Memang geram dan geli bila cicak banyak berkeliaran di rumah. Apatah lagi cicak jenis binatang yang kotor sering meninggalkan najisnya merata-rata. Jika ada masalah sebegini, boleh cuba buat sendiri Perangkap Cicak yang mudah dan jimat kos ini. Hanya guna keratan kotak dan double sided tape sahaja.
Nak tahu lebih lanjut caranya boleh ikut idea yang dikongsikan oleh Encik Mohd Sanusi ini.
Semalam jadi tukang tangkap cicak. Boring-boring lockdown, kita DIY perangkap cicak daripada kotak & double sided tape.
Bahan & alatan: Keratan kotak & double sided tape saiz lebar, gunting
Umpan: nasi & cebisan ikan bilis (ada cadangan umpan yang lebih efektif untuk cicak?)
Kos: Lebih kurang RM2
Cara Membuat:
1. Potong kotak ikut saiz yang sesuai dan mudah nak letak di lokasi.
2. Double sided tape lagi lebar lagi bagus. Beli kat Mr diy murah, RM2 lebih.
3. Dapat siapkan 8 set.
4. Umpan nasi dan ikan bilis. Lepas ni nak try ikan masin pulak.
Ads
5. Letak umpan kat tengah-tengah perangkap.
6. Letak perangkap di lokasi yang biasa jadi tempat cicak berkeliaran.Antara lokasi yang biasa cicak dijumpai.
Mingguan Wanita: Menarik DIY Perangkap Cicak yang dikongsikan ni. Jadi jika ada masalah cicak berkeliaran dekat rumah tu, boleh cuba tip yang dikongsikan ini. Mudah dan jimat kos.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Pokok Aloe Vera memang banyak khasiatnya. Bukan sahaja boleh digunakan untuk kecantikan, malah boleh juga dimakan apabila dicampur dalam air. Namun ada cara dan tipsnya untuk buat jeli Aloe Vera ni. Ini kerana jika salah cara, ia boleh menjadi pahit dan menyebabkan cirit birit. Salah satu tip penting langkap yang perlu dilakukan ialah tegakkan Aloe Vera selama 2 jam selepas dipotong bagi mengeluarkan semua getah kuningnya yang ada sebelum dimasak.
Untuk faham lebih lanjut, ikut cara dan tip yang dikongsikan oleh Rdza Tuahini sebagai panduan.
Akhirnya saya try jugak buat. Rasa dia kosong kalau tak letak apa-apa, so saya letak Gula Melaka. Saya share cara saya ya:
1. Potong daun yang besar, potong bahagian atas (hujung runcing) sedikit.
2. Tegakkan selama 2 jam+ untuk keluarkan getah kuning.
3. Basuh, buang duri, dan kupas kulit, (guna pisau pengupas buah lagi mudah)
4. Potong 4 segi ikut selera masing-masing.
5. Bilas sekali dalam air.
6. Didihkan dalam air sehingga mendidih dan kacau.
7. Buang air didihan, tos dan bilas dengan air sejuk.
8. Masak sekali lagi dalam air cukup-cukup sampai aloe vera tenggelam.
9. Letak daun pandan dan gula melaka.
10. Biarkan mendidih, sejukkan.
11. Letak dalam gelas dan tuang air
Info Ekstra:
1. Tunggu sejuk supaya air gula Melaka betul-betul meresap.
2. Jangan letak terus dalam air sirap, kalau tak rasa gula melaka akan keluar dan aloe vera takde rasa (tawar). Letak dalam gelas, bila nak minum baru letakkan sirap atau apa-apa bancuhan air lain
3. Masak ikut naluri.Sepatutnya aloe vera masih rasa berjeli bila dikunyah. Kalau dah kosong/kering maknanya dah masak terlalu lama dan khasiat dah berkurang.
Penting:
Langkah kedua tu sangat penting untuk buang getah kuning (aloin), bahan bertoksik yang berasa pahit, dan boleh akibatkan cirit birit. Boleh google Aloin in aloevera.
Mingguan Wanita: Begini rupanya cara betul nak masak Aloe Vera. Kena tegakkan batang Aloevera dan buang getah kuning dulu sebelum nak masak. Barulah tak pahit dan tak cirit birit.
Bila berumur, dah tentu kita tak mahu fikir perkara yang remeh temeh. Kalau boleh nak tenang-tenang dan tak nak tahu hal yang boleh peningkan kepala. Dalam fikiran, nak bahagia dengan pasangan kita.
Memanglah waktu muda dulu, kalau boleh kita berangan-angan nak rumah besar, kereta mewah, melancing ke luar negara dan ada juga yang terfikir untuk kahwin dua atau lebih.
Tapi pernah kita fikir tak bila berumur, cukuplah dengna apa yang ada bersederhana dan paling penting menjurus kepada ilmu-ilmu keagamaan dan fokus pada ibadah saja.
Perkongsian daripada Mohd Shukur ini boleh dijadikan panduan dan manfaat bersama.
Kalaulah boleh di undur masa, saya sepatutnya merancang kewangan & masa persaraan begini :
1. Tak perlu rumah besar & rumah 2 tingkat atau 3 tingkat.
Keperluan hanya sebuah rumah yang kecil untuk masa tua @ masa persaraan yang simple. Panjang rumah sekarang ni dah terbuat 145 kaki. Setiap kali duduk kat depan, malas nak gi dapur. Setiap kali gi dapur, fikir 3X apa nak bawa ke depan.Kawan sebaya yang duduk banglo 3 tingkat pun cakap, aku nak naik atas, kena fikir dulu apa nak bawa. Bila di tingkat atas nak turun, kena fikir dulu apa nak bawa turun.
2. Tak perlu kereta-kereta berjenama ni.
Sekarang nak jual pun sayang, harga memang jatuh teruk tak kiralah brand apa pun. Spare part ori pula mahal-mahal. Kalaulah duit kos pembelian tu, kos interest, pembaikian, kos wear & tear ni sejak dulu lagi di sedekahkan ke surau, tahfiz, palestine dan sebagainya lebih tinggi manfaatnya dan pahala mengalir walaupun dah tiada nanti.
Cukuplah pakai Vios atau City sahaja. Bila drive Vios anak tadi gi kedai, terfikir juga kenapalah tak pakai Vios sahaja. Macamanalah boleh terjebak kat kereta branded yang lebih menguntungkan pengeluar kereta di luar negara tu sedangkan fungsinya sama sahaja.
3. Pendidikan anak-anak sebaiknya first degree sahaja atau diploma pun cukup.
Yang penting ialah survival skill. Bila tengok life graduate yang kerja makan gaji ni kecuali yang jadi Top Management), saya beritahu kepada anak-anak, jangan kerja makan gaji. Mari kita berniaga. Buka syarikat sendiri. Kita mula dari bawah dahulu. Modal dah ada. Tapi kita belajar manage dengan modal yang kecil supaya minimumkan risk.
4. Alangkah baiknya jika ada Pusat Tahfiz sendiri.
Tengok kehidupan rakan seorang ustaz yang ada Maahad Tahfiz ni hidupnya ceria penuh semangat. Dia ada taska/tadika, kedai mini market, jadi pemborong / supplier, keuntungan perniagaannya digunakan untuk membiayai maahad tahfiz tu. Hidupnya bermotivasi dengan ganjaran akhirat, kejar award akhirat jadi MDRT di sana. MasyaAllah., inspirasi sangat.
5. Property for investment, tak perlu beli yang mahal.
Cukuplah rumah teres setingkat sahaja sepatutnya tapi tingkatkan bilangan. Sementara tunggu anak-anak dewasa dan bagi kat mereka, boleh sewakan kepada orang lain. Ramai kini yang tak mampu sewa rumah yang mahal-maha, mereka mencari yang murah untuk meneruskan kehidupan. Jika beri discount boleh membantu mereka yang dalam kesukaran.
6. Tak perlu nak main saham, private mandate atau unit trust.
Tak perlu nak ambik tau berapa harga atau nilai sekarang. Simpan sahaja duit dalam Tabung Haji. Tak yah ada apa-ada emosi, tak perlu nak ambik tau atau nak fikir. Apa pun berlaku di dunia kini tak ada kaitan. Dapat 3.2% pun dah banyak dan bersyukur. Kalau 1M dah dapat 32K, bertambah lagi. Itu dah di zakatkan.
Hanya tumpukan kepada bisnes, fokus ini sahaja. Bekerja dan buat keuntungan dalam bisnes. Ini lagi tenang dan menyeronokkan.
7. Tak perlu melanggan channel-channel berbayar. Mengarut betul dulu. Nasib baik dah stop cepat dulu. Lebih BEST tengok anak mengaji menghafal surah dari tengok channel entah apa=apa.
8. Tak perlu bekerja sampai lewat petang, malam atau weekend. Budaya kerja di Malaysia ni sampai ke malam malah weekend. Kita terlalu mengejar wang.
Di Australia contohnya, tepat jam 5.00pm dah tutup. Saya dah sampai dah kedai tu dan barang tu pun depan saya , peniaga tu baru nak berkemas tutup, tapi disuruhnya datang esok sebab dah pukul 5.00pm. Malam bersama keluarga. Weekend berehat dan bercuti, yang banyak duit tu mereka ada bot laju atau yacht sendiri, takyah nak fikir urusan kerja time weekend.
9. Tak perlu nak lama sangat makan gaji. Jika kerja kerajaan ambiklah pencen awal sebelum umur 50. Makin lambat buat akan makin susah nak buat sebab dah terliur gaji makin meningkat.
Antara keputusan yang memberi kepuasan kepada saya ialah saya kerja makan gaji sekejap sahaja, pelbagai kerja tetapi cukup untuk dapat pengalaman. Pernah kerja kilang rokok sekejap masa lepas sekolah dulu bahagian QC. Penatlah QC ni jalan sana sini dahlah kilang besar. Ada beza rokok murah dan rokok mahal. Rokok ni asasnya mesti ada rasa tembakau sahaja, so rokok murah tu segala batang pokok malah akar pokok dicampur sekali dengan tembakau yang sedikit dalam mesin pengisar. Nasiblah sape hisap rokok murah janji ada rasa tembakau kan.
Pernah kerja di Bank bahagian Hire Purchase, tapi bahagian apa pun sama jer. Kerja di bank ni semua pakai lawa-lawa, side baju & seluar tajam-tajam iron mau luka kalau kena.
Bila buat part-time ejen insurans tahun 1992 ( dah 31 tahun ) barulah saya nampak peluang buat full-time bisnes jadi ejen ni pada awal tahun 1996. So dah 25 tahun berhenti makan gaji dan full-time in business based on komisen bukannya gaji tetap.
So jika ada yang takut-takut nak berhenti makan gaji untuk join full-time bisnes, saya dah advanced 25 tahun dari pemikiran anda.
10. Kahwin 2, bila dah berumur ni rasa senang hati tak beristeri dua. Tengok life orang kahwin 2 ni tak sesuai dengan jiwa saya.
Nak post check-in stay hotel dengan wife pun takut. Dia kata, kalau wife lagi satu tahu dia pun nak juga. Kalau dengan 2nd wife stay 5-Star hotel dia pun nak juga 5 Star.
Dulu ada sorang lagi kawan ni gi Ho Chi Minh dgn 1st wife dia..sekali dengan saya. Dia kata lepas ni aku kena gi lagi ni, nasib baik kau dah ajar cara jimat gi cuti & shopping sini.
Adoii kalau 3 wife penat la camtu. Kalau gi London ulang 3X, gi Italy ulang 3X, Gi Umrah & Haji tentu juga camtu
Aku tak boleh buat swimming pool kat rumah macam kau. Kalau buat nanti, wife lagi satu nak jugak swimming pool. Ahh sudah…. kereta pulak camna la tu, kalau 1st wife pakai bmw takkan 2nd wife pakai Viva
Rupa-rupanya banyak benda tak boleh buat dan banyak benda kena buat
Mingguan Wanita : Bila dah berumur, semua tu dah tak ‘laku’, cuma yang ada nak tenang dan beribadah sebab kita tak tahu berapa lama lagi kita dipinjamkan di dunia ini.
Jom jadi vendor akak-akak bakers biskut raya terpaling sedap dan meletup di FIESTA HOMEBAKER USHA-USHA BISKUT RAYA anjuran Mingguan Wanita dan CSR Sugar.
Telur rebus adalah menu yang paling ‘simple’, mudah disediakan dan kaya dengan protein. Ada yang suka telur rebus keras sepenuhnya, ada yang suka separuh masak mahupun 3/4 masak. Semuanya bergantung pada citarasa dan selera masing-masing. Namun jika nak buat telur 3/4 masak, yang keras bahagian putihnya dan cair bahagian kuningnya ada caranya.
Boleh cuba tip dan cara yang dikongsikn oleh Sue Fami ini untuk buat telur 3/4 masak ini.
Ada ke yang macam saya atau ada yang tak lalu makan telur 3/4 masak macam ni.Telur macam ni yang pada saya yang paling sedap! Campur sikit dengan kicap! tabur sikit lada sulah. Best woo.
Cara Membuat :
1. Rebus air bagi mendidih dulu.
2. Baru masukkan telur perlahan-lahan (saya guna grade A).
3. Setting time – 5.5 minit! (kena tengok masa) dan api masih ON ya.
4. Cukup masa, keluarkan – rendam dengan air sejuk.
5. Selepas 3-4 minit boleh kopek! (masa kopek tu lalukan le dekat air paip).
Mingguan Wanita : Begini caranya nak buat telur 3/4 masak.Sedapnya campur kicap dan lada sulah. Boleh cuba tip yang dikongsikan ini nanti, memang sempurna telurnya 3/4 masak.
Zizi Kirana Tak Tersinggung. Penyanyi kecil molek yang juga aktivis kemanusiaan Zizi Kirana akui dirinya tidak berasa tersinggung apabila ada yang mengkritik penyertaannya dalam...