“Doakan saya agar diberikan iman yang kuat untuk kekal berhijab” begitulah luahan Nelydia Senrose yang mengakui dirinya yang masih baru dalam penghijrahan memohon maaf atas segala kekhilafan yang berlaku.
Akui Nelydia bukannya sesuatu yang mudah untuk terus kekal istiqamah.
“Doakan Saya Agar Diberikan Iman Yang Kuat Untuk Kekal Berhijab”
Nelydia dan suami yang baru pulang dari mengerjakan ibadah haji turut berasa kecewa apabila dirinya tidak konsisten dalam pemakaian hijab.
“Kalau orang lain kecewa, saya lebih kecewa dengan diri sendiri.
“Doakan agar saya diberikan iman yang kuat untuk kekal berhijab. Selama ini pun memang saya mencari sesuatu yang tidak lengkap dalam diri,” ujarnya.
Seperti mana dipetik menerusi Harian Metro, Nelydia juga akui sebagai insan biasa dia turut mempunyai kelemahan diri.
Ads
“Saya sedar yang saya tidak sepatutnya buat macam itu, tapi saya hanyalah insan biasa yang mempunyai banyak kelemahan diri.
“Sebagai manusia adakalanya iman kita ada turun dan naik. Ia bukan satu perkara yang mudah bagi seseorang yang baru berhijab untuk kekal istiqamah.
Teguh Dengan Pendirian
“Saya percaya apa yang dilakukan (berhijab) ini adalah yang terbaik. Cuma saya perlu teguh dengan pendirian ini. Insya-Allah dan doakan saya menjadi insan yang lebih baik dari hari ke hari,” ungkapnya.
Sesungguhnya ajal maut ketentuan tuhan. Siapa sangka 4 beranak sekeluarga ditakdirkan menemui ajal bersama.Lebih perit apabila ia merupakan kehilangan serentak ahli keluarga tersayang.
“Sedih, sebab sekali pi (pergi) bukan satu, bukan dua, bukan tiga tetapi empat terus hingga saya hilang kata-kata,” rintih Muhamad Hazman Rahim.
Muhamad Hazman, 20, adalah anak bongsu kepada pasangan Rahim Ramli, 60 dan Siti Petimah Omar, 59 yang terkorban dalam nahas membabitkan tujuh kenderaan di Kilometer (KM) 277.1 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Ipoh, Perak, petang semalam.
Turut meninggal dunia, dua kakaknya, Nor Hadirah Rahim, 28, dan Nor Hamizah Rahim, 27 selepas kesemua mereka yang menaiki Proton Persona parah dalam nahas berkenaan.
Muhamad Hazman berkata, dia yang menjalani latihan industri di sebuah syarikat di Perlis dihubungi seorang lagi kakaknya, Nor Fatini, 22, yang memaklumkan kejadian yang menimpa ahli keluarga mereka.
“Pada ketika itu, saya tengah buat kerja yang kemudian kakak (Nor Fatini) sambil menangis memberitahu bahawa mak dan ayah serta dua lagi kakak kami sudah tidak ada (meninggal dunia).
“Baru semalam sahaja saya salam, cium tangan mak, ayah sebelum balik ke Perlis dan maklumkan saya akan balik berjumpa mereka lagi yang kedua-duanya dilihat senyum sahaja, tetapi hari ini mereka dah tiada sampai saya tak tahu nak cakap macam mana.
“Mak ayah serta dua kakak saya tidak menunjukkan sebarang perubahan kerana semua rutin yang kami jalani seperti biasa sahaja hingga saya tidak jangka mereka pergi dalam keadaan amat mengejut,” katanya selepas upacara pengebumian ibu bapa serta dua kakaknya, di sini, awal pagi ini.
Terdahulu, semua jenazah yang dibawa menaiki van berlepas dari Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh kira-kira jam 11.30 malam tadi dan tiba di masjid berkenaan dua jam selepas itu.
Suasana pilu menyelubungi lokasi pengebumian empat beranak berkenaan sebaik jenazah tiba untuk dikebumikan. Keempat-keempat jenazah selamat dikebumikan kira-kira 3 pagi tadi.
Dalam pada itu, Muhamad Hazman berkata, ibu bapanya dalam perjalanan menghantar kakak sulungnya, Nor Hadirah ke Kuala Lumpur untuk melapor diri di tempat kerja selepas sekian lama bercuti.
“Ia memang menjadi kebiasaan ayah hantar kakak ke sana (ibu negara). Sebelum ini kakak pernah kerja di sana sebelum syarikatnya ditutup dan dia pulang bercuti.
“Apabila syarikatnya dibuka semula, ayah dan mak ditemani seorang lagi kakak (Nor Hamizah) mahu menghantar semula kakak saya, Nor Hadirah tetapi siapa sangka berlaku kejadian seperti ini.
“Semasa cuti baru-baru ini, saya sempat bawa dua kakak saya pergi jalan-jalan, ziarah sanak saudara dan beraya yang ia menjadi aktiviti biasa yang kami sekeluarga lakukan ,” katanya.
Dalam kejadian kira-kira 3 petang semalam, empat sekeluarga yang menaiki Proton Persona maut akibat tersepit selepas terbabit nahas membabitkan tujuh kenderaan termasuk sebuah treler.
Ketika kejadian kesemua mereka dikatakan dalam perjalanan dari Sungai Petani, Kedah menuju ke Kuala Lumpur.
Jenazah empat beranak yang maut dalam nahas membabitkan tujuh kenderaan di Kilometer (KM) 277.1 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), dekat Ipoh, Perak dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamek Permatang Pasir, Permatang Pauh, Bukit Mertajam.
Mingguan Wanita: Salam Takziah buat keluarga mangsa yang terlibat dalam kemalangan maut ini. Semoga diberi kekuatan dalam menghadapi ujian dan roh mereka ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
Belanja barang dapur sekarang ini tak lagi macam dulu. Kalau tak harga barang naik, barang dapur pula tiada stok di kedai. Susah nak cari. Bukan sekali dua terbaca rungutan pengguna akan masalah harga barang naik sekarang ini. Sampai dah tak tahu nak berbelanja jimat macam mana lagi.
Mendengar keluh kesah pengguna, Datuk Rosyam Nor, penerbit dan juga usahawan St Rosyam Mart Sdn Bhd mengajak pengguna berbelanja jimat pada 25 Julai nanti.
Kongsinya bersempenan pembukaan cawangan pasaraya itu di Sungai Buloh, akan diadakan jualan harga ayam 88 sen seekor.
Bukan itu saja, satu papan telur ayam akan dijual pada harga RM2.88 sen.
Kongsinya di instagram miliknya, “ayam mahal.. Maa.. naa adaa.
Ayam seekor 88 sen aje hoi.
Telur ayam 1 tray RM2.88 sen.
Semua akan berlaku bermula ada pembukaan #strosyammartsungibuloh #24jam
Pasaraya St Rosyam Mart ini juga beroperasi di Taman Setiawangsa Kuala Lumpur, Taipan Business Centre, Subang Business Centre dan Seksyen 9, Shah Alam.
Sebelumnya, menjelang Syawal lalu pasaraya ini pernah menawarkan ayam segar berharga RM1.49 seekor bagi menghargai peminat drama 30 Hari Sebelum Raya.
Pasaraya baru yang bakal di buka di Bandar Baru Sungai Buloh itu juga menyediakan barangan basah, frozen, barang dapur segar dan sebagainya.
Sebagaimana yang dikongsikan Datuk Rosyam Nor, bukan saja ayam berharga 88 sen. Ada banyak lagi barang-barang lain berharga 8 sen, 88 sen di pasaraya mewah yang menawarkan harga borong.
Perkongsiannya itu mendapat sambutan baik dari kalangan peminatnya yang gembira dengan harga ayam murah yang ditawarkan.
Mingguan Wanita :Kenalah bersiap-siap dari sekarang, simpan ‘date’ dalam kalendar, man nak dapat ayam harga semurah itu.
Pesanan ikhlas para gadis! “Kalau kaya dan muka hensem cam gorilla pun tak guna juga kalau jenis curang dan tak setia… Kan!!!” Begitulah antara pesanan daripada Tuan Mohd Ezairol Rezan Zainol buat para gadis di luar sana.
Bekas Kapten Pesawat dan Jurulatih Kapal Terbang pesawat PDRM yang gemar berkongsi ilmu dan pengalaman untuk kebaikan bersama memberi komennya yang tersendiri tentang tindakan seorang gadis yang menulis di platform sosial media secara terbuka mencari jodoh dengan pelbagai kriteria dan syarat untuk lelaki di luar sana.
Sememangnya dalam memilih jodoh perlulah cari yang terbaik. Namun sebelum menamatkan zaman bujang kenalah benar-benar mengenali hati budi lelaki yang akan menjadi imam kita.
Setuju dengan apa yang dicoretkan oleh Tuan Mohd Ezairol kuasa memilih itu terletak di tangan kita.
“Sejak viral Wany Hasrita menamatkan zaman solo dengan lelaki pilihan hatinya, makin ramai gadis yang mencuba nasib cari jodoh di media sosial.
“Dalam bab ni Aku memang sokong tindakan adik ni. Aku pun ada anak perempuan, 19 tahun dah umurnya. Sudah pasti Aku inginkan yang terbaik untuk anak perempuanku.
“Kita semua berhak memilih dengan siapa yang kita nak bersama dalam hidup kita.
“Oklah, ni pesan Aku untuk adik ni dan juga buat semua para gadis yang masih mencari jodoh syurga mereka.
“Kuasa memilih di tangan kita. Nak pilih pasangan, mesti kita nak yang terbaik. Biarlah apa orang nak kata yang penting kita bahagia dik”, till jannah gitu…
“Eh, bukan dengan abang dik, abang dah berpunya. Maksud abang dengan bakal jodoh pilihan adiklah…
“Nanti tak pasal-pasal pula Aku kena tidur luar bertemankan unggas dan nyamuk.
“Pesanan ikhlas buat semua para gadis! Jodoh pertemuan semuanya di tangan Tuhan.
“Hari ni mungkin dialah yang terpelajar, terbaik, terpaling alim, terkaya, terhensem, terwangi, terlajak laris dan segala ter lagilah…
“Apa yang paling penting dalam sebuah ikatan perkahwinan adalah kesetiaan dan lelaki yang punyai rasa tanggungjawab.
“Jika kau jumpa lelaki yang macam ni, jangan lepaskan… Itu je abang nak pesan.
“Kalau kaya dan muka hensem cam gorilla pun tak guna juga kalau jenis curang dan tak setia… Kan!!!
“Jadikan dua kes artis lelaki yang tengah hot pasal “orang ketiga” itu sebagai satu pengajaran,” semoga perkongsian yang diberikan memberi manfaat pada gadis di luar sana.