangnya pernah mengalami kemalangan 39 tahun lalu yang menyebabkannya koma dan tempang kaki kiri dan sejak itu dia seorang yang patuh undang-undang.
Berkongsi detik pilu itu, Mohd Faizal yang pergi ke tempat kejadian selepas dihubungi rakan memaklumkan melihat anggota bomba mengeluarkan jenazah abang sulungnya dari parit.
Katanya, rasa sedih itu tidak dapat digambarkan apabila kehilangan seorang abang yang baik dan bertanggungjawab ke atas keluarga.
“Kali terakhir kami bertemu arwah pada 25 Disember lalu semasa kenduri aqiqah anak saya.
“Dia tidak menunjukkan sebarang petanda ganjil atau aneh kecuali mukanya berseri-seri semasa bergambar.
“Arwah amat berhati-hati menunggang motosikal sehinggalah kemalangan maut menimpanya,” katanya ketika ditemui di kediaman ibunya di Tanjong Karang, di sini, hari ini.
Mohd Faizal berkata, dia sekeluarga tidak dapat menerima kenyataan, lebih-lebih video kamera litar tertutup (CCTV) dan kamera papan pemuka (dashcam) berhubung nahas itu tular di laman sosial.
“Diharapkan perkara ini berjalan dengan telus tanpa sebarang dwi standard,” katanya.
Jenazah Zainal Abidin disolatkan di Surau Nurul Amin dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tanjong Karang, jam 3.30 petang.
Perpisahan pasangan selebriti Fattah Amin dan Nur Fazura pada awal Oktober tahun lalu sememangnya menjadi sorotan umum. Perpisahan mereka turut dan pastinya anak mereka, Nur Fatima Aisya turut terkena tempiasnya.
Ramai yang melahirkan rasa simpati dengan Fatima yang terpaksa melalui perpisahan orang tuanya pada usia yang masih muda.
Pelakon Fattah Amin menepis dakwaan segelintir pihak menuduhnya kurang meluangkan masa dengan anak perempuannya, Nur Fatima Aisya kerana mengutamakan kerjaya seni yang kini sedang meroket.
Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin, 35, berkata, dia tidak pernah mengabaikan kewajipan sebagai bapa walaupun jadual kerjanya padat.
“Perkongsian Instagram baru-baru ini menunjukkan antara momen saya dapat berjumpa dengan Fatima tapi sudah tentu situasi tidak sama macam dulu.
“Kalau ada yang kata saya sibuk sehingga ketepikan Fatima, itu tidak benar. Jadual kerja saya sudah disusun awal dan tarikh melawat Fatima juga sudah dipersetujui. Dalam sebulan, saya dibenarkan melawat dan bermalam bersama Fatima beberapa kali.
“Saya sentiasa masukkan waktu melawat dan bermalam dengan Fatima dalam jadual saya. Tiada istilah saya sibuk dan tidak masa untuk Fatima,” katanya kepada Mingguan Wanita pada majlis pelancaran butik Amber baru-baru ini.
Berkongsi lanjut, Fattah menegaskan sentiasa menghubungi dan mencari masa untuk Fatimah kerana itu tanggungjawabnya sebagai bapa.
“Alhamdulillah saya dan Fazura sudah bersetuju dalam perjanjian sebelum ini, jadi saya dan Fatima dapat berjumpa.
“Sudah tentu sekarang saya tinggal berasingan dengan anak tetapi tanggungjawab sebagai ayah tetap ada dan memang mahu meluangkan masa sebanyak mungkin bersama Fatima,” ujarnya.
Fattah turut menegaskan Fatima tetap memerlukan dirinya meskipun dia dan Fazura tidak lagi bersama.
“Kita kena faham situasi dan emosi anak kita, adakalanya mungkin dia mahu meluangkan masa dengan mommy dia. Walaupun mommy dan daddy tidak lagi bersama, dia tidak boleh rasa kehilangan.
“Saya tidak boleh salahkan situasi itu atau menghalang masa dia bersama mommy dia dan faham perkara itu.
“Kami ada berunding, macam ada masanya Fazura sibuk dan kadang-kadang dia mahu meluangkan masa dengan Fatima, jadi kita capai persefahaman tersebut.
“Fatima baru berusia empat tahun. Hanya ikut cakap apa yang dia faham. Dia pun kata sayang mommy dan daddy, jadi kita faham benda itu. Insya-Allah lama-kelamaan dia akan faham situasi sebenarnya,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Fattah memaklumkan dia tidak dapat menahan sebak apabila Fatima mengakui pernah bermimpi dirinya disebabkan terlalu rindu.
“Paling membuatkan saya sedih ialah apabila Fatima beritahu dia mimpi daddy.
“Beberapa malam dia mimpi dan ingin bertemu dengan saya. Itu membuatkan saya tersentuh,” jelasnya.
Baru-baru ini, Fattah mencuri tumpuan apabila memuat naik foto bersama Fatima dan meminta anak perempuannya itu untuk tidak bersedih kerana bertemu untuk tempoh singkat.
Dalam perkongsian foto tersebut turut kelihatan Fatima mencium pipi bapanya.
Terdahulu, Fattah dan Nur Fazura yang mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 sah bercerai pada 7 Oktober lalu.
Musim perayaan bakal menjelang tiba tidak lama lagi. Bersempena 10 tahun jenama Bulan Bintang berada di pasaran, jenama fesyen baju Melayu terkenal tersebut memperkenalkan kempen diberi nama ‘Bulan Bintang Next Top Model’.
Menarik, ia turut memberi peluang kepada mereka yang berusia 40 tahun ke atas untuk turut sama menonjolkan bakat terpendam dalam bidang peragaan.
Menurut pengasasnya iaitu Azzim Zahid Azmi atau Meri, mereka membuka penyertaan kepada orang ramai yang berusia 40 tahun di atas sebab tersendiri.
“Saban tahun, kami mendapat banyak permintaan peminat yang mahu menjadi model. Jadi, untuk tahun ini, kami membuka peluang bersempena sedekad kami berada di pasaran.
“Kami sudah ada ramai model dalam kalangan selebriti dan pempengaruh, terutamanya mereka yang berusia muda. Jadi untuk kelainan, kami mahu mencari model berusia 40 tahun ke atas untuk ‘catwalk’ atas pentas pertunjukan fesyen kami nanti.
Mereka yang berminat boleh hantarkan penyertaan menerusi akaun TikTok dan daftar secara atas talian.
“Seterusnya, sediakan video berdurasi pendek mengenai latar belakang diri anda serta tunjukkan bakat anda ‘catwalk’ dan ‘pose’. Muat naik di akaun TikTok dan tag akaun @bulanbintangcloting dan #BulanBintangNextTopModel.
“Penyertaan untuk kempen Bulan Bintang Next Top Model ini telah dibuka sehingga 11 Januari ini,” kata Meri.
Penyertaan yang diterima akan dinilai serta dijurikan oleh bukan calang-calang personaliti kerana nama-nama besar dalam industri hiburan bakal menjurikan penyertaan para peserta.
Antara juri yang terlibat termasuklah Datuk Ramli MS, Joey Daud dan Nadhir Nasar sendiri.
“ Datuk Ramli, Joey dan Nadhir akan memilih 30 orang peserta untuk ke peringkat seterusnya. 30 orang yang bertuah akan menjalani sesi uji bakat.
“Sesi uji bakat akan dinilai oleh juri dan dari 30 peserta, hanya 15 yang akan dipilih berjalan di pertunjukan fesyen Bulan Bintang. Akhirnya, tiga orang peserta akan memenangi hadiah.
“Tempat pertama bakal memenangi RM10,000 manakala RM5,000 bakal dihadiahkan kepada naib juara dan RM3,000 bagi pemenang tempat ketiga.
“Penilaian adalah berdasarkan 50 peratus markah juri dan 50 peratus markah pula berdasarkan undian penonton yang mengikuti kempen Bulan Bintang Next Top Model di TikTok,” katanya lagi.